Makalah ini akan membincangkan sejauhmana adaptasi dan persekitaran alam
memberi pengaruh terhadap ciri sosiobudaya dan corak penempatan sesuatu
masyarakat. Perbincangan adalah berdasarkan kepada kajian etnografi yang telah
dijalankan di beberapa tapak penempatan masyarakat Orang Asli suku Temiar di
Hulu Kelantan, Hulu Kinta dan Sungai Siput, Perak (Rajah 1). Masyarakat Temiar
di kawasan kajian beradaptasi dengan persekitaran hutan dan tanah tinggi dengan
ketinggian maksima sehingga 4306 meter dari paras laut. Corak persekitaran
sebegini menawarkan tanah yang subur dan kaya dengan kepelbagaian flora dan
fauna selain berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Hasil kajian
ini mendapati bahawa corak adaptasi di persekitaran hutan hujan tropika memiliki
hubungan yang simbiotik dengan corak rumah tradisional mereka. Selain itu akan
turut dibincangkan fungsi ruang dalam rekabentuk rumah mereka. Kajian juga
mendapati bahawa masyarakat ini sedang berdepan dengan cabaran untuk
melestarikan rumah tradisional apabila berlakunya perubahan dalam persekitaran.
Pada masa ini, secara perlahan-lahan telah berlaku perubahan dalam corak
penempatan, namun sebahagian mereka terutama di pendalaman masih
mengekalkan rumah tradisional tersebut