14 research outputs found

    Motivasi dan tahap penglibatan belia Felda dalam kesukarelawanan di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p<.01). Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan belia di Felda. Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda

    Relationship between self-concept, family relationship and externalizing behavior among adolescents in Selangor

    Get PDF
    The main purpose of this study is to determine the relationship between self-concept, family relationship quality and externalizing behavior problem (aggressive behavior and delinquency behavior) among adolescents in Selangor. Besides that, this study also to determine the level of self- concept, family relationship quality and externalizing behavior among secondary school students as well as to compare the differences between these three variables according to sex. A total of 400 students (nmale =53%, nfemale=47%) from secondary schools were selected in this study. The multi-stage cluster sampling technique was used during sample selection. Data were obtained from self- administered questionnaire that are consist of Individual Protective Factors Index Questionnaire (1992), Family Relationship Characteristics (1997), Aggression Scale (2001) and Problem Behavior Frequency Scale (1977). The findings revealed that majority of students have moderate level of self- concept, family relationship quality as well as externalizing behavior. In terms of sex differences, the results showed that family belief, family structure and externalizing behavior have significant differences according to sex (t= -4.393 to 7.588, p<0.01). Moreover, result indicated that there were negative significant relationship between self-concept, family cohesion and family structure with aggressive behavior (r= -0.210 to -0.153, p<0.01). Moreover, the result showed the negative significant relationship between family structure and delinquency behavior (r= -0.104, p<0.05). These results suggest that self concept and family relationship quality are an importance factors for the development of adolescents behaviors

    Efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial dalam kalangan mahasiswa di Selangor

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial dalam kalangan mahasiswa di Selangor. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial responden dan iii) menentukan perbezaan efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial berdasarkan gender. Seramai 464 responden yang terdiri daripada mahasiswa universiti awam di Selangor terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. General Self-Efficacy Scale telah digunakan untuk mengukur tahap efikasi kendiri, manakala Prosocial Tendencies Measure digunakan bagi mengukur tahap kecenderungan tingkah laku prososial. Kedua-dua alat ukuran ini mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.855 dan 0.871. Analisis statistik yang digunakan adalah analisis deskriptif dan Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri responden berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kecenderungan tingkah laku prososial responden berada pada tahap yang sederhana. Kajian mendapati dimensi utama kecenderungan tingkah laku prososial responden adalah anonymous dan diikuti dimensi mematuhi, mengerikan, emosi, altruistik dan orang ramai. Kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi kendiri antara lelaki dan perempuan. Manakala, kecenderungan tingkah laku prososial bagi dimensi altruistik mempunyai perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan (t = 3.20 p<0.05). Mahasiswa lelaki mempunyai tahap kecenderungan tingkah laku prososial altruistik yang lebih tinggi berbanding perempuan. Kesimpulannya, tingkah laku prososial perlu dipupuk dalam kalangan mahasiswa agar dapat membangunkan sebuah masyarakat yang sentiasa berani dan mempunyai sifat sukarela dalam membantu individu-individu yang berada dalam kesusahan

    Geospatial Technologies approach for Cemetery Management Solutions: A Review

    Get PDF
     The study was first initiated to tackle an issue currently faced by the state religious council in Perlis, Malaysia, towards the oversupply of waqf land specifically for cemetery purposes which would be unsustainable for the current development trend. This study was conducted quantitatively by obtaining data from the urban planning department, PLANMalaysia, and the state religious agencies, MAIPs, Perlis. Two types of GIS software used are QGIS and MapInfo, while the result from the database will be updated into MAIPs’ database, so-called MYGOS, with the most recent data. Therefore, the study finds out that most of the waqf land is not in line with the land use zoning of the local plan, which indicates a lack of two-way communication between the state planning authority and the state religious council. This caused the cemetery land supply in Perlis to exceed the current and future needs until 2035. Consequently, the study will elevate the management system of waqf land in Perlis by adapting the current technology of GIS. Updating the database with the most recent data will ease other related agencies to access and integrate the information related to waqf land and improve data transparency in promoting cooperation between the two agencies. This study demonstrates the uses of GIS in waqf land management, from conventional data storing methods to modern and convenient technologies, and can also show the data inconsistency between the religious institution and urban planning agencies in Malaysia

    Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 responden (37.2 % lelaki dan 62.8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II). Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian. Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.391 hingga -0.510; p&lt;0.01). Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.177 hingga -0.301). Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji. Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting

    Penggunaan standard metadata untuk sumber maklumat elektronik di agensi-agensi kerajaan Malaysia

