41 research outputs found

    From Electocracy to Democracy: Coalition, Cohesion, and Function

    Get PDF
    Generally, democracy composes the elements of election, rights and liberty, middle class, and the rules of law to govern the state and people. Malaysia had limited experience of a democracy that was absent from the elements above. It had its first election during the colonial era that dictates the function of an election.  Later, the election becomes routine every five years that makes it an electocracy or a political culture lacks political literacy. The post-independence context of a strong leader and a dominant party alliance to rule the state and society resulted in making political analysts criticizing Malaysia as a state of the quasi, semi, and syncretic democracy. The recent power transition with no record of violence in Fourteen General Election (2018) proves that the previous label of democracy in Malaysia is obsolete. Therefore, the analysis tool of assessing Malaysian politics is still dormant with the Western perspective of the two-party system, the end of racial politics hence assuming the beginning of an ideology-based party and the belief that the new Malaysia will fit in the western mold of democracy. The robust information technology via social media harvesting new challenges for democracy in Malaysia. It cannot escape the spread of fake news or disinformation to influence voters. The game of fake news has put Malaysia as a state of electocracy full of unskilled politicians to govern the multiethnic nation

    Dilema kemiskinan: falsafah, budaya dan strategi

    Get PDF
    Artikel ini mengupas konsep kemiskinan yang perlu dinilai semula kerana faktor multidimensi yang menghambat usaha membasmi kemiskinan. Hambatan ini disebabkan tafsiran kemiskinan seringkali diukur dengan pendekatan ekonomi iaitu pendapatan isi rumah dan kekayaan atau sumber. Dilema dan punca kemiskinan adalah melepasi rasional ekonomi, maka pembolehubah kemiskinan harus merangkumkan keupayaan yang kurang atau lemah seperti ketiadaan akses kesihatan, pendidikan, infrastruktur, kebebasan politik dan hak asasi, sumber dan sebagainya. Perbincangan turut mengetengahkan kategori kemiskinan yang perlu dibaiki dengan mengenalpasti kategori kemiskinan jenis lain seperti invisible poor, vulnerable poor, kemiskinan kronik dan miskin bandar. Setiap satu kategori ini memperlihatkan konteks kemiskinan yang berbeza dari aspek kelas, komuniti dan spatial. Makalah ini menggariskan strategi pendekatan multidimensi berasaskan falsafah pemikiran tentang kemiskinan. Budaya kemiskinan dan stereotaip dianalisis dengan kritikal dan merumuskan bahawa kategori miskin ini perlu mengambil kira aspek sosialisasi, kefahaman, dan sekitaran. Tambahan lagi, artikel ini menegaskan penglibatan berterusan kerajaan dan badan bukan kerajaan melalui program intervensi untuk mengubah budaya dan kitaran gasar kemiskinan ini adalah amat perlu bagi memastikan usaha ini adalah konsisten bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa dari aspek pendapatan isi rumah, bilangan ahli keluarga, inflasi, pengangguran, kesihatan, usia tua, dan sebagainya. Tambahan lagi, memandangkan bantuan kemiskinan diurus di Baitulmal, pejabat zakat negeri, dan badan kebajikan adalah wajar bagi institusi ini turut mengikut peredaran perubahan terhadap tafsiran kemiskinan, jenis bantuan, kelayakan bantuan dan sebagainya bagi membolehkan hak si miskin diagih dan dipelihara

    Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera dengan rujukan khas kepada Malaysia

    Get PDF
    Sifat lestari, daya huni, keselamatan dan kemudahan fizikal bandar yang lengkap sempurna adalah idaman dalam melakarkan pembentukan bandar sejahtera. Namun begitu, beberapa aspek kemanusiaan dengan cabaran baru masyarakat tidak diintegrasikan dengan baik dalam proses pembentukan bandar sejahtera. Kajian ini mengupas konsep perbandaran dan proses dari segi literatur, menjelaskan peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan proses perbandaran. Persoalan kajian yang disingkap dan dibahaskan ialah anjakan paradigma daripada bentuk bandar sejahtera kepada bandar kesepaduan yang mengutarakan beberapa konteks cabaran seperti pembentukan bandar dan luar bandar kesan tinggalan sejarah kolonial dan impak persempadanan semula, kuota perumahan bumiputera, dan cadangan bandar kesepaduan yang mengambil kira aspek dan dimensi superdiversity. Kupasan komprehensif ini mendapati bahawa dasar perumahan tempatan perlu memikirkan usaha mewujudkan bandar kesepaduan dengan memperkasa pendekatan social collectivism agar cabaran isu superdiversity dapat ditanggani dengan baik dan berkesan bagi mewujudkan keharmonian bermasyarakat

