40 research outputs found

    Formation Of The Pro-Social Behaviour Among Adolescent Audience Through Exposure To Films

    Get PDF
    This research studies the relationship between the exposure of films towards the formation of pro-social behaviour among the adolescent audiences. The social cognitive theory was used as the theoretical framework through the observational learning construct and acts as the intervening variable. The cross-sectional survey was employed in this research as the research design. Data were collected from the distribution of questionnaire through the stratified random sampling method. There were 1028 respondents involved in the research. The questionnaire was constructed from the combination of self-developed questionnaire and Prosocial Personality Battery (PSB). The analysis through partial correlation test shows a significant positive relationship between exposure to films (r= 0.246, p <.05) and prosocial behaviour by controlling the intervening variable. Based on the multiple-regression test, exposure to films and observational learning are the main predictor factors that contribute to the prosocial behaviour for 28.3 percent. Keywords: Films exposure, prosocial behaviour, social cognitive theory, observational learnin

    Analisis elemen patuh syariah dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) berdasarkan teori filem ar-Risalah

    Get PDF
    Pembikinan filem memberikan nilai kepada masyarakat. Berdasarkan teori filem ar-Risalah, filem yang bergenre keagamaan perlu menepati konsep akidah, ibadah, syariat dan akhlak Islam yang betul. Walaubagaimanapun konsep ini seharusnya sejajar dengan perbahasan patuh syariah yang dibawa ke arah penghasilan filem dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana filem kajian menepati elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan filem. Data filem dikutip menggunakan borang pengekodan dan borang penilaian makna serta dianalisis menggunakan analisis tema dan analisis naratif. Hasil kajian mendapati bahawa filem kajian mengandungi elemen-elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah walaupun tidak secara keseluruhan

    Muslim consumer rights based on Islamic advertising principles

    Get PDF
    The advertising industry is one of the biggest contributors to the nation’s Gross Domestic Product (GDP) and helps the local agencies in developing the nation’s economy. However, the Islamic advertising has not been clearly discussed in the National Advertising Policy. This creates a scenario where advertisement aired does not comply with the Muslim consumer rights as they are misleading and endangering consumer’s safety as well as overclaiming. There is also the abuse that occurred in relation to use of the halal logo and the use of models in the ads that do not meet the Sharia that can influence the behaviour of consumer, especially Muslim consumer. Therefore, this study was undertaken with the aim to examine Muslim consumer rights based on the Islamic advertising principles. The study used a descriptive qualitative approach by using semi-structured interview data collection method, while for selecting the informants it used purposive sampling. The data analysis was done using constant comparative analysis. The findings showed that there are eight important aspects in preserving Muslim consumer rights based on the Islamic advertising principles. Advertisers and consumers play an important role to this eight important aspect to safeguard the Muslim consumer rights. The findings discussed that the Islamic advertising principles help shape smart and bold Muslim consumers who are vocal enough standing for personal, cultural and religious wellbeing. The implications of this study to make those advertisers and consumers as individuals who are very meticulous about their right and responsibility in creating the market more transparent

    [The Attitude of Muslim Youth Netizens in Finding and Receiving Information On Social Media: A Qualitative Analysis] Sikap Netizen Belia Muslim dalam Mencari dan Menerima Maklumat di Media Sosial: Satu Analisis Kualitatif

    Get PDF
    The use of social media applications has now become a major platform for netizens especially among Muslim youth netizens to access and distribute information quickly and effectively.  But the openness of sharing and accessing information on social media has led to the mixing of information between right and wrong, thus affecting the spread of fake news. However, good levels of media literacy can help netizens make research and assessment in determining the authenticity of a news story. However, different factors such as age, education level, level of use and so on can influence a person's attitude toward information on social media. Therefore, this article aims to analyze the attitude of two types of Muslim youth netizens of different backgrounds and levels of education in dealing with information on social media. Netizens' attitudes are analyzed through their attitude towards receiving information and their attitude when seeking information. A total of 14 informants comprising netizens between the ages of 18 and 30 were divided into two groups - netizens with educational background at Institutions of Higher Education and netizens with education level of Certificate of Education Malaysia (SPM). This study uses a descriptive qualitative approach with semi-structured interviews and focus group discussions. The study utilized the intended sampling method and the data were then analyzed using Atlas.ti software to achieve the study objectives. The results showed that both groups of Muslim youth netizens have different attitudes when it comes to information. The first group of Muslim youth netizens were seen to have a good attitude and management of information compared to the second group. Factors of different backgrounds and levels of education have led to the ways and actions of Muslim youth in managing and managing information on social media. In this regard, the implications of this study emphasize on the importance of media literacy, management and control of information in the environment as well as the emphasis on the issue of spreading fake news among the public.     Penggunaan aplikasi media sosial kini sudah menjadi satu platform utama bagi golongan netizen khususnya dalam kalangan netizen belia Muslim dalam mengakses dan menyalurkan maklumat dengan pantas dan berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan perkongsian dan pengaksesan maklumat di media sosial menjadikan maklumat bercampur-baur antara yang benar dan salah sekali gus memberi kesan terhadap penularan berita palsu. Mutakhir ini didapati bahawa kes penyebaran berita palsu semakin tinggi yang berpunca daripada penerima dan penyebar maklumat yang tidak sahih. Dikhuatiri golongan netizen belia Muslim turut menjadi penerima dan penyebar maklumat yang tidak sahih. Sikap teruja yang mendahului sikap berhati-hati ketika mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dapat memberi kesan yang buruk terutama dalam penyebaran berita palsu. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sikap netizen belia Muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Seramai 14 orang informan yang terdiri dari kalangan netizen yang berumur antara 18 hingga 30 tahun telah dibahagikan kepada dua jenis kumpulan iaitu kumpulan netizen yang mempunyai latar pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan kumpulan netizen yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa struktur dan perbincangan kumpulan fokus. Kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan data-data tersebut seterusnya dianalisis menggunakan perisian Atlas. ti bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua kumpulan netizen belia Muslim mempunyai sikap yang berbeza ketika mencari dan menerima maklumat. Kumpulan pertama netizen belia Muslim dilihat mempunyai sikap lebih berhati-hati ketika mencari dan menerima maklumat berbanding dengan kumpulan kedua. Faktor perbezaan latar belakang dan tahap pendidikan mendorong kepada sikap dan cara netizen belia Muslim dalam mencari dan menerima maklumat di media sosial. Sebagai rumusan, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap kesedaran netizen belia Muslim sewaktu mencari dan menerima maklumat di internet. Konsep tabayyun perlu diterapkan kepada netizen belia Muslim bagi membantu mereka menjadi pengguna yang berprinsip dan bermoral

