8 research outputs found

    [Hikam Abu Madyan's Early Commentaries: A Review] Syarahan Awal Hikam Abu Madyan: Satu Sorotan

    Get PDF
    Syarahan-syarahan Hikam Abu Madyan ialah karya yang mengandungi panduan perjalanan kerohanian ahli Tasawuf.  Syarahan ini telah dilakukan terhadap Hikam Abu Madyan yang telah dikarang oleh Syeikh Shu`ayb al-Maghribi.  Namun begitu kajian tentangnya masih belum banyak dilakukan.  Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan biografi pengarang Hikam Abu Madyan, penisbahan karya ini kepada beliau dan karya-karya dalam kategori syarah bagi Hikam Abu Madyan ini.  Pengkaji akan menfokuskan kepada 4 syarahan awal yang didapati terhadapnya.  Pertama Sharh Hikam al-Ghawthiyyah oleh Syeikh Ahmad bin Ibrahim Ibn `Allān al-SiddÄ«qÄ« al-MakkÄ«, kedua, al-Bayān Wa al-MazÄ«d al-Mushtamil `Alā Ma`ānÄ« al-TanzÄ«h Wa Haqāā€™iq al-TawhÄ«d `Alā ā€˜Uns al-WahÄ«d Wa Nuzhah al-MurÄ«d oleh Syeikh Ahmad bin Abdul Qadir bin Umar al-Daw`anÄ« al-HadramÄ«, ketiga, Kanz al-Minan `Alā Hikam ā€˜Abi Madyan oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Faį¹­ÄnÄ« al-JāwÄ«, dan keempat, al-Mawād al-Ghaythiyyah Sharh al-Hikam al-Ghawthiyyah oleh Syeikh Ahmad bin Mustafa al-`AlāwÄ«.  Kajian ini berasaskan data-data yang dikumpul melalui kaedah analisis dokumen.  Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif.  Pengkaji mendapati syarahan Hikam Abu Madyan merupakan sebuah karya tasawuf yang sesuai untuk diketengahkan sebagai rujukan para ulama dan masyarakat.  Penghasilan syarahan ini menunjukkan kecaknaan para ulama dalam menjelaskan kandungan Hikam Abu Madyan.  Kajian ini penting sebagai pengenalan kepada Hikam Abu Madyan dan kitab-kitab syarahan awal terhadapnya

    [Analysis of The Manuscript of Sayr Al-Salikin ila ŲŒIbadah Rabb Al- ā€˜Alamin by Shaykh ā€˜Abd Al-Samad Al-Falimbani in The National Library of Malaysia]

    Get PDF
    Sayr al-Salikinā€™s ila ŲŒIbadah Rabb al-ŲŒAlamin manuscript has been well preserved and cared in several Malay manuscript repositories either in the region of the Malay World or in the West. Nevertheless, the public still have no knowledge of its existence and the actual number of its copies. Therefore, this study aims to trace and analyze the manuscripts found in Malaysia especially National Library of Malaysia. This study used qualitative approach by collecting data in the form of documents. Next, the data obtained were analyze descriptively. The results of the study found that the total number of 48 Sayr al-Salikinā€™s early manuscript has been well taken care of and is still accessible to researchers at National Library of Malaysia. In conclution, this study can give a clear information about the total 48 copies and the status of Sayr al-Salikinā€™s manuscript (9 complete and 39 incomplete copies) located at the National Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia. Manuskrip Sayr al-Salikin ila ŲŒIbadah Rabb al-ŲŒAlamin telah disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa repositori manuskrip Melayu sama ada di rantau Alam Melayu mahupun di Barat. Walaupun begitu, orang ramai masih tidak mengetahui tentang keberadaan dan jumlah sebenar naskhah-naskhah Sayr al-Salikin. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjejaki dan menganalisis manuskrip Sayr al-Salikin yang terdapat di Malaysia, khususnya Perpustakaan Negara Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpulkan data berbentuk dokumen. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil mendapati sebanyak 48 naskhah awal Sayr al-Salikin telah dijaga dengan baik dan masih boleh diakses oleh para pengkaji di Perpustakaan Negara Malaysia. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai keseluruhan 48 buah manuskrip Sayr al-Salikin dan statusnya (9 lengkap dan 39 tidak lengkap) yang berada di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia

    SOROTAN DAN PENGAMALAN TAREKAT SHATTARIYYAH SYEIKH DAUD AL-FATANI [OVERVIEW AND PRACTICE OF SHAYKH DAUD AL-FATANIā€™S SHATTARIYYAH TARIQA]

