27 research outputs found

    The cotton cloth Qur’an binding of the East Coast of the Malay Peninsula / Ros Mahwati Ahmad Zakaria

    Get PDF
    This study is to analyse the physical criterias of the cotton colth Qur’an binding of the East Coast of the Malay Peninsula. Cotton is a type of textile used as the East Coast Qur’an binding. It is also of good quality that received high demand throughout the world prior to the 20th century. Before the 20 century, the cotton industry reached the Malay world through two routes, firstly via direct trade from India that had taken place prior to the arrival of Western colonization and secondly, through the East India Company, which turned the colonies under its control into revolutionary markets for British industry. A total of 150 Quran manuscript artefacts were used in this study. Each cotton cloth design was analysed and divided into categories such as coloured, striped, patterns with Indian influence and English patterns, based on the motif used. The red covers of Qurans from the East Coast of the Malay Peninsula have been identified to use cotton cloth as the inner cover for manuscripts, which is known as the end paper. The pattern and colour used showcases the taste and exclusivity of the binding of Qurans with red leather covers from the East Coast. It is also one of the defining features of Qurans with red leather covers from the East Coast of the Malay Peninsula

    Pelestarian permainan muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan

    Get PDF
    Muzik merupakan salah satu hiburan yang lahir daripada kearifan tempatan masyarakat setempat. Negeri Kelantan mempunyai beberapa permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung. Satu daripadanya ialah kertuk. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan pelestarian muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan. Muzik kertuk merupakan satu warisan seni budaya tempatan yang jarang diketahui oleh generasi muda terutamanya di Kelantan. Justeru itu, bagi melihat pelestarian instrumen ini di Kelantan baik daripada segi pembuatan mahupun budaya permainan kertuk dalam kalangan masyarakat Kelantan, kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah gabungan yang melihat kepada kajian kepustakaan, temu bual dan survei umum menggunakan media sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa muzik kertuk masih diketahui oleh masyarakat di Kelantan tetapi ramai yang tidak pernah melihatnya dalam hidup mereka. Maklumat muzik kertuk yang mereka ketahui adalah daripada sumber buku atau daripada generasi terdahulu dan hanya segelintir sahaja yang pernah mendengar secara langsung. Dapatan kajian ini menguatkan langkah pelestarian yang diperlukan untuk melestarikan warisan muzik kertuk Kelantan dan golongan masyarakat perlulah lebih cakna dan prihatin dalam menyokong usaha penggiat-penggiat seni yang ada di negeri berkenaan

    Pemetaan lokasi mahkota atap masjid warisan di Negeri Melaka

    Get PDF
    Masjid adalah sebuah bangunan dan mercu tanda yang telah dibina oleh masyarakat Islam sebagai salah satu simbol agama Islam yang berfungsi sebagai pusat ibadah terpenting dalam sesebuah wilayah Islam. Terdapat pelbagai reka bentuk masjid yang menjadi identiti kepada pemerintah Islam di seluruh dunia. Di Melaka, pembinaan masjid bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang penting malah turut memperlihatkan gaya seni hiasan yang tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mendokumen dan mengenalpasti lebih banyak rekaan hiasan atap masjid dan menjalankan pemetaan lokasi terhadap masjid-masjid warisan di Melaka. Permasalahan penyelidikan ini ialah untuk melihat salah satu elemen yang mempunyai keunikan seni bina masjid warisan iaitu hiasan pada bumbungnya yang dikenali sebagai mahkota atap masjid yang kini semakin berkurang bilangannya malah ada yang hampir dilupuskan. Kesan kemasukan pengaruh seni bina Islam daripada luar dan perubahan perspektif terhadap seni Islam yang menjadikan mahkota atap masjid di negeri Melaka mengalami ancaman kepupusan malah turut diketepikan dan diganti dengan elemen seni bina yang baru seperti kubah berbentuk bawang yang banyak dilihat dikebanyakan masjid pada masa kini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan di seluruh daerah di Melaka iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Hasil kajian ini dapat memetakan lokasi masjid-masjid warisan di setiap daerah dalam Negeri Melaka yang masih mempunyai hiasan mahkota atap di mana ia boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pemantauan dan usaha pelestarian warisan seni Islam tempata

    Hubungan awal Asia Tenggara dengan bangsa Turkic di India dari sudut sejarah dan Seni Islam

    Get PDF
    Artikel mengenai peranan bangsa Arab dan Parsi dalam menyebarkan agama dan budaya Islam ke Asia Tenggara telah dibincangkan secara meluas dan mendalam oleh para sarjana. Meskipun begitu, peranan atau sumbangan bangsa Turkic di India sering dilupakan. Hubungan ini jelas sekali dinyatakan pada salah satu bukti arkeologi terawal yang dijumpai di wilayah Asia Tenggara, yakni tiang Champa (1035M) namun tidak diendahkan kerana terdapat pelbagai tafsiran daripada para sarjana yang meragui kesahihan inskripsi tersebut. Oleh itu, kajian ini akan menilai semula kepentingan tiang Champa dalam membincangkan Islam di Asia Tenggara melalui kajian kepustakaan dan analisis kritikal (critical analysis) terutamanya dari sudut sejarah serta budaya kesenian. Hasil penelitian menujukkan bahawa bangsa Turkic dari Dinasti Ghaznavid (977-1186M) di India serta Dinasti Rasulid (1229-1454M) di Yaman turut memainkan peranan dalam mempengaruhi budaya kesenian Islam di Asia Tenggara yang dipercayai telah bermula sekitar abad ke-11 Masihi. Hubungan bangsa Turkic dengan Asia Tenggara telah berlaku lebih awal daripada Dinasti Turki Othmaniyah yang dipercayai bermula pada abad ke-16 dan ke-19 Masihi. Perkara ini dibuktikan melalui catatan dokumen bertulis dan inskripsi serta jejak peninggalan seni pada batu nisan, istana, masjid dan madrasah. Justeru, takrifan “India” dalam konteks sejarah harus diteliti dan dinilai semula kerana ia sering digunakan untuk merujuk kepada kedudukan geografi sahaja. Perkara ini membuatkan peranan bangsa dan budaya Arab, Parsi dan Turkic yang merupakan golongan pemerintah di India tidak diketengahkan dalam membincangkan Islam di Asia Tenggara

