Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    1788 research outputs found

    The Graphic Schemata Drawings of Children Using Golomb’s Representational Theory

    No full text
    This study intends to study primary schools’ children’s graphic schemata drawings developments using Golomb’s representational theory. The graphic schemata drawing of 7-8, 9-10 and 11-12-year-old children was examined based on the stimulus given to them. Children’s drawing responses were observed in terms of representational activity marks such as line, shape and colour. The subjects were 384 from primary schools. Stimulus materials consisting of a theme “A Garden with Trees, Flowers and Insects” were given to the children to complete their drawings. The statistical analysis uses frequencies, percentages, and chi-square measurement to analyse the drawings of the children. The analysis indicates that the three key aspects of Golomb’s representation have similarities and differences based on each group of young children’s age. The findings revealed that Golomb’s representational theory were significant to the primary schools’ children’s age group. Hence, it can be concluded children’s creative and intellectual development is positively impacted

    The Impact of Chatbot Technology on Enhancing Historical Learning in K-12 Education

    No full text
    This paper discusses the integration of chatbot technology into K-12 education has ushered in a transformative era of historical learning. This innovative approach fosters engagement, personalized guidance, and interactive exploration of historical subjects, revolutionizing the way students absorb and retain historical knowledge. By offering real-time responses to queries, tailoring content to individual learning styles, and simulating immersive historical experiences, chatbots empower educators to create dynamic and inclusive learning environments. The impact of chatbot technology on K-12 historical education is a testament to its potential in nurturing a deeper understanding and appreciation of the past, paving the way for more informed and culturally literate citizens of the future

    Faktor Penyebab Peningkatan Tanah Pertanian Terbiar di Negeri Kedah Darul Aman

    No full text
    Isu tanah pertanian terbiar sentiasa menjadi perhatian pihak kerajaan dengan memperuntukkan pelbagai insentif dan dana dalam usaha untuk memperkasakan sekuriti makanan negara sekaligus mengelak kebergantungan terhadap bekalan import. Tindakan tersebut wajar supaya negara kekal berdaya tahan daripada sebarang kemungkinan pada masa hadapan di samping menjana ekonomi berasaskan pertanian. Namun, isu peningkatan tanah pertanian terbiar berterusan membelenggu pemilik tanah dan negara apabila berlaku peningkatan saban tahun sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan tanah pertanian terbiar di Negeri Kedah Darul Aman. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dan data dikutip melalui kaedah temu bual separa berstruktur serta pemerhatian langsung. Seramai 33 orang pemilik tanah dan 5 orang informan kajian telah ditemu bual. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data menerusi transkrip temu bual. Melalui kajian ini, isu sebenar yang dihadapi oleh pemilik tanah pertanian dapat dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah modal merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan tanah pertanian terbiar di negeri Kedah Darul Aman. Selain itu terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi seperti bantuan agensi kerajaan, birokrasi, kekurangan kelengkapan asas, masalah minat dan lain-lain faktor yang merangkumi masalah haiwan liar, bencana alam dan sumber tanah. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merangka strategi dalam penambahbaikan Dasar Pertanian Negara, melaksanakan pendekatan strategi pertanian yang kompeten di samping pengurusan dan perancangan guna tanah yang lebih dinamik di masa hadapan

    Mystical Elements in the Novels of Marah Rusli

    No full text
    Marah Rusli is widely recognized as a prominent figure in Indonesian literature, particularly in the field of writing novels. He is regarded as the 'father' of contemporary Indonesian fiction. His well-known writings, including Sitti Nurbaya, were the subject of numerous analyses. The mystical components, another aspect of Marah Rusli's writing that appears to be recurrent, will be examined by the researchers in this article. The findings indicate that Marah Rusli, despite being aligned with modernist ideals and expressing criticism towards traditional Minangkabau rituals, exhibited a profound inclination towards mystical concepts that can be characterized as rooted in folk beliefs. His autobiographical novel Memang Jodoh, in particular, includes numerous mystical influences and illustrates supernatural events. For the reader, this fact is fascinating as it provides new, important background information about the work of Marah Rusli

    Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dalam Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah

    No full text
    Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan salah satu pendekatan alternatif yang memberikan pengalaman autentik di luar persekitaran bilik darjah. Pelaksanaan PLBD dalam mata pelajaran Sejarah membantu murid menghubungkan pengetahuan teori dengan konteks yang nyata sambil memperoleh pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. Faktor yang penting dalam menjayakan pelaksanaan PLBD adalah kesediaan guru. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru terhadap pelaksanaan PLBD dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mata pelajaran Sejarah. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif iaitu kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 169 orang guru Sejarah sekolah rendah di daerah Pasir Gudang, Johor telah dipilih sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan kesediaan guru melaksanakan PLBD dalam mata pelajaran Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian hipotesis menjelaskan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara pengetahuan dengan kemahiran guru serta korelasi signifikan yang sederhana antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru dalam pelaksanaan PLBD. Implikasi kajian ini membantu pihak kementerian meninjau keberhasilan menerusi tahap kesediaan guru dan seterusnya merancang strategi yang sesuai. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru-guru Sejarah untuk meningkatkan standard pengajaran dan mengembangkan keupayaan pengajaran bertaraf dunia yang diperlukan dalam milenium baru.&nbsp

    Hubungan Bertangguh Masa dalam Akademik dengan Pencapaian Akademik Murid di Sekolah Rendah

    No full text
    Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran dan pencapaian akademik murid. Penangguhan masa akan memberi impak yang negatif iaitu mengurangkan keberkesanan pembelajaran dan merosakkan prestasi akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penangguhan masa dalam konteks akademik dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif yang melibatkan 242 orang murid di empat buah sekolah rendah Cina (SJKC). Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penangguhan masa dan pencapaian Bahasa Cina. Satu cadangan kajian lanjutan adalah untuk mengkaji keberkesanan program pembangunan kemahiran pengurusan masa dan penggunaan teknologi dalam mengatasi masalah penangguhan masa di kalangan murid

    Memahami Konsep-Konsep Pembangunan Gender: Sebuah Kertas Konsep

    No full text
    Pembangunan gender merujuk kepada proses di mana individu memperoleh pemahaman tentang identiti gender mereka sendiri dan norma dan peranan masyarakat yang dikaitkan dengan gender yang berbeza. Ia merupakan suatu bentuk interaksi kompleks di antara faktor biologi, psikologi dan sosiobudaya. "Pembangunan gender" sebagai konsep yang merujuk kepada proses di mana individu memahami, menghayati dan menyatakan identiti gender mereka. Ia merangkumi aspek kognitif, emosi dan sosial tentang cara orang melihat diri mereka dari segi gender mereka dan cara mereka berhubung dengan norma dan peranan gender yang ditetapkan oleh masyarakat mereka. Keperluan dalam merekodkan kesemua konsep-konsep pembangunan gender dalam membolehkan pemahaman yang lebih mendalam. Kepelbagaian konsep pembangunan gender yang wujud memerlukan penulisan sebuah kertas konsep dalam merekodkan kesemua konsep yang wujud secara bersama. Penulisan ini merupakan sebuah kertas konsep yang akan menyenaraikan konsep-konsep pembangunan gender yang wujud menerusi gabungan pelbagai kajian luar dan tempatan. Kertas konsep sebegini dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan terutama dalam menjadi panduan kepada pelajar, para akademik, pembuat polisi, untuk mengetahui tentang konsep-konsep pembangunan gender yang wujud

    Keberkesanan Kaedah Hafalan Fakta dan Pembentangan Murid Tahfiz Terhadap Pencapaian Subjek Sejarah

