46 research outputs found

    Aplikasi Teori Dan Format Penyuntingan Bahan Linear Dalam Surat Khabar Bahasa Melayu

    Get PDF
    Rakyat Malaysia tiada panduan khusus untuk membeli surat khabar yang dapat mencambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui aplikasi teori dan format penyuntingan berita yang diterbitkan di dalam surat khabar supaya dapat dimanfaatkan umum. Penyelidikan berasaskan penelitian aplikasi Teori Tangunggjawab Sosial dengan Teori Libertarian yang terkandung dalam bahan linear surat khabar bahasa Melayu di Malaysia. Keberkesanan format penyuntingan berita juga dilakukan dengan menilai penggunaan Format Piramid Terbalik. Penyelidikan ini dijalankan dengan menjadikan sebanyak 215 naskhah surat khabar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Metro Ahad, Kosmo! Ahad dan Sinar Harian bulan Januari sehingga Oktober 2009 sebagai sampel. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada kaedah analisis kandungan terhadap bahan linear surat khabar hari ahad yang berdasarkan aspek teori dan penyuntingannya.Aspek penyuntingan berita menunjukkan bahawa Format Piramid Terbalik perlu digunakan secara berkesan dengan memastikan aturan nilai berita secara strategik sehingga menjadi struktur berita yang lengkap dan padat. Elemen ’5W dan 1H’, iaitu apa (what), di mana (where), siapa (who), kenapa (why), bila (when) dan bagaimana (how) hendaklah dikenal pasti dan dijadikan ’bahan mentah’ sebagai keperluan asas untuk menulis berita. Kebijaksanaan seseorang penulis berita dalam kemahiran ini dapat mempertingkat kualiti berita yang dihasilkan. Penyelidikan ini mendapati bahawa teori Tanggungjawab Sosial lebih kerap digunakan sebagai teori penulisan berita kerana aplikasinya memenuhi kehendak berita bertulis yang diinginkan oleh masyarakat di negara ini. Namun begitu, teori Libertarian masih juga digunakan dalam menulis berita untuk memastikan maklumat yang disampaikan dengan jelas kepada masyarakat. Didapati, pendulu berita atau perenggan pertama sesetiap berita menjadi tarikan utama kepada pembaca untuk memahami idea utama berita yang ditulis oleh penulis berita. Pendulu yang hebat dengan mengandungi fakta penting diolah dengan kemas dan mudah sehingga menghasilkan perenggan yang menyatukan bahasa dengan nilai kemanusiaan yang jitu. Penetapan tajuk berita yang tepat, menarik dan berkesan bagi sesebuah berita perlu dipraktikkan dan merangsang pancaindera pembaca untuk menghadapi persaingan pelbagai jenis surat khabar di negara ini.Keperluan meletakkan gambar yang informatif dengan keterangannya (caption) perlu dititikberatkan untuk meningkatkan fahaman pembaca terhadap berita yang dibaca. Aspek kualiti berita dan fahaman berita yang seterusnya mencambah pengetahuan berguna kepada pembaca dapat dicapai secara tekal dengan menjadikan teori dan praktikal menulis berita sebagai amalan dunia berita. Kemahiran dan penguasaan bahasa yang tinggi sangat diperlukan untuk menerapkan aplikasi teori dan mempraktikkan format penyuntingan sesuatu berita. Penggunaan bahasa yang tepat, standard dan segar akan menghasilkan berita yang berpengaruh, diminati dan sukar dilupakan oleh pembaca

    Bayu Unimas johan seni tari Makum

    Get PDF
    Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) muncul johan keseluruhan Festival Seni Tari Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (Makum) 2003 yang berlangsung di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, baru-baru ini

    Pasukan debat UPM juara Pertandingan Debat Akinabalu 2019

    Get PDF
    BANGI – Pasukan debat UPM menjuarai Pertandingan Debat Akinabalu 2019, manakala pendebatnya Nurul Syamimi Zulkafle turut dipilih sebagai Pendebat Terbaik, pada pertandingan yang diadakan di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    The Mediating Role of Reporting Tendencies of Environmental News in the Relationship Between Information Sources and Citizen’s Environmental Awareness via Southern Weekend

