Hubungan antara penilaian pembelajaran dengan penilaian tingkahlaku pegawai agama di Malaysia yang mendorong kesedaran peranan dakwah terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara penilaian pembelajaran dengan penilaian tingkah laku dalam kalangan Pega wai Agama di Malaysia setelah mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIVIAIDS anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program latihan ini dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat serta informasi terkin i isu HIVIAIDS di samping melatih pegawai-pegawai agama di Malaysia untuk menangani isu tersebut dalam kalangan umat Islam. Program latihan ini berbentuk teori dan praktikal di mQ//Q peserta program berpeluang melaksanakan dakwah secara temu seru (outreach) dengan Orang Yang Hidup dengan HIVIAIDS (ODHA) secara langsung. Kaedah kuantitatifmelalui soal selidik telah digunakan untuk memperoleh data . Seramai 350 orang Pegawai Agama yang telah mengikuti program latihan ini dipilih sebagai responden melalui teknik pensampelan rawak mudah. Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara p enila ian pembelaj aran dengan penilaian tingkah laku peserta yang mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIVIAIDS. Hasil analisis ujian korelasi Pearson tersebut mendapati bahawa terdapat hubungan ya ng signifikan di antara p enilaian pembelaj aran dari segi maklumat yang diperoleh daripada kandungan p rogram dengan penilaian tingkah laku dengan nilai r = 0.489 dan sig = 0.000 (p<O.05). Kekuatan hubungan ialah positif sederhana. Manakala hubungan antara penilaian pembelajaran dari segi maklumat yang diperoleh daripada program temu seru dengan penilaian tingkah laku pula menunjukkan kekuatan hubungan positij kuat dengan nilai yang dip eroleh ialah r = 0.539 dan sig = 0.000 (p<0.05) . Analisis ini menunjukkan bahawa pembela j aran yallg dip eroleh melalui program latihan Manual Islam dan HIVIAIDS ini telah berjaya mengubah tingkah laku Pegawai Agama dari segi dorongan meny edari peranan berdakwah kepada ODHA

    Similar works