72 research outputs found

    Bukit Bunuh Lenggong Malaysia A new Evidence of Late Pleistocene Culture in Malaysia and Southeast Asia.

    Get PDF
    A new Palaeolithic site- Bukit Bunuh- discovered tn 2002 has thrown light on Malaysia's Palaeolithic, and findings from this site will have to be considered in the interpretation of other Palaeolithic sites in Southeast Asia

    Penempatan awal di Pulau Pinang.

    Get PDF
    Pada 17 Julai 1786, iaitu sekitar 217 tahun yang lalu, Francis Light dan kumpulannya memulakan penempatan di PuIau Pinang. Hampir kesemua rekod penulisan sejarah tentang ketibaan East India Company ini mendedahkan telah ada beberapa perkampungan Melayu seperti di Sungai Pinang, Teluk Kumbar, Sungai Gelugor dan juga Tanjong Tokong. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian terpeinci dan data yang holistik untuk membuktikan kewujudan masyarakat melayu awal ini. Dari segi arkeologi, bukti pertama prasejarah negara ditemui di Guar Kepah, Seberang Prai pada 1860 oleh G W Earl. Guar Kepah mendedahkan timbunan cengkerang kepah dan kerang yang di dalarnnya ditemui rangka manusia, alat batu, sisa makanan, manik dan pecahan tembikar. Earl tidak melaporkan sebarang pentarikhan bagi tapak tersebut. Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan artifak yang ditemui di Guar Kepah dengan tapak prasejarah lain adalah dijangka berusia sekurang-kurangnya sekitar 3,000 - 4,000.tahun dahulu atau mungkin lebih tua. Selain Guar Kepah, laporan penemuan alat batu beliung di Pulau Pinang seperti di tapak pembinaan Komtar, Kampung Gelugor dan Sungai Ara menunjukkan bukti Neolitik, iaitu era pertanian awal juga ada di Pulau Pinang,yang dijangkakan berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. Kajian terbaru juga menemui perkuburan yang batu nisannya berciri batu nisan Acheh di Mukahead. Berdasarkan bentuknya, batu nisan ini dijangka mewakili era awal1700. Maka, kesemua bukti arkeologi dan sejarah di atas menunjukkan bahawa telah ada penduduk di Pulau Pinang jauh lebih awal sebelum 17 Julai 1786

    KERAMIK ASIA TENGGARA DARI SITUS LAMREH, ACEH-INDONESIA

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan untuk mengidentifikasi keramik-keramik Asia Tenggara di situs Lamreh, Aceh-Indonesia. Keramik diperoleh dari hasil survei sistematik yang dilakukan pada tahun 2017. Semua keramik yang ditemukan dianalisis untuk menghasilkan sebuah klasifikasi lengkap keramik Asia Tenggara di situs Lamreh. Oleh karena itu, untuk menjawab permasalahan tersebut maka digunakan dua jenis analisis yaitu analisis morfologi untuk mengetahui jenis, bentuk dan hiasan keramik berdasarkan negara penghasilnya dan analisis perbandingan atau perbandingan relatif untuk menentukan usia keramik. Hasil analisis mendapati keramik-keramik Asia Tenggara di situs Lamreh berasal dari tiga negara yaitu Vietnam, Thailand dan Myanmar. Jenis keramik Vietnam yang ditemukan ialah keramik monokrom putih dengan motif hitam di bawah glasir yang dihasilkan di dapur Thanh-Hoa abad ke-14 Masehi. Kemudian, jenis keramik Thailand yang ditemukan adalah keramik Sukothai dan Si-Satchanalai yang dihasilkan pada abad ke-15 Masehi di utara Thailand. Terakhir adalah kendi hitam Myanmar yang dihasilkan di dapur Martavan pada abad ke-15 Masehi. Keramik-keramik Asia Tenggara dari abad ke-14 sehingga 15 Masehi tersebut adalah bukti nyata tentang kontak kebudayaan dan hubungan ekonomi antara Lamreh-Aceh dengan Asia Tenggara (Vietnam, Thailand dan Myanmar) sejak 700 tahun lalu

    A digital platform to (re) link heritage of Malaysia : co-producing information concerning ICH / Irfan Ullah, Mokhtar Saidin and Abdul Mutalib

    Get PDF
    Since its implementation, the UNESCO’s Convention for the Protection and safeguarding of Tangible and Intangible Cultural Heritage (2003) remains a field of co-operation in what concerns its application in community and nation-wide strategies for the countries that approved the document. One of its the tangible influences has been the consciousness that new creativities must take place to recognise and document the living tradition of each region. Consequently, identifying Intangible Cultural Heritage is a keyword for the expansion of safeguarding and protection strategies, as it remains a dominant issue when it comes to pleasing to action any plan in this arena. The “Repository of Penang Cultural Diversity” is a working process project designed as a digital platform to enhance the broadcasting of knowledge and information about ICH in the Penang region (West Malaysia). It imagines a comprehensive approach to cultural heritage: material (buildings, objects, museum collections), intangible (know-how, cultural practices) and natural (cultural landscapes). Also, highlights a historical perception as well a modern view of how folk practices are taking place these days and highlights the active and developing nature of ICH. This short paper deliberates the concepts that guide the project, objectives and methodologies

