Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK) / Journal of Islam and Contemporary Society (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin)
Not a member yet
    433 research outputs found

    Pembangunan Komuniti Dan Usaha Dakwah Era Pasca Covid-19: Inisiatif Projek Masa@Sungai Nibong [Community Development And Da'wah Efforts Post Covid-19: The Masa@Sungai Nibong Project Initiative]

    Get PDF
    Makmal Sosio-Akademik di Mukim 12 Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, Sungai Nibong, Pulau Pinang (MASA@Sungai Nibong) merupakan sebuah projek pembangunan komuniti amnya untuk memperkasakan asnaf (fakir dan miskin) daripada kepompong kedaifan di salah sebuah pangsapuri di Pulau Pinang. Projek MASA@Sungai Nibong ini merupakan projek perintis yang menyaksikan usaha sama di antara Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dalam membangun satu komuniti Islam di bandar yang lestari dan berdaya saing. Sebahagian daripada pangsapuri tersebut dihuni oleh kelompok asnaf yang terpilih untuk projek tersebut dan dikenali sebagai Komuniti MASA@Sungai Nibong. Tatkala di era Covid-19, kepelbagaian peringkat umur dalam komuniti tersebut terkesan dengan beberapa aspek kehidupan seperti ekonomi dan sosial yang berupaya membantut iltizam perubahan hidup mereka. Projek tersebut di pangsapuri berkenaan menerusi usaha dakwahnya yang tersendiri telah menjalankan beberapa inisiatif demi kelangsungan program pembangunan asnaf sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dan selepasnya. Kajian ini mengenalpasti usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan seterusnya menganalisis sejauh mana penglibatan asnaf berhubung dengan usaha-usaha dakwah ini. Kajian ini bersifat kualitatif dengan melakukan pemerhatian sebagai kaedah asas untuk pengumpulan data menerusi pemantauan program dan aktiviti yang disertai dan temubual bersama Ketua Komuniti. Kajian ini mendapati usaha dakwah projek tersebut yang dipelopori oleh ISDEV dengan sokongan padu ZPP tidak terhenti dek pandemik Covid-19 malah dengan rancaknya beradaptasi dengan kelaziman baharu dan dapat diteruskan pasca Covid-19. Bermula dengan perancangan rapi, usaha dakwah melalui pelbagai program telah dikelompokkan kepada beberapa kategori dan peringkat umur sesuai keperluan pembangunan insaniah setiap golongan yang diadakan secara berkala sesuai norma baharu. Penemuan dalam Projek yang masih bergiat dijalankan ini, boleh dijadikan sebagai kerangka asas dalam usaha-usaha dakwah dalam mencapai pembangunan komuniti Islam yang lebih baik.&nbsp

    Konsep Maqamat Al-Yaqin Menurut Ibn `Ata’ Allah Dan Kaitannya Dengan Resiliensi [The Concept Of Maqamat Al-Yaqin According To Ibn `Ata' Allah And Its Relation To Resilience]

