14 research outputs found

    Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas spesies rumpai

    Get PDF
    Kajian terhadap sebelas sampel rumpai iaitu Axonopus compressus, Lipocarpha chinensis, Mikania micrantha, Passflora foetida, Chloris barbata, Eleusine indica, Mimosa invisa (berduri dan tak berduri), Chrysopogon aciculatus, Paspalum conjugatum, dan Imperata cylindrica dijalankan untuk melihat aktiviti biologi (antibakteria dan antikanser) serta fitokimia (alkaloid, saponin dan antrakuinon) pada spesies-spesies tersebut. Persampelan dilakukan di sekitar kawasan Membakut dan Sepanggar, Sabah. Sampel diekstrak dengan menggunakan 100% (v/v) metanol dengan nisbah 1: 6. Penyaringan antibakteria dijalankan ke atas lima jenis bakteria iaitu Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Enterobacter aerogenes, Salmonella typhi dan Streptococcus pneumoniae. Manakala dalam penyaringan antikanser, dua strain yis mutan yang berlainan digunakan iaitu MKK1P386 dan MKK1P386-MSG5 untuk mencari spesies yang berpotensi sebagai perencat tapak laluan MKKI dan tapak laluan MSG5. Hasil kajian menunjukkan bahawa S. aureus direncat oleh M. micrantha (15±0.5mm), L. chinensis (810.5mm), dan C. aciculatus (8f0.5mm) manakala E. aerogenes direncat oleh M. micrantha (12f0.5mm), M. invisa -duri (9±0.5mm), L. chinensis (7±0.5mm) dan P. foetida (6±0.5mm). Pertumbuhan S. pneumoniae pula direncat oleh M. micrantha (11f0.5mm) dan L. chinensis (8±0.5mm). Namun begitu, kesemua ekstrak sampel tidak berjaya merencat E. coli dan S. typhi. Dalam penyaringan antikanser, hanya A. compressus (8±0.5mm) merencat laluan MKK1 manakala tiada sampel yang dapat merencat laluan MSG5. Ujian lanjut ke atas spesies M. micrantha dengan mengekstrak melalui pemisahan cecair-cecair menunjukkan bahawa yis mutan MKK1P386 direncat oleh ekstrak metanol spesies ini (10f0.5mm) pada kepekatan 10 mg/ml manakala tiada aktiviti dalam ekstrak heksana. Dalam ujian fitokimia, alkaloid hadir pada semua ekstrak dalam kepekatan yang berbeza manakala saponin hadir dengan nyata dalam ekstrak P. foetida dan M. invisa (duri). Kehadiran antrakuinon pula tidak dikesan dalam semua ekstrak sampel

    Green techniques for wastewaters

    No full text
    The growth of population and the diversification of its activities have resulted in an exponential increase in the generation of liquid and solid wastes in recent years. In view of the new scenario, the role of novel technologies intended to reduce these wastes, transform them into new sources, and reincorporate them to different processes is gaining a remarkable importance and has resulted in an environmentally concerned society. This chapter includes the main green technology processes applied for wastewater treatment. Conventional or nonconventional methods are specifically selected according to the characteristics of wastewater to be treated. Wastewaters containing high percentage of biodegradable matter are usually treated through conventional techniques. On the contrary, nonconventional techniques are extensively used for the treatment of wastewaters with high nondegradable matter percentages. These technologies constitute an effective response to the current needs of the earth to combat climate change, whose effects are dramatically increasing
    corecore