    Will there be Malaysia spring? A comparative assessment on social movements

    Get PDF
    Arab Spring was within the premonition because the Middle-east had been a place of contestation since the birth of Judaism and Christianity. Arab Spring caught the attention of the world when the mass movements trumpeting the voice calling for equal rights led to the downfall of dictators in several countries. These countries are labelled as Muslim countries which include Tunisia, Egypt, Libya, Syria, Yemen, Bahrain, Morocco, Jordan and Oman. Some of them experienced less volatile changes. The question is does Malaysia that labelled as a Muslim country will experience such surged by the masses like the Arab spring or will there be Malaysia spring? This paper examines this possibility through several factors such as socio-economic position, the role of the state, history and social structure, and the media in influencing the political awareness of the masses. Although neighbouring countries such as Indonesia, the Philippines and Thailand appear to have similar uprising, the results of mass movement in those countries have brought about different results. The concept of hegemony and political awareness are explained in this study. The findings indicate that there is a slim possibility of Malaysia spring due to the aforementioned factors. This study is descriptive and interpretive in nature and only the secondary data are used for the conceptual analysis

    Failure of Bottom-Up Implementation: A Case Study the Improving Welfare Program in West Java

    Get PDF
    Policy implementation is one of the stages in public policy process. This process often faces diverse issues and challenges. This paper aims to analyse models of policy implementation in a governance system in Indonesia. The Indonesian government introduced top-down policy implementation system for more than three decades. The fundamental policy implementation changes in Indonesia following the fall of the new order regime, Indonesia introduced a bottom-up policy implementation system. The bottom-up approach often faces diverse issues and challenges. The failure of implementation in the improving welfare program in West Java Provincial triggers researcher’s intention to investigate it. Thus, this paper examines the bottom-up model in two different levels of autonomy such as province (provinsi), regencies and municipalities (Kabupaten and Kota) in West Java. This research utilizes applies the intensive interviews technique to gather perspectives from many informants purposively including civil servant, former government officio, NGOs, target groups, and individuals. The qualitative analysis applies the integrated analysis to display the informants’ opinions by integrating their voices in the arguments and discussions. The significant contribution of this paper composes of two emphases such as first, the paper explicates the bottom-up model integration is unfit to be applied in the improving welfare program in West Java. Second an efficient implementation must have remained governed by policy makers, because it will lead to abuse of authority

    Intersectionality: Implikasi Proses Sosialisasi Politik terhadap Budaya Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia bersifat pasif. Fenomena ini dapat dilihat melalui bilangan wanita Cina antaranya di dalam Parlimen dan DUN. Malahan bilangan wanita Cina di peringkat pembuat keputusan dalam parti berorientasikan masyarakat Cina seperti DAP serta MCA masih lagi rendah, walaupun sistem kuota 30 peratus wanita telah dibentuk. Proses sosialisasi politik melalui agen sosialisasi politik merupakan antara indikator penting yang mempengaruhi budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Agen sosialisasi ini dilihat tidak berdiri sendiri dan saling berkait seperti yang diketengahkan melalui teori intersectionality dan telah memberikan kesan berbeza kepada wanita. Kajian kualitatif ini mengenal pasti agen sosialisasi politik melalui proses sosialisasi politik, yang telah mempengaruhi budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Temu bual secara intensif telah dijalankan ke atas tujuh orang informan dalam kalangan perwakilan wanita Cina, seorang ahli politik lelaki, aktivis wanita Cina dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik. Hasil temu bual dianalisis di mana proses transkripsi temubual telah dikodkan dan ditemakan. Tema ini kemudiannya telah dibahagikan kepada dua iaitu agen sosialisasi politik lingkaran dalaman dan agen sosialisasi politik lingkaran luaran. Agen sosialisasi lingkaran dalaman terdiri daripada pendidikan, ekonomi, budaya, agama, keluarga serta gender. Agen sosialisasi lingkaran luaran pula terdiri daripada NGO/persatuan, parti politik dan masyarakat. Model Agen Sosialisasi Politik Wanita Cina melalui dimensi intersectionality turut dibangunkan untuk menggambarkan hubung kait agen sosialisasi politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia

    Teori Kitaran Dasar: Penilaian Terhadap Implementasi Dasar Pandang ke Timur di Malaysia

    Get PDF
    Apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sesuatu dasar, maka dasar tersebut akan dilaksanakan dan agensi pelaksana adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Setiap dasar yang diperkenalkan mesti mempunyai matlamat dan objektif tertentu bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang timbul di dalam sesebuah negara. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah berbentuk undang-undang, peraturan, peruntukan mahupun serangkaian program. Bagi melihat keberjayaan sesuatu dasar yang telah dilaksanakan mencapai objektif atau matlamat dasar, suatu penilaian dasar perlu dilaksanakan. Penilaian dasar boleh dilaksanakan dengan menggunakan Teori Kitaran Dasar di dalam ilmu Analisis Dasar Awam. Penilaian dasar yang dibuat boleh mengenal pasti tahap kejayaan dasar, halangan dan kekangan perlaksanaan dasar, kelangsungan dasar serta solusi penambahbaikan dasar. Penilaian terhadap dasar yang telah dilaksanakan berupaya mengukur pencapaian dasar dengan melihat sejauh mana dasar yang dilaksanakan berupaya menyelesaikan masalah atau sesuatu isu serta kecekapan dan keberkesanan kos yang berbentuk kewangan mahupun bukan kewangan yang wujud di sepanjang perlaksanaan dasar. Perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur (DPT) yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1982 telah hampir mencapai tempoh 40 tahun perlaksanaannya boleh dinilai berdasarkan pendekatan penilaian dasar yang diketengahkan di dalam Teori Kitaran Dasar. Penilaian terhadap DPT berupaya mengenal pasti sejauhmana dasar tersebut telah berupaya untuk mencapai objektif utamanya iaitu mengubah budaya dan etika kerja masyarakat Malaysia menjadi seperti rakyat Jepun

