298 research outputs found

    The level of quality management practices in childcare centers by using a Quality Improvements and Accreditation System (QIAS) Model

    Get PDF
    Background: The study was conducted in childcare centers that covered three states in the northern part of Malaysia. Thus, the Quality Improvements and Accreditation System (QIAS) instrument was used for this purpose.This is reflected in the seven (7) proportion quality areas in the QIAS, which are; staff relationships with children and peers; partnerships with families; programming and evaluation; children’s experiences and learning; protective care and safety; health, nutrition and well being; and managing to support quality. Objective: The objective of this paper is to disseminate findings and share best practices of early childcare operators, providers, principals, and teachers that handled children from birth to 6 years.It aimed to identify the level of quality management practices in childcare centers in Malaysia. Results: Data collected through the questionnaire depict a slightly different picture where the childcare providers and teachers reported that their practices were moderate in terms of staff relationships with children and peers, partnerships with families, programming and evaluation, children’s experiences and learning, and managing to support quality except protective care and safety which was high. Conclusion: This QIAS instrument is able to serve as a guidelines to the childcare center on what is needed and required to be look into and take into consideration in order to ensure the quality of childcare centers

    Total Quality Management (TQM) practices and school climate amongst high, average and low performance secondary schools

    Get PDF
    Purpose – This study attempted to determine whether the dimensions of TQM practices are predictors of school climate.It aimed to identify the level of TQM practices and school climate in three different categories of schools, namely high, average and low performance schools. The study also sought to examine which dimensions of TQM practices contributed the most to school climate.Methodology – A survey was administered to 691 teachers from 24 secondary schools to obtain information on TQM practices and school climate. Descriptive statistics was used to examine the level of TQM and school climate and inferential statistics (correlation coefficient and multiple regression) was used to examine relationships between the variables.Findings – There were significant differences between the levels of TQM practices in the three different categories of schools.High performance schools showed a higher level of TQM practice and school climate, followed by average performance schools and low performance schools.There was a significant positive relationship between the variables on the level of TQM practices and school climate.TQM was a predictor of school climate contributing to 40 percent of the variance towards school climate. For the dimension of TQM practices, staff involvement, commitment of the top management and continuous improvement were the main predictors of school climate.Significance – The findings contribute significantly to knowledge by proposing the Excellent School Model which can guide teachers and school administrators in implementing quality management in education

    Hubungan Kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru generasi ‘Y’

    Get PDF
    Amalan kepimpinan yang dipraktikkan oleh pemimpin sekolah merupakan tunggak utama dalam memastikan sistem pendidikan berada pada tahap yang membanggakan selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru dalam kalangan guru generasi ‘Y’ di Maktab Rendah Sains MARA, Zon Utara, Semenanjung Malaysia. Kajian ini menjalankan kaedah tinjaun rentasan menggunakan soal selidik terpiawai.Instrumen yang digunakan untuk mengukur kepimpinan pengetua adalah Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang dibina oleh Bass dan Avolio pada tahun 1995, manakala tingkah laku guru pula diukur dengan menggunakan Teacher Behaviors Inventory (TBI) yang dibina oleh Murray (1983).Dapatan kajian membuktikan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru generasi ‘Y’.Justeru, adalah disarankan agar barisan kepimpinan sekolah mengamalkan setiap dimensi kepimpinan sekolah dalam kepimpinan mereka supaya kepimpinan sekolah semakin berkesan dan cemerlang selari dengan kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    Pengurusan krisis di sekolah dan hubungannya dengan komitmen guru sekolah menengah di Negeri Kelantan

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk melihat pengurusan krisis dan hubungannya dengan komitmen guru. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 375 orang guru daripada sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan. Pengurusan krisis merupakan salah satu prinsip dalam Konsep Sekolah Selamat. Instrumen kajian ini menumpukan kepada pengurusan krisis ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan. Instrumen komitmen guru pula menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian Allen dan Meyer (1990) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Segala data dan butiran yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Analisis data dijalankan menggunakan Ujian Min Deskriptif, Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati tahap pengurusan krisis guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan adalah pada tahap yang tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan krisis dengan kategori jawatan guru di sekolah. Tahap komitmen guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan pula adalah pada tahap yang sederhana. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan komitmen guru antara guru lelaki dan guru perempuan di sekolah- sekolah menengah di negeri Kelantan. Hasil dapatan daripada Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pengurusan krisis dengan tiga dimensi komitmen yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan melibatkan sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah kerajaan negeri agar maklumat yang menyeluruh berkaitan pengurusan krisis dan komitmen guru di negeri Kelantan dapat digambarkan dengan lebih komprehensif. Akhir sekali, dapatan ini telah memberikan percambahan ilmu dalam bidang pengurusan krisis dan juga komitmen guru untuk dilaksanakan di sekola

