Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN

Abstract

Usaha mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ASEAN telah lama diperkatakan, diperdebatkan dan dicadangkan oleh pelbagai pihak. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar. Dari sudut sejarah Nusantara, bahasa Melayu juga dikenali sebagai lingua franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara dalam komunikasi, pertuturan sehari-hari, persuratan dan dalam aktiviti perdagangan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu dapat diterima menjadi bahasa rasmi ASEAN?.Apakah kriteria penting dan faktor yang mewajarkan hal itu. Semua permasalahan tersebut akan diteliti dalam kajian ini. Dua objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor bahawa bahasa Melayu perlu diangkat sebagai bahasa rasmi ASEAN, dan keduanya, meneliti usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mencapai aspirasi yang dicita-citakan. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, dalam bentuk buku, kertas kerja, makalah dan siaran akhbar. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan bangsa ASEAN bahawa bahasa Melayu bukan sahaja penting dari segi sejarah, tetapi juga kepraktisannya hingga kini. Oleh sebab itu wajarlah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi ASEAN

    Similar works