7 research outputs found

    Kajian jatidiri dan tekanan isu sosio-emosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat

    Get PDF
    Pembinaan jati diri generasi remaja amat penting bagi memacu kecemerlangan pembangunan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap jati diri peribadi dan hubungannya dengan tekanan sosio-emosi pelajar Pintar dan Berbakat di Malaysia. Seramai 194 orang pelajar dari Pusat PERMATApintar Negara UKM dipilih secara rawak untuk memberi respon kepada dua soal selidik kajian, iaitu Instrumen Jati diri Pelajar mengandungi 72 item dan Instrumen Tekanan Sosio-emosi, mengandungi 60 item. Pelajar memberi respon menggunakan skala likert 5-mata. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menentukan skor min dan nilai korelasi di antara pemboleh ubah (SPSS versi 19.0). Hasil dapatan menunjukkan min Jati diri adalah tinggi (3.86, nilai sp 6.41) dan tekanan sosio-emosi adalah sederhana (2.71, nilai sp: 7.39). Daripada lima komponen jati diri yang dikaji, jati diri kerohanian memperoleh skor min tertinggi (4.13), manakala komponen jati diri kepimpinan memperoleh skor min terendah (3.63). Bagi tekanan sosio-emosi pula, tekanan keadilan sosial memperoleh min tertinggi (4.13) manakala komponen tekanan hubungan keluarga memperoleh min terendah (2.09). Analisis korelasi Person r menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara jati diri dan tekanan sosio-emosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Implikasi terhadap kecekapan peranan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar pintar dan berbakat turut dibincangkan

    Penerapan konsep pembelajaran terbeza: kandungan, proses, produk dan persekitaran terhadap pelajar pintar dan berbakat

    Get PDF
    Kertas ini menilai penerapan konsep pengajaran terbeza yang dijalankan ke atas pelajar pintar dan berbakat di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM. Kepelbagaian dan keunikan setiap pelajar yang semakin ketara hari ini memerlukan strategi pengajaran yang sesuai. Begitu juga dengan Pelajar Pintar Berbakat (PPB) yang mempunyai bakat dan potensi pembelajaran yang berlainan dan memerlukan perhatian khusus. Dengan itu, Kaedah Terbeza (Differentiated Instruction) dikemukakan sebagai penyelesaian utama kepada keperluan PPB ini walaupun ianya amat mencabar. Pemantapan dalam kaedah terbeza dalam PPB perlu diperkukuhkan agar keseronokan belajar dalam kalangan PPB tidak membosankan dan memenuhi keperluan mereka. Selain itu, kertas ini juga memfokuskan kepada empat konsep utama dalam pembelajaran terbeza iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran. Setiap daripada konsep pembelajaran terbeza menghasilkan kepelbagain teknik, serta aktiviti yang boleh meningkatkan tahap keaktifan serta minta dan menambahkan lagi kreativiti antara PPB ketika belajar. Oleh itu, hasil pelaksanaan pengajaran terbeza yang dijalankan ke atas PPB menunjukkan sangat sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran pintar dan berbakat

    Impact of Differentiated Instruction on the Mathematical Thinking Processes of Gifted and Talented Students

    Get PDF
    The aim of this study is to examine if differentiated instruction benefits the mathematical thinking process of gifted and talented students in Malaysia. Differentiated instruction is a student-centered technique in which instructors act as facilitators. It is doubtful, however, if differentiated instruction has a beneficial effect on the overall process of mathematical thinking. A disciplined approach to learning mathematics is deemed essential. In this study, a questionnaire was designed to assess students' motivation towards learning using differentiated instruction in mathematics, and a mathematics test was devised to assess students' mathematical thinking process. The study included 400 students who were identified as gifted and talented students; the data were analyzed using the SPSS software. The results suggest that statistically differentiated instruction has a significant effect on gifted and talented students' mathematical thinking processes. However, additional research is needed to discover which activities directly impact students' mathematical thinking processes positively and which should be avoided

    Persepsi Pelajar Pintar dan Berbakat Terhadap Penggunaan Filem dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Subjek Sejarah

    No full text
    Penggunaan filem dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan salah satu alternatif yang digunakan oleh para pendidik bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Sejarah. Ia merangkumi elemen penting seperti semangat patriotisme serta nilai-nilai murni yang dapat disampaikan kepada pelajar dengan kaedah santai dan menyeronokkan berbanding kaedah konservatif. Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan utama telah dikenal pasti antaranya tahap persepsi pelajar pintar dan berbakat (PB) terhadap keberkesanan filem dalam PdPc, perbezaan min bagi konstruk keberkesanan filem dalam PdPc, dan tahap kefahaman pelajar PB terhadap keberkesanan filem dalam PdPc subjek Sejarah. Oleh yang demikian, bagi menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan filem dalam PdPc bagi subjek Sejarah, seramai 84 orang pelajar PB dari Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM telah dipilih secara bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Kesemua responden terdiri daripada pelajar Tahap 1 yang berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun. Instrumen skala likert digunakan bagi menilai item-item yang dijadikan kayu ukur terhadap persepsi pelajar PB antaranya konstruk sikap, motivasi, kemudahan akses dan kemahiran pemikiran Sejarah (KPS). Perisian SPSS V 2.0 digunakan bagi menganalisis data-data tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan filem dalam PdPc telah memberikan kesan yang memberangsangkan kepada pelajar PB untuk mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, inisiatif ini turut memberi galakan kepada pengkarya filem untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem yang bergenre Sejarah kerana ia secara langsung dapat menyumbang dalam PdPc yang lebih kreatif. Kajian lanjutan berkaitan filem dalam PdPc subjek Sejarah juga harus dijalankan agar ianya dapat dimanfaatkan oleh para guru, pengkaji serta pengkarya seni tanah air pada masa akan datang

    The Methods of Questioning in the Orientation Phase : A Review of Teaching Malaysian Gifted Learners in Reading Arabic Text

    No full text
    Differentiated instruction allows gifted individuals to develop their potential academic intelligence to the highest level independently. The authors suggest how to use methods of questioning in the orientation phase for teaching Malaysian Gifted Learners in comprehending Arabic text in the classroom. This includes identifying jumlah mufidah, jumlah ismiyyah and jumlah fi’liyyah. The use of the orientation phase "is the starting points to ensure what learners learn, how they learn the lesson, and how the learners demonstrate what they have learned during the teaching and learning session.

    Exerting Inquiry Based Learning Method In Improving Gifted Students' Music Recorder Skill

    Full text link
    Previous studies show most gifted students have tendency towards music. However, it was found that most gifted students were having problem playing recorder using existing teaching methods. This has caused low achievement score in music subject. The purpose of this study is to determine the effectiveness of the inquiry based learning method to enhance the recorder playing skills among gifted students. The study was conducted at a gifted institution in Malaysia. Data were collected through observation using Music Instrument Rubric and group interview in the fieldwork. Respondents were 27 gifted and talented students who did not attend any formal training in Western music and the only music background they had was gained from the school curriculum. Result reveals the inquiry learning method improves students' achievement in recorder playing compared to previous conventional method. Observation indicates that students could play the entire song well in terms of pic accuracy, tempo consistency, tonal, musical shape and performance. Interview data shows students felt satisfied with their own style in determining the proper way to master the recorder skills. This study is expected to provide appropriate music teaching methods in the gifted and talented education system
    corecore