16 research outputs found

    [The Attitude of Muslim Youth Netizens in Finding and Receiving Information On Social Media: A Qualitative Analysis] Sikap Netizen Belia Muslim dalam Mencari dan Menerima Maklumat di Media Sosial: Satu Analisis Kualitatif

    Get PDF
    The use of social media applications has now become a major platform for netizens especially among Muslim youth netizens to access and distribute information quickly and effectively.  But the openness of sharing and accessing information on social media has led to the mixing of information between right and wrong, thus affecting the spread of fake news. However, good levels of media literacy can help netizens make research and assessment in determining the authenticity of a news story. However, different factors such as age, education level, level of use and so on can influence a person's attitude toward information on social media. Therefore, this article aims to analyze the attitude of two types of Muslim youth netizens of different backgrounds and levels of education in dealing with information on social media. Netizens' attitudes are analyzed through their attitude towards receiving information and their attitude when seeking information. A total of 14 informants comprising netizens between the ages of 18 and 30 were divided into two groups - netizens with educational background at Institutions of Higher Education and netizens with education level of Certificate of Education Malaysia (SPM). This study uses a descriptive qualitative approach with semi-structured interviews and focus group discussions. The study utilized the intended sampling method and the data were then analyzed using Atlas.ti software to achieve the study objectives. The results showed that both groups of Muslim youth netizens have different attitudes when it comes to information. The first group of Muslim youth netizens were seen to have a good attitude and management of information compared to the second group. Factors of different backgrounds and levels of education have led to the ways and actions of Muslim youth in managing and managing information on social media. In this regard, the implications of this study emphasize on the importance of media literacy, management and control of information in the environment as well as the emphasis on the issue of spreading fake news among the public.     Penggunaan aplikasi media sosial kini sudah menjadi satu platform utama bagi golongan netizen khususnya dalam kalangan netizen belia Muslim dalam mengakses dan menyalurkan maklumat dengan pantas dan berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan perkongsian dan pengaksesan maklumat di media sosial menjadikan maklumat bercampur-baur antara yang benar dan salah sekali gus memberi kesan terhadap penularan berita palsu. Mutakhir ini didapati bahawa kes penyebaran berita palsu semakin tinggi yang berpunca daripada penerima dan penyebar maklumat yang tidak sahih. Dikhuatiri golongan netizen belia Muslim turut menjadi penerima dan penyebar maklumat yang tidak sahih. Sikap teruja yang mendahului sikap berhati-hati ketika mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dapat memberi kesan yang buruk terutama dalam penyebaran berita palsu. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sikap netizen belia Muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Seramai 14 orang informan yang terdiri dari kalangan netizen yang berumur antara 18 hingga 30 tahun telah dibahagikan kepada dua jenis kumpulan iaitu kumpulan netizen yang mempunyai latar pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan kumpulan netizen yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa struktur dan perbincangan kumpulan fokus. Kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan data-data tersebut seterusnya dianalisis menggunakan perisian Atlas. ti bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua kumpulan netizen belia Muslim mempunyai sikap yang berbeza ketika mencari dan menerima maklumat. Kumpulan pertama netizen belia Muslim dilihat mempunyai sikap lebih berhati-hati ketika mencari dan menerima maklumat berbanding dengan kumpulan kedua. Faktor perbezaan latar belakang dan tahap pendidikan mendorong kepada sikap dan cara netizen belia Muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Sebagai rumusan, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap kesedaran netizen belia Muslim sewaktu mencari dan menerima maklumat di internet. Konsep tabayyun perlu diterapkan kepada netizen belia Muslim bagi membantu mereka menjadi pengguna yang berprinsip dan bermoral

