10 research outputs found

    Impak pembangunan homestay dalam kalangan komuniti Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Malaysia

    Get PDF
    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada asasnya ditubuhkan atas tujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan yang disebabkan oleh ketiadaan tanah pertanian untuk menjana pendapatan. Kini, melalui rancangan tersebut masalah utama dapat diatasi, malah dalam usaha meningkatkan pendapatan petani, pelbagai usaha terus dilakukan. Pelbagai bentuk penglibatan diceburi oleh peneroka antaranya penglibatan komuniti FELDA dalam program homestay. Penyertaan dalam program homestay bukan sahaja berjaya menangani masalah ketiadaan penyediaan perkhidmatan penginapan pelancongan yang terpencil, tetapi dapat menjana pendapatan tambahan kepada komuniti selain membawa beberapa impak tambahan. Kajian ini bertujuan menganalisa impak yang diperoleh komuniti secara empirikal dengan melibatkan diri dalam program ini. Impak yang dikaji merangkumi empat (4) aspek iaitu ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Kajian ini berasaskan kerja lapangan dengan berbantukan soal selidik sebagai instrument kajian. Sejumlah 161 responden terlibat dalam temu bual ini di beberapa lokasi homestay di seluruh Semenanjung Malaysia. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata. Analisis mean digunakan untuk tujuan menilai impak yang diperoleh selain dibantu oleh ujian ANOVA sehala dan ujian Post Hoc Turkey HSD. Hasil kajian mendapati bahawa program homestay yang diceburi sememangnya membawa impak positif kepada pengusaha dari segi impak ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Secara berbanding impak ekonomi adalah lebih tinggi diperoleh Homestay Semenchu, Mata Ayer dan Sg. Klah berbanding homestay lain, manakala dari segi impak budaya, homestay Mata Ayer, Semenchu dan Jengka pula mengatasi lain-lain homestay. Dari segi impak alam sekitar pula faedah yang dinikmati oleh pengusaha Homestay Sg. Klah adalah paling tinggi. Bagi impak sosial, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan ketara antara kesemua homestay kajian. Oleh kerana penglibatan dalam program homestay dapat membawa impak yang signifikan kepada pengusaha, galakan dan bantuan daripada kerajaan dan pihak FELDA adalah diperlukan. Pengusaha homestay juga boleh menjadikan homestay yang memperoleh impak yang tinggi seperti Homestay Semenchu, Mata Ayer, Jengka dan Sg. Klah sebagai model bagi membangunkan homestay mereka

    Hubungan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pencapaian akademik

    Get PDF
    Rata-rata ramai pelajar yang menganggap bahawa menyertai aktiviti kolej seperti menjadi pemimpin jawatankuasa tertinggi dalam sesebuah kelab/persatuan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik pelajar kerana menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam kelab/persatuan dan hubungan komitmen pelajar terhadap kelab dengan pencapaian akademik mereka jugaperbezaan pencapaian akademik pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi. Reka bentuk bagi kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan. Seramai 504 bilangan responden yang terdiri seramai 86 orang pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dan seramai 418 orang pelajar yang menjawat jawatan tertinggi. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan kaedah crosstab, kolerasi pearson, ujian-t tidak bersandar dan purata skor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor minat merupakan faktor utama pelajar menyertai persatuan/kelab. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menjawat dan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi. Dapatan juga menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik apabila mereka meletakkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti berbanding daripada pelajar yang meletakkan komitmen sederhana dan rendah terhadap kelab. Dapatan juga menunjukkan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman mempunyai peratusan pelajar yang paling ramai berada pada pencapaian akademik yang cemerlang dan baik. Manakala bagi analisis kolerasi pearson pula mendapati wujudnya hubungan positif yang sangat lemah iaitupada kadar 0.015 bagi aras keertian 0.01 di antara item komitmen pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi dalam kelab. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kegiatan kelab/persatuan todak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

    Penglibatan komuniti dalam pembangunan komuniti karbon rendah Felda Taib Andak Johor

