37 research outputs found

    Kiasan dalam retorik penulisan kewartawanan : memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu

    Get PDF
    Secara khususnya, kertas kerja ini cuba meneliti peranan kiasan Melayu dalam retorik penulisan kewartawanan dan sumbangannya dalam memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu. Kiasan Melayu berkait rapat dengan world-view masyarakat yang dihasilkan dalam bentuk daya cipta seni yang luar biasa, membentuk pemikiran, sistem nilai, kepercayaan, falsafah dan ketamadunan bangsa. Penggunaannya dalam dunia penulisan kewartawanan berupaya mengungkapkan kesantunan, ketertiban dan keteraturan fikiran di samping berjaya mengangkat martabat bangsa dan tamadun Melayu. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Teks Ucapan Belanjawan Negara 1998. Seterusnya, pengklasifikasian bentuk-bentuk kiasan Melayu adalah berdasarkan kajian Safian Hussain (1988). Hasil kajian menunjukkan bahawa kiasan Melayu merupakan gaya bahasa yang positif, kreatif dan halus

    Persepsi pelajar Melayu terhadap sifat dan konsep malu orang Melayu

    Get PDF
    Shyness is one of the valued characteristics that exists in every person. For the Malays, this characteristic is not only confined to emotions, but it also holds wider meanings which form a concept. This concept encompasses the principles, behaviours, beliefs, and rules that should be observed by the Malay community. A study by Norazlina Hj. Mohd. Kiram (2010) shows that the concept of shyness which is based on the Holy Quran and Hadith can be used as a fundamental principle of life and to show the true value of a Malay. This article aims to obtain the perceptions of 172 Bachelor of Arts Malay students in the Faculty of Modern Languages and Communication at Universiti Putra Malaysia. The findings show that these Malay students understand the characteristics and concept of shyness but at a superficial level. Hence, this study is significant as it can be used as a guideline and reference for readers to gauge the extent of understanding of this unique concept among Malay students

    Bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa: kepentingan melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian mendapati bahawa sehingga kini belum ada instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini membicarakan instrumen Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan kepentingan untuk melaksanakan ujian tersebut di Malaysia. Instrumen UKBMini telah dibangunkan pada 2012 oleh sekumpulan penyelidik UPM dengan kerjasama organisasi lain dan dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Secara asasnya, UKBM dibangunkan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh manakah rakyat Malaysia cekap menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Aspek pengujian UKBM terbahagi kepada empat aspek kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keempat-empat aspek ini penting untuk dinilai dalam pengujian bahasa Melayu kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Melalui UKBM yang menyeluruh dan sistematik, diharapkan bangsa Malaysia akan lebih berusaha untuk menguasai bahasa Melayu. Seterusnya, bahasa Melayu akan sebati dan menjadi jati diri bangsa Malaysia

    Aplikasi Teori Analisis Domain dalam Domain Bahasa Etnik Melayu Brunei di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan terhadap pelajar etnik Melayu Brunei di Membakut, Sabah. Tinjauan lapangan telah melibatkan 56 pelajar dari tingkatan 4. Tiga faktor pola pilihan bahasa Teori Analisis Domain diterapkan ke dalam objektif kajian. Korelasi Spearman's rho dikira sesuai dengan data nominal pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa dalam domain perilaku bahasa, dialek Melayu Brunei merupakan bahasa yang dominan di rumah (73.21%) dan di sekolah (66.07%). Dalam domain dan hubungan-peranan dengan ahli keluarga, peserta kajian paling kerap mengguna dialek Melayu Brunei. Dalam hubungan-peranan secara formal dengan pengetua sekolah, para guru dan rakan sekolah terdapat kecenderungan penggunaan dialek Melayu Brunei. Sumbangan empirikal dan konsepsi analisis domain menyerlahkan pengenalpastian perbezaan pemfungsian antara dwibahasa koordinat dan dwibahasa kompaun dari satu kontinum ke satu kontinum. Keputusan hipotesis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif .438 antara penggunaan bahasa ibunda dalam domain keluarga dengan domain pendidikan

    Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga

    Get PDF
    Dalam budaya konteks tinggi, penjagaan ‘air muka’ sangat penting kerana berkait rapat dengan maruah dan harga diri yang menjadi asas kepada berlakunya konflik. Konflik berlaku akibat daripada perbezaan matlamat, nilai dan persepsi individu. Dalam institusi kekeluargaan, konflik tidak dapat dielakkan namun boleh ditangani dengan menggunakan gaya pengurusan konflik yang sesuai. Gaya pengurusan konflik bergantung pada persepsi seseorang itu terhadap konflik yang wujud dengan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif, positif atau peluang untuk menjadi lebih kreatif. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan serta merumuskan gaya pengurusan konflik yang dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga. Data diambil daripada sembilan peristiwa dalam novel, SAGA karya Abdul Talib Mohd. Hassan dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menggunakan Teori Pengurusan Air Muka Ting-Toomey dengan menumpukan kepada gaya pengurusan konflik. Terdapat lima gaya pengurusan konflik, iaitu mengelak, obligasi, kompromi, dominasi dan integrasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konflik berlaku disebabkan perasaan aib dan malu yang menjejaskan ‘air muka’ individu dan keluarga. Setiap gaya pengurusan konflik yang dipilih akan memberikan kesan sama ada positif atau negatif terhadap hubungan kekeluargaan. Kajian juga mendapati, personaliti individu mempengaruhi gaya pengurusan konflik dan memberi kesan terhadap keharmonian keluarga

    Motivasi belajar dan keterlibatan dalam pembelajaran kemahiran mengarang bahasa Melayu

    Get PDF
    Murid-murid yang mempunyai motivasi belajar dapat diperhatikan melalui keterlibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa murid rendah pencapaian kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam pembelajaran. Namun, timbul persoalan adakah murid-murid ini kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam semua mata pelajaran atau mata pelajaran tertentu sahaja? Oleh itu, dengan memberi fokus kepada kemahiran mengarang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik telah dijalankan. Sebanyak 166 borang soal selidik menggunakan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada tiga buah sekolah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid-murid rendah pencapaian ini mempunyai motivasi belajar (min = 3.03, sp = 0.38) dan keterlibatan dalam pembelajaran (min = 3.09, sp = 0.39) kemahiran mengarang yang tinggi. Dapatan ini berbeza sekali dengan dapatan pengkaji sebelum ini. Sehubungan dengan itu, kajian lebih lanjut dicadangkan untuk mengetahui secara lebih mendalam apakah faktor yang membuatkan murid-murid ini bermotivasi dan mempunyai keterlibatan yang tinggi dalam kemahiran mengarang. Adakah disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru, pengaruh ibu bapa, kesedaran diri muridmurid itu sendiri ataupun faktor lain

    Kajian kes aplikasi naratif dalam mata pelajaran bahasa Melayu sekolah menengah

    Get PDF
    Kajian kes ini telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam mengenai pengaplikasian naratif atau cerita dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian-kajian lepas didapati naratif atau cerita ini banyak dikaji di luar negara dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang namun, banyak melibatkan pendidikan peringkat sekolah rendah. Malah, di negara ini naratif atau cerita banyak dilaksanakan di peringkat pra sekolah dan sekoleh rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah berkaitan naratif atau cerita itu sendiri, juga untuk mengetahui sejauh mana ia dapat diaplikasikan di peringkat sekolah menengah. Temu bual jenis semi-struktur secara bersemuka telah dilakukan terhadap dua orang guru, iaitu seorang guru berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 12 tahun dan seorang lagi berpengalaman selama lima tahun. Secara umumnya, guru-guru yang menjadi responden kajian mempunyai pandangan yang positif terhadap aplikasi bercerita atau naratif di peringkat sekolah menengah. Namun, mengakui bahawa ia perlu disesuaikan dengan aras kepandaian murid-murid serta hanya sesuai untuk mata pelajaran tertentu sahaja