    Masjid Salehin sebagai wasilah dakwah kepada pelatih-pelatih pasukan polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian dijalankan untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh Masjid Salehin (Masjid PULAPOL) di PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur dalam memberi kefahaman Islam dan mengukuhkan kerohanian pelatih-pelatih polis. Melalui kajian lapangan yang menggunakan soal selidik serta temubual sebagai instrumen kajian, data-data dikumpul dan dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk menentukan keberkesanan program pengukuhan kerohanian yang dijalankan untuk pelatih-pelatih polis tersebut. Dapatan kajian menunjukkan program yang dijalankan di Masjid PULAPOL itu dapat memberikan kesedaran, meningkatkan kefahaman dan memberi motivasi kepada pelatih-pelatih untuk beramal dengan amalan Islam. Namun, kajian mendapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan kesan yang lebih baik kepada pelatih-pelatih polis. Dapatan kajian merumuskan perkara utama yang perlu diberi penekanan untuk penambahbaikan ialah merangka silibus yang lebih tersusun, memperuntukkan masa yang lebih panjang, menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi, melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan, memperbanyakan aktiviti yang memenuhi keperluan pelatih-pelatih di masjid dan menyediakan peruntukan kos yang mencukupi untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan

    Guru GPI (Guru Pendidikan Islam) Dalam Karakter Daie Sebagai Seorang Pendidik

    Get PDF
    Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah seorang daie yang amat penting kepada masyarakat kerana mereka merupakan aset dalam membina generasi yang unggul dan berwibawa. Seorang da’iitu perlu memiliki sifat-sifat yang mampu untuk menarik minat para mad’u. Pada hakikatnya terdapat sifat-sifat yang hebat seorang daie dalam menyebarkan ajaran Islam yang mana telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, Sahabat dan ulamak pada masa dahulu. Mereka pada zaman dahulu amat terkenal dengan sifat-sifat ketokohan masing-masing dalam menyebarkan dakwah. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang daiedalam diri seseorang yang bergelar GPI kerana terdapat banyak halangan dan dugaan yang perlu dihadapi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat-sifat daie yang diterapkan oleh GPI sebagai seorang daiedalam kehidupan serta pengaplikasian dalam pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas atau diluar kelas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan.Hasil kajian daripada pandangan para ulamak dan sarjana dapat diklafikasikan kepada tiga bahagian sifat-sifat GPI Sebagai seorang daie iaitu hubungan dengan Allah SWT merangkumi hubungannya dengan Allah SWT, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan alam. Hasil perbincangan menunjukkan sifat-sifat daie jika diamalkan mampu mempengaruhi fokus dan minat mad’u kepada perkara yang ingin disampaikan. Oleh itu, sifat-sifat yang hebat jika terdapat dalam diri seseorang itu mampu mencetus perubahan yang besar dalam sesuatu organisasi.Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah seorang daie yang amat penting kepada masyarakat kerana mereka merupakan aset dalam membina generasi yang unggul dan berwibawa. Seorang da’iitu perlu memiliki sifat-sifat yang mampu untuk menarik minat para mad’u. Pada hakikatnya terdapat sifat-sifat yang hebat seorang daie dalam menyebarkan ajaran Islam yang mana telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, Sahabat dan ulamak pada masa dahulu. Mereka pada zaman dahulu amat terkenal dengan sifat-sifat ketokohan masing-masing dalam menyebarkan dakwah. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang daiedalam diri seseorang yang bergelar GPI kerana terdapat banyak halangan dan dugaan yang perlu dihadapi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat-sifat daie yang diterapkan oleh GPI sebagai seorang daiedalam kehidupan serta pengaplikasian dalam pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas atau diluar kelas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan.Hasil kajian daripada pandangan para ulamak dan sarjana dapat diklafikasikan kepada tiga bahagian sifat-sifat GPI Sebagai seorang daie iaitu hubungan dengan Allah SWT merangkumi hubungannya dengan Allah SWT, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan alam. Hasil perbincangan menunjukkan sifat-sifat daie jika diamalkan mampu mempengaruhi fokus dan minat mad’u kepada perkara yang ingin disampaikan. Oleh itu, sifat-sifat yang hebat jika terdapat dalam diri seseorang itu mampu mencetus perubahan yang besar dalam sesuatu organisasi

    Relationship of viewing Islamic based films with pro-social personality among teenaged audience