    Get PDF
    The identification of Ibn `Ata Allah and his work has been the subject of extensive research conducted by scholars worldwide. According to Ibn `Ata Allah, associating partners with Allah SWT is considered shirk. This theological perspective views the act of attributing individuals or entities as allies to God as a form of polytheism. Allah SWT is attributed with wahdaniyyah, which means that Allah SWT is One in His Essence, His Attributes, and His Actions. This implies that nothing can ever be identical or equal to the essence, attributes, and actions of Allah SWT. This principle is deeply ingrained in the perspective of tawḥid practiced by Muslims. This article examines Maqamat al-Yaqin (the stages of certainty) from the perspective of Ibn `Ata Allah, a renowned Sufi figure. This study explores his understanding of the concepts of tawḥid and taṣawwuf and discusses his arguments in his book al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, regarding the significance of Maqamat al-Yaqin. This study employed a library research methodology to gather data and information. In the data analysis process, data reduction techniques were used to select and prioritize significant elements based on the available data, aiming to provide a clearer description of the data. The findings of this study demonstrate that the exploration of Maqamat al-Yaqin, as examined by Ibn `Ata Allah, has proven advantageous to Muslims by redirecting readers’ attention from the concern of shirk to a sense of appreciation and fortitude in the earthly realm. Moreover, this research indicates the potential alleviation of stress in individuals’ lives.Riwayat hidup Ibn `Ata’ Allah dan hasil karya beliau telah diterokai oleh pengkaji di dalam dan luar negara. Menurut Ibn `Ata’ Allah bahawa sesiapa yang tadbir bersama-sama Allah SWT adalah syirik. Ini adalah kerana bagi Ibn `Ata’ Allah sekiranya tadbir kita bersama dengan tadbir Allah maka ianya syirik kerana mengadakan sekutu bagi Allah. Allah SWT itu bersifat dengan wahdaniyah yang bererti Allah itu Esa pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Ini bermakna tiada sesuatu pun yang akan menyamai zat, sifat dan perbuatan Allah SWT. Ianya telah menjadi pemikiran dan kepercayaan dalam perspektif ilmu tauhid yang diamalkan sebagaimana pegangan ahli sunnah wal Jamaah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang Maqamat al-Yaqin yang dilihat daripada sisi pemikiran seorang tokoh sufi yang terkenal iaitu Ibn `Ata Allah. Artikel ini menyentuh tentang konsep pemikiran beliau di dalam bidang tauhid dan tasawuf, hujah-hujah beliau dalam kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir dalam menonjolkan penghayatan terhadap Maqamat al-Yaqin tersebut. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini disusuli metode pengumpulan data dan kemudian metode analisis data. Manakala kaedah penganalisisan data menggunakan reduksi data bagi memilih dan memfokuskan pada hal-hal penting berdasarkan data yang ada bagi menggambarkan sesuatu data dengan lebih jelas Hasil kajian menunjukkkan perbahasan Maqamat al-Yaqin yang digunakan Ibn `Ata’ Allah telah memberi manfaat kepada orang Islam dengan mengalihkan tujuan pembaca daripada isu syirik semata-mata kepada penghayatan bagaimana untuk resiliensi di dunia. Di samping, hasil kajian ini dapat mengurangkan tekanan dalam kehidupan

    Tasawur Mahabbah Menurut Badiuzzaman Said Nursi Berdasarkan Kitab Kulliyyat Rasa’il Al-Nur [The Tasawur Of Mahabbah According To Bediuzzaman Said Nursi Based On The Book Of Kulliyyat Rasa'il Al-Nur]

    Get PDF
    Badiuzzaman Said Nursi merupakan salah seorang tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran. Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur merupakan bukti nyata usaha beliau yang dilakukan dan masih kekal menjadi rujukan sehingga kini. Terkandung di dalamnya pelbagai perbincangan ilmiah antaranya berkaitan mahabbah. Mahabbah merupakan salah satu daripada nilai-nilai Islam yang ditekankan al-Quran dalam proses pembangunan insan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu; (1) mengenal pasti hakikat mahabbah menurut Badiuzzaman Said Nursi; dan (2) membentuk tasawur mahabbah berteraskan hakikat mahabbah yang diperkenalkan oleh Badiuzzaman Said Nursi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif berdasarkan analisis teks dan dokumen. Hasil kajian menemukan bahawa Badiuzzaman Said Nursi memiliki sudut pandang yang tersendiri tentang mahabbah, dan tasawur mahabbah yang terbina mengambil kira sudut hubungan vertikal dan horizontal yang perlu diterapkan dalam diri setiap insan untuk membangun menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.   Bediuzzaman Said Nursi is one of the figures in Quranic Exegesis. The book of Kulliyyat Rasa'il al-Nur is a clear testament to his efforts and referred by many scholars till nowadays. There are various discussions in Kulliyyat Rasa’il al-Nur and among them is mahabbah. Mahabbah is one of the Islamic values emphasized by the Quran in the process of human development. Thus, this study was carried out to achieve several objectives namely, (1) identify the fact of mahabbah according to Bediuzzaman Said Nursi; and (2) form a tasawur of mahabbah based on the fact of mahabbah introduced by Bediuzzaman Said Nursi. The study is a descriptive qualitative study, based on the analysis of texts and documents. The results of the study found that Bediuzzaman Said Nursi has his own perspective on mahabbah, and the tasawur of mahabbah which is built considers the vertical and horizontal relationship angles that need to be applied in each human being to develop into an excellent worldly and ukhrawi person.&nbsp

    Keharusan Penggunaan Ganja Untuk Maslahah Perubatan Kesihatan: Satu Perbincangan Awal [The Necessity Of Using Cannabis For Medical Health Importance: A Preliminary Discussion]