    Get PDF
    Metadata refers to structured information that describes an information source. There are various types of metadata and metadata standards that are used by the various communities which are involved in the development of electronic information sources and systems as well as information retrieval systems. Similarly in Malaysia, various government agencies are providing digital information to the public through portals, databases and Websites. There is therefore a need to identify the use of metadata standards amongst these agencies. This paper seeks to address the need for the usage of a common metadata standard for the various agencies

    Punca kes kehilangan kanak-kanak berdasarkan perspektif belia di Serdang, Selangor

    No full text
    Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi belia terhadap punca kes kehilangan kanak-kanak. Antara punca kehilangan yang dikaji adalah keluarga, individu, rakan sebaya dan persekitaran. Seramai 120 orang belia di Serdang, Selangor dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik. Hasil kajian menunjukkan responden mempersepsikan punca utama kes kehilangan kanak-kanak adalah keluarga (min=24.66; s.p=2.75) diikuti oleh individu (min=23.28; s.p=2.86), rakan sebaya (min=23.13; s.p=3.14) dan persekitaran (min=22.96; s.p=3.36). Bagi punca keluarga, kesibukan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anakanak menjadi punca utama kes kehilangan kanak-kanak (min=4.30; s.p=0.681). Manakala bagi punca individu, kanak-kanak yang didera secara fizikal atau seksual menyebabkan kanak-kanak meninggalkan rumah (min=4.16; s.p=0.810). Berikutnya bagi punca rakan sebaya, belia mempersepsikan bahawa kanak-kanak menganggap rakan sebaya mampu memberikan keseronokan kepada mereka (min=4.18; s.p=0.694). Punca terakhir iaitu persekitaran adalah disebabkan oleh penculikan kanak-kanak oleh orang yang tidak dikenali yang semakin meningkat (min=4.23; s.p=0.867). Kesimpulannya, belia mempersepsikan kehilangan kanakkanak adalah disebabkan oleh keempat-empat punca yang dikaji iaitu keluarga, individu, rakan sebaya dan persekitaran. Namun, punca yang dominan adalah faktor keluarga. Justeru, dalam usaha untuk menangani masalah kehilangan kanakkanak ini, ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting. Walaupun dunia kini memperlihatkan ibu bapa masing-masing sibuk bekerja, namun ibu bapa bertanggungjawab untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak agar perkembangan anak-anak dapat dipantau dari semasa ke semasa dan masalah kanak- kanak hilang dapat diatasi

    Kemahiran insaniah dalam kursus kokurikulum

    No full text
    Kemahiran insaniah merupakan elemen yang perlu dikuasai oleh semua pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Kemahiran ini sangat penting kerana memberi nilai tambah kepada pelajar dalam kontek pembinaan sahsiah, karektor dan jati diri seorang pelajar. Kemahiran ini boleh diperoleh secara langsung atau tidak langsung melalui aktivit-aktiviti akademik dan juga kokurikulum sama ada di dalam kelas mahu pun di luar kelas. Secara umumnya tidak terdapat definisi yang khusus atau tepat bagi terma kemahiran insaniah (soft skill). Walau bagaimanapun, kemahiran insaniah ini boleh definisikan sebagai kemahiran generik yang merentasi domain pembelajaran termasuk aspek-aspek kemahiran generik yang merangkumi penguasaan kemahiran keperibadian dan kerja berkumpulan seperti kepimpinan, keusahawanan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Persoalannya di sini, adakah pelajar memahaminya, mengapa kemahiran ini diperlukan dan bagaimana kemahiran ini boleh diperoleh oleh semua pelajar

    Perhubungan antara Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Stres dalam kalangan Pekerja Kakitangan Awam

    No full text
    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara konflik kerja dan konflik keluarga terhadap stres dalam kalangan pekerja kakitangan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor, Malaysia. Soal kaji selidik yang digunakan adalah Perceived Stress Scale - 10 (PSS-10) dan Work-Family Conflict. Analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara konflik kerja dan konflik keluarga terhadap stres. Kajian ini telah mengesahkan bahawa konflik kerja dan konflik keluarga mampu mempengaruhi stres dalam kalangan responden bertepatan dengan keputusan hubungan yang signifikan antara konflik kerja dan konflik keluarga dengan stres. Hasil kajian juga mendapati perbezaan yang signifikan antara konflik kerja terhadap jantina, konflik kerja dan stres terhadap pendapatan. Manakala, untuk konflik keluarga menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap jumlah bilangan anak. Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik telah membincangkan beberapa cadangan untuk kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan
    corecore