unknown

Penempatan awal di Pulau Pinang.

Abstract

Pada 17 Julai 1786, iaitu sekitar 217 tahun yang lalu, Francis Light dan kumpulannya memulakan penempatan di PuIau Pinang. Hampir kesemua rekod penulisan sejarah tentang ketibaan East India Company ini mendedahkan telah ada beberapa perkampungan Melayu seperti di Sungai Pinang, Teluk Kumbar, Sungai Gelugor dan juga Tanjong Tokong. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian terpeinci dan data yang holistik untuk membuktikan kewujudan masyarakat melayu awal ini. Dari segi arkeologi, bukti pertama prasejarah negara ditemui di Guar Kepah, Seberang Prai pada 1860 oleh G W Earl. Guar Kepah mendedahkan timbunan cengkerang kepah dan kerang yang di dalarnnya ditemui rangka manusia, alat batu, sisa makanan, manik dan pecahan tembikar. Earl tidak melaporkan sebarang pentarikhan bagi tapak tersebut. Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan artifak yang ditemui di Guar Kepah dengan tapak prasejarah lain adalah dijangka berusia sekurang-kurangnya sekitar 3,000 - 4,000.tahun dahulu atau mungkin lebih tua. Selain Guar Kepah, laporan penemuan alat batu beliung di Pulau Pinang seperti di tapak pembinaan Komtar, Kampung Gelugor dan Sungai Ara menunjukkan bukti Neolitik, iaitu era pertanian awal juga ada di Pulau Pinang,yang dijangkakan berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. Kajian terbaru juga menemui perkuburan yang batu nisannya berciri batu nisan Acheh di Mukahead. Berdasarkan bentuknya, batu nisan ini dijangka mewakili era awal1700. Maka, kesemua bukti arkeologi dan sejarah di atas menunjukkan bahawa telah ada penduduk di Pulau Pinang jauh lebih awal sebelum 17 Julai 1786

    Similar works