18 research outputs found

    KAEDAH PINTAR MURAJAAH AL-QUR`AN: KAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TAHFIZ MALAYSIA

    Get PDF
    Abstrak: Sistem pengajian Tahfiz al-Quran mula mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa dan pelajar sendiri. Berdasarkan perkembangan ini, pihak kerajaan, swasta mahupun persendirian telah mengorak langkah dengan memperkenalkan sistem tahfiz integrasi di samping pengajian tahfiz agama atau pondok yang telah sedia ada. Sistem pengajian yang dijalankan secara serentak ini memerlukan persediaan mental dan ketahanan fizikal daripada para pelajar. Ia juga memerlukan panduan yang berkesan dan perancangan yang sistematik bagi memastikan cita-cita melahirkan para cendekiawan huffaz yang thabit hafazannya tercapai bukan sekadar gelaran al-hafiz semata-mata tetapi hakikatnya mereka tidak mengingati ayat-ayat yang telah dihafaz sebagaimana yang berlaku di kebanyakan institusi tahfiz integrasi sekarang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti gaya hidup pelajar tahfiz al-Quran integrasi yang menjadi faktor kepada berjaya atau gagalnya mereka dalam menghafaz dan mengekalkan hafazan mereka. Ia juga bertujuan bagi merangka satu modul dan panduan kepada pelajar tahfiz integrasi supaya dapat lahir sebagai para huffaz yang mampu menjaga hafazan mereka dengan baik berdasarkan kesedaran dan sistem murajaah yang berkesan. Data akan dikumpulkan melalui borang soal selidik pelajar dan temuramah dengan pakar dalam bidang ini dan seterusnya kan di analisis dan dirumuskan sebagai modul tersendiri sebagai pandual pelajar. Jangkaan awal dapatan kajian mendapati kelemahan pelajar dalam memastikan mereka menghafaz dan menjaga hafazan dengan baik ialah kekangan masa dan jadual yang padat,kurangnya motivasi dan tiada sistem murajaah yang berkesan. Modul ini menerapkan satu model murajaah berkesan yang berkonsepkan empat kunci utama yaitu kesedaran, kesungguhan, istiqomah, kesabaran) Justeru modul yang dirangka akan menjadi panduan kepada pelajar bagi memastikan mereka lahir sebagai al-hafiz yang penuh bermotivasi dan konsisten dalam menjaga hafazan al-Quran.Kata Kunci: Murajaah; Tahfiz; Intrgrasi; Modul; Ulul alba

    IRREGULAR READINGS THAT WERE NOT ATTRIBUTED BY AL-SHAWKANI IN SURAT ANAAM AND ITS LINGUISTIC AND GRAMMATICAL IMPORTANCE (القراءات الشاذة التي لم ينسبها الشوكاني في سورة الأنعام وأهميتها اللغوية والنحوية )

    Get PDF
    The interpretation of al-Shawkani, which is called Fath al-Qadeer, contains many of the irregular readings، especially in Surah al-An’am that we are discussing. Al-Shawkani reported about this subject in sixty-eight (odd readings). He deduced in the statement of the meanings of interpretation, linguistic and doctrinal and jurisprudence and other meanings. The approach followed by Imam Al-Shawkani in his introduction to the readings was not a method of his own and different from others, but was similar to many of the interpreters، and was relying on the transfer of a lot of readings from the books of advanced interpretations and not rely on the books of the original readings such as the Altiabah book of Ibn al-Jazri and the Ithaf book of Demiate and the Almohtaseb book for Ibn Gini. In this article، the researcher explained the extent of the efforts of the Al-Shawkani in the science of readings، explaining their linguistic significance in the statement of what forms and what is their further in the interpretation of Aiat. Because the science of readings is the origin of the language and that the language and its rules are subject to the Quran. in this article, the researcher focused on the abnormal readings that Al-Shawkani did not attribute to al-An‘am with its linguistic significance. In our present era, many people do not care about abnormal readings due to the suspicion of their validity and say that there is no point in them. And a great role in all the sciences of jurisprudence interpretation or jurisprudence or the origins of jurisprudence or modernity and doctrine and language and rhetoric and other sciences, this shortening them towards their religion that they neglected the importance of these readings, all because of their distance from science and knowledge