    Get PDF
    The viewing of Islamic based films or films that contain Islamic message is seen as a contribution towards positive actions. Therefore, this study aims to determine the relationship between the viewing of Islamic based films and the development of pro-social personality among teenaged audience. The social cognitive theory was used as the theoretical framework via the three constructs (observational learning, symbolic modeling through characters and self-efficacy) as the mediating variables. The research design employed was a cross-sectional survey where data were collected through the distribution of questionnaire by using the stratified random sampling as the sampling technique. 1028 students from 5 public universities in the Klang Valley were taken as the sample from the 3324 total of the population. The questionnaire was generated from Prosocial Personality Battery (PSB) (Penner et al., 1995; Penner, 2002) and General Self-Efficacy Scale (SGSE) (Sherer et al., 1982). The quantitative data were analyzed by using the SPSS 18 through the univariate and multivariate statistical inferential analysis

    Perubahan personaliti berdasarkan faktor agama menurut perspektif Islam / Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, Zulkefli Aini dan Rosmawati Mohamad Rasit

    Get PDF
    Setiap perubahan personaliti yang berlaku ke atas manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Di antara faktor penting yang membawa kepada perubahan personaliti manusia adalah agama. Perubahan personaliti menurut perspektif Islam ialah membentuk akhlak yang baik dan sahsiah yang unggul selari dengan batasan syariat Islam. Namun begitu, permasalahan timbul apabila sesuatu perubahan positif yang berlaku tidak berkekalan. Terdapat segelintir manusia apabila berubah kepada kebaikan, mereka tidak dapat mengekalkan perubahan tersebut malah kembali berubah kepada keadaan asal. Selain itu, terdapat juga segelintir manusia yang kembali berubah kepada asal bahkan lebih teruk apabila sanggup menggadaikan maruah dan melanggar batasan syariat Islam. Keadaan tersebut akan mengakibatkan berlakunya permasalahan akidah, akhlak dan sosial. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor agama sebagai faktor perubahan personaliti menurut perspektif Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk dokumen analisis kandungan dengan mengumpul data-data yang berkaitan kefahaman yang mendalam dari aspek teoritikal. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor agama Islam mendorong manusia untuk menjadi makhluk dan umat manusia yang terbaik melalui keimanan, amalan saleh, perbuatan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Agama Islam membina manusia yang berdisiplin melalui ibadah dan ketaatan kepada Allah S.W.T serta memupuk manusia untuk menjadi yang terbaik melalui akhlak dan sifat yang terpuji. Selain itu, agama Islam merupakan faktor penting dalam memberi motivasi kepada manusia supaya mengekalkan perubahan personaliti yang konsisten walau dalam apa jua keadaan dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T

    Relationship of viewing Islamic based films with pro-social personality among teenaged audience

    Get PDF
    The viewing of Islamic based films or films that contain Islamic message is seen as a contribution towards positive actions. Therefore, this study aims to determine the relationship between the viewing of Islamic based films and the development of pro-social personality among teenaged audience. The social cognitive theory was used as the theoretical framework via the three constructs (observational learning, symbolic modeling through characters and self-efficacy) as the mediating variables. The research design employed was a cross-sectional survey where data were collected through the distribution of questionnaire by using the stratified random sampling as the sampling technique. 1028 students from 5 public universities in the Klang Valley were taken as the sample from the 3324 total of the population. The questionnaire was generated from Prosocial Personality Battery (PSB) (Penner et al., 1995; Penner, 2002) and General Self-Efficacy Scale (SGSE) (Sherer et al., 1982). The quantitative data were analyzed by using the SPSS 18 through the univariate and multivariate statistical inferential analysis

    Panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme

    Get PDF
    Perilaku seksual bermula apabila berlaku perubahan organ biologi akibat kematangan organ pembiakan. Mereka mempamerkan perilaku seksual di khayalak ramai kerana tidak memahami situasi berikut berlawanan dengan norma masyarakat. Merujuk kepada permasalahan, sehingga kini bentuk pendekatan yang sesuai dan boleh diikuti oleh ibu bapa dalam mengawal tindakan remaja autisme mengikut ketetapan Islam masih terhad. Kebanyakan pada hari ini bersumberkan Barat. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina garis panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Kajian ini menggunakan temu bual sebagai kaedah utama untuk mendapatkan maklumat berkaitan perilaku seksual remaja autisme. Temu bual dijalankan bersama ibu bapa yang mempunyai anak remaja autisme. Kajian ini turut mendapat maklumat melalui perbincangan meja bulat yang diadakan sebanyak 5 kali dalam usaha mengemaskan lagi pembinaan garis panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Hasil kajian mendapati ibu bapa amat memerlukan satu garis panduan syariah yang memuatkan tatacara untuk diajarkan kepada anak remaja autisme mereka. Oleh itu, dalam kajian ini turut memuatkan tatacara didikan ibu bapa kepada remaja autisme dan larangan keagamaan untuk mengurangkan kecenderungan perilaku seksual agar dapat digunapakai dalam memberi pendidikan kepada anak remaja autisme. Sumbangan kajian membuktikan pendidikan agama berupaya mendidik perilaku seksual remaja autisme. Implikasi kajian mencadangkan agar garis panduan syariah ini dapat digunapakai oleh ibu bapa, guru, masyarakat dan pihak yang berkaitan seperti JAKIM, KPWKM, JKM dan NGO dalam usaha menangani perilaku seksual dalam kalangan remaja autisme

