Secara khususnya, kertas kerja ini cuba meneliti peranan kiasan Melayu dalam retorik penulisan kewartawanan dan sumbangannya dalam memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu. Kiasan Melayu berkait rapat dengan world-view masyarakat yang dihasilkan dalam bentuk daya cipta seni yang luar biasa, membentuk pemikiran, sistem nilai, kepercayaan, falsafah dan ketamadunan bangsa. Penggunaannya dalam dunia penulisan kewartawanan berupaya mengungkapkan kesantunan, ketertiban dan keteraturan fikiran di samping berjaya mengangkat martabat bangsa dan tamadun Melayu. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Teks Ucapan Belanjawan Negara 1998. Seterusnya, pengklasifikasian bentuk-bentuk kiasan Melayu adalah berdasarkan kajian Safian Hussain (1988). Hasil kajian menunjukkan bahawa kiasan Melayu merupakan gaya bahasa yang positif, kreatif dan halus