    Pendekatan street dakwah kepada bukan Islam dalam kalangan pendakwah NGO Muslim di Pulau Pinang

    Get PDF
    Pendekatan aktiviti street dakwah kepada bukan Islam di Pulau Pinang oleh pendakwah NGO Muslim berupaya menarik minat golongan bukan Islam untuk mendekati dan memahami ajaran Islam. Namun sebelum ini, Islam itu sendiri dilihat sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan pengamalan cara hidup yang mundur yang menyukarkan usaha dakwah untuk disampaikan kepada mereka. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan street dakwah terhadap tahap kefahaman street dakwah kepada bukan Islam dalam kalangan pendakwah NGO Muslim di Pulau Pinang. Kajian ini juga turut mengkaji aspek pendekatan street dakwah yang digunakan serta mengetahui persepsi pendakwah itu sendiri tentang street dakwah yang telah dijalankan. Kajian ini juga merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23 untuk melihat kekerapan,peratusan dan min bagi setiap item soalan. Kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan baru terhadap bidang penyelidikan street dakwah kepada bukan Islam. Implikasi kajian ini juga dapat memberi manfaat dalam memantapkan lagi persediaan pendakwah kearah perlasksanaan aktiviti dakwah yang dijalankan khususnya street dakwah ini

    The Role of Self-Efficacy and Cognitive Behaviour Therapy in Forming Prosocial Behaviour

    Get PDF
    Prosocial value can be associated with the positive behaviours that are commonly practised in the socio-surrounding of a civilised community, for example, the action of helping, loving and developing empathy with each other. The formation of the prosocial behaviour also has a connection with one’s self-efficacy. The individual’s mastery of his or her self-efficacy can contribute to the differences in how he or she is behaving. All of the ethical values in every religion explain life as revolving around helping one another and living peacefully in society. The effort of helping based on the concerns towards other people could be the motivational factors that are closely related to the prosocial behaviour. Having positive personality traits and then backed with a sound religious belief ingrain the necessary moral compass that guides a person into behaving in ways that are considered society-friendly. Meanwhile, media roles depending on the content are capable of propagating decent values among the larger mass. Generally speaking, these factors are sufficient in educating and nurturing normal individuals to attain better self-efficacy. However, on an earnest ground considering individuals who suffer from a low level of self-efficacy, which resulted in antisocial behaviour, a more structured and empirical psychological intervention needs to be administered

    Pandangan Pengguna Muslim Terhadap Paparan Iklan bagi Pembelian Produk yang Baik

    Get PDF
    Iklan berperanan mempromosi produk yang terbaharu kepada pengguna. Walaubagaimanapun paparan iklan kerap mengelirukan pengguna muslim dalam menentukan pembelian produk yang baik. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis pandangan pengguna terhadap pembelian produk yang baik berdasarkan paparan dalam iklan. Kajian ini menggunakan reka bentuk fenomenologi melalui Temubual Kumpulan Fokus sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 15 orang telah dipilih sebagai peserta kajian melalui persampelan bertujuan bagi kumpulan homogenous dan kumpulan heterogenous. Data dianalisis menggunakan analisis tematik melalui perisian Atlas t.i 8.0. Hasil kajian mendapati tiga tema mengenai menganalisis pandangan pengguna terhadap pembelian produk yang baik berdasarkan iklan iaitu dapat menepati syariat Islam, maklumat jelas dan benar dan mempunyai nilai-nilai murni. Oleh itu, penentuan pembelian produk yang baik dapat dikenalpasti oleh pengguna muslim berdasarkan paparan dalam iklan