    No full text
    Subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia sewajarnya semua pihak dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian subjek ini. Justeru, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkesan yang perlu dilaksanakan guru terhadap murid melalui kaedah berpusatkan guru mahupun secara berpusatkan murid. Ini kerana kaedah berpusatkan guru dalam pembelajaran Sejarah sering dikaitkan dengan kaedah menghafal fakta manakala kaedah berpusatkan murid pula berkait dengan pelaksanaan pembentangan oleh murid tahfiz di dalam kelas. Oleh itu, wujud keperluan di dalam kajian kes ini yang bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah hafalan fakta dan pembentangan murid tahfiz terhadap pencapaian subjek Sejarah. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Seramai 10 orang murid dilibatkan sebagai informan kajian. Informan kajian ini terdiri daripada pelbagai umur dan jantina serta tahap pendidikan yang berbeza. Laporan diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen. Hasil kajian melalui temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen membuktikan peningkatan pencapaian subjek Sejarah murid tahfiz adalah dengan menggunakan kaedah hafalan fakta dan pembentangan yang berkesan. Pengkaji mendapati penggunaan kaedah pembelajaran yang berkesan penting di dalam kelas kerana dapat memberi impak terhadap pencapaian akademik murid. Melalui kajian ini, usaha murid juga penting bagi memperoleh pencapaian subjek Sejarah yang baik. Tindakan sedemikian patut dilaksanakan bagi melancarkan proses pembelajaran dan memudahkan pemahaman murid terhadap subjek Sejarah. Implikasi kajian ini menyediakan maklumat kepada guru-guru Sejarah untuk melihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang sesuai

    Exploring Reasons for Learning English and Burnout Among Pre-University Students

    No full text
    English is crucial to achieve academic success and fulfil social needs of the language in today’s society. Several studies have reported that the reasons for learning English could facilitate learners to learn the language more seriously with the aim to be proficient and successful in acquiring the language. However, the reasons for learning the English language may be a factor that could lead to academic burnout. Therefore, this study explored the reasons for learning English and burnout among pre-university students. A quantitative approach was done to investigate reasons for learning English and its relation to students’ burnout. The survey used was derived from Pintrich and De Groot’s (1990) reasons for learning and Campos et al.’s (2011) causes of burnout. A purposive sample of 271 UiTM Centre of Foundation Studies students responded to the survey. The findings of this study revealed the affective component was the most significant cause of academic burnout due to maladaptive perfectionism whereby learners were concerned about making mistakes especially when they focused on learning English to excel in tests and examinations. Conclusively, the relationship between the reasons for learning English language and cause of burnout has prominent implications for academic institutions and educators to foster a positive and successful learning environment by providing resources and assistance programmes for students to manage academic difficulties and social stresses in English language learning

    Keinginan Bertingkah Laku dari Aspek Penerimaan Kandungan Dakwah Digital dalam kalangan Netizen Muslim

    No full text
    Perkembangan media dan teknologi memberi perubahan terhadap rutin kehidupan dan tingkah laku netizen. Pelbagai sumber media digital kerap menjadi rujukan netizen bagi mendapatkan maklumat. Netizen Muslim turut bergantung kepada media digital dalam mendapatkan maklumat mengenai Islam dan dakwah. Namun, kewujudan kandungan dakwah di media digital perlu diteliti penerimaannya dalam kalangan netizen Muslim agar tidak mengelirukan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana penerimaan kandungan dakwah di media digital dalam kalangan netizen Muslim dan menentukan hubungan keinginan bertingkah laku netizen Muslim dan penerimaan kandungan dakwah berdasarkan Model Technology Acceptance (TAM). Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk cross-sectional survey melalui pengedaran borang soal selidik dalam talian sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 306 sampel responden dipilih menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Data dianalisis melalui ujian statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian SPSS 32.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pengguna telah memilih aplikasi Youtube dalam penerimaan dakwah. Ini kerana, Youtube mempunyai kemudahan mencari maklumat berkaitan agama malah mempunyai elemen visual dan audio yang menarik

    832

    full texts

    1,788

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