    Get PDF
    Tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah salah sebuah tarekat terawal yang tersebar di alam Melayu. Tarekat ini telah tersebar di sini seawal abad ke 17M lagi.  Kemasukkannya melalui berberapa peringkat tokoh tempatan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri telah memunculkan pelbagai aliran.  Namun begitu, setiap satu daripada aliran tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah mempunyai perbezaan sejarah dan pengamalan antara satu sama lain.  Membataskan tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah kepada satu aliran sahaja akan menimbulkan kesalahfahaman terhadap perkembangan tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah di Alam Melayu.  Justeru itu,  kajian ini memfokuskan aliran tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah yang dibawa masuk oleh Syeikh Daud al-Faį¹­ÄnÄ«.  Hal ini demikian kerana beliau merupakan salah seorang tokoh utama dalam perkembangan tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah di alam Melayu. Kajian ini akan menganalisis dokumen berkaitan seperti penulisan Syeikh Daud al-Faį¹­ÄnÄ« sendiri dan muridnya.  Kajian ini mendapati beliau merupakan salah seorang tokoh tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah Alam Melayu berdasarkan lima bukti penglibatan beliau dengan Tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah.  Syeikh Daud al-Faį¹­ÄnÄ« menerima tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah daripada Syeikh Muhammad ā€˜As`ad.  Di samping menjadi pengamal, beliau juga menjadi tokoh pengembang tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah.  Perkembangan ini dilakukan dengan pembaharuan yang sesuai dengan keperluan masyarakat Melayu semasa. Justeru itu, ketokohan dan sumbangan Syeikh Daud al-Faį¹­ÄnÄ« dalam membimbing kerohanian masyarakat alam Melayu perlu dihargai oleh generasi sekarang.  Kajian ini penting untuk usaha dokumentasi maklumat berkenaan tarekat Shaį¹­į¹­Äriyyah Syeikh Daud al-Faį¹­ÄnÄ« sebagai suatu sorotan awal dalam topik ini. The Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa stands as one of the earliest Sufi orders to proliferate in the Malay world, with its roots tracing back to the 17th century. Its propagation involved several stages, including the involvement of local figures such as Shaykh Abdul Rauf al-Fanį¹£Å«ri, resulting in the emergence of diverse branches within the Tariqa. However, each branch of the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa exhibits distinctions from one another. Restricting the study to a single branch could lead to misunderstandings regarding the development of the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa in the Malay world. Therefore, this research centers on the stream introduced by Shaykh Daud al-Fatani, a key figure in the evolution of the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa in the Malay world.  The analysis is grounded in relevant documents, primarily focusing on the writings of Shaykh Daud al-Fatani himself and those of his disciples. The study identifies him as a prominent figure within the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa in the Malay world, supported by five pieces of evidence affirming his engagement with the Tariqa. Shaykh Daud al-Fatani received the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa from Shaykh Muhammad ā€˜As`ad. Beyond being a practitioner, he assumed a significant role as a leader in the development of the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa. This development involved adaptations tailored to the contemporary needs of the Malay society. Therefore, the prominence and contributions of Shaykh Daud al-Fatani in guiding the spiritual aspects of the Malay community deserve acknowledgment by the present generation.  This study holds significance in documenting information regarding the Shaį¹­į¹­Äriyyah Tariqa brought forth by Shaykh Daud al-Fatani, serving as a pilot study in this field

    TERAPI JIWA MENURUT AL GHAZALI: TUMPUAN KEPADA AMALAN DAN KEPENTINGAN TAFAKUR

    Get PDF
    Abstrak: Tafakur adalah satu amalan yang amat penting dalam menyediakan jiwa yang sejahtera dan boleh disifatkan sebagai kunci kepada segala amal salih sama ada amal zahir atau amal batin. Ini adalah kerana sesuatu amalan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna melainkan kebaikannya dapat dilihat terlebih dahulu dengan jelas di dalam hati. Kejelasan kebaikan sesuatu amalan akan terserlah menerusi amalan tafakur yang akan menjadikan hati terang diselubungi nur makrifat. Dari sudut yang lain tafakur memperlihatkan kepentingan ilmu kasbi yang kebiasaannya diperolehi menerusi cara belajar dan membaca. Amalan tafakur tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kewujudan premis ilmu yang menjadi asas untuk membuahkan ilmu yang baru. Bertitik tolak dari ilmu ini akan mencetuskan perubahan ahwal hati yang akan membawa kepada peningkatan kuantiti dan kualiti amalan sama ada zahir atau batin yang melayakkan seseorang disifatkan sebagai hamba Allah SWT yang sebenar.Kata Kunci: terapi jiwa, al-ghazali, tafaku
    corecore