10 research outputs found
Sains Sebagai Asas Pembinaan Tamadun: Kajian Terhadap Kitab Tabaqat Al-Umam Oleh Sa‘Id Al-Andalusi (1029-1069)
Dalam konteks pengistilahan „sains‟, gambaran fungsi setiap komponan ilmu telah membawa pengertian sains sebagai gagasan pengharmonian alam, manusia dan Tuhan Pencipta
In the context of “science” terminology, the expression of each knowledge component has brought into the meaning of science a construct of the harmonization of nature, human and God the Creato
Menangkis Fahaman Islam Liberal
Terdapat dua fenomena utama yang mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama, fenomena penjajahan barat ke atas negara-negara Islam merangkumi penjajahan dalam bentuk pemikiran, penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya. Kedua, fenomena kemunduran dan ketinggalan umat Islam dalam bidang teknologi dan kemajuan masa kini. Akibat dua fenomena ini, umat Islam secara umumnya terbahagi kepada 4 kumpulan.Kumpulan pertama adalah mereka yang putus asa secara menyeluruh dan menerima hakikat bahawa umat Islam sememangnya lemah dan tidak akan mampu menyaingi barat untuk selama-lamanya. Maka hiduplah mereka ibarat melukut di tepi gantang, adanya tidak menambah, tiadanya tidak mengurang. Mereka menumpang di penjuru dunia tanpa mengganggu sesiapa dan tidak mahu sesiapapun mengganggu mereka
Meneladani Integrasi Komuniti Bukan Muslim: Kewujudan Musta’rib dalam Pemerintahan Islam Andalusia (92-898 Hijrah) [Example of The Integration among Non-Muslim Communities: The Existence of Musta’rib in Andalusian Islamic Government (92-898 Hijrah)]
Andalusia adalah satu semenanjung di benua Eropah yang terkenal dengan pembangunan tamadun sains apabila umat Islam menguasai pemerintahan negara tersebut. Agama Islam menjadi agama rasmi di Andalusia selama lebih 800 tahun bermula bulan Ramadan tahun 92 Hijrah hingga Rabi‘al-Awwal 898 Hijrah. Walau bagaimanapun agama lain seperti Kristian Katolik dan Yahudi diberi kebebasan mempraktikkan kepercayaan mereka. Kebangkitan Islam di Andalusia yang seiring dengan kemajuan telah mencetuskan banyak perubahan melalui proses interaksi dalam pergaulan antara pelbagai agama dan etnik. Penulisan ini meninjau tahap penerimaan dan pengamalan bukan Muslim di Andalusia yang dikenali sebagai Musta’rib terhadap proses integrasi kaum, kehidupan beragama dan cara hidup. Berdasarkan kajian perpustakaan, maklumat yang diketengahkan akan memberi fokus kepada amalan dan penerimaan mereka dalam kehidupan seharian secara harmoni dengan masyarakat Muslim. Secara umumnya masyarakat Musta’rib boleh menerima bahkan mengamalkan ajaran Muslim secara sukarela.