    Get PDF
    Artikel ini menganalisis hukum penanaman kanabis atau ganja yang kerap diperbincangkan sejak kebelakangan ini khususnya dari segi manfaat terhadap keperluan perubatan kesihatan. Antara spesis kanabis yang dipercayai mengandungi manfaat kesihatan ialah hemp (Cannabis Sativa L.). Hemp dipercayai mampu bertindak sebagai terapi bagi pesakit gangguan saraf, autisme, kemurungan, parkinson dan kanser. Namun menurut undang-undang Malaysia, kanabis disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eskport, pemilikan dan penyalahgunaannya. Artikel ini juga bertujuan untuk meneliti asas-asas keharusan penanaman pokok tersebut daripada sudut pertimbangan maslahah dan mafsadah dalam konteks penjagaan maqasid syariah yang lebih luas. Sebagai sebuah kajian kualitatif, metod analisis kandungan akan digunakan bagi memperoleh pandangan fuqaha Islam mengenai hukum penanaman hasyish (ganja), khasykhasy (popi), tabg (tembakau) dan dan fatwa-fatwa semasa yang berkaitan daripada pelbagai institusi hukum yang berautoriti. Bagi menentukan hukumnya pada masa kini, aspek maslahah dan mafsadah perlu dipertimbangkan dengan mengambilkira ketetapan undang-undang negara. Seterusnya, kajian ini telah mendapati bahawa spesis hemp adalah suci dan tidak dianggap najis namun keharusan penanamannya tertakluk kepada beberapa garis panduan bagi mengelak timbulnya kesan kemudaratan kepada masyarakat.   This article analyses the ruling regarding the cultivation of cannabis or ganja which has often been discussed in recent times, particularly in terms of its benefits for medical health needs. Hemp is one of the varieties of cannabis thought to have health advantages (Cannabis Sativa L.).  Patients with cancer, Parkinson's disease, depression, anxiety disorders, and autism may benefit from using hemp as a therapy. However, as per the Dangerous Drugs Act 1952 in Malaysia, cannabis is prohibited from being cultivated, produced, distributed, imported, exported, possessed, or abused. This article also aims to examine the fundamentals of the necessity of planting cannabis from the point of view of maslahah and mafsadah in the context of taking care of the wider shariah maqasid. As a qualitative study, the content analysis method will be employed to obtain the views of Islamic jurists regarding the legality of cultivating hasyish (marijuana), khasykhasy (poppy), tabg (tobacco) as well as the pertinent current fatwas from multiple reputable legal institutions. Today, the maslahah and mafsadah aspects must be taken into consideration while determining the law, keeping in mind the provisions of national law. Next, this study has shown that although the hemp species is sacred and not regarded as impure, its cultivation needs to adhere to a number of rules in order to prevent negative effects on the communit

    A Preliminary Study For Worker-Driven Social Responsibility Concept From An Islamic Perspective

    Get PDF
                                                          Sumber-sumber Islam menyebut tentang perlunya ilmu pentadbiran yang selaras dengan pemikiran pengorganisasian dalam Islam. Ramai pakar dan penyelidik Muslim mengakui bahawa penggunaan kaedah Barat oleh negara-negara Islam merupakan cabaran yang besar kerana perniagaan di dunia Islam mempunyai perspektifnya tersendiri sehingga perlu berusaha untuk mencapai objektif Syariah dalam setiap aspek perniagaannya. Begitu juga, skop Tanggungjawab Sosial Pekerja (TSP) masih belum ditentukan dan tiada kriteria untuk mengukur kesannya di negara-negara Islam. Sedangkan, pemikiran pentadbiran Islam sudah pun mempunyai asas dan kriteria yang kukuh dalam merekrut pekerja, terutama untuk pekerjaan awam kerana tanggungjawab sosial adalah sesuatu yang berharga kepada Islam. Disebabkan isu-isu tersebut, kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti TSP dalam perspektif Islam. Secara umum, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Secara khusus ia menggunakan pendekatan induktif yang sesuai digunakan untuk mengumpul data daripada bahan-bahan terdahulu. Data-data yang terkumpul akan dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Hasil analisis ini menemukan beberapa definisi dan kaedah dasar pekerjaan yang meningkatkan tanggungjawab sosial mengikut model TSP dari perspektif Islam. Sumbangan lain ialah menggalakkan peralihan penyelidikan secara teori kepada kajian aplikasi dan penerapan yang mempercepatkan amalan ciri-ciri Islam dalam tanggungjawab sosial dengan mempromosikan konsep TSP kepada pelbagai organisasi.   Islamic literature mentions the need for administrative sciences that are consistent with Islamic organisational thought. Many Muslim specialists and researchers admit that the adoption of Western methods by Islamic countries represents a significant challenge since business in the Islamic world has its perspective and the quest is to achieve the objectives of Sharia in every aspect of its business. The scope of Employee-Driven of Social Responsibility (WSR) activities is still undetermined and there are no criteria for measuring the impact of these organisational activities especially in Islamic countries. Simultaneously, Islamic administrative thought sets firm foundations and criteria and tightens them when recruiting employees, especially for public jobs since social responsibility is an asset to Islam. Therefore, this study needs to identify the WSR in Islamic perspective. A qualitative approach was used, while the inductive approach was used to collect data from previous literature. Data collections would be analysis by content analysis method. Yield of this study showed that several defines and methods of the possibility of establishing employment policies that enhance social responsibility according to the WSR model from an Islamic perspective. It will contribute cognitively towards building an understanding for a new social responsibility model represented by WSR in Islamic perspective. Other contributions are promoting the transition of Islamic literature from theory and theoretical research to application and applied studies that accelerate the practice of Islamic characteristics in social responsibility by promoting these concepts to various organisations

