'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Murid-murid yang mempunyai motivasi belajar dapat diperhatikan melalui keterlibatan
mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa
murid rendah pencapaian kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam pembelajaran. Namun,
timbul persoalan adakah murid-murid ini kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam semua
mata pelajaran atau mata pelajaran tertentu sahaja? Oleh itu, dengan memberi fokus kepada
kemahiran mengarang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kajian berbentuk tinjauan secara
deskriptif menggunakan borang soal selidik telah dijalankan. Sebanyak 166 borang soal
selidik menggunakan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada tiga buah sekolah.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid-murid rendah pencapaian ini mempunyai motivasi
belajar (min = 3.03, sp = 0.38) dan keterlibatan dalam pembelajaran (min = 3.09, sp = 0.39)
kemahiran mengarang yang tinggi. Dapatan ini berbeza sekali dengan dapatan pengkaji
sebelum ini. Sehubungan dengan itu, kajian lebih lanjut dicadangkan untuk mengetahui
secara lebih mendalam apakah faktor yang membuatkan murid-murid ini bermotivasi dan
mempunyai keterlibatan yang tinggi dalam kemahiran mengarang. Adakah disebabkan oleh
pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru, pengaruh ibu bapa, kesedaran diri muridmurid
itu sendiri ataupun faktor lain