    The Maritime Historical Background Of Bogak Port (8-20 Century), Tanjung Tiram District, Batubara Regency, North Sumatera Province

    Get PDF
    On January 2008 in the bank of the Bogak Beach, in the front of Fisherman Housing, Dusun XII Bogak Village, Tanjung Tiram District, Batubara Regency, North Sumatera Province found a boat. It was already researched that it was a heritage and related to that area in 18 century, and in that era was trade lines witches’ traders and fishermen from foreign countries sailed to Sumatera. Not only boat but also found Chinese ceramic and coins in 1734, 1752, 1760, 1780, 1781, 1788 and 1790 years.  This paper tries to describe the role of Pantai Bogak Port at 18th Century until 20th Century in the east coast maritime, and to research the archaeological and historical resources in Tanjung Tiram Regency; to look for the authenticity from Batubara Regency, North Sumatera Province. It could be proud Indonesia, and give a horizon about the activities and the cultural human history in 18th century until 20th century.The data was from collecting data observation in the field, and to analysis data then to give recommendation. The information process is from collecting data about historical data and the archaeological data, and the collecting data was also used from the primer data through observation. The secondary data was from rapport, inventories register, study result, and from libraries

    Reka bentuk dekorasi dan ragam hias pada batu nisan Aceh di Tapak Lamreh Aceh Besar, Aceh, Indonesia

    Get PDF
    Tapak Lamreh merupakan daerah yang banyak dijumpai pelbagai artifak di antaranya ialah batu nisan Aceh. Batu nisan Aceh yang dijumpai pada tapak ini sangat beragam reka bentuk dekorasi dan ragam hiasnya. Penyelidikan ini mengamati dekorasi dan ragam hias batu nisan Aceh di tapak Lamreh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan deskriptif analisis terhadap ragam hias tersebut. Hasil analisis terhadap reka bentuk dekorasi dan ragam hias pada batu nisan Aceh telah mengenal pasti jenis ragam hias flora dan geometri. Kadang kala kedua ragam hias ini dikombinasikan dengan pelbagai reka bentuknya sehingga menghasilkan suatu ragam hias yang sangat unik. Antaranya ialah ragam hias flora seperti bunga awan sitangke, bunga teratai mekar, pucuk rebung, bunga gelima dan kalpataru (pohon hayat) manakala hiasan geometri yang dijumpai pada batu nisan tersebut adalah anyaman tali satu dan anyaman tali dua. Kadang kala anyaman tali tersebut digabungkan dengan hiasan flora. Selain itu, reka bentuk dekorasi yang dijumpai pada batu nisan Aceh menyerupai candi Dravidian atau masjid di Karnataka, India. Dekorasi tersebut didapati mempunyai pengaruh dari India pada bahagian badan kepala batu nisan Aceh. Oleh itu, kesenian masyarakat masa lalu di tapak Lamreh telah bercampur dengan budaya luar. Perpaduan kesenian tersebut mencerminkan budayanya yang beragam

    Rumah tradisi Temiar dan hubungannya yang simbiosis dengan persekitaran

    Get PDF
    Makalah ini akan membincangkan sejauhmana adaptasi dan persekitaran alam memberi pengaruh terhadap ciri sosiobudaya dan corak penempatan sesuatu masyarakat. Perbincangan adalah berdasarkan kepada kajian etnografi yang telah dijalankan di beberapa tapak penempatan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Hulu Kelantan, Hulu Kinta dan Sungai Siput, Perak (Rajah 1). Masyarakat Temiar di kawasan kajian beradaptasi dengan persekitaran hutan dan tanah tinggi dengan ketinggian maksima sehingga 4306 meter dari paras laut. Corak persekitaran sebegini menawarkan tanah yang subur dan kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna selain berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak adaptasi di persekitaran hutan hujan tropika memiliki hubungan yang simbiotik dengan corak rumah tradisional mereka. Selain itu akan turut dibincangkan fungsi ruang dalam rekabentuk rumah mereka. Kajian juga mendapati bahawa masyarakat ini sedang berdepan dengan cabaran untuk melestarikan rumah tradisional apabila berlakunya perubahan dalam persekitaran. Pada masa ini, secara perlahan-lahan telah berlaku perubahan dalam corak penempatan, namun sebahagian mereka terutama di pendalaman masih mengekalkan rumah tradisional tersebut

