307 research outputs found

    Proses Pemahaman Teks Akademik dalam Kalangan Pelajar Universiti

    Get PDF
    Penyelidikan bertujuan untuk mengkaji dan menyiasat proses pemahaman teks akademik dalam kalangan pelajar universiti. Untuk tujuan tersebut, pengkaji meneliti perspektif responden terhadap konsep membaca, penggunaan strategi pemahaman teks, respons membaca dan kesukaran memahami teks. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan 8 responden pelajar yang dipilih dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual membaca, pemerhatian aktiviti bacaan dan penulisan jurnal membaca sebagai alat pengumpulan data. Dua buah petikan teks yang sesuai dengan tahap pelajar telah digunakan berdasarkan indeks kebolehbacaan. Dapatan kajian mendapati pernyataan responden berkaitan pemahaman membaca lebih menekankan perspektif kognitif. Ini disebabkan wujud nya keperluan pelajar untuk menguasai teks akademik terutama teks yang berkaitan dengan bidang pengajian. Dari segi aplikasi strategi pemahaman membaca, responden didapati menggunakan strategi metakognitif, kognitif dan afektif. Walau bagaimanapun, strategi meta kognitif agak terbatas penggunaannya disebabkan kesedaran kendiri responden agak kurang semasa memahami teks. Keadaan ini juga disebabkan oleh faktor kurangnya kesedaran dari segi perancangan, pemantauan dan penilaian semasa membaca. Sementara itu, penggunaan strategi afektif mendorong responden untuk meneruskan pembacaan .Pernyataan tahap membaca pula menunjukkan responden memiliki tahap membaca yang pelbagai dan banyak dipengaruhi oleh jenis teks yang dibaca. Berdasarkan respons membaca pula, responden banyak memberikan reaksi dari aspek organisasi dan penggunaan bahasa pengarang. Dari segi kesukaran dalam proses pemahaman pula, responden banyak memberikan justifikasi berkaitan tahap kesukaran teks dan hubungan teks dengan bidang pengajian. Berdasarkan kajian ini, pengkaji membina Inventori Strategi Pemahaman Membaca (ISPEM) yang boleh digunakan untuk mengenal pasti strategi pemahaman terutama yang melibatkan metakognitif

    Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan peta minda terhadap pencapaian penulisan karangan argumentatif para murid di salah sebuah sekolah menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan ke atas murid menengah Tahun 10.Seramai 22 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 21 orang murid lagi dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta minda. Data diperoleh daripada pra dan pasca ujian serta temu bual murid. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis Kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penulisan karangan argumentatif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pra dan pasca ujian dengan nilai t = -11.346, p < 0.05.Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan ketiga-tiga sub kemahiran penulisan karangan dalam pasca ujian antara sampel kumpulan eksperimen dan sampel kumpulan kawalan. Tiga sub kemahiran tersebut ialah penguasaan aspek isi (nilai t = -8.100, p < 0.05), bahasa (nilai t = -7.512, p < 0.05) dan juga teknik (nilai-t = -3.858, P < 0.005) penulisan karangan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian penulisan karangan agrumentatif murid

    If the cap fits: Kanga names and women`s voice in Swahili society

    Get PDF
    As with other women`s garments, the kanga has always been closely linked with the perceptions and attitudes that the society has about women themselves. These perceptions and attitudes continue to shape and determine the place of women in their socio-cultural context. Just as women`s clothes are often taken to define, if partially, the beings that occupy them, similarly, in characteristically wearing certain garments and not others, women then assign to those garments what is perceived to be their `feminineness`. In Tanzania, the kanga indexes this `femininity` in a strong way, in spite of the fact that men also wear it

    Relationship between organizational career management and individual performance

    Get PDF
    This paper looks at organizational career management and individual performance among insurance salespeople in Kedah. The objective of the paper is to determine whether there is a relationship between organizational career management and comprised measure of career management policies,career development, and career information while individual performance is measured in terms of the output performance. The Questionnaire was developed and distributed to the sample. The sample comprised insurance salespeople working at an insurance company in Alor Setar. A total of 169 questionnaires were sent but only 57 were returned, thereby achieving a response rate of 33.7%. The result found that there was a significant relationship between organizational career management and individual performance. Therefore, it could be inferred that organizational career management is strongly associated to individual performance

    Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam penguasaan kemahiran menulis esei tidak berformat Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Pendekatan secara kuantitatif digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan kajian kuasi eksperimen yang dijalankan selama lima kali rawatan terhadap pelajar tingkatan 6 di salah sebuah sekolah menengah di Bahagian Mukah, Sarawak. Pembahagian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dilakukan mengikut kelas yang sedia ada. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 20 orang pelajar, dan begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian-t bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penulisan esei tidak berformat bagi ujian pra antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Selepas rawatan dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei bagi ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbezaan yang signifikan juga wujud bagi tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat bagi aspek kerelevanan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Demikian juga wujud perbezaan yang signifikan bagi aspek pengolahan bagi kumpulan eksperimen antara ujian pra dan ujian pasca. Skor min ujian pasca lebih tinggi berbanding ujian pra bagi kedua-dua aspek tersebut. Perbezaan yang signifikan juga wujud antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi aspek kerelevanan dan pengolah dalam ujian pasca. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat dalam kalangan pelajar tingkatan 6

    Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro

    Get PDF
    Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden dalam kalangan pelajar etnik Melanau tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Daro, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS Versi 22. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan min penggunaan strategi pembelajaran menulis antara jantina. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan jantina. Selain itu, dapatan kajian turut memperlihatkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran menulis untuk membantu pelajar etnik Melanau ini mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik

    Keberkesanan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid Cina

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap murid Cina tahun lima. Seramai 30 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta bulatan dan peta alir. Data yang diperoleh daripada pra dan pasca ujian. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menulis karangan naratif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pasca ujian dengan nilai t = nilai t = 2.114 dan sig = 0.039 (p<0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta bulatan dan peta alir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya meningkatkan pencapaian menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina dari sekolah jenis kebangsaan Cina

    Managing Flood in the Context of Education, Research and Partnership in Malaysia

    Get PDF
    Several structural and non-structural measures and approaches have been implemented by the Malaysian government in order to overcome and alleviate the flood disaster. To date, Education, Partnership and Research have been identified as crucial components in forming an effective Flood Management system in Malaysia. This argument has been supported by many public and private institutions worldwide. As such, the standards and plans can be developed and implemented at district, state and federal levels. The spirits of Hyogo and Sendai were used as the guiding principles. Semi-structured interviews with several responding agencies were conducted for data collection. The findings indicated that less emphasis was given to the roles of components such as Education, Partnership and Research in Flood Management. The aim of this paper is to propose an integrated system for storing, disseminating and analyzing information pertaining to Education, Partnership and Research

    If the Cap Fits:: Kanga Names and Women`s Voice in Swahili Society.

    Get PDF
    As with other women`s garments, the kanga has always been closely linked with the perceptions and attitudes that the society has about women themselves. These perceptions and attitudes continue to shape and determine the place of women in their socio-cultural context. Just as women`s clothes are often taken to define, if partially, the beings that occupy them, similarly, in characteristically wearing certain garments and not others, women then assign to those garments what is perceived to be their `feminineness`. In Tanzania, the kanga indexes this `femininity` in a strong way, in spite of the fact that men also wear it. Even more so, the messages that appear on the kanga are viewed as a uniquely female form of communication, and women in Zanzibar, the area covered by this study, have been making increasing use of them as an additional strategy which allows them to make strong statements about their concems, while at the same time avoiding any direct conflict which may arise fiom their individual actions

    Anticorrosive properties of nano silicate from paddy husk in salt medium

    Get PDF
    Anticorrosive properties of nano silicate from paddy husk in salt medium was investigated via weight loss method, Tafel polarization and impedance techniques. Prior to the corrosion test, the silica powder was obtained from burning the rice husk and extended with a chemical treatment process. The size of silica powder was characterized via zeta sizer and showed the amount of micro silica particle appear more than the nano size particle. Nano silica powder was produced from the refluxing process of micro silica to enhance the good properties of silica particle. The corrosion inhibition efficiency of nano silicate showed good inhibition with increased in inhibitor concentrations. Weight loss test exhibits high inhibition as more than 80% even, immersed in the corrosive medium until 14 days. The nano silicate inhibitor affected the anodic reaction as showed by Tafel plot analysis. Impedance results also correlated with other test as shown by the large size of Nyquist semicircle which represents as high resistance of charge transfer. The surface morphology of inhibited specimen showed a smooth surface after nano silicate inhibitor applied in the NaCl medium as observed through scanning electron microscopy (SEM) and energy-dispersive x-ray spectroscopy (EDX)
    corecore