Andalusia is a peninsula in Europe continental which is known for the development of scientific civilization when the Muslims took control of the country. Islam has been the official religion in Andalusia for over 800 years from Ramadan Hijri 92 to Rabi‘al-Awwal Hijri 898 . However, other religions such as Catholic and Jewish Christianity were given the freedom to practice their beliefs. The rise of Islam in Andalusia along with the progress has sparked many changes through the process of interaction in the mixing of various religions and ethnicities. This article examines the level of acceptance and practice of non-Muslims in Andalusia known as Musta’rib on the process of racial integration, religious life and way of life. Based on the library study, the information presented will focus on their practice and acceptance in daily life in harmony with the Muslim community. In general, the people of Musta'rib can accept and even practice the teachings of Muslims voluntarily
Penerokaan Terhadap Pendekatan Ibn Qayyim Al-Jauziyah Bagi Pesakit Kecelaruan Stres Pasca-Trauma Dalam Mencapai Kebahagiaan [An Exploration Of Ibn Qayyim Al-Jauziyah's Approach For Post-Traumatic Stress Disorder Patients In Achieving Happiness]
Dewasa kini, dapat kita lihat berlakunya peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Ia termasuklah kesan pandemik COVID-19 dan situasi bencana alam yang luar bisa dan berlaku dengan lebih kerap kebelakangan ini. Situasi yang berlaku ini semestinya mengundang trauma kepada yang mengalaminya. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka pendekatan Ibn Qayyim al-Jauziyah bagi pesakit kecelaruan stres pasca-trauma dalam mencapai kebahagiaan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Data yang diperolehi telah dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Berdasarkan pendekatan Ibn Qayyim al-Jauziyah, terdapat lima kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pesakit kecelaruan stres pasca-trauma dalam mencapai kebahagiaan iaitu pembersihan hati dan jiwa, kekuatan iman dan kematangan ilmu, bersyukur ketika diberi nikmat, bersabar ketika ditimpa musibah dan memohon keampunan ketika telah terjerumus dalam dosa. Konklusinya, dapatan kajian ini dipercayai dapat menyumbang kepada peningkatan tahap kesedaran badan-badan bertanggungjawab dalam mengaplikasikan elemen-elemen kebahagian melalui pendekatan Ibn Qayyim Al-Jauziyah ini dalam membantu mengurangkan statistik masalah kesihatan mental di Malaysia.
Nowadays, there is an increase in mental health problems among Malaysians. There are various factors that contribute to the increased number of this health problem. It includes the effects of the COVID-19 pandemic and the extraordinary natural disaster situations that have occurred more frequent recently. These situations invite trauma to those who experience it. Thus, this study was conducted to explore Ibn Qayyim al-Jauziyah's approach for post-traumatic stress disorder patients in achieving happiness. This is a qualitative study using the library research method. The data obtained was analyzed through the content analysis. Based on Ibn Qayyim al-Jauziyah's approach, there are five method that can be applied by post-traumatic stress disorder patient to achieve happiness, which are the purification of the heart and soul, the strength of faith and the maturity of knowledge, gratitude when given blessings, patience when misfortune strikes and asking for forgiveness when one has fallen into sin. In conclusion, the findings of this study contributes to the awareness enhancement of responsible bodies in applying the elements of happiness through Ibn Qayyim Al-Jauziyah's approach in helping community to reduce the statistics of mental health problems in Malaysia
Model of language interpreter for medical tourism in Malaysia: a fuzzy Delphi approach
Interpreter is one of the important individuals in connecting patients and hospital staffs. The role also contributes to the high enrollment of medical tourists to our country. Although there is a great need for language interpreters in medical institutions, there are only a limited number of language interpreters available for employment. Accordingly, a model of language and communication services for marketing medical tourism in Malaysia is required, in keeping with the MHTC's goal of making Malaysia the world's leading global healthcare destination. The purpose of this study is to establish a model of language interpreter for medical