    Alat kapak genggam Asia Tenggara: isu dan perdebatan

    Get PDF
    Kapak genggam merupakan salah satu alat yang dikaitkan dengan kebudayaan Acheulean. Kebudayaan ini dikatakan berkembang daripada kebudayaan litik yang dikenali sebagai kebudayaan Oldowan yang dicirikan oleh alat tetak-menetak (chopper-chopping tools). Walau bagaimanapun, kebanyakan pengkaji lalu berpendapat bahawa kebudayaan Acheulean ini dikatakan hanya wujud di sesetengah kawasan sahaja iaitu di Afrika, Eropah, Barat Daya Asia dan sebahagian kawasan Asia. Manakala, di bahagian Asia Tenggara, dan Asia Timur pula didakwa mempunyai perkembangan teknologi litik yang dikatakan berbeza berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Ia dikatakan berbeza disebabkan kawasan ini mempunyai perkembangan teknologi yang terencat iaitu tidak menghasilkan alat kapak genggam, dan hanya dicirikan oleh alat penetak dan repehan sahaja (sebelum ini dikenali sebagai alat tetak-menetak). Oleh hal sedemikian penemuan kapak genggam di Asia Tenggara sejak 1938 lagi telah menjadi isu dan perdebatan penting samada alat kapak genggam yang ditemui di rantau ini adalah sama atau tidak dengan kapak genggam di kawasan-kawasan lain dunia

    Kajian kebudayaan Paleolitik di Sabah

    Get PDF
    Kajian Arkeologi di Sabah hanya bermula sekitar 1960-an, dan diterajui oleh Tom dan Barbara Harrison. Walau bagaimanapun, kajian mereka hanya bersifat tinjauan awal dan ekskavasi. Hasil tinjauan tersebut telah membawa kepada penemuan rangka awal prasejarah yang dikatakan dapat dipertarikhan pada 40,000 Sebelum Masihi. Oleh itu, zaman Paleolitik di Sabah pada awalnya dikatakan bermula agak lewat dan tidak berdasarkan kepada pentarikhan mutlak. Pada tahun 1980-an, Peter Bellwood daripada Universiti National Australia (ANU) telah menjalankan kajian arkeologi yang lebih sistematik dan saintifik di Lembah Tingkayu dan pentarikhan radiokarbon telah digunakan dalam kajian ini. Susulan daripada pentarikhan mutlak tersebut, maka buat pertama kalinya, kronologi budaya di Lembah Tingkayu dapat dibina. Zaman Paleolitik di Lembah Tingkayu dikatakan bermula sekitar 28,000 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan bahawa kemungkinan Zaman Paleolitik di Sabah bermula jauh lebih awal lagi. Hal ini adalah berdasarkan kepada kajian di Lembah Mansuli yang telah memberikan pentarikhan mutlak dengan kaedah pandar kilauan rangsangan optik iaitu 235,000 tahun dahulu. Kajian arkeologi di Sabah juga telah menunjukkan bahawa selain di timur Sabah, bahagian pedalaman sebelah barat Sabah turut memiliki tapak terbuka Paleolitik. Tapak ini berusia sekitar 53,000 hingga 44,000 tahun dahulu berdasarkan kepada pentarikhan pandar kilauan rangsangan optik. Ini menunjukkan bahawa bahagian barat dan pendalaman Sabah lebih lewat diduduki oleh masyarakat Paleolitik berbanding dengan di timur Sabah. Selain itu, di bahagian utara Sabah juga turut ditemui tapak terbuka Paleolitik. Kedua-dua tapak ini dikatakan merupakan bengkel pembuatan alat batu. Penyelidikan arkeologi di Sabah juga turut menunjukkan bahawa material batuan untuk penghasilan alat batu juga berbeza mengikut kawasan. Di pedalaman Sabah, batuan kuarzit telah digunakan sebagai sumber material batuan, sementara batuan rijang pula telah digunakan di bahagian utara dan timur Sabah. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik di Sabah mengetahui jenis material batuan yang sesuai untuk dijadikan alat batu yang terdapat di persekitarannya. Keberadaan sumber bahan asas batuan ini juga berkemungkinan menjadi salah satu faktor sesuatu kawasan tersebut diduduki oleh masyarakat Paleolitik

    Teknologi pembuatan atap genting struktur monumen jeti dan syahbandar Kompleks Arkeologi Sungai Batu : interpretasi awalan berdasarkan analisis petrografi, belauan sinar-X (XRD) dan pendarfluor sinar-X (XRF)

    Get PDF
    Kajian arkeologi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah telah menemukan artifak atap genting yang bertaburan di tapak monumen jeti dan syahbandar. Temuan tersebut jelas mendedahkan industri pembuatan atap genting telah bermula di kawasan Semenanjung Tanah Melayu sejak 582 Sebelum Masihi berdasarkan pentarikhan struktur monumen berkenaan. Atap genting tersebut dihasilkan daripada tanah liat yang diperoleh dari kawasan berdekatan dengan Kompleks Arkeologi Sungai Batu, ditumbuk sebelum diuli dan dibakar di dalam relau pada suhu sehingga 1400°C berdasarkan kehadiran mineral mulit dan kristobolit. Kesemua data berkenaan memperlihatkan perkembangan teknologi penghasilan dan pembinaan yang telah pesat berlangsung di kawasan ini semenjak sebelum kurun pertama Masihi
    corecore