21 research outputs found

    Tingkah Laku Asertif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Aliran Sains Dan Sastera Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat, Johor.

    Get PDF
    Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan tentang tingkah laku asertif dalam kalangan pelajar aliran sains dan aliran sastera tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam, Segamat. Tujuan kajian adalah mengenalpasti tahap tingkah laku asertif yang dimiliki oleh pelajar. Seramai 170 orang pelajar yang terdiri dari pelajar aliran sastera iaitu seramai 92 orang dan 78 orang pelajar aliran sains telah dijadikan sampel yang diambil daripada populasi seramai 319 orang. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik desktiptif yang melibatkan taburan demografi responden dianalisis dengan menggunakan jadual kekerapan bagi mencari kekerapan dan peratusan. Min skor digunakan untuk melihat tahap tingkah laku asertif. Manakala ujian-t digunakan untuk mengkaji tahap tingkah laku asertif mengikut aliran. Hasil kajian menunjukkan pelajar tingkatan lima berada pada tahap tingkah laku asertif yang sederhana. Manakala melalui ujian-t didapati terdapat berbezaan tahap tingkah laku asertif antara aliran sains dan aliran sastera. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada organisasi dan pengkaji akan datang bagi meningkatkan mutu kajian pada masa akan depan

    Gerakan Daya Wawasan (GDW) sebagai pemangkin pembinaan nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang komuniti luar bandar di Malaysia

    Get PDF
    Kertas kerja ini melihat sejauhmanakah nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang telah berjaya ditanamkan ke dalam komuniti luar bandar di Malaysia sejak Gerakan Desa Wawasan dilancarkan pada 4 hb Julai 1996. Matlamat Gerakan Desa Wawasan antara lain adalah untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan nilai, paradigma, sikap, amalan dan aspirasi di kalangan komuniti di luar bandar yang juga selari dengan matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan 2020. Lantaran itu Gerakan Daya Wawasan merupakan satu mekanisme penting bagi menyediakan komuniti luar bandar ke arah pencapaian Wawasan 2020 bagi membentuk komuniti luar bandar yang memiliki nilai-nilai proaktif, berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin. Objektif Gerakan Daya Wawasan ialah bagi meningkatkan nilai berdikari di kalangan komuniti luar bandar dengan mengikis mentaliti subsidi, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti, meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar untuk maju dan mampu menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Menyedari betapa pentingnya Gerakan Desa Wawasan ini dalam pembangunan insan bagi membina komuniti luar bandar yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaan telah bersetuju menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan bagi mempertegaskan usaha anjakan paradigma dan nilai di kalangan komuniti luar bandar

    Antimicrobial resistance among migrants in Europe: a systematic review and meta-analysis

    Get PDF
    BACKGROUND: Rates of antimicrobial resistance (AMR) are rising globally and there is concern that increased migration is contributing to the burden of antibiotic resistance in Europe. However, the effect of migration on the burden of AMR in Europe has not yet been comprehensively examined. Therefore, we did a systematic review and meta-analysis to identify and synthesise data for AMR carriage or infection in migrants to Europe to examine differences in patterns of AMR across migrant groups and in different settings. METHODS: For this systematic review and meta-analysis, we searched MEDLINE, Embase, PubMed, and Scopus with no language restrictions from Jan 1, 2000, to Jan 18, 2017, for primary data from observational studies reporting antibacterial resistance in common bacterial pathogens among migrants to 21 European Union-15 and European Economic Area countries. To be eligible for inclusion, studies had to report data on carriage or infection with laboratory-confirmed antibiotic-resistant organisms in migrant populations. We extracted data from eligible studies and assessed quality using piloted, standardised forms. We did not examine drug resistance in tuberculosis and excluded articles solely reporting on this parameter. We also excluded articles in which migrant status was determined by ethnicity, country of birth of participants' parents, or was not defined, and articles in which data were not disaggregated by migrant status. Outcomes were carriage of or infection with antibiotic-resistant organisms. We used random-effects models to calculate the pooled prevalence of each outcome. The study protocol is registered with PROSPERO, number CRD42016043681. FINDINGS: We identified 2274 articles, of which 23 observational studies reporting on antibiotic resistance in 2319 migrants were included. The pooled prevalence of any AMR carriage or AMR infection in migrants was 25·4% (95% CI 19·1-31·8; I2 =98%), including meticillin-resistant Staphylococcus aureus (7·8%, 4·8-10·7; I2 =92%) and antibiotic-resistant Gram-negative bacteria (27·2%, 17·6-36·8; I2 =94%). The pooled prevalence of any AMR carriage or infection was higher in refugees and asylum seekers (33·0%, 18·3-47·6; I2 =98%) than in other migrant groups (6·6%, 1·8-11·3; I2 =92%). The pooled prevalence of antibiotic-resistant organisms was slightly higher in high-migrant community settings (33·1%, 11·1-55·1; I2 =96%) than in migrants in hospitals (24·3%, 16·1-32·6; I2 =98%). We did not find evidence of high rates of transmission of AMR from migrant to host populations. INTERPRETATION: Migrants are exposed to conditions favouring the emergence of drug resistance during transit and in host countries in Europe. Increased antibiotic resistance among refugees and asylum seekers and in high-migrant community settings (such as refugee camps and detention facilities) highlights the need for improved living conditions, access to health care, and initiatives to facilitate detection of and appropriate high-quality treatment for antibiotic-resistant infections during transit and in host countries. Protocols for the prevention and control of infection and for antibiotic surveillance need to be integrated in all aspects of health care, which should be accessible for all migrant groups, and should target determinants of AMR before, during, and after migration. FUNDING: UK National Institute for Health Research Imperial Biomedical Research Centre, Imperial College Healthcare Charity, the Wellcome Trust, and UK National Institute for Health Research Health Protection Research Unit in Healthcare-associated Infections and Antimictobial Resistance at Imperial College London