    Tarikan terhadap buku Indie dalam kalangan pembaca muda di Malaysia

    Get PDF
    Buku genre Indie telah mendapat tempat dalam kalangan pembaca muda, khususnya generasi Z. Jualan buku Indie pada tahun 2013 dan 2015 telah menunjukkan penguasaan mereka dalam carta penjualan buku tempatan dan ini bukan sekadar mencabar tetapi mengalahkan genre penulisan arus perdana. Minat pembaca dengan genre penulisan ini dikaitkan dengan keunikan pendekatan penulisannya. Justeru, kajian ini mengkaji faktor tarikan terhadap keunikan penulisan buku Indie dalam kalangan pembaca muda di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang responden menggunakan persampelan bertujuan. Sampel responden dipilih dalam kalangan kelompok netizen pada peringkat remaja dan awal belia sebagai kumpulan generasi Z. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor yang menjadi tarikan kepada pembaca untuk membeli dan membaca buku berkenaan iaitu dari sudut tajuk, kulit buku, olahan isi kandungan, mesej dan grafik serta peranan media baharu. Buku Fixi Sdn. Bhd. dan Dubook Press mencatatkan penerbit buku Indie yang paling diminati dan menjadi pilihan dalam kalangan pembaca muda

    Hubungan antara penilaian pembelajaran dengan penilaian tingkahlaku pegawai agama di Malaysia yang mendorong kesedaran peranan dakwah terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS

    No full text
    Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara penilaian pembelajaran dengan penilaian tingkah laku dalam kalangan Pega wai Agama di Malaysia setelah mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIVIAIDS anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program latihan ini dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat serta informasi terkin i isu HIVIAIDS di samping melatih pegawai-pegawai agama di Malaysia untuk menangani isu tersebut dalam kalangan umat Islam. Program latihan ini berbentuk teori dan praktikal di mQ//Q peserta program berpeluang melaksanakan dakwah secara temu seru (outreach) dengan Orang Yang Hidup dengan HIVIAIDS (ODHA) secara langsung. Kaedah kuantitatifmelalui soal selidik telah digunakan untuk memperoleh data . Seramai 350 orang Pegawai Agama yang telah mengikuti program latihan ini dipilih sebagai responden melalui teknik pensampelan rawak mudah. Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara p enila ian pembelaj aran dengan penilaian tingkah laku peserta yang mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIVIAIDS. Hasil analisis ujian korelasi Pearson tersebut mendapati bahawa terdapat hubungan ya ng signifikan di antara p enilaian pembelaj aran dari segi maklumat yang diperoleh daripada kandungan p rogram dengan penilaian tingkah laku dengan nilai r = 0.489 dan sig = 0.000 (p<O.05). Kekuatan hubungan ialah positif sederhana. Manakala hubungan antara penilaian pembelajaran dari segi maklumat yang diperoleh daripada program temu seru dengan penilaian tingkah laku pula menunjukkan kekuatan hubungan positij kuat dengan nilai yang dip eroleh ialah r = 0.539 dan sig = 0.000 (p<0.05) . Analisis ini menunjukkan bahawa pembela j aran yallg dip eroleh melalui program latihan Manual Islam dan HIVIAIDS ini telah berjaya mengubah tingkah laku Pegawai Agama dari segi dorongan meny edari peranan berdakwah kepada ODHA
    corecore