Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1107 research outputs found

    KEBERANGKALIAN RIBA DI DALAM E-WALLET: SATU ANALISA AWAL

    Get PDF
    Pendigital kaedah pembayaran telah menunjukkan peningkatannya di kalangan rakyat Malaysia khususnya ketika pandemic Covid-19 sedang melanda dunia. E-wallet adalah antara aplikasi pembayaran digital yang mesra pengguna dan mudah diakses sama ada oleh pengguna mahupun benefisiari yang lain. Aplikasi yang melibatkan beberapa pihak seperti pengguna, penjual atau peniaga juga terdedah kepada praktis riba yang berpotensi menjadikan akad tersebut rosak. Kertas ini bertujuan untuk memberikan satu analisa awal mengenai keberangkali berlakunya riba di dalam aplikasi yang makin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Hasilnya aplikasi e-wallet ini tidak bebas dari berlakunya riba kerana akad qard yang mendasari deposit yang diletakkan oleh user ke dalam akaun e-wallet. Keterikatan penyedia perkhidmatan e-wallet kepada kepatuhan Syariah juga boleh menjadi ruang untuk berlakunya riba sekiranya dana-dana tersebut disimpan di dalam akaun konvensional. Cadangan penggunaan akad wadi’ah dan bay’ istijrar di lihat dapat mengurang potensi riba di dalam aplikasi ini

    INSTITUSI WAKAF PEMACU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

    Get PDF
    Ibadat wakaf memainkan peranan peranan penting dalam memenuhi kemaslahatan masyarakat muslim dari pelbagai bidang. Ia mencakupi perihal individu dan sosial, material dan kerohanian, serta dunia dan akhirat. Wakaf itu sendiri bersifat autonomi, mampan, fleksibel dan berkesinambungan membuktikan ia mampu membantu sesebuah pentadbiran Islam bagi mencapai pembangunan sosioekonomi untuk generasi masa kini dan akan datang. Jika ditelusuri dari sudut sejarah Islam hingga kini, sistem wakaf telah memaparkan pelbagai peringkat pembangunan yang merangkumi semua sektor sosioekonomi iaitu pendidikan, kebudayaan, penjagaan kesihatan, perumahan, makanan dan minuman, infrastruktur serta banyak lagi. Hal ini membuktikan bahawa sistem wakaf ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Penulisan ini bertujuan bagi mengkaji dan menjelaskan fungsi dan fleksibiliti wakaf serta keupayaannya untuk mencapai kemajuan seiring dengan SDG. Seterusnya mengkaji cabaran dan penyelesaian serta membentangkan satu cadangan dasar yang praktikal. Secara kesimpulannya, wakaf dapat berfungsi sebagai satu instrumen penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan di Malaysia seperti pembangunan komuniti mampan, pengurangan kemiskinan, pendidikan berkualiti, dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, penting untuk menggalakkan dan memantapkan lagi pelaksanaan wakaf di Malaysia dalam konteks SDG bagi memperkukuhkan kelestarian dan kesejahteraan negara

    STRATEGI DAYA TINDAK OLEH WARGA EMAS SEMASA MENGHADAPI WABAK COVID-19

    Get PDF
    COVID-19 yang terjadi telah menjejaskan gaya hidup rakyat Malaysia pada tahun 2020 dan warga emas juga tidak terkecuali daripada menerima impaknya. Virus ini telah mengancam rutin aktiviti harian semua individu. Kajian ini bertujuan meneroka strategi  yang digunakan  oleh warga emas di Seputeh, Kuala Lumpur semasa pandemik COVID -19 dengan menemubual sepuluh (10) warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan analisis bertema untuk meneroka pengalaman berkaitan strategi daya tindak yang digunakan  oleh warga emas. Berdasarkan temu bual, didapati terdapat lapan  strategi  digunakan  oleh warga emas semasa pandemik; (1) Pengurusan Persekitaran dan Aktiviti Rutin; (2) Adaptasi Hubungan Sosial dan Penggunaan Teknologi; (3) Pengukuhan Langkah Keselamatan dan Perkhidmatan Kesihatan  dan (4) Kawalan Perbelanjaan Secara Berhemah. Selain itu, sokongan komuniti dan perkhidmatan kesihatan atas talian didapati memainkan peranan penting dalam membantu warga emas menghadapi tempoh yang mencabar ini. Kajian ini menyimpulkan bahawa keupayaan adaptasi dan ketahanan warga emas, ditambah dengan sokongan yang sesuai, adalah kritikal dalam konteks strategi daya tindak semasa menangani cabaran wabak COVID-19. Dapatan kajian ini berupaya menyumbang kepada pembentukan dasar dan intervensi yang lebih berkesan untuk menyokong strategi daya tindak dalam populasi warga emas semasa krisis kesihatan awam