    Get PDF
    The development of FELDA Taib Andak Low Carbon Community (FTAKKR), implemented by community involvement, is considered new in Malaysia. The success of the community engagement approach in achieving KKR initiatives depends on the capabilities and continuing commitment of community members as well as effective co-operation among various stakeholders. The study aims to explore and investigate the level of FELDA Taib Andak community involvement and factors leading to their involvement in developing KKR and in contributing to KKR achievements. The study was conducted using a mixed-method approach. The collection of the qualitative data involves two methods, namely participatory observation and in-depth interviews with informants. During the participatory observation, the researcher was directly involved in the process of planning and implementation of KKR initiatives with the community. The processes involved in planning, implementation and gathering important information during the participatory observation were recorded. In-depth interviews were conducted with 23 informants, of which14 were actively involved in KKR while 9 were not. The quantitative data was collected through a household survey on 172 households before KKR initiatives were initiated in 2012 and followed by another survey on 155 households after the implementation of KKR initiatives in 2019, to identify the level of practice of low carbon living and the effects of KKR initiatives. Questionnaire data was processed using SPSS software for a descriptive statistical analysis. The results indicate that there are positive changes in the low carbon lifestyle practices among the FELDA Taib Andak community especially in 3R practices and in energy consumption. Community participation is the key element in ensuring the success of the implementation of a KKR project. The overall participation level of the Felda Taib Andak community was largely dependent on the party providing the guidance and the extent of time the community was given the guidance. The study found that projects receiving continuous guidance from expert groups or government agencies gained more attention and community involvement. However, when the guidance was no longer provided, the project could not run smoothly, and stopped. The implication is the implementation of projects involving community participation requires an ongoing commitment not only among members of the community, but also from expert groups and coaching agencies

    Influence of facilities performance on student’s satisfaction in Northern Nigerian universities: Results from interim study

    Get PDF
    Purpose – Higher institutions in Nigeria have witnessed an increase in the number of student enrolments; Northern Nigerian universities are not excluded. As the number of students increases, so do their needs in terms of facilities such as lecture halls, libraries, laboratories, accommodation, studios, furniture and other auxiliary facilities services (among others things). The purpose of this study is to explore the structural characteristics of building features’ performance and to statistically group them into building components (dependent) and physical and non-physical building features (independent) constructs, relating to influence of facilities’ performance in student satisfaction in Northern Nigerian universities. Design/methodology/approach – Questionnaires used were designed to collect data on both academic facilities, based on student experience and satisfaction with respect to physical and non-physical facilities. The school building assessment method questionnaire by Sanoff (2001) was adapted. Hence, the validity and reliability of measures was examined via academicians and data analysis with statistical package of social science (SPSS) version 22. In general, the values of alpha coefficients were above 0.80. Findings – The result of exploratory factor analysis revealed that all factors loaded more than 0.61. In conclusion, the results indicated acceptable factor loadings and effective grouping of the features according to the conceptualised framework for the building component. A hypothetical model of building components was then proposed, suggesting the effects of physical and non-physical building features on building components. Research limitations/implications – This research has been applied to a Northern Nigerian university. The research should be expanded to other institutions offering higher education. Practical implications – Based on a conceptual framework, the study gives practical insights concerning the performance of building component as a key success factor for higher education institutions’ (HEIs) facilities. Originality/value – Therefore, the need to develop and improve instruments that will reflects facilities performance for students satisfaction in Nigerian universities became paramount. Thus there is lack of an integrating framework for facilities performance as well as students satisfaction and experience in the context of Nigerian HEIs, especially in the region of northern Nigeria

    Laporan tahunan

    Get PDF

    Knowledge, attitude and practice on female sexual dysfunction ( mati putik) among women in Kuantan Pahang, Malaysia

    Get PDF
    Female sexual dysfunction or also known as ‘mati putik’ can be defined as women with lack of sexual desire, difficulty in arousal, inability to reach orgasm, pain during intercourse, failure to feel pleasure from sex or anxiety about sex performance. In Malaysia, infidelity or sexual relationship was the top reasons of divorce cases. Hence, this study aimed to determine the level of knowledge, attitude and practice on female sexual dysfunction among females in Kuantan, Pahang. A total sample of 100 married women was randomly selected based on the classification in inclusive and exclusive criteria. The response from participants was analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) with 95% confidence interval. The result of this study revealed that more than half of the respondents are found to have a high level of knowledge (n=59, 59.0%) only. Other than that, there was no significant association between the scores of knowledge, attitude and practice with socio-demographic characteristics. Besides, the correlation between knowledge-attitude and attitude-practice scores were identified to be significantly associated but not for knowledge-practice scores. In conclusion, this study has revealed that respondents possess good knowledge level regarding female sexual dysfunction differ from the level of attitude and practice. These findings proved that women in Malaysia were not aware of their sexual health and contribute to the number of divorce cases. Hence, it is recommended that future study may be able to increase the sample size and ought to emphasize the rural area more than an urban area for a better outcome. It is also suggested for the upcoming study to discover more factors that may contribute significantly to the level of knowledge, attitude and practice on female sexual dysfunction

