INSTITUSI WAKAF PEMACU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Abstract

Ibadat wakaf memainkan peranan peranan penting dalam memenuhi kemaslahatan masyarakat muslim dari pelbagai bidang. Ia mencakupi perihal individu dan sosial, material dan kerohanian, serta dunia dan akhirat. Wakaf itu sendiri bersifat autonomi, mampan, fleksibel dan berkesinambungan membuktikan ia mampu membantu sesebuah pentadbiran Islam bagi mencapai pembangunan sosioekonomi untuk generasi masa kini dan akan datang. Jika ditelusuri dari sudut sejarah Islam hingga kini, sistem wakaf telah memaparkan pelbagai peringkat pembangunan yang merangkumi semua sektor sosioekonomi iaitu pendidikan, kebudayaan, penjagaan kesihatan, perumahan, makanan dan minuman, infrastruktur serta banyak lagi. Hal ini membuktikan bahawa sistem wakaf ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Penulisan ini bertujuan bagi mengkaji dan menjelaskan fungsi dan fleksibiliti wakaf serta keupayaannya untuk mencapai kemajuan seiring dengan SDG. Seterusnya mengkaji cabaran dan penyelesaian serta membentangkan satu cadangan dasar yang praktikal. Secara kesimpulannya, wakaf dapat berfungsi sebagai satu instrumen penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan di Malaysia seperti pembangunan komuniti mampan, pengurangan kemiskinan, pendidikan berkualiti, dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, penting untuk menggalakkan dan memantapkan lagi pelaksanaan wakaf di Malaysia dalam konteks SDG bagi memperkukuhkan kelestarian dan kesejahteraan negara

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Islam Melaka Open Journal Systems

redirect
Last time updated on 17/10/2025

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.

Licence: http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0