tourism, with the intention of boosting medical tourism to Malaysia as the world's leading healthcare destination. This study implemented qualitative method. The approach used to collect the data was using a questionnaire instrument that had been given to 8 experts. The criteria in the determination of experts are these experts consist of four fields: Arabic, English, communication, and tourism Malaysian lecturers who have served more than 10 years in public universities. All the data collected were analyzed using the Fuzzy Delphi method. The findings showed that there are three main components in preparing a competent medical interpreter which are language, communication, and medical tourism. The determination of the items for each component are based on the calculated threshold value (less than 0.2) and the percentage of the expert group (more than 75%). This study showed that there are three components of the interpreter model for medical tourism in Malaysia and only 21 out of 32 items are agreed by the lectures from four fields based on expert agreement
Disiplin Al-Qur'an Dan Hubungannya Dengan Tradisi Intelektual Andalusia
Islam merupakan agamayang memberi fokus kepada tuntutan ilmu pengetahuan melalui disiplin al-Quran. Ayat al-Quran pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah talah menekankan kepentingan ilmu dan keperluan penyelidikan . Ayat ini juga telah membawa kapada satu refomasi ketamadunan manusia yang bermula antaranya dari negara islam Andalusia. Masyarakat muslim di Andalusia talah melakarkan episod kegemilangan dalam sejarah interlektual benua Eropah selama 8 abad. Mereka telah mengimplememtasi al-Quran sebagai satu disiplin yang telah membimbing dan bertindak sebagai obor penyuluh kepada budaya dan ketamadunan dunia seluruhnya dengan membentuk metodologi, formula, ujikaji, pemerhatian, pengukuran dalam pelbagai bidang yang digunakan sehingga kini. Andalusia telah menjadi pusat ketamadunan dan aktiviti-aktiviti bersifat intelektual. Pada ketika itu juga, aktiviti keintelektualan di Australia talah melahirkan ramai perintis dan saintis hebat yang secara langsung memberi impak besar kepada dunia malalui ilmu, idea dan inovasi
THE [The Characters of A Project Manager According to The Qur’an: A Study Based on Surah al-Mu’minun Verses 1-11] Karakter Pengurus Projek Menurut al-Qur’an: Kajian Berdasarkan Surah al-Mu’minun Ayat 1-11
The project manager plays an important role in ensuring that the project he or she manages is completed on time, cost, and quality that has been set. To be a project manager, it takes a superior character to be a leader in project management. Typically, the characters that are often expressed are of a physical, technical, and skillful nature. For example, experienced, good at communicating, and have good technical skills. However, apart from those characters, characters of a spiritual nature should also be present among project managers. This is because it can be a bulwark to them from committing negative acts such as corruption and embezzlement. Accordingly, this study aims to identify and analyze the characters of project managers according to the Qur’an by focusing on surah al-Mu’minun verses 1-11. The identification and analysis are based on document review methods and qualitative content analysis methods. The results of the study found that the characters that need to be present in a Muslim project manager according to surah al-Mu'minun verses 1-11 are like always keeping prayers and understanding the philosophy of prayer, avoiding useless actions and conversations, paying zakat, curbing lust and always maintaining self -esteem, as well as maintaining trust and promises. The implication is that the spiritual character can not only increase faith in Allah SWT but also enable the project manager to implement the demands of parallel work following the requirements of Islamic law.
Pengurus projek memainkan peranan penting untuk memastikan projek yang diurusnya itu berjaya disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang telah ditetapkan. Untuk menjadi seorang pengurus projek, ia memerlukan karakter yang unggul untuk menjadi pemimpin dalam pengurusan projek. Pada kebiasaannya, karakter yang sering dinyatakan adalah bersifat fizikal, teknikal dan kemahiran. Contohnya, berpengalaman, bijak berkomunikasi, dan mempunyai kemahiran teknikal yang baik. Walau bagaimanapun, selain daripada karakter-karakter tersebut, karakter bersifat rohaniah atau spiritual juga sepatutnya perlu ada dalam kalangan pengurus projek. Hal ini kerana karakter tersebut boleh menjadi benteng kepada diri mereka daripada melakukan perbuatan negatif seperti rasuah dan penyelewengan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis karakter pengurus projek menurut al-Qur’an dengan menumpukan surah al-Mu’minun ayat 1-11. Pengenalpastian dan penganalisisan tersebut adalah berasaskan kaedah kajian dokumen dan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian menemukan bahawa karakter yang perlu ada dalam diri pengurus projek Muslim menurut surah al-Mu’minun ayat 1-11 adalah seperti sentiasa menjaga solat dan memahami falsafah solat, menjauhi perbuatan dan percakapan sia-sia, mengeluarkan zakat, membendung nafsu syahwat dan sentiasa menjaga kehormatan diri, serta menjaga amanah dan janji. Implikasinya, karakter rohaniah bukan sahaja dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT bahkan membolehkan pengurus projek melaksanakan tuntutan kerja selari mengikut kehendak syariat Islam.