KEBERANGKALIAN RIBA DI DALAM E-WALLET: SATU ANALISA AWAL

Abstract

Pendigital kaedah pembayaran telah menunjukkan peningkatannya di kalangan rakyat Malaysia khususnya ketika pandemic Covid-19 sedang melanda dunia. E-wallet adalah antara aplikasi pembayaran digital yang mesra pengguna dan mudah diakses sama ada oleh pengguna mahupun benefisiari yang lain. Aplikasi yang melibatkan beberapa pihak seperti pengguna, penjual atau peniaga juga terdedah kepada praktis riba yang berpotensi menjadikan akad tersebut rosak. Kertas ini bertujuan untuk memberikan satu analisa awal mengenai keberangkali berlakunya riba di dalam aplikasi yang makin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Hasilnya aplikasi e-wallet ini tidak bebas dari berlakunya riba kerana akad qard yang mendasari deposit yang diletakkan oleh user ke dalam akaun e-wallet. Keterikatan penyedia perkhidmatan e-wallet kepada kepatuhan Syariah juga boleh menjadi ruang untuk berlakunya riba sekiranya dana-dana tersebut disimpan di dalam akaun konvensional. Cadangan penggunaan akad wadi’ah dan bay’ istijrar di lihat dapat mengurang potensi riba di dalam aplikasi ini

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Islam Melaka Open Journal Systems

redirect
Last time updated on 17/10/2025

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.

Licence: http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0