    [Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat

    Get PDF
    The theory of mad far’i was created by qurra´ to ensure the lengthenings of any mad are within the guides outlined in mutawatirah readings. However, there is still confusion in terms of the genuine theory of mad far’i among the Muslim community, especially in Malaysia. It is due to the limitation of knowledge that based only on the reading of Hafs bin Sulayman al-Kufi, whereas the knowledge includes the overall ikhtiyar of the mutawatirah imams. Therefore, this study aims to explore the genuine theory of mad far’i based on the overall ikhtiyar of the mutawatirah imams. It also targets to reveal that the knowledge of tajwid should also be based on the knowledge of qiraat. This descriptive study discusses the views of qurra´ with regard to mad far’i and its conclusion that leads to the outcome of the rules. All data are analysed using inductive and deductive approaches. The findings reveal that the understanding of the theory of mad far’i needs a comprehensive knowledge on the ikhtiyar of the mutawatirah imams on the lengthenings of mad far’i. If the theory of mad far’i is only based on the reading of Hafs bin Sulayman al-Kufi, it especially limits the overall knowledge of the reading itself and generally the overall various mutawatirah readings. Abstract: Mad Far’i, Qiraat, Mutawatirah, al-Quran, Knowledge of Tajwid   Teori hukum mad far’i adalah satu kaedah yang dicipta oleh para qurra’ dalam memastikan kadar pemanjangan sesuatu mad itu tidak terkeluar daripada apa yang telah diputuskan oleh para qurra sebagai bacaan yang mutawatirah. Namun begitu berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia tentang kefahaman yang sebenar berkaitan dengan teori hukum mad far’i. Hal ini demikian kefahaman terhadap teori tersebut hanya bergantung kepada kefahaman riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi sahaja sedangkan kefahaman yang sebenarnya perlu meliputi keseluruhan ikhtiyar imam yang mutawatirah. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai teori hukum mad far’i berdasarkan ikhtiyar kesemua imam yang mutawatirah. Ia juga bertujuan memperlihatkan secara umum bahawasanya kefahaman tentang ilmu tajwid itu perlu selari dengan kefahaman ilmu qiraat. Kajian berbentuk diskriptif ini membahaskan pandangan para qurra berkaitan hukum mad far’i serta kesimpulannya yang menatijahkan teori hukum tersebut. Semua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman sebenar tentang teori mad far’i memerlukan kefahaman yang menyeluruh terhadap ikhtiyar para imam yang mutawatirah terhadap pemanjangan mad far’i itu sendiri.  Jikalau teori ini hanya disandarkan kepada pemanjangan mad far’i berdasarkan riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi sahaja, ia akan membantutkan kefahaman yang sebenar tentang ruang lingkup riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi khasnya dan kesemua bacaan al-Qur’an yang mutawatirah amnya.   Kata kunci: Mad Far’i, Qiraat, Mutawatirah, al-Quran, Ilmu Tajwid &nbsp

    [The Letter Hamzah: Highlights of Its Origin and Background] Huruf Hamzah: Sorotan Asal Usul dan Latar Belakang