    Get PDF
    This article takes China's Southern Weekend Green newspaper as an example, selects 235 articles in Southern Weekend Green from 2018 to 2020. Conduct relevant research on environmental news reported in newspapers and magazines. Most of the previous studies focus on the classification of content, and there is no relevant research on the information source and the audience's environmental awareness. Therefore, the purpose of this study was to investigate the mediating role of reporting bias between information sources and the audience's environmental awareness. The research method adopts the quantitative research method, adopts the random sampling method to conduct a questionnaire survey on the respondents, and distributes a total of 392 questionnaires. Correlation analysis was carried out on the influence of different information sources on reporting tendency and dissemination effect, and SPSS was used for correlation test

    Visual illustration and photography on Islamic book cover designs: a semiotic analysis

    Get PDF
    The publication of religious books recently has been in line with the publication of books of other genres. It is because of the increase in the demands by the readers in addition with the design of the book covers which has been made up more interesting. Hence, this research was aimed to identify the influence of visual illustration and photography displayed on book covers which preferred by the readers. Sign theory by Peirce (1839) and Semiotic Analysis by Stokes (2003) were applied for the purpose of data analysis. A book published by Telaga Biru Sdn. Bhd. entitled Ikon Syabab by Umar Muhammad Noor (2014) has been made as the research data focusing on the taxonomy aspect of its cover. The results showed that the proper use of pictures was undeniably able to attract the readers to buy the religious book currently in the market. This research also was predicted to be able to contribute to the national socio-economic interest, generate a rich cultural society and elevate the percentage of book publication in Malaysia

    Keberkesanan penggunaan bahasa dalam akhbar Melayu: tindak balas strategik terhadap literasi kesihatan dalam kalangan pembaca tempatan

    Get PDF
    Media dan masyarakat disatukan melalui bahasa, justeru strategi penggunaan bahasa yang berkesan akan memastikan proses penyampaian maklumat dalam rencana kesihatan berlangsung dengan lancar. Namun begitu, kesalahan dan kesilapan berbahasa dalam rencana kesihatan menyekat kelancaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi penggunaan bahasa penulisan rencana kesihatan dalam akhbar. Dari segi metodologi, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis data kajian. Dalam pada itu, data kajian diperolehi daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan pada 01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016 yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan dua belas (12) ciri bahasa penulisan kewartawanan yang dikemukakan oleh Waterhouse (1989). Hasil kajian mendapati bahawa strategi penggunaan kata dalam rencana kesihatan ada kalanya mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan dan ada kalanya tidak mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan seperti yang disarankan oleh Waterhouse (1989) seperti penggunaan kata/istilah jargon, kesalahan ejaan dan penggunaan kata yang menunjukkan ketidakpastian. Strategi pembentukan ayat dalam rencana kesihatan juga didapati panjang dan melebihi jumlah maksimum patah perkataan yang disarankan. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa strategi penggunaan bahasa yang berkesan ditentukan oleh pemilihan perkataan yang tepat, mudah difahami, berpengaruh; dan pembentukan ayat yang pendek dan jelas walaupun gaya penulisan rencana kesihatan bergantung kepada topik kesihatan dan terikat dengan gaya penerbitan akhbar (house style)

    Pendekatan Komunikasi dalam Penyuntingan Buku Agama Berbahasa Melayu

    Get PDF
    Buku ini diharap dapat membantu para editor buku agama dalam menjalankan gerak kerja penyuntingan yang umum mengetahui terdapat bahan bacaan ayat suci al-Quran dan hadis. Gerak kerja atau gaya penerbitan sedia ada bagi setiap syarikat mungkin masih relevan, namun buku ini memberi tumpuan khusus kepada penyuntingan bahan bacaan agama berbahasa Melayu. Oleh itu, penting untuk para editor menambah baik ilmu yang ditekuni seiring dengan perkembangan ilmu penerbitan dan penyuntingan tempatan mahupun luar negara

