[The Attitude of Muslim Youth Netizens in Finding and Receiving Information On Social Media: A Qualitative Analysis] Sikap Netizen Belia Muslim dalam Mencari dan Menerima Maklumat di Media Sosial: Satu Analisis Kualitatif

Abstract

The use of social media applications has now become a major platform for netizens especially among Muslim youth netizens to access and distribute information quickly and effectively.  But the openness of sharing and accessing information on social media has led to the mixing of information between right and wrong, thus affecting the spread of fake news. However, good levels of media literacy can help netizens make research and assessment in determining the authenticity of a news story. However, different factors such as age, education level, level of use and so on can influence a person's attitude toward information on social media. Therefore, this article aims to analyze the attitude of two types of Muslim youth netizens of different backgrounds and levels of education in dealing with information on social media. Netizens' attitudes are analyzed through their attitude towards receiving information and their attitude when seeking information. A total of 14 informants comprising netizens between the ages of 18 and 30 were divided into two groups - netizens with educational background at Institutions of Higher Education and netizens with education level of Certificate of Education Malaysia (SPM). This study uses a descriptive qualitative approach with semi-structured interviews and focus group discussions. The study utilized the intended sampling method and the data were then analyzed using Atlas.ti software to achieve the study objectives. The results showed that both groups of Muslim youth netizens have different attitudes when it comes to information. The first group of Muslim youth netizens were seen to have a good attitude and management of information compared to the second group. Factors of different backgrounds and levels of education have led to the ways and actions of Muslim youth in managing and managing information on social media. In this regard, the implications of this study emphasize on the importance of media literacy, management and control of information in the environment as well as the emphasis on the issue of spreading fake news among the public.     Penggunaan aplikasi media sosial kini sudah menjadi satu platform utama bagi golongan netizen khususnya dalam kalangan netizen belia Muslim dalam mengakses dan menyalurkan maklumat dengan pantas dan berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan perkongsian dan pengaksesan maklumat di media sosial menjadikan maklumat bercampur-baur antara yang benar dan salah sekali gus memberi kesan terhadap penularan berita palsu. Mutakhir ini didapati bahawa kes penyebaran berita palsu semakin tinggi yang berpunca daripada penerima dan penyebar maklumat yang tidak sahih. Dikhuatiri golongan netizen belia Muslim turut menjadi penerima dan penyebar maklumat yang tidak sahih. Sikap teruja yang mendahului sikap berhati-hati ketika mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dapat memberi kesan yang buruk terutama dalam penyebaran berita palsu. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sikap netizen belia Muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Seramai 14 orang informan yang terdiri dari kalangan netizen yang berumur antara 18 hingga 30 tahun telah dibahagikan kepada dua jenis kumpulan iaitu kumpulan netizen yang mempunyai latar pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan kumpulan netizen yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa struktur dan perbincangan kumpulan fokus. Kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan data-data tersebut seterusnya dianalisis menggunakan perisian Atlas. ti bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua kumpulan netizen belia Muslim mempunyai sikap yang berbeza ketika mencari dan menerima maklumat. Kumpulan pertama netizen belia Muslim dilihat mempunyai sikap lebih berhati-hati ketika mencari dan menerima maklumat berbanding dengan kumpulan kedua. Faktor perbezaan latar belakang dan tahap pendidikan mendorong kepada sikap dan cara netizen belia Muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Sebagai rumusan, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap kesedaran netizen belia Muslim sewaktu mencari dan menerima maklumat di internet. Konsep tabayyun perlu diterapkan kepada netizen belia Muslim bagi membantu mereka menjadi pengguna yang berprinsip dan bermoral

    Similar works