3 research outputs found

    Herbopedia - Sistem pakar perubatan herba / Wira Zanoramy Ansiry Zakaria

    Get PDF
    Komputer telah digunakan sejak lebih 40 tahun yang lalu untuk melaksanakan tugas-tugas pemprosesan data dan menjanakan maklumat bagi proses membuat keputusan. Pembangunan sistem pakar atau sistem berasaskan-pengetahuan telah berkembang sejak 1960an lagi. Peningkatan yang dramatik dalam teknologi perkakasan iaitu dari segi memperbaiki kemampuan dan mengurangkan kos telah memperhebatkan serta meningkatkan minat untuk mempertingkatkan kemampuan sistem pakar. Herbopedia merupakan sebuah sistem pakar yang dibina khas untuk bidang perubatan herba. Sistem ini berbeza dari sistem pangkalan data yang biasa didapati pada perisian dan laman-laman web di internet. Ini kerana ia merupakan sebuah sistem yang direkabentuk untuk memodelkan kepakaran pengamal perubatan herba. Sistem ini berupaya membuat pengesyoran untuk ubatan herba berdasarkan kepada jenis pennasalahan ataupun penyakit yang dialami oleh pengguna. Pengguna tidak lagi perlu mencari maklumat tentang perubatan herba secara cuba-jaya pada perisian atau laman web tersebut, sebaliknya mereka hanya perlu menjawab beberapa soalan ringkas dan sistem ini akan menghasilkan preskripsi dalam sekelip mata. Selain itu, sistem ini juga berfungsi sebagai rujukan kepada pengguna untuk melakukan penyediaan ubatan herba dan juga dapat membantu pengguna dalam mengenali herba tertentu

    A review of dynamic and intelligent honeypots

    No full text
    corecore