    THE RELATIONSHIP BETWEEN KNOWLEDGE AND INTENTION TO OWN TAKAFUL AMONG RESIDENTS OF THE MELAKA TENGAH DISTRICT

    Get PDF
    This study aims to examine the relationship between knowledge and the intention to own Takaful among residents in the Melaka Tengah district. The main objective of the study is to identify whether there is a relationship between knowledge and the intention to own Takaful among the residents. Respondents consist of 100 residents of Melaka Tengah. This study was conducted in residential areas and business centre in the Melaka Tengah district only. Data analysis was conducted using the IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 27.0. The results of this study show a significant relationship between knowledge and the intention to own Takaful (r = 0.316, p = 0.001). The findings of this study can provide significant contributions to the government, society, and existing Takaful companies. Keywords : Knowledge & Intention to Own Takafu

    PANDANGAN SYARAK BERKAITAN PEMALSUAN SIJIL VAKSIN

    Get PDF
    Malaysia digemparkan dengan peningkatan kes penipuan sijil vaksinasi palsu. Kegiatan tersebut terbongkar susulan serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang menyebabkan seorang doktor klinik swasta berusia 51 tahun ditahan oleh pihak berkuasa pada 8 Januari 2022. Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September 2021 selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar. Dalam tempoh berkenaan, lebih 1900 sijil vaksinasi COVID-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 dijual secara dalam talian. Majlis Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan, pihaknya tidak membenarkan aktiviti sedemikian kerana boleh memusnahkan integriti profesion perubatan, lebih-lebih lagi jika menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam. Kes pemalsuan sijil vaksin masih belum ada yang dikesan berlaku di Negeri Sembilan. Oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan boleh membuat ketetapan bagi menjelaskan hukum berkaitan kepada masyarakat agar jenayah ini dapat dibendung menerusi fatwa

    MORAL DEVELOPMENT OF MUSLIM YOUTH THROUGH SOCIAL MEDIA

    Get PDF
    The moral development of Muslim youth is significant in realizing the current generation's relationship with the increasingly challenging influence of social media. This study was carried out to identify the use of social media in developing the morals of Muslim Youth. This study is quantitative and is conducted by distributing questionnaires to all 250 respondents. This research is based on a descriptive and inferential survey design. The research data was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 25.0 software. The study's results found that the descriptive value for the use of social media N=250, Min 3.51, SD= .544 at a moderate level. There is an item that shows the highest value, which is the item Religious speakers use social media to deliver lectures to the community with a mean value of M=3.96, SD=.844, followed by the item Islamic studies for Muslims is easy to approach with social media with a mean value of M=4.38, SD= .773 and the social media item has a positive effect on the moral formation of youths mean value M=4.14, SD=.895 and is at a high level. The results of the findings above show that social media is also one of the media in forming the character of youths nowadays. Therefore, we should be able to take advantage of social media for positive purposes, especially to shape the morals of youths

    KESAN ERA PASCANORMAL TERHADAP AKIDAH KETUHANAN UMAT ISLAM

    Get PDF
    Era Pascanormal merujuk kepada suatu tempoh perubahan yang ditandai dengan kemelut 3C iaitu chaos (keberantakan), complexity (kerumitan) dan contradiction (pertentangan). Kemelut tersebut menimbulkan ketidakpastian serta ketidakstabilan yang menjadi cabaran baharu dalam kehidupan manusia mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik. Perubahan ini turut memberi kesan yang besar terhadap lanskap pemikiran manusia termasuk kefahaman terhadap agama dan ketuhanan. Justeru artikel ini akan membincangkan kesan perubahan era pascanormal ini terhadap akidah umat Islam khususnya yang berhubung dengan akidah ketuhanan iaitu keimanan terhadap Allah SWT. Pendekatan kualitatif digunakan dengan menganalisa dokumen dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Hasil dari penelitian yang dilakukan mendapati era pascanormal memberi kesan dan membawa cabaran baru terhadap aliran pemikiran ketuhanan dan membuka laluan penyebaran fahaman sesat seperti kemunculan agnostisisme kesan dari relativisme, pluralisme dan liberalisme. Bagaimanapun dalam masa yang sama era pascanormal yang diwarnai oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat turut memberi peluang besar untuk penyebaran akidah Islam melalui pelbagai media digital. Keperluan kepada pengurusan akidah yang strategik yang dimainkan oleh institusi agama diharapkan dapat menangani kesan negatif era pascanormal terhadap akidah umat Islam