    Kebangkitan dan Pemodenan Jepun: Suatu Analisis terhadap Regimentasi Budaya Kerja Jepun

    Get PDF
    Kejayaan dan keupayaan Jepun bangkit daripada runtuhan Perang Dunia Kedua serta menjadi salah sebuah negara gergasi ekonomi dunia adalah kerana mereka memiliki sumber tenaga kerja yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Orang Jepun terkenal dengan keunggulan budaya dan etika kerja yang diamalkan mereka sehingga perlaksanaan Dasar Pandang ke Timur (DPT) di Malaysia adalah berteraskan kepada penerapan budaya dan etika kerja masyarakat Jepun. Implementasi DPT adalah suatu usaha kerajaan Malaysia untuk mengadaptasikan budaya kerja orang Jepun berteraskan budaya Timur. Ilham dan inspirasi Tun Mahathir memperkenalkan DPT adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai budaya kerja dan jati diri seperti orang Jepun. Regimentasi budaya orang Jepun tidak luntur dengan era pemodenan dan globalisasi disebabkan budaya ini telah menjadi darah daging selama 400 tahun. Hal ini telah memberi kejayaan kepada Jepun untuk terus bangkit dari runtuhan perang. Persoalan bagaimana Jepun berupaya membentuk dan mencorakkan masyarakatnya yang mengamalkan budaya dan etika kerja yang hebat ini diteliti dan dianalisis dalam artikel ini. Selain itu, kertas kerja ini turut mengupas secara komprehensif bagaimana Jepun berusaha bangkit selepas musnah teruk dalam perang sehingga membawa kejayaan dan kegemilangan terutama dalam aspek ekonomi dalam tempoh yang sangat singkat iaitu kira-kira 25 tahun sahaja

    POLITICAL AWARENESS, KNOWLEDGE, AND PARTICIPATION RELATIONSHIP USING STRUCTURAL EQUATION MODELING APPROACH

    Get PDF
    Political participation is fundamental in consolidating democracy in which political participation influences the legitimacy of society towards the running of a government. In elections, political participation could be considered community control over a government. Therefore, modeling the factors of political participation becomes essential. This cross-sectional study investigates the relationship between political awareness, political knowledge, and political participation of individuals living in Padang, Indonesia, and participating in the general election of 2020. This study employs the structural equation modeling (SEM) approach to construct the proposed model. The stability of SEM’s algorithm is checked using a reliability test. The performance of SEM and its algorithm is identified using the Bootstrap technique. The statistical tests proved that the proposed model is acceptable. This study found that political awareness has a positive and direct effect on political knowledge while political knowledge positively impacts political participation. It means that political awareness does not directly influence political participation. The political knowledge mediates it. This study suggests that individuals have to improve their public knowledge in the election to improve political participation. Meanwhile, political knowledge could be increased by improving political awareness. Indicator variables for each latent variable are also investigated in this study

    Sejarah Budaya Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Budaya politik imigran wanita Cina di Tanah Melayu tidak bersifat statik dan berubah mengikut masa dan keadaan. Hal ini kerana pada awalnya budaya politik imigran wanita Cina adalah berteraskan kepada Tanah Besar China. Ini dapat dilihat melalui penglibatan aktif imigran wanita Cina dalam PKM. PKM di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan PKM dari Tanah Besar China. PKM di Tanah Melayu bertindak menyalurkan perkembangan politik di Tanah Besar China. Selain itu juga, budaya politik imigran wanita Cina yang berorientasikan kepada Tanah Besar China dapat dilihat melalui penglibatan dalam aktiviti memboikot barangan Jepun, mengutip derma bagi membantu China dalam menentang pencerobohan Jepun di China dengan membentuk China Reliel Fund (Tabung Bantuan Perang Negara China), menyokong Pergerakan Tentera Pembebasan Nasional Nanyang serta menganjurkan aktiviti tunjuk perasaan anti-Jepun. Namun budaya politik imigran wanita Cina telah berubah kepada Tanah Melayu apabila kerajaan China tidak lagi membenarkan rakyat mereka memiliki dua kewarganegaraan. Malah pertambahan bilangan imigran wanita Cina di Tanah Melayu yang semakin meningkat menyebabkan imigran Cina mula berminat menetap di Tanah Melayu. Oleh itu budaya politik imigran Cina yang sebelum ini berteraskan kepada Tanah Besar China telah berubah ke Tanah Melayu. Malah kekejaman PKM, terhadap etnik Cina semasa Tanah Melayu diisytiharkan darurat oleh British telah menyebabkan sokongan imigran wanita Cina terhadap PKM telah semakin berkurang dan beralih kepada MCA
    corecore