    Surgical site infection after gastrointestinal surgery in high-income, middle-income, and low-income countries: a prospective, international, multicentre cohort study

    Get PDF
    Background: Surgical site infection (SSI) is one of the most common infections associated with health care, but its importance as a global health priority is not fully understood. We quantified the burden of SSI after gastrointestinal surgery in countries in all parts of the world. Methods: This international, prospective, multicentre cohort study included consecutive patients undergoing elective or emergency gastrointestinal resection within 2-week time periods at any health-care facility in any country. Countries with participating centres were stratified into high-income, middle-income, and low-income groups according to the UN's Human Development Index (HDI). Data variables from the GlobalSurg 1 study and other studies that have been found to affect the likelihood of SSI were entered into risk adjustment models. The primary outcome measure was the 30-day SSI incidence (defined by US Centers for Disease Control and Prevention criteria for superficial and deep incisional SSI). Relationships with explanatory variables were examined using Bayesian multilevel logistic regression models. This trial is registered with ClinicalTrials.gov, number NCT02662231. Findings: Between Jan 4, 2016, and July 31, 2016, 13 265 records were submitted for analysis. 12 539 patients from 343 hospitals in 66 countries were included. 7339 (58·5%) patient were from high-HDI countries (193 hospitals in 30 countries), 3918 (31·2%) patients were from middle-HDI countries (82 hospitals in 18 countries), and 1282 (10·2%) patients were from low-HDI countries (68 hospitals in 18 countries). In total, 1538 (12·3%) patients had SSI within 30 days of surgery. The incidence of SSI varied between countries with high (691 [9·4%] of 7339 patients), middle (549 [14·0%] of 3918 patients), and low (298 [23·2%] of 1282) HDI (p < 0·001). The highest SSI incidence in each HDI group was after dirty surgery (102 [17·8%] of 574 patients in high-HDI countries; 74 [31·4%] of 236 patients in middle-HDI countries; 72 [39·8%] of 181 patients in low-HDI countries). Following risk factor adjustment, patients in low-HDI countries were at greatest risk of SSI (adjusted odds ratio 1·60, 95% credible interval 1·05–2·37; p=0·030). 132 (21·6%) of 610 patients with an SSI and a microbiology culture result had an infection that was resistant to the prophylactic antibiotic used. Resistant infections were detected in 49 (16·6%) of 295 patients in high-HDI countries, in 37 (19·8%) of 187 patients in middle-HDI countries, and in 46 (35·9%) of 128 patients in low-HDI countries (p < 0·001). Interpretation: Countries with a low HDI carry a disproportionately greater burden of SSI than countries with a middle or high HDI and might have higher rates of antibiotic resistance. In view of WHO recommendations on SSI prevention that highlight the absence of high-quality interventional research, urgent, pragmatic, randomised trials based in LMICs are needed to assess measures aiming to reduce this preventable complication