    Amalan Khurafat Berkaitan Bayi Dalam Masyarakat Melayu Islam Melaka [Superstitious Practices Related to Babies In The Malay Muslim Community Of Malacca]

    Get PDF
    Islam sangat menitiberatkan perkara yang berkaitan dengan akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Segala bentuk khurafat sama ada yang berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan akidah dan syariah Islam. Namun sebahagian masyarakat masa kini masih mempercayai dan mengamalkannya dalam keadaan tertentu atas faktor tertentu. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan-amalan khurafat terhadap bayi yang masih dilakukan dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Melaka. Selain itu ia akan menilai tahap kefahaman khurafat terhadap bayi dalam kalangan mereka. Responden kajian melibatkan 45 wanita Melayu di sebuah kampung di Melaka Tengah yang pernah berkahwin, hamil dan bersalin. Data dianalisis secara peratusan menggunakan perisian Microsoft Excel berdasarkan skala Likert 1-5. Dapatan menunjukkan terdapat 5 amalan khurafat tertinggi dan 2 amalan khurafat yang paling rendah pernah dilakukan oleh ibu hamil terhadap bayi semasa melayari tempoh mengandung, bersalin dan berpantang. Selain itu, kefahaman ibu hamil tentang amalan khurafat terhadap bayi berada pada tahap sederhana. Nilai min tertinggi iaitu 4.93 merujuk kepada responden memahami perbuatan khurafat terhadap bayi adalah termasuk di dalam dosa-dosa besar dan syirik kepada Allah manakala nilai min terendah iaitu 1.57 merujuk kepada pernyataan ‘saya memahami keseluruhan amalan khurafat terhadap bayi dan tidak pernah melakukannya’.Islam places great emphasis on matters related to faith and shariah. All practices and beliefs that are not based on original sources such as the Quran, Hadith, Ijma' and Qiyas are rejected by Islam. All forms of superstition, whether in the form of practice or belief, can lead to polytheism and are contrary to Islamic creed and shariah. However, some people today still believe and practice it in certain circumstances due to certain factors. This paper aims to identify the superstitious practices against babies that are still practiced among the Malay community in the state of Malacca. In addition, it will assess the level of understanding of superstitions against babies among them. The study respondents included 45 Malay women in a village in Central Melaka who had been married, pregnant and given birth. Data was analyzed as a percentage using Microsoft Excel software based on a Likert scale of 1-5. Findings show that there are 5 highest superstitious practices and 2 lowest superstitious practices ever performed by pregnant mothers towards babies during pregnancy, childbirth, and abstinence. In addition, pregnant women's understanding of superstitious practices against babies is at a moderate level. The highest mean value of 4.93 refers to respondents understanding that superstitious acts against babies are included in major sins and shirk to God while the lowest mean value of 1.57 refers to the statement 'I understand the entire practice of superstition against babies and have never done it'

    Penilaian Kritis Disertasi ‘Pemikiran Akidah Shaykh Nazim al-Qubrusi Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah’. [Critical Evaluation Of The Dissertation 'Pemikiran Akidah Shaykh Nazim Al-Qubrusimenurut Ahli Sunnah Wal Jamaah': A Study Of Divine Issues]