    Get PDF
    Hamzah is a difficult letter in pronunciation compared to other letters because its point of articulation (makhraj) is located at the bottom part of the throat, the farthest compared to other points. Therefore, the symbol of hamzah also has a diverse background based on the hamzah letter identity, which has a concession (rukhsah) in the expression due to the difficulty of pronouncing it. The problem has caused confusion among the community to understand the scope of hamzah symbols found in mushaf because the Muslim community, especially in Malaysia, is bound by the narration of Hafs bin Sulayman al-Kufi that does not reveal the change of the letter hamzah based on its identity. Therefore, the purpose of this study was to reveal the correct understanding of the scope of hamzah letters involving symbols, colours and vowel marks (lines or harakat) based on the history recorded by qurra’. This descriptive study discusses the views of qurra’ related to the letter hamzah, specifically involving symbols, colours and vowel marks (lines or harakat). All data were analysed using inductive and conductive methods. The findings show that the letter hamzah has a diverse background referring to its symbols, colours and vowel marks (lines or harakat). All these backgrounds cannot be realised within the community when they are still bound by the narration of Hafs bin Sulayman al-Kufi. If this understanding is not explained in detail to the public, it is worried that the community will be confused about the identity of the letter hamzah that is subject to various changes in all aspects, whether involving symbols in mushaf or the variety of pronunciation based on ahruf al-Sab’ah. This study can also be an added value for teachers of the Quran in understanding the scope of the letter hamzah as one of the letters in the hija’iyyah letters. Huruf hamzah adalah antara huruf yang sukar dalam sebutan berbanding dengan huruf-huruf yang lain. Ini adalah kerana makhraj huruf tersebut terletak di pangkal kerongkong iaitu makhraj yang paling jauh sekali antara makhraj-makhraj yang lain. Maka dengan ini, simbol huruf hamzah juga mempunyai latar belakang yang berbagai berdasarkan identiti huruf hamzah yang mempunyai rukhsah dalam ungkapan kerana kesukaran untuk menyebutnya. Adapun huruf ha’, walaupun makhraj sama dengan huruf hamzah tetapi tiada mempunyai rukhsah dalam sebutan sepertimana huruf hamzah .Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, telah timbulnya kekeliruan dalam kalangan masyarakat untuk memahami ruang lingkup simbol huruf hamzah yang terdapat dalam mushaf. Ini adalah kerana masyarakat Islam khususnya di Malaysia terikat dengan kaedah pembacaan Riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi yang secara dasarnya kurang pendedahan tentang perubahan huruf hamzah berdasarkan identitinya. Oleh itu kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai ruang lingkup huruf hamzah melibatkan simbol, warna dan barisnya berdasarkan sejarah yang telah dirakamkan oleh para qurra’. Kajian berbentuk diskriptif ini akan membahaskan pandangan para qurra berkaitan huruf hamzah secara khususnya yang melibatkaan simbol. warna dan baris huruf tersebut. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawasanya huruf hamzah mempunyai latar belakang yang pelbagai merujuk kepada simbol, warna dan barisnya. Kesemua latar belakang ini tidak mampu diterjemahkan kepada masyarakat selagi mana masyarakat masih lagi terikat dengan kaedah pembacaan Riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi. Maka dengan ini jikalau kefahaman ini tidak diperjelaskan secara terperinci kepada masyarakat umum, dikhuatiri masyarakat akan terkeliru tentang identiti huruf hamzah yang diwarnai dengan pelbagai perubahan dalam semua aspek sama ada melibatkan aspek simbol dalam mushaf mahupun kepelbagaian sebutan dalam pembacaan berdasarkan ahruf al-Sab’ah. Kajian ini juga mampu menjadi nilai tambah bagi guru-guru al-Quran dalam memahami ruang lingkup huruf hamzah yang menjadi salah satu huruf dalam kumpulan huruf hija’iyyah

    [Strategy of Tahfiz Al-Quran Excellence in Malaysia: A Literature Survey] Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Di Malaysia : Satu Tinjauan Literatur

    Get PDF
    Until the year of 2014, about 13 units of State Tahfiz Al-Quran Institution (MTQN) offer a Diploma in Tahfiz Darul Quran, Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). Through this program, all students are able to obtain the Diploma in  Tahfiz Darul Quran offered by each MTQN. This article discusses the background of the development of Tahfiz Al-Quran Institution in Malaysia. The objective of this article is to review the strategies for tahfiz institution excellence in Malaysia. This is a qualitative research that uses the approach of literature research. The study had found that the excellence among the students in MTNP increased significantly. This is because MTNP has implemented various strategies of excellence that has been drawn up by its Executive Director. Therefore, these strategies need to be studied and applied by other MTQN in order to strengthen MTQN excellence in Malaysia.   Keywords: strategies, excellence, administration, education, tahfiz.    Sehingga tahun 2014, sebanyak 13 buah Maahad Tahfiz al-Quran negeri (MTQN) menawarkan program diploma tahfiz Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Melalui program ini, semua pelajar di setiap MTQN boleh memperoleh diploma tahfiz Darul Quran. Artikel ini membahaskan isu kecemerlangan institusi pendidikan tahfiz di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji strategi kecemerlangan institusi pendidikan tahfiz di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa peranan pentadbir, proses pengajaran dan pembelajaran dan strategi kecemerlangan di institusi pendidikan tahfiz yang cemerlang perlu diperhalusi. Hal ini penting untuk dijadikan garis panduan kepada institusi pendidikan tahfiz di Malaysia bagi memperkasakan kecemerlangan pelajar diploma tahfiz al-Quran.   Kata kunci:  strategi, kecemerlangan, pentadbir, pendidikan, tahfiz