    Kaunseling di tempat kerja

    Get PDF
    Kaunseling di tempat kerja telah menjadi satu isu hangat dan kemestian di bidang industri dan organisasi komersial, terutamanya di kalangan negara maju. Di Malaysia, perkhidmatan kaunseling di tempat kerja terus berkembang sejajar dengan perkembangan industri di negara ini. Memang tidak dapat dinafikan setelah memasuki era moden kehidupan masyarakat dunia telah banyak berubah daripada pelbagai segi. Selanjutnya, perubahan ini turut mencetuskan pelbagai kompleksiti dan masalah akibat daripada tekanan yang dihadapi individu daripada pelbagai aspek, termasuklah tekanan di tempat kerja. Justeru, buku ini menyorot beberapa permasalahan pekerja yang terdapat dalam industri yang diubahsuai dan ditokok tambah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kaunseling dalam sektor industri. Dalam sektor industri lazimnya, kaunselor adalah di kalangan penyelia organisasi tersebut. Oleh itu, kaunselor perlulah memiliki kemahiran kaunseling; bijak menggunakan kemahiran, peralatan, dan teknik atau pendekatan yang bersesuaian dengan klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Perkara asas ini penting diaplikasi oleh kaunselor untuk menjadikan sesi kaunseling yang dijalankan berjaya dan klien dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya setelah diberikan alternatif penyelesaian. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk pengurus dalam organisasi atau sektor industri, majikan, pekerja, pelajar di pusat pengajian tinggi, pensyarah, guru, ibu bapa, dan para pembaca yang berminat untuk mendalami kaunseling dalam bidang industri

    Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya

    Get PDF
    Organisasi mahupun sektor industri sering mensasarkan produktiviti yang tinggi, kualiti yang memberangsangkan, dan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja dianggap seperti “mesin penggerak” utama kepada keberkesanan sesebuah organisasi atau industri. Sehubungan itu, jika pekerja berhadapan dengan pelbagai krisis dan konflik dalaman, maka prestasi kerja akan merosot dan seterusnya menjejaskan pencapaian organisasi atau industri. Sebagai pengurus atau pemimpin organisasi, mereka perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi pekerja yang bermasalah dan mengatasi masalah tersebut sehinggalah prestasi pekerja kembali meningkat. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pihak pengurusan dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang kaunseling terlebih dahulu. Dengan yang demikian mereka bukan sahaja menjadi pengurus yang terlatih bahkan juga menjadi kaunselor yang berjaya. Ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara industri menjelang tahun 2020. Buku ini menyorot beberapa isu pekerja yang terdapat dalam organisasi atau industri yang diubahsuai dan ditokok tambah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kaunseling dalam sektor industri. Teknik penyelesaian turut diketengah untuk menjadikan mereka pengurus dan majikan yang efektif. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk pengurus dalam organisasi atau sektor industri, majikan, pekerja, pelajar di pusat pengajian tinggi, pensyarah, guru, ibu bapa dan para pembaca yang berminat untuk mendalami kaunseling dalam bidang industri

    Asertif di kalangan ibu tunggal dalam institusi kekeluargaan

    Get PDF
    Ibu-ibu tunggal sering menghadapi pelbagai masalah, sama ada dari segi ekonomi, psikologi mahupun sosial (Jones, 2002). Isu ini lebih dikaitkan dengan ibu tunggal bercerai, janda dan juga ibu tunggal belum bercerai. Sebelum proses perceraian, kehidupan mereka bergantung sebahagian besar atau sepenuhnya kepada pendapatan suami. Sumber pendapatan selalunya menjadi isu utama kerana ibu-ibu tunggal kini hilang pergantungan kewangan dan terpaksa menghadapi hakikat untuk menanggung kos kehidupan dan anakanak secara bersendirian. Walaupun perceraian pada kebanyakan masa dijanjikan nafkah oleh pihak suami namun ramai ibu tunggal turut menghadapi masalah dalam tuntutan nafkah atau menerima nafkah yang tidak mencukupi. Dengan jelasnya, walaupun dengan adanya pemberian nafkah daripada pihak suami, isu keselamatan kewangan adalah satu isu utama dalam kehidupan ibu tunggal. Isu kedua pula adalah masalah tempat tinggal. Keadaan ini kerap dialami oleh ibu tunggal janda dan ibu tunggal tanpa bercerai (Wan Halim Othman, 2003)
    corecore