    Get PDF
    Artikel ini mengandungi penilaian kritikal terhadap tesis bertajuk 'Pemikiran Akidah Syekh Nazim al-Qubrusi Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah'. Pengkaji mengkaji aspek Aqidah dan Tasawuf Syekh Nazim al-Qubrusi dan menyimpulkan bahawa idea-idea beliau tidak sejajar dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Memandangkan Tarekat Syekh Nazim telah diluluskan dalam Muzakarah MKI dan Negeri Sembilan, artikel ini bertujuan: Pertama, menilai semula data yang dikemukakan dan interpretasi terhadap tokoh terutamanya dalam isu-isu ketuhanan. Kedua, menangani sebarang kesilapan atau ketidak tepatan dalam kajian asal dan menyediakan pemahaman yang lebih tepat terhadap idea Syekh Nazim. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan melihat kepada kandungan kajian asal. Data kemudiannya dianalisis dengan membandingkannya dengan turath (warisan) ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa kesilapan dalam kajian asal ini dikenalpasti, termasuk salah nukilan dan salah faham terhadap perkataan Syekh Nazim, dan tidak meraikan khilaf di kalangan ulama al-Asya’irah. Kesilapan-kesilapan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian penyelidik atau oleh bergantung pada kesimpulan pihak ketiga.  This article contains a critical evaluation of the dissertation entitled ‘Pemikiran Akidah Syekh Nazim al-Qubrusi Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah’. The researcher study the aspects of Aqidah and Sufism of Syekh Nazim al-Qubrusi and concludes that his ideas are not in line with Ahli Sunnah Wal Jamaah. Since Syekh Nazim’s Sufi Order has been approved in the Muzakarah of MKI and Negeri Sembilan, this article aims to: First, re-evaluate the data presented and the interpretations on them especially in divine issues. Second, address any errors or inaccuracies in the original study and provide a more accurate understanding of Syekh Nazim’s teachings. The review uses a qualitative approach and relies on a content analysis of the original study. The data was then analyzed by comparing it to the turath of Ahli Sunnah Wal Jamaah’s scholar. The authors identifies several errors in the original study, including misquoting and misunderstandings of Syekh Nazim’s words, and a lack of consideration for differences in Ash’ari scholars’ opinions. These errors may have been caused by the researcher’s negligence or by their reliance on the conclusions of third parties

    Pensyariatan Ihdad Dan Larangan Sepanjang Tempoh Menurut Perspektif Islam [Legislation Of Ihdad And Prohibition Throughout The Period From The Perspective Of Islam]

    Get PDF
    Pelaksanaan idah bagi wanita kematian suami selama empat bulan sepuluh hari terdiri daripada beberapa perkara penting seperti tidak dibenarkan berkahwin lain serta kewajipan berihdad sepanjang tempoh tersebut. Ketetapan pelaksanaan ihdad yang turut dikenali sebagai tempoh berkabung dalam kalangan masyarakat adalah suatu bentuk tanggungjawab khusus yang perlu dilaksanakan oleh seorang isteri apabila berlakunya kematian suami. Meskipun terdapat sedikit keringanan (rukhsah) diberikan oleh ulama dalam pelaksanaan ihdad ini, secara tidak langsung ianya telah menjurus kepada sikap ketidakcaknaan dan bermudah-mudah golongan wanita dalam memahami tuntutan ihdad yang seterusnya dapat menyebabkan kecacatan pelaksanaan ihdad menurut kehendak syarak. Justeru, kajian ini dilakukan bagi menjelaskan pensyariatan ihdad serta larangan-larangannya yang perlu dipatuhi dalam tempoh idah sebagaimana yang telah ditetapkan. Kajian ini dihasilkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang memanfaatkan sumber primer seperti kitab-kitab turath dan sumber sekunder yang terdiri daripada kajian-kajian terdahulu serta buku-buku berkaitan. Kaedah analisis kandungan diguna pakai dalam mendapatkan maklumat bagi membentuk kesimpulan yang bertepatan dengan matlamat kajian. Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pematuhan terhadap larangan-larangan berkaitan ihdad adalah berkait rapat dalam memenuhi tuntutan idah wanita kematian suami. Pengamalan ihdad dengan pemahaman yang benar akan membolehkan maqasid pensyariatan dicapai sekaligus menyuburkan pelaksanaan syariat dengan konsep yang sebenar. Tegasnya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan pemahaman masyarakat khususnya golongan wanita mengenai pelaksanaan tuntutan ihdad sebagai suatu bentuk pendekatan agama dalam menangani salah satu ujian kehidupan di samping memelihara kemaslahatan umatnya.     The observance of idah by a woman following the death of her husband for a period of four months and ten days encompasses several crucial aspects as the prohibition of remarriage and others obligation to maintain ihdad throughout the designated period. The practice of ihdad, also known as the mourning period in the community represents a specific responsibility that a wife must undertake upon her husband’s demise. While some scholars have allowed for limited flexibility (rukhsah) in the implementation of ihdad, it indirectly led to a lack of understanding and a more lenient interpretation among some women in understanding the requirements of ihdad, which can subsequently lead to deviations from the Shariah's prescribed guidelines. Hence, this study aims to clarify the legal aspects of ihdad and its associated prohibitions that should be adhered to during the prescribed waiting period. To accomplish this, a qualitative methodology is employed, utilizing primary sources like classical Islamic texts and secondary sources, which include previous studies and relevant literature. Content analysis is used as the methodology to gather information and reach conclusions in line with the research objectives. This study evidently demonstrates that compliance with the prohibitions related to ihdad is closely intertwined with meeting the waiting period requirements for women whose husbands have passed away. A comprehensive comprehension and faithful observance of ihdad facilitate the achievement of the objectives outlined by Shariah and promote the authentic application of Islamic law. Fundamentally, this research is anticipated to play a role in enriching the community's comprehension, particularly among women, regarding the practice of ihdad as a religious approach for addressing one of life's trials and safeguarding the well-being of the community