    MAQASID AL-SUNNAH SEBAGAI KONSEP WASATIYYAH DAN SEIMBANG DALAM MEMAHAMI HADIS NABI SAW

    Get PDF
    Hadis Nabi SAW merupakan sumber utama hukum Islam selepas al-Quran. Ia perlu difahami dan diamalkan secara sederhana dan seimbang bagi kemaslahatan dan kesejahteraan umat manusia. Namun, pada hari ini ramai dalam kalangan umat Islam di Nusantara yang memahamkan hadis secara liberal dan melampau, serta terkeluar daripada kaedah yang ditetapkan para ulama. Artikel ini meggunakan metodologi analisis konten bagi membincangkan mengenai pemahaman dan aplikasi hadis melalui pendekatan konsep Maqasid al-Sunnah. Pendekatan memahamkan hadis Nabi SAW melalui Maqasid al-Sunnah sepertimana tujuan dan maksud hadis tersebut disampaikan kepada pendengar adalah bagi mendapatkan kefahaman wasatiyyah dan seimbang. Ianya dapat diketahui melalui kaedah dan kajian yang telah dijalankan oleh para ulama dalam bidang hadis, usul fiqh dan bidang lain. Antara kaedah tersebut adalah pendekatan memahami hadis melalui kaedah asbab al-wurud dan kontekstual serta penjelasan atau syarah hadis oleh ulama muktabar. Antara matlamat kaedah ini adalah agar sesuatu hadis boleh difahami dan diaplikasikan secara holistik, seimbang, sesuai keadaan zaman dan tempat, serta mudah diterima seluruh umat Islam. Dengan menggunakan pendekatan Maqasid al-Sunnah ini diharapkan pemahaman yang melampau, keras, liberal dan radikal boleh ditangani dan dikawal dengan baik sehingga membawa kepada kedamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia

    INTERAKSI ILMU QIRAAT DAN ILMU FIQH: SATU PENELITIAN AWAL

    Get PDF
    Ilmu qiraat adalah ilmu yang semakin masyhur dan diminati khususnya di Malaysia. Ilmu qiraat penting dalam pengajian Islam kerana disiplin ilmu ini berkait rapat dengan disiplin ilmu yang lain termasuk ilmu fiqh. Penulisan ini bertujuan menunjukkan fungsi ilmu qiraat dalam mempengaruhi para fuqaha untuk mengeluarkan hukum fiqh bagi kegunaan masyarakat. Turut dibincangkan adalah definisi qiraat dan fiqh, kepentingan mempelajari ilmu qiraat, ilmu qiraat sumber ilmu pengajian islam, pengaruh ilmu qiraat terhadap hukum fiqh serta peranan qiraat meluaskan pemahaman ayat-ayat fiqh. Penulisan ini bersifat kualitatif dan persejarahan serta pengkajian dokumentasi. Hasil kajian untuk menjelaskan berkenaan interaksi ilmu qiraat terhadap penghasilan hukum fiqh. Oleh itu, kajian terhadap ilmu qiraat dan interaksinya pada hukum fiqh seharusnya dikembangkan dan ditambahbaik untuk memastikan kesinambungan dan kelestarian ilmu khususnya berkaitan ilmu qiraat sentiasa terpelihara

    PENGARUH FAKTOR SOSIAL DAN AGAMA TERHADAP PENINGKATAN KADAR PERCERAIAN: PERANAN INSTITUSI SOSIAL DALAM MENYOKONG PERKAHWINAN

    Get PDF
    Isu penceraian yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia saban tahun semakin meningkat. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan statistik kes perceraian di Malaysia. Kesan peningkatan perceraian ini boleh menyumbang kepada permasalahan sosial yang lain. Dapatan kajian ini dapat membantu mengurangkan kes penceraian yang berlaku di Malaysia. Kajian ini meneliti pengaruh faktor sosial dan agama terhadap peningkatan kadar perceraian dalam kalangan masyarakat Islam serta menilai peranan institusi sosial dalam menyokong kestabilan perkahwinan. Kajian menggunakan kaedah analisis literatur untuk memahami faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian dan bagaimana institusi seperti badan keagamaan, pusat kaunseling, dan organisasi masyarakat dapat memainkan peranan dalam menurunkan kadar perceraian. Kajian mendapati bahawa kekurangan pengetahuan agama, perubahan nilai sosial, dan kurangnya sokongan institusi menyumbang kepada krisis perkahwinan. Implikasi daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada dasar sosial dan strategi penyelidikan yang lebih komprehensif dalam menangani isu perceraian dalam kalangan orang Islam

    1,088

    full texts

    1,107

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems is based in Malaysia
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