    Analisis Mesej Dakwah Dalam Filem Munafik (2016)

    Get PDF
    Penyampaian dakwah pada hari ini perlu dipelbagaikan agar dapat menarik minat masyarakat awam untuk mendalami ilmu ukhrawi secara tidak langsung. Antara salah satu cara penyampaian dakwah yang relevan pada saat ini adalah dengan menerapkan mesej dakwah dalam filem-filem yang diterbitkan. Namun, persoalan yang wujud adakah terdapat mesej dakwah yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah di dalam sesebuah filem. Justeru, kajian ini akan menganalisis mesej dakwah yang terdapat di dalam filem Munafik (2016). Selain itu, pengkaji juga akan turut meneliti tentang cerita dan plot serta watak dan perwatakan yang terdapat di dalam filem kajian. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan secara kualitatif. Borang pengekodan digunakan dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat enam mesej dakwah yang dipaparkan dalam filem kajian. Filem Munafik (2016) secara keseluruhannya dilihat berjaya memaparkan mesej dakwah walaupun terdapat beberapa babak yang ditonjolkan tidak sesuai dengan ajaran Islam yang murni.Penyampaian dakwah pada hari ini perlu dipelbagaikan agar dapat menarik minat masyarakat awam untuk mendalami ilmu ukhrawi secara tidak langsung. Antara salah satu cara penyampaian dakwah yang relevan pada saat ini adalah dengan menerapkan mesej dakwah dalam filem-filem yang diterbitkan. Namun, persoalan yang wujud adakah terdapat mesej dakwah yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah di dalam sesebuah filem. Justeru, kajian ini akan menganalisis mesej dakwah yang terdapat di dalam filem Munafik (2016). Selain itu, pengkaji juga akan turut meneliti tentang cerita dan plot serta watak dan perwatakan yang terdapat di dalam filem kajian. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan secara kualitatif. Borang pengekodan digunakan dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat enam mesej dakwah yang dipaparkan dalam filem kajian. Filem Munafik (2016) secara keseluruhannya dilihat berjaya memaparkan mesej dakwah walaupun terdapat beberapa babak yang ditonjolkan tidak sesuai dengan ajaran Islam yang murni

    Pengurusan tabayyun dalam dakwah

    Get PDF
    Penyebaran dakwah dalam dunia masa kini memerlukan pengurusan yang cekap dan mantap berpandukan kaedah yang telah diajarkan oleh Islam. Kehidupan masyarakat masa kini sangat mencabar dan berliku disebabkan oleh pelbagai maklumat yang tersebar bercampur antara hak dan batil. Bagi menjayakan misi penyebaran yang berkesan ia memerlukan proses tabayyun. Kemampuan masyarakat dalam tabayyun membawa kepada penerimaan maklumat yang benar, kefahaman yang betul dan pengamalan yang tepat. Dengan itu, fitnah dapat dielakkan, ajaran songsang dapat ditangkis dan pandangan buruk terhadap Islam dan umatnya dapat dapat dijawab. Oleh yang demikian, tulisan ini bertujuan untuk mencadangkan pengurusan dan strategi dakwah berkonsepkan pengurusan tabayyun dengan mengambil kira persekitaran masyarakat yang pelbagai. Pengurusan tabayyun dalam dakwah melalui enam T iaitu terima, teliti, tashih, tekun, terbit dan teguh ingin diketengahkan. Pengurusan tabayyun ini bertunjangkan kepada peringkat dakwah iaitu Tabligh, taᶜlīm dan taṭbīq. Pengurusan ini mampu mengekalkan jati diri umat Islam dengan ajaran Islam. Menggunakan strategi dan pengurusan yang baik merupakan tuntutan dalam pelaksanaan dakwah

    Masjid Salehin sebagai wasilah dakwah kepada pelatih-pelatih pasukan polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian dijalankan untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh Masjid Salehin (Masjid PULAPOL) di PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur dalam memberi kefahaman Islam dan mengukuhkan kerohanian pelatih-pelatih polis. Melalui kajian lapangan yang menggunakan soal selidik serta temubual sebagai instrumen kajian, data-data dikumpul dan dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk menentukan keberkesanan program pengukuhan kerohanian yang dijalankan untuk pelatih-pelatih polis tersebut. Dapatan kajian menunjukkan program yang dijalankan di Masjid PULAPOL itu dapat memberikan kesedaran, meningkatkan kefahaman dan memberi motivasi kepada pelatih-pelatih untuk beramal dengan amalan Islam. Namun, kajian mendapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan kesan yang lebih baik kepada pelatih-pelatih polis. Dapatan kajian merumuskan perkara utama yang perlu diberi penekanan untuk penambahbaikan ialah merangka silibus yang lebih tersusun, memperuntukkan masa yang lebih panjang, menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi, melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan, memperbanyakan aktiviti yang memenuhi keperluan pelatih-pelatih di masjid dan menyediakan peruntukan kos yang mencukupi untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan
    corecore