    Pengaruh Ilmu Mantik Terhadap Polemik Kalimah al-Tawhid: Satu Kajian Terhadap Khatimah al-Sa‘adah. [The Influence Of Logic On The Polemic Of Kalimah Al-Tawhid: A Study On Khatimah Al-Sa’adah]

    Get PDF
    Polemik kalimah al-tawhid merupakan polemik yang berlaku antara tiga orang tokoh ilmu kalam di Maghribi pada sekitar abad ke-10, 11 dan 12 H dalam pentafsiran ungkapan la ilaha illa Allah. Mereka ialah Abu Muhammad ‘Abdullah al-Habti al-Kabir, Abu ‘Abdillah Muhammad al-Kharrubi al-Tarabulsi dan juga Abu ‘Abdillah Muhammad al-Yasitani. Ketiga-tiga tokoh tersebut mempunyai tafsiran yang tersendiri dalam memahami ungkapan kalimah al-tawhid berdasarkan metode ilmu nahu, mantik dan juga ilmu kalam. Namun, perselisihan tersebut membawa kepada pertelingkahan yang serius sehingga Abu ‘Ali al-Hasan bin Mas‘ud al-Yusi mengatakan bahawa perselisihan ini menyebabkan setiap kelompok menyalahkan kelompok yang lain hingga ke tahap menyesatkan. Ahmad bin Hasan al-Jawhari menerusi Khatimah al-Sa‘adah cuba mengharmonikan perselisihan ini dan menjelaskan makna bagi kalimah al-tawhid berdasarkan kaedah ilmu nahu, mantik dan juga ilmu kalam. Memandangkan ilmu mantik mempunyai peranan yang mempengaruhi pentafsiran setiap kelompok tokoh tersebut, kajian ini menganalisis peranan dan pengaruh ilmu mantik dalam pemahaman kalimah al-tawhid yang dibahaskan menerusi metode kajian kepustakaan dan analisis teks berdasarkan teks Khatimah al-Sa‘adah serta dokumen karya ulama yang berkaitan. Hasil kajian mendapati ilmu mantik berperanan dalam memberikan kefahaman yang benar mengenai kalimah al-tawhid. Ini amat penting bagi memastikan kefahaman yang benar mengenai kalimah al-tawhid terjaga daripada sebarang kesilapan.The polemic of kalimah al-tawhid is a polemic that took place between three figures of kalam in Morocco around the 10th, 11th and 12th hijri centuries in the interpretation of the la ilaha illa Allah. They are Abu Muhammad 'Abdullah al-Habti, Abu 'Abdillah Muhammad al-Kharrubi al-Tarabulsi  and also Abu 'Abdillah Muhammad al-Yasitani. The three figures have their own interpretations in understanding the expression of the kalimah al-tawhid based on the methods of arabic syntax, logic and also kalam. However, the disagreement between them and their followers has led to a serious conflict that Abu 'Ali al-Hasan  bin Mas'ud al-Yusi  said that this disagreement has caused each group to blame the other group to the point of accusing each other faith as a deviant teaching. Ahmad bin Hasan  al-Jawhari through Khatimah al-Sa’adah tried to harmonize this dispute and explain the meaning of the kalimah al-tawhid based on the methods of arabic syntax, logic and also kalam knowledge. Since logic has a role and influence that affects the interpretation of each group of figures, there is a need to study how the influence of logic in understanding this polemic. Therefore, this study was written to analyze the influence of logic on the polemic of the kalimah al-tawhid through the method of library research and the process of text analysis based on the text of Khatimah al-Sa’adah as well as related scholarly documents. The results of the study found that logic indeed has a role in understanding the word al-tawhid with a correct understanding. This is very important to ensure a genuine understanding of the word al-tawhid from any mistakes