    Akses terbuka sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu

    Get PDF
    Akses terbuka merupakan sebuah pangkalan data teks penuh yang boleh diakses secara percuma tanpa ada sekatan dari segi pembayaran dan boleh diakses oleh sesiapapun di seluruh dunia. Akses terbuka ini mengandungi segala jenis bahan daripada yang bersifat umum sehinggalah artikel jurnal ilmiah, saintifik dan berkualiti. Penerbitan artikel ilmiah terus berkembang dari semasa ke semasa dan pada 2010, lebih daripada 40 juta artikel telah diindeks oleh Scopus manakala 2016 pula, jumlah penerbitan ilmiah yang diindeks oleh Scopus bagi Malaysia ialah sebanyak 24,168 artikel iaitu jumlah terbanyak di Asia Tenggara. Namun, persoalannya berapa banyakkah daripada jumlah tersebut yang dapat diakses secara terbuka dan menggunakan kata kunci bahasa Melayu dalam penulisan tersebut? Makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan dalam akses terbuka berdasarkan dua kata kunci iaitu “Bahasa Melayu” dan “Bahasa Melayu”+“Malaysia”. Seterusnya menjelaskan hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat sebanyak 12,960,000 jumlah hasil pencarian bagi kedua-dua kata kunci yang telah dipilih. Kata kunci bagi “Bahasa Melayu”+“Malaysia” telah menunjukkan kandungan bahan ilmiah yang lebih banyak berbanding kata kunci “Bahasa Melayu” sahaja. Selain itu, hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu ialah sebagai wadah penyebaran ilmu bahasa Melayu di serata dunia, perkongsian sumber ilmu bahasa Melayu antara institusi akademik dan perpustakaan, simpanan bahan bahasa Melayu dalam pangkalan data sepanjang zaman dan pengukur kepada kewibawaan penyelidik dan kualiti bahan terbitan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, teknologi akses terbuka harus dimanfaatkan sebaiknya sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu

    Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN

    Get PDF
    Usaha mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ASEAN telah lama diperkatakan, diperdebatkan dan dicadangkan oleh pelbagai pihak. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar. Dari sudut sejarah Nusantara, bahasa Melayu juga dikenali sebagai lingua franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara dalam komunikasi, pertuturan sehari-hari, persuratan dan dalam aktiviti perdagangan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu dapat diterima menjadi bahasa rasmi ASEAN?.Apakah kriteria penting dan faktor yang mewajarkan hal itu. Semua permasalahan tersebut akan diteliti dalam kajian ini. Dua objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor bahawa bahasa Melayu perlu diangkat sebagai bahasa rasmi ASEAN, dan keduanya, meneliti usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mencapai aspirasi yang dicita-citakan. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, dalam bentuk buku, kertas kerja, makalah dan siaran akhbar. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan bangsa ASEAN bahawa bahasa Melayu bukan sahaja penting dari segi sejarah, tetapi juga kepraktisannya hingga kini. Oleh sebab itu wajarlah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi ASEAN

    Pengetahuan murid tingkatan lima sekolah swasta terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian tinjauan ini telah dijalankan kepada 36 orang murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta di negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 17 (47.2%) murid lelaki dan 19 (52.8%) murid perempuan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta terhadap jenis dan skop kerjaya yang terkait dengan bidang bahasa Melayu. Bagi tujuan ini, satu set soal selidik dengan hanya bahagian soalan terbuka yang berfokus kepada pengetahuan pekerjaan telah diedarkan. Murid turut diberi peluang untuk menulis lebih daripada satu jenis pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu yang mereka ketahui. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 4 orang murid (11%) yang tidak mengetahui sebarang kerjaya terkait dengan bidang bahasa Melayu. Manakala hanya seorang murid dapat menyenaraikan enam jenis kerjaya terkait. Secara keseluruhannya, terdapat 18 jenis kerjaya telah dinyatakan oleh sampel kajian dan dapat dirumuskan bahawa murid yang dikaji ini kurang mengetahui skop kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu. Selain itu, kajian turut menggambarkan minat yang rendah untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini apabila sebanyak 12 (33.3%) menyatakan mereka tidak berminat menjadikan bidang bahasa Melayu sebagai pilihan kerjaya mereka
    corecore