    Psychometric properties of teacher classroom assessment literacy instrument using Rasch model analysis

    Get PDF
    A teacher classroom assessment literacy (TeCAL) instrument was developed to measure the level of teacher classroom assessment literacy in schools. TeCAL contains 66 multiple choice items with four options based on four constructs namely purpose, measurement, evaluation and use. Thus, this study aims to identify the psychometric properties of TeCAL using Rasch measurement model (RMM) analysis through Winstep software version 3.72.3. The findings show that the compatibility values of mean square (MNSQ) infit and outfit items ranged from 0.64 to 1.46 and 0.40 to 2.23, respectively. The value of MNSQ outfit was outside the set range, but still met the other fit statistics indicator which has a positive point measure correlation (PTMEA) value. In addition, the findings show that the empirical raw variance explained by measures is 38.2%. It was very close to the modeled value of 38.4% with the empirical unexplained variance in 1st contrast being 7.5% less than the maximum controlled 15%. Largest standardized residual correlations identified 10 pairs of dependent items to be less than 0.7. The person and item reliability index values were 0.94 and 0.89 with separation index values of 2.90 and 3.80, respectively. Overall, this psychometric analysis is crucial to ensure that the TeCAL instrument has good quality and meaningful to use

    KESALAHAN BACAAN AL-QURAN DALAM TILAWAH AL-QURAN DAN KRITERIA EVALUASI

    Get PDF
    Abstrak: Secara umumnya, kesalahan dalam tilawah al-Quran terbagi kepada dua bahagian yaitu kesalahan Jaliyy atau nyata dan kesalahan Khafiyy atau tersembunyi. Kedua-dua kesalahan ini bisa merusak bacaan, mengurangkan kesempurnaan bacaan, tiada ketartilan dalam bacaan al-Quran dan membawa kepada pengurangan markah dalam majelis tilawah al-Quran. Kesalahan dalam bacaan al-Quran melibatkan aspek fasahah, suara, tarannum, dan tajwid. Oleh itu, bacaan al-Quran yang sempurna adalah bacaan yang kurang kesalahan daripada ciri-ciri yang disebutkan tadi. Dengan mengenal pasti kesalahan tersebut dapat dijadikan garis panduan secara khusus bagi qari dan qariah yang hendak membaca al-Quran

    CONCEPTS AND IMPLEMENTATION OF TALAQQI AND MUSYAFAHAH METHODS IN LEARNING THE QURAN(KONSEP DAN PELAKSANAAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH DALAM PEMBELAJARAN AL-QURAN)

