'Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia'
Abstract
Artikel ini mengupas konsep kemiskinan yang perlu dinilai semula kerana faktor multidimensi yang menghambat usaha membasmi kemiskinan. Hambatan ini disebabkan tafsiran kemiskinan seringkali diukur dengan pendekatan ekonomi iaitu pendapatan isi rumah dan kekayaan atau sumber. Dilema dan punca kemiskinan adalah melepasi rasional ekonomi, maka pembolehubah kemiskinan harus merangkumkan keupayaan yang kurang atau lemah seperti ketiadaan akses kesihatan, pendidikan, infrastruktur, kebebasan politik dan hak asasi, sumber dan sebagainya. Perbincangan turut mengetengahkan kategori kemiskinan yang perlu dibaiki dengan mengenalpasti kategori kemiskinan jenis lain seperti invisible poor, vulnerable poor, kemiskinan kronik dan miskin bandar. Setiap satu kategori ini memperlihatkan konteks kemiskinan yang berbeza dari aspek kelas, komuniti dan spatial. Makalah ini menggariskan strategi pendekatan multidimensi berasaskan falsafah pemikiran tentang kemiskinan. Budaya kemiskinan dan stereotaip dianalisis dengan kritikal dan merumuskan bahawa kategori miskin ini perlu mengambil kira aspek sosialisasi, kefahaman, dan sekitaran. Tambahan lagi, artikel ini menegaskan penglibatan berterusan kerajaan dan badan bukan kerajaan melalui program intervensi untuk mengubah budaya dan kitaran gasar kemiskinan ini adalah amat perlu bagi memastikan usaha ini adalah konsisten bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa dari aspek pendapatan isi rumah, bilangan ahli keluarga, inflasi, pengangguran, kesihatan, usia tua, dan sebagainya. Tambahan lagi, memandangkan bantuan kemiskinan diurus di Baitulmal, pejabat zakat negeri, dan badan kebajikan adalah wajar bagi institusi ini turut mengikut peredaran perubahan terhadap tafsiran kemiskinan, jenis bantuan, kelayakan bantuan dan sebagainya bagi membolehkan hak si miskin diagih dan dipelihara