Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
1107 research outputs found
Sort by
SOCIAL MEDIA AND POLITICAL PARTICIPATION AMONG YOUNG PEOPLE
High percentage of political participation among young people discuss among scholars in political science reported that Malaysian young people have greater interest in political participation compared to before. How does it happen? What drives young people to participate in political activities? Social Science scholars’ believe that impact of this phenomenon toward young people leads by social media use. Objective of this study is to examine social media uses among undergraduate students. Besides, to measure relationship between social media use and political knowledge, this research conducted to study relationship between social media use and political participation among university students (n=132). Our results showed that there is a greater social media use among respondents and use to choose Facebook to get political updates, especially about opposition party (PR). They also have greater political knowledge gain from social media and highly expose toward negative news (political scandals) and it is really affect level of online political participation. Contribution of this study toward knowledge on social media and political participation among young people are; 1) young people use social media to get political update, basically for opinion expression and political expression, 2) exposure toward negative news has moderate relationship toward political participation, even though sometime political participants search or demand for negative stories, 3) greater political knowledge cause by greater political interest (effort for searching political updates) in social media
LIBERALISME DALAM KONTEKS ASAS PEMBINAAN NEGARA MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum sejak di awal kemerdekaannya hasil penjajahan British. Asas pembinaan negara ini dapat dilihat melalui penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 oleh Suruhanjaya Reid yang menerapkan elemen dan aplikasi prinsip-prinsip liberalisme. Walaubagaimanapun falsafah liberalisme tidak dipraktikkan seratus peratus seperti yang ditakrifkan oleh Barat. Amalan liberalisme dalam perlembagaan berjalan seiring dan dikawal oleh elemen agama Islam, kebebasan terhad dan nilai-nilai tempatan. Elemen kawalan berkenaan penting agar tidak menjadikan negara ini sebuah negara sekular dan terdedah kepada ektremisme liberal
ALAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DALAM HIKAYAT PELANDUK JENAKA
Artikel ini berkenaan Hikayat Pelanduk Jenaka (Cod. Or. 1932) yang menceritakan kisah kehidupan binatang di rimba dan lautan yang dipersonifikasikan oleh pengarangnya. Penulisan ini mengaplikasikan teknik kualitatif, analisis kandungan dan menggunapakai teori Pengkaedahan Melayu yang diasaskan oleh Hashim Awang. Kajian ini bertujuan memperlihat cara hidup dan kebudayaan masyarakat Melayu dalam Hikayat Pelanduk Jenaka (Cod. Or. 1932). Justeru, budaya masyarakat Melayu menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka dianalisis menerusi aspek interaksi sosial untuk merungkai hal kemasyarakatan dan proses sosial. Artikel ini membahaskan pelbagai isu menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka yang menggambarkan hubungan antara alam dan masyarakat Melayu yang disampaikan secara ironi, sinisme, sarkasme untuk menghibur, membawa maklumat dan fungsi kerohanian dalam kalangan audien pembaca
FARDHU ‘AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti dan menganalisis ilmu fardhu ain sebagai kerangka pembentukan disiplin pelajar. Penelitian ini penting memandangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan analisis tekstual yang telah dilakukan ilmu fardhu ain yang mempunyai tiga elemen utama iaitu Tauhid (akidah), Fekah (syariat) dan Tasauf (akhlak) mampu memberikan kesan kepada pembentukan disiplin pelajar. Hal ini kerana elemen akidah akan membina hubungan ketuhanan antara pelajar dengan tuhan. Manakala elemen Fekah (syariat) juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan landasan kehidupan yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni dari faktor dalam diri pelajar
FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA
Pengurusan dan pentadbiran Islam di Malaysia telah wujud pada abad ke-13 Masihi lagi, cuma ia tidak sistematik dan maju seperti sekarang. Walaupun pengurusan dan pentadbiran Islam telah lama wujud, malangnya ia pula kurang dihayati dan diaplikasikan serta segala sistem pengurusan dan pentadbiran yang berasaskan Islam itu hanyal pada nama dan teori sahaja. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beberapa faktor kelemahan terhadap pengurusan dan pentadbiran Islam yang mana ia perlu dikaji semula oleh semua masyarakat terutama oleh umat Islam itu sendiri bagi membangunkannya kembali. Metodologi analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa langkah-langkah bagi mengatasi masalah kelemahan pengurusan dan pentadbiran Islam di Malaysia ini agar masyarakat dapat mempraktikkannya ke dalam kehidupan seharian demi kebaikan bersama
PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Secara umumnya kajian ini menjelaskan tentang aspek perkembangan fizikal dalam kalangan kanak-kanak dari lahir hingga mencapai usia prasekolah. Kajian ini berfokuskan dari sudut pandangan barat. Kajian ini mengupas tentang aspek perbezaan perkembangan fizikal di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Secara umumnya dapat dilihat bahawa pada peringkat kanak-kanak terdapat perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan. Perkembangan fizikal dalam kalangan kanak-kanak lelaki adalah lebih cepat daripada perempuan ini berdasarkan kepada skala ketinggian, berat badan dan BMI yang diperolehi daripada National Center for Health Statistics, USA (NCHS) dan WHO Child Growth Standard (2006) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia
CARA GAYA KEIBUBAPAAN DAN REMAJA HAMIL TANPA NIKAH
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cara gaya keibubapaan menggunakan inventori Indeks Topologi Amalan Didikan Ibu Bapa Baumrind. Reka bentuk tinjauan dan teknik persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang telah dijalankan di Pusat Kebajikan Wanita dan Remaja (KEWAJA) yang terletak di Batu Caves, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah statistik khi kuasa dua bagi analisis inferensi. Saiz sampel yang diambil bagi reka bentuk tinjauan adalah seramai 21 responden. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian, permisif dan autoritatif dengan tahap pendidikan remaja hamil tanpa nikah. Kesimpulannya, satu program intervensi perlu dibentuk dalam membendung fenomena hamil tanpa nikah