    Get PDF
    Talaqqi musyafahah is a method of studying the Quran face to face where the delivery and teaching method is directly from a teacher to a student. It is a method inherited by the Prophet s.a.w from Gabriel a.s and subsequently implemented by Rasulullah s.a.w to the companions. The companions continued this pedagogy until it is inherited as a learning system of the Quran until today. The development of the educational system has featured various Quranic learning systems, including distance learning, as well as through the internet which is just a virtual learning via video in a unidirectional approach or written basis. This modern method has raised the question of how far it meets the talaqqi musyafahah system taught by the Prophet s.a.w. This study is aimed at explaining the true concept and importance of talaqqi musyafahah as well as the method of implementation in the study of the Quran. This qualitative study selected descriptive methods by collecting and analyzing the opinions of the early and current scholars through books, journals, and authoritative websites with respect to the topic of debate. The study found that talaqqi musyafahah  is very important in the process of teaching the Quran because there are several words in the Quran that have different pronunciation compared to their written forms such as as the word(ﳁ) in al-Dzariyat: 47. Also, there is a special method in Imam Hafs recitation technique such as reciting the word (مَجْرَاهَا), isymam or roum for the word (تَأْمَنَّا)  in Yusuf: 11, and tashil baina baina recitation for the word (ﲭ) in Fussilat: 44, which cannot be learned by only referring to their writings in the mushaf and any books of tajwid. It requires talaqqi and musyafahah from a qualified teacher. It is also important to realize the continuity of sanad which is one of the components in reciting the Quran. In conclusion, any methods of learning the Quran must conform to the talaqqi and musyafahah methods taught by Rasuluullah s.a.w.Keywords: Talaqqi musyafahah, recitation technique, learning of Quran Abstrak Talaqqi musyafahah merupakan kaedah mempelajari al-Quran secara mulut ke mulut iaitu penyampaian atau pengajaran terus daripada mulut seorang guru kepada mulut seorang pelajar. Ia merupakan kaedah pembelajaran al-Quran yang diwarisi oleh Rasulullah s.a.w daripada Malaikat Jibril a.s seterusnya diimplimentasikan oleh Rasulullah s.a.wterhadap para sahabat r.a. Para sahabat pula meneruskan pedagogi ini sehingga ianya  diwarisi sebagai satu sistem pembelajaran al-Quran sehingga hari ini. Perkembangan sistem pendidikan telah menampilkan pelbagai sistem pengajian al-Quran, termasuk pembelajaran secara jarak jauh, dan juga melalui internet yang hanya berbentuk pembelajaran alam maya atau hanya melalui video secara sehala atau penulisan sahaja. Kaedah-kaedah moden ini menimbulkan persoalan sejauhmana ianya menepati sistem talaqqi musyafahah yang diajar oleh baginda rasulullah s.a.w. Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep sebenar dan  kepentingan talaqqi musyafahah serta  kaedah pelaksanaannya dalam pembelajaran al-Quran. Kajian kualitatif ini memilih metode deskriptif dengan mengumpul dan menganalisa pendapat para ulama dahulu dan terkini melalui kitab-kitab, jurnal-jurnal serta laman web-laman web yang berautoriti berkaitan tajuk perbahasan. Kajian mendapati talaqqi musyafahah sangat penting dalam proses pengajaran al-Quran kerana terdapat beberapa kalimah al-Quran yang tidak sama sebutannya sebagaimana penulisannya seperti kalimah (ﳁ)  surah al-Dzariyat :47 kaedah khusus bacaan Imam Hafs seperti bacaan imalah pada kalimah (مَجْرَاهَا) isymam atau roum pada kalimah (تَأْمَنَّا) Surah Yusuf:11 dan bacaan secara tashil baina baina pada  (ﲭ) Surah Fussilat:44 yang tidak dapat dipelajari cara bacannya melalui penulisan mushaf dan bacaan kitab-kitab tajwid melainkan memerlukan kepada talaqqi dan musyafahah daripada guru. Ia juga penting bagi  merealisasikan kesinambungan sanad yang merupakan salah satu daripada rukum bacaan al-Quran. Kesimpulannya apa jua kaedah pembelajaran al-Quran yang digunakan mestilah menepati salah satu dari jenis-jenis talaqqi dan musyafahah yang diajarkan oleh Rasuluullah s.a.w  dalam pembelajaran al-Quran.Katakunci:  Talaqqi musyafahah, metod qiraat, pembelajaran al-Quran

    [Al-Tabari's Character in The Knowledge of Qiraat and His View of Al-Ahruf Al-Sab’ah] Ketokohan Al-Tabari dalam Ilmu Qiraat dan Pandangan Beliau Terhadap Al-Ahruf Al-Sab’ah

