Centre for Languages and Human Development, Universiti Teknikal Malaysia
Abstract
Kajian kes ini telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam mengenai pengaplikasian naratif atau cerita dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian-kajian lepas didapati naratif atau cerita ini banyak dikaji di luar negara dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang namun, banyak melibatkan pendidikan peringkat sekolah rendah. Malah, di negara ini naratif atau cerita banyak dilaksanakan di peringkat pra sekolah dan sekoleh rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah berkaitan naratif atau cerita itu sendiri, juga untuk mengetahui sejauh mana ia dapat diaplikasikan di peringkat sekolah menengah. Temu bual jenis semi-struktur secara bersemuka telah dilakukan terhadap dua orang guru, iaitu seorang guru berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 12 tahun dan seorang lagi berpengalaman selama lima tahun. Secara umumnya, guru-guru yang menjadi responden kajian mempunyai pandangan yang positif terhadap aplikasi bercerita atau naratif di peringkat sekolah menengah. Namun, mengakui bahawa ia perlu disesuaikan dengan aras kepandaian murid-murid serta hanya sesuai untuk mata pelajaran tertentu sahaja