STRATEGI DAYA TINDAK OLEH WARGA EMAS SEMASA MENGHADAPI WABAK COVID-19

Abstract

COVID-19 yang terjadi telah menjejaskan gaya hidup rakyat Malaysia pada tahun 2020 dan warga emas juga tidak terkecuali daripada menerima impaknya. Virus ini telah mengancam rutin aktiviti harian semua individu. Kajian ini bertujuan meneroka strategi  yang digunakan  oleh warga emas di Seputeh, Kuala Lumpur semasa pandemik COVID -19 dengan menemubual sepuluh (10) warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan analisis bertema untuk meneroka pengalaman berkaitan strategi daya tindak yang digunakan  oleh warga emas. Berdasarkan temu bual, didapati terdapat lapan  strategi  digunakan  oleh warga emas semasa pandemik; (1) Pengurusan Persekitaran dan Aktiviti Rutin; (2) Adaptasi Hubungan Sosial dan Penggunaan Teknologi; (3) Pengukuhan Langkah Keselamatan dan Perkhidmatan Kesihatan  dan (4) Kawalan Perbelanjaan Secara Berhemah. Selain itu, sokongan komuniti dan perkhidmatan kesihatan atas talian didapati memainkan peranan penting dalam membantu warga emas menghadapi tempoh yang mencabar ini. Kajian ini menyimpulkan bahawa keupayaan adaptasi dan ketahanan warga emas, ditambah dengan sokongan yang sesuai, adalah kritikal dalam konteks strategi daya tindak semasa menangani cabaran wabak COVID-19. Dapatan kajian ini berupaya menyumbang kepada pembentukan dasar dan intervensi yang lebih berkesan untuk menyokong strategi daya tindak dalam populasi warga emas semasa krisis kesihatan awam

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Islam Melaka Open Journal Systems

redirect
Last time updated on 17/10/2025

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.