    Get PDF
    Imam al-Tabari's expertise in the science of qiraat can be seen in some of his views on the issues of qiraat and his style of debate on the error of qiraat in his interpretation of Jami 'al-Bayan' an Ta'wil Ay al-Qur'an. The debate of qiraat scholars on al-ahruf al-Sab'ah has been done by several scholars through the books of Ulum al-Quran and Ilmu Qiraat. However, when listing the opinions of these figures, al-Tabari's views were not discussed in depth while he had great character as al-Qurra 'as well as being famous as an al-Mufassir. Therefore, this study aims to investigate the relationship between Imam al-Tabari and the science of qiraat and the science of tafsir al-Qur’an. It also aims to study al-Tabari's expertise in the science of qiraat as well as analyze his views on the main issue in the science of qiraat which the meaning of al-Ahruf is al-Sab'ah. This information is collected and analyzed by discussing al-Tabari's views in this qiraat knowledge debate, then making a conclusion and conclusion on his views. All data were analyzed using inductive and deductive methods. The results of the study show that al-Tabari's expertise in the science of qiraat cannot be denied by anyone. However, his view in the chapter of al-Ahruf al-Sab'ah is seen to contradict the view of the majority of scholars by saying that the reading error among the qurra 'does not exclude the writing of Mushaf ‘Uthmani based on only one letter from al-Ahruf al-Sab'ah. While the remaining six letters have been dropped and it is not obligatory to do good deeds with it based on the ijma ’of the companions on the writing of the ‘Uthmani mushaf. Kepakaran Imam al-Tabari dalam ilmu qiraat dapat dilihat pada beberapa pandangan beliau terhadap isu-isu qiraat dan gaya perbahasan beliau terhadap khilaf qiraat dalam tafsirnya Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an. Perbahasan ulama qiraat tentang al-ahruf al-Sab’ah telah dilakukan oleh beberapa pengkaji melalui kitab-kitab Ulum al-Quran dan Ilmu Qiraat. Namun ketika menyenaraikan pendapat-pendapat tokoh-tokoh tersebut pandangan al-Tabari tidak dibahaskan secara mendalam sedangkan beliau mempunyai ketokohan yang hebat sebagai al-Qurra’ disamping masyhur sebagai seorang al-Mufassir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki perkaitan di antara Imam al-Tabari dengan ilmu qiraat dan ilmu tafsir al-Qur’an. Ia juga bertujuan mengkaji kepakaran al-Tabari dalam ilmu qiraat serta menganalisis pandangan beliau terhadap isu pokok dalam ilmu qiraat iaitu maksud al-Ahruf al-Sab’ah. Maklumat  ini dikumpul dan dianalisis dengan membahaskan pandangan al-Tabari dalam perbahasan ilmu qiraat ini, seterusnya membuat satu rumusan dan kesimpulan terhadap pandangan beliau. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepakaran al-Tabari dalm ilmu qiraat tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Namun pandangan beliau dalam bab al-Ahruf al-Sab’ah dilihat menyalahi pandangan majoriti ulama dengan mengatakan bahawa khilaf bacaan di kalangan qurra’ tidak terkeluar dari penulisan Mushaf ‘Uthmani berdasarkan satu huruf sahaja daripada al-Ahruf al-Sab’ah. Manakala baki enam huruf lagi telah digugurkan dan tidak diwajibkan beramal dengannya berdasarkan ijma’para sahabat terhadap penulisan mushaf ‘Uthmani.   &nbsp

    Perbandingan qira’at mutawatirah ‘farsh al-huruf’ dan perkaitannya dalam perbezaan hukum fikah berkaitan ihram

    Get PDF
    Qira’at adalah satu displin ilmu Islam yang masih asing kalangan masyarakat Islam Malaysia walaupun tanpa disedari, secara amalinya telah dipraktikkan dalam pembacaan al-Quran rutin harian mereka. Artikel ini cuba meninjau kedudukan dua perbezaan lafaz Qira’at Mutawatirah terhadap perbezaan hukum fikah kalangan fuqaha. Pemerhatian dilakukan dari aspek wajh qira’at bertujuan mengamati perbezaan wajah Qira’at bagi menyingkap pengaruhnya dalam mengeluarkan hukum fikah dalam permasalahan Fiqh Ihram dalam kalangan Fukaha Empat. Artikel ini ditulis berdasarkan kajian ke perpustakaan yang bergantung penuh kepada sumber-sumber perpustakaan berbentuk dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab tafsir, hadis, fikah, sejarah, jurnal-jurnal ilmiah, kertas-kertas kerja dan bahan-bahan ilmiah lain yang mempunyai perkaitan dengan kajian ini. Ternyata dapatan hasil penyelidikan merumuskan bahawa kesahan displin ilmu Qira’at ini, jelas tidak boleh dipertikaikan tentang kewujudannya malah ketidaksamaan bacaan al-Quran menerusi perbezaan Qira’at memberi impak yang besar terhadap penafsiran al-Quran terutama ayat-ayat yang melibatkan hukum fikah. Dalam erti kata yang lain, ketidaksamaan wajh qira’at yang berlaku pada ayat-ayat al-Quran telah menimbulkan perbezaan pendapat dan ijtihad kalangan fuqaha’ dalam menginstibatkan sesuatu hukum yang terkandung di sebalik wajh qira’at dalam sesuatu ayat fikah seperti permasalahan Ihram
    corecore