    USAHAWAN SISWA : MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA

    Get PDF
    Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Penerapan budaya keusahawanan melalui pelaksanaan enam Teras Strategik di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) merupakan pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan komuniti keusahawanan negara. Sejajar dengan hasrat kerajaan melalui pembentukan DKN yang melibatkan pelaksanaan program pembangunan keusahawanan yang merangkumi kemudahan pembiayaan, pembangunan infrastruktur, aktiviti penyelidikan dan latihan serta kemahiran di kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia supaya ia mampu menjadi platform untuk melahirkan dan mencipta para graduan berminda keusahawanan kelas pertama. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan telah memberi nilai tambah bukan sahaja dalam bidang berkaitan semata-mata, namun ia juga turut mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran keusahawanan melalui penciptaan produk dan perkhidmatan baharu sekali gus menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara serta menjadi pencipta pekerjaan (job creator). Selari dengan matlamat Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025, buku ini telah digarap berdasarkan enam kategori utama perniagaan berteraskan inovasi dan teknologi iaitu perniagaan kosmetik dan kesihatan, perkhidmatan fotografi dan audiografi, produk makanan dan minuman, aktiviti peruncitan, bidang seni kreatif dan tekstil serta perkhidmatan pengkhususan. Seramai 39 usahawan dalam kalangan mahasiswa dan graduan yang berjaya menempa nama dengan meraih pelbagai anugerah dan kejayaan melalui pembentukan inovasi produk, proses, pemasaran, peralatan dan pembungkusan melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, buku ini turut menceritakan tentang perjalanan suka dan duka mereka sepanjang bergelar usahawan yang boleh dijadikan iktibar dan contoh tauladan yang baik kepada individu yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Semoga penerbitan buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya ini, mampu menjadi wadah ilmu yang berguna sekali gus menjadi perangsang kepada jiwa-jiwa yang dahagakan perubahan dan menjadi inspirasi khususnya kepada para mahasiswa untuk menerokai bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan

    Impak Pembangunan Homestay dalam Kalangan Komuniti Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Malaysia

    No full text

    Impak pembangunan homestay dalam kalangan komuniti rancangan kemajuan tanah persekutuan (FELDA), Malaysia

    No full text
    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada asasnyaya ditubuhkan atas tujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan yang disebabkan oleh ketiadaan tanah pertanian untuk menjana pendapatan. Kini, melalui rancangan tersebut masalah utama dapat diatasi, malah dalam usaha meningkatkan pendapatan petani, pelbagai usaha terus dilakukan. Pelbagai bentuk penglibatan diceburi oleh peneroka antaranya penglibatan komuniti FELDA dalam program homestay. Penyertaan dalam program homestay bukan sahaja berjaya menangani masalah ketiadaan penyediaan perkhidmatan penginapan pelancongan yang terpencil, tetapi dapat menjana pendapatan tambahan kepada komuniti selain membawa beberapa impak tambahan. Kajian ini bertujuan menganalisa impak yang diperoleh komuniti secara empirikal dengan melibatkan diri dalam program ini. Impak yang dikaji merangkumi empat (4) aspek iaitu ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Kajian ini berasaskan kerja lapangan dengan berbantukan soal selidik sebagai instrument kajian. Sejumlah 161 responden terlibat dalam temu bual ini di beberapa lokasi homestay di seluruh Semenanjung Malaysia. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata. Analisis mean digunakan untuk tujuan menilai impak yang diperoleh selain dibantu oleh ujian ANOVA sehala dan ujian Post Hoc Turkey HSD. Hasil kajian mendapati bahawa program homestay yang diceburi sememangnya membawa impak positif kepada pengusaha dari segi impak ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Secara berbanding impak ekonomi adalah lebih tinggi diperoleh Homestay Semenchu, Mata Ayer dan Sg. Klah berbanding homestay lain, manakala dari segi impak budaya, homestay Mata Ayer, Semenchu dan Jengka pula mengatasi lain-lain homestay. Dari segi impak alam sekitar pula faedah yang dinikmati oleh pengusaha Homestay Sg. Klah adalah paling tinggi. Bagi impak sosial, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan ketara antara kesemua homestay kajian. Oleh kerana penglibatan dalam program homestay dapat membawa impak yang signifkan kepada pengusaha, galakan dan bantuan daripada kerajaan dan pihak FELDA adalah diperlukan. Pengusaha homestay juga boleh menjadikan homestay yang memperoleh impak yang tinggi seperti Homestay Semencu, Mata Ayer, Jengka dan Sg. Klah sebagai model bagi membangunkan homestay mereka
    corecore