    Strategi Pemahaman Bacaan dalam Teks Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam kalangan Murid Suku Kaum Rungus di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan terhadap murid suku kaum Rungus di Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati II, Kudat, Sabah. Tinjauan lapangan telah melibatkan enam puluh tiga orang murid dalam tingkatan empat. Mereka terdiri daripada dua kumpulan berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga. Kumpulan Pencapaian Rendah (KPR) terdiri daripada tiga puluh tujuh orang peserta sementara Kumpulan Pencapaian Tinggi (KPT) seramai dua puluh enam orang peserta. Penulis meneroka kekerapan penggunaan strategi kognitif dan meta kognitif peserta KPR dan KPT dalam pemahaman bacaan teks bahasa Melayu. Penulis memanipulasikan empat belas item soal selidik adaptasi daripada kajian Osuji (2017) dan menggunakan pemeringkatan min untuk semua item strategi. Bagi menentukan kekerapan penggunaan strategi kognitif dan meta kognitif oleh peserta kajian semasa menyempurnakan tugas pemahaman bacaan, penulis menetapkan titik interval 0.80 pada skala Likert 5 mata. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kumpulan lebih kerap menggunakan strategi meta kognitif daripada strategi kognitif dalam pemahaman bacaan teks bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, nilai min kekerapan penggunaan kedua-dua strategi dalam data KPT adalah lebih tinggi daripada KPR. Hasil kajian ini mempunyai implikasi positif terhadap pengajaran membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan murid-murid peribumi Sabah yang bukan penutur jati bahasa Melayu

    Realiti Daya Hidup Bahasa Bisaya Muslim Sebagai Etnik Minoriti di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan daya hidup bahasa etnik Bisaya Muslim di Beaufort, Sabah. Sebanyak 205 pelajar menengah atas dari tiga buah sekolah telah dipilih sebagai peserta melalui pensampelan rawak. Pengkaji menggunakan enam set soal selidik daripada model UNESCO. Hasil kajian menunjukkan bilangan penutur mutlak bahasa Bisaya dan transmisi bahasa antara generasi adalah terancam. Bahasa Bisaya dituturkan oleh kebanyakan generasi ibu bapa dan ke atas. Trend dalam domain penggunaan bahasa juga telah berkurangan. Walaupun bahasa Bisaya masih digunakan di rumah, bahasa Melayu yang dominan mula menular ke dalam domain keluarga. Respons terhadap domain dan media baharu masih bertahan manakala bahan untuk pendidikan dan literasi bahasa Bisaya ditafsirkan sebagai wujud dalam bentuk bahan bertulis yang hanya bermanfaat untuk sebahagian ahli masyarakat sahaja. Bahasa Bisaya mungkin ada kepentingan simbolik tetapi bukanlah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Kesimpulannya, realiti daya hidup bahasa Bisaya Muslim menggambarkan prasyarat lazim ke arah bahasa terancam seperti tertera dalam model UNESCO meskipun penutur belum beralih ke bahasa lain. Pengkaji menyarankan agar kerangka etnolinguistik revitalisasi bahasa Bisaya di Beaufort, Sabah diimplementasikan sebagai projek perintis bagi program pemuliharaan bahasa

    Domain dan Bahasa Pilihan Tiga Generasi Etnik Bajau Sama Kota Belud

    Get PDF
    Etnik Bajau Sama merupakan etnik kedua terbesar di negeri Sabah. Kawasan petempatan utama etnik Bajau Sama di Sabah terletak di Kota Belud di Pantai Barat. Sebagai masyarakat yang dwibahasa, pilihan penggunaan bahasa masyarakat yang beragama Islam ini adalah berbeza-beza mengikut generasi dan domain yang berkemungkinan tidak berpihak kepada bahasa ibunda. Teori Analisis Domain (Fishman) diterapkan bagi mengkaji pilihan bahasa dalam domain khusus oleh peserta kajian dari Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah. Kaedah tinjauan dengan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada generasi pertama (GI), kedua (GII) dan ketiga (GIII). Nilai min bagi setiap kumpulan dlam domain kekeluargaan menunjukkan bahawa GI dan GII Lebih banyak menggunakan bahasa Bajau Sama manakala GIII lebih cenderung kepada bahasa Melayu. Dalam domain kejiranan, GI memilih bahasa Bajau Sama namun GII dan GIII masing-masing memilih BM. Walau bagaimanapun, dalam domain pendidikan, keagamaan, perkhidmatan dan jual beli, semua generasi memilih bahasa Melayu. Penemuan yang paling penting ialah generasi muda (GIII) kini sudah beralih kepada bahasa Melayu dalam domain kekeluargaan dan domain awam. Generasi ini bertindak sebagai pemangkin peralihan bahasa yang mendatangkan ancaman kepada daya hidup bahasa Bajau Sama, khususnya dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan dan kejiranan. Dapatan ini menunjukkan adanya kemerosotan transmisi bahasa ibunda antara generasi dalam kalangan masyarakat etnik Bajau Sama
    corecore