    Rehal tradisional di pantai timur Semenanjung Malaysia: analisis bahan, teknik dan ukuran

    Get PDF
    Ajaran Islam dan kitab al-Quran sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, ke mana sahaja Islam diajarkan wajiblah al-Quran turut dibawa bersama. Kecintaan terhadap kitab suci ini telah membawa kemajuan kepada beberapa cabang kesenian yang berkaitannya seperti seni tulisan khat, seni hiasan manuskrip dan seni penjilidan. Tidak ketinggalan, kesenian rehal yang dicipta khas untuk meletakkan al-Quran bagi tujuan bacaan, turut berkembang seiring dengan tersebarnya al-Quran ke seluruh pelosok dunia. Tersebarnya rekaan rehal telah mempelbagaikan reka bentuk dan cara menghiasnya, yang secara tidak langsung mencerminkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Kajian ini cuba mengenal pasti ciri-ciri khas rehal tradisional di pantai timur semenanjung Malaysia. Fokus perbincangan ialah pada aspek reka bentuk, khususnya tentang bahan, teknik dan ukuran. Sampel kajian diperoleh daripada koleksi muzium, pengukir, selain beberapa surau dan masjid tempatan

    Analysis decorating design on Perahu Buatan Barat, the Malay traditional boat by using frieze pattern

    Get PDF
    Boat building tradition is one of the skills mastered by Malay craftsmen. Decoration on the Perahu Buatan Barat, the Malay traditional boat is one of the uniqueness of the production of traditional boats in East Coast of Malaysia. The tradition of Malay boat building, each plank was given specific names based on the line of planks. There is one line called ‘papan tarik’ or ‘papan cantik’ was usually decorated with paintings by a variety of motifs and patterns from the bow to the stern of the boat. The motifs usually taken from the surrounding environment as well as flora and fauna will be painted with motifs repeated but with differing formations. The aim of this study is to identify the motifs and analyze the formation of motifs by using mathematical methods of frieze pattern

    Rehal tradisional di pantai timur Semenanjunag Malaysia: analisis bahan, teknik dan ukuran

    Get PDF
    Ajaran Islam dan kitab al-Quran sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, ke mana sahaja Islam diajarkan wajiblah al-Quran turut dibawa bersama. Kecintaan terhadap kitab suci ini telah membawa kemajuan kepada beberapa cabang kesenian yang berkaitannya seperti seni tulisan khat, seni hiasan manuskrip dan seni penjilidan. Tidak ketinggalan, kesenian rehal yang dicipta khas untuk meletakkan al-Quran bagi tujuan bacaan, turut berkembang seiring dengan tersebarnya al-Quran ke seluruh pelosok dunia. Tersebarnya rekaan rehal telah mempelbagaikan reka bentuk dan cara menghiasnya, yang secara tidak langsung mencerminkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Kajian ini cuba mengenal pasti ciri-ciri khas rehal tradisional di pantai timur semenanjung Malaysia. Fokus perbincangan ialah pada aspek reka bentuk, khususnya tentang bahan, teknik dan ukuran. Sampel kajian diperoleh daripada koleksi muzium, pengukir, selain beberapa surau dan masjid tempatan

    Halia (Zingiber Officinale Roscoe) menurut perspektif agama Islam dan Sains: analisa terhadap manuskrip Melayu terpilih

    Get PDF
    Kebanyakan masyarakat pada hari ini menggunakan tumbuhan herba dalam perubatan yang dikenali sebagai perubatan tradisi. Kajian ini menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) kerana pokok halia amat berpotensi sebagai ubat-ubatan selain digunakan sebagai perasa dan makanan. Halia dilaporkan sebagai salah satu ramuan perubatan dalam tradisi perubatan melayu seperti rawatan untuk muntah, membuang angin, penyakit dalam usus dan sebagainya. Artikel ini mempunyai beberapa objektif penting iaitu: 1) mengkaji kepentingan tumbuhan halia daripada perspektif agama, 2) menganalisis tumbuhan halia yang terdapat dalam tradisi dan manuskrip perubatan Melayu, 3) menganalisis penemuan saintifik dan kandungan fitokimia yang terdapat dalam pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) serta potensi perubatannya. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis kualitatif untuk melihat produktiviti penggunaan dan manfaat pokok halia dalam masyarakat kita pada hari ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh penulis mendapati kajian ini penting untuk difahami agar tumbuhan herba ini dapat digunakan secara komersial sama ada dalam bidang perubatan, kosmetik dan dijadikan makanan seharian
    corecore