Rehal tradisional di pantai timur Semenanjunag Malaysia: analisis bahan, teknik dan ukuran

Abstract

Ajaran Islam dan kitab al-Quran sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, ke mana sahaja Islam diajarkan wajiblah al-Quran turut dibawa bersama. Kecintaan terhadap kitab suci ini telah membawa kemajuan kepada beberapa cabang kesenian yang berkaitannya seperti seni tulisan khat, seni hiasan manuskrip dan seni penjilidan. Tidak ketinggalan, kesenian rehal yang dicipta khas untuk meletakkan al-Quran bagi tujuan bacaan, turut berkembang seiring dengan tersebarnya al-Quran ke seluruh pelosok dunia. Tersebarnya rekaan rehal telah mempelbagaikan reka bentuk dan cara menghiasnya, yang secara tidak langsung mencerminkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Kajian ini cuba mengenal pasti ciri-ciri khas rehal tradisional di pantai timur semenanjung Malaysia. Fokus perbincangan ialah pada aspek reka bentuk, khususnya tentang bahan, teknik dan ukuran. Sampel kajian diperoleh daripada koleksi muzium, pengukir, selain beberapa surau dan masjid tempatan

    Similar works