    Analisis Perubahan Hukum Dari Fasa Pandemik Kepada Fasa Endemik COVID-19 Di Malaysia [Analysis Of Hukm Changes From The Pandemic Phase To The Endemic Phase Of Covid-19 In Malaysia]

    Get PDF
    Peralihan negara memasuki fasa endemik dapat menyaksikan perubahan norma baharu yang diamalkan oleh masyarakat sebelum ini sudah mula dilonggarkan dan kembali kepada tatacara kehidupan yang asal susulan kejayaan program vaksinasi COVID-19 negara dapat dicapai. Peralihan fasa endemik ini telah memberi peluang dan kemudahan kepada manusia untuk merancakkan kembali kegiatan ekonomi, politik, sosial, pendidikan termasuk aktiviti keagamaan. Setiap fasa peralihan daripada normal kepada pandemik dan daripada pandemik kepada endemik telah memberi kesan terhadap perubahan hukum Islam. Ia melibatkan perubahan yang bersifat sementara dan kekal. Antara perubahan hukum yang bersifat sementara adalah berkaitan hukum penangguhan ibadah solat jumaat dan solat jemaah, penjarakan saf, pengehadan bilangan jemaah, larangan merentas negeri, nikah atas talian, kaedah tayamum ke atas jenazah COVID-19 serta penangguhan ibadah haji dan umrah. Manakala hukum yang masih kekal sehingga kini seperti hukum penggunaan vaksin COVID-19. Justeru kajian ini akan menganalisis perubahan hukum dari fasa pandemik kepada fasa endemik COVID-19 di Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif melalui data-data perpustakaan yang digunakan sepenuhnya dan dianalisis secara deduktif. Hasil kajian mendapati perubahan hukum yang berlaku dalam fasa endemik membuktikan hukum islam adalah bersifat fleksibel, mempunyai ciri al-murunah dan menepati kaedah “tidak diingkari hukum dengan perubahan zaman”. Ini kerana penetapan hukum yang berlaku semasa pandemik hanyalah bersifat sementara dan akan kembali kepada hukum yang asal apabila keadaan kembali normal. Following the success of the nation's COVID-19 immunisation programme, the society's new rules were eased as the nation entered the endemic phase and returned to the previous way of life. This endemic phase transition has provided opportunities and facilities for people to revive economic, political, social, and educational activities, including religious ones. Each phase of the growth from normal to the pandemic and from pandemic to endemic impacted changes in Islamic law. It involves both temporary and permanent changes. Among the temporary legal changes are related to the law of suspension of Friday and congregational prayers, safe distancing in prayer rows, limiting the number of congregations, cross-state bans, marriage contract through a virtual conference, performing tayammum to the deceased person and postponement of Hajj and Umrah. While the law that remains now is the law on the use of the COVID-19 vaccine. Therefore, this study will analyze the change in law from the pandemic stage to the endemic phase of COVID-19 in Malaysia. The researcher used a qualitative approach through library data that was fully utilized and analyzed deductively. The study results found that the changes in the law that took place in the endemic phase prove that Islamic law is flexible, has the characteristics of al-murunah and complies with the method "the law is not disobeyed by the changing times". It is because the stipulation of the law that applies during the pandemic is only temporary and will return to the original hukm when the situation returns to normal

    347

    full texts

    433

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK) / Journal of Islam and Contemporary Society (Journal of UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin) is based in Malaysia
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