    Tahap amalan penerapan Kemahiran Pemikiran Kristis (KPK)di sekolah menengah berprestasi tinggi, Sederhana dan rendah

    Get PDF
    Matlamat utama pendidikan negara sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai tahap dan penguasaan kemahiran berfikir yang tinggi dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis (KPK) dalam P&P Matematik di sekolah menengah berprestasi.Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan soalan soal selidik, dan ianya melibatkan responden seramai 226 orang guru Matematik di sekolah menengah di negeri Kelantan.Bagi mengkaji tahap amalan penerapan KPK dalam kalangan guru, pengkaji telah mengambil dan membuat adaptasi dari instrumen kajian olehBarak dan Shakhman (2008), Al-degether (2009), Knapp (2013) dan Wainwright et al. (2003).Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penerapan KPK di sekolah berprestasi tinggi (SBT) adalah lebih tinggi, diikuti sekolah berprestasi sederhana (SBS), dan sekolah berprestasi rendah (SBR).Secara spesifiknya, hasil analisis data menunjukkan nilai min bagi kesemua dimensi amalan penerapan KPK di SBT melebihi nilai 4.00 dan mencapai tahap tinggi, iaitu membuat refleksi dan merumus idea (min = 4.03), menggalakkan tabiat berfikir (min = 4.49), mewujudkan persekitaran berfikir (min = 4.42), pergerakan ke arah pembelajaran kendiri (min = 4.12), dan merangsangkan meta kognitif (min = 4.50).Manakala di SBS pula, dimensi merangsangkan meta kognitif, menggalakan tabiat berfikir dan mewujudkan persekitaran berfikir adalah pada tahap tinggi dengan nilai min 4.27, 4.26, dan 4.24 masing-masing. Manakala dimensi pergerakan ke arah pembelajaran kendiri dan membuat refleksi dan merumus idea masing-masing berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.85 dan 3.72.Seterusnya di SBR pula, empat (4) dimensi memberikan keputusan tahap sederhana, iaitu menggalakkan tabiat berfikir (min = 3.57), mewujudkan persekitaran berfikir (min = 3.66), pergerakan ke arah pembelajaran kendiri (min = 3.14) dan merangsangkan meta kognitif (min = 3.76).Manakala, dimensi membuat refleksi dan merumus idea menunjukkan tahap yang rendah dengan nilai min 2.83.Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang tubuh ilmu dengan mengetengahkan tahap amalan KPK berserta beberapa elemen penting yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan mata pelajaran Matematik di sekolah

    Hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah Menengah di Negeri Kelantan

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan.Sejumlah 375 orang guru sekolah menengah di negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini.Instrumen soal selidik tahap kompetensi fungsional diadaptasi daripada Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah digunakan untuk mengumpul data. Dalam kajian ini data dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Package of Sosial Science (SPSS) version 21.Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan statistik inferensi.Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan. Keputusan kajian juga menunjukkan dimensi kompetensi iaitu pengetahuan dan kemahiran fungsional guru menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Tahap kompetensi fungsional guru di sekolah menengah di negeri Kelantan berada pada tahap tinggi. Tahap pencapaian akademik pelajar pula berada pada tahap sederhana.Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kelestarian kompetensi fungsional guru dan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar

    Tahap efikasi guru dan hubungannya dengan pencapaian sekolah di Sekolah-sekolah menegah dalam daerah Bachok

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan tentang hubungan tahap efikasi guru dengan pencapaian sekolah.Dalam konteks kajian ini, fokus utama melibatkan dua dimensi efikasi iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar.Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah kuantitatif.Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan kepada 375 orang responden di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Bachok. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 22.Item statistik yang digunakan untuk analisis data termasuk Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson.Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan nilai min skor yang tinggi bagi efikasi guru.Efikasi kendiri guru menunjukkan nilai min skor yang lebih tingi iaitu 4.03 berbanding efikasi mengajar.Satu kajian korelasi juga telah dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua dimensi efikasi ini dengan pencapaian sekolah.Kajian yang dijalankan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.07, p > 0.05) antara efikasi guru dengan pencapaian sekolah. Bagi dimensi efikasi mengajar, keputusan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan negatif yang sangat lemah namun signifikan antara efikasi mengajar dengan pencapaian sekolah.Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa efikasi guru turut mempengaruhi pencapaian sekolah namun masih terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah

    The authority of principals’ technology leadership in empowering teachers’ self-efficacy towards ICT use

    Get PDF
    The application of information technology and communication (ICT) in education has a significant impact on teachers. Administrators pressure them to use ICT to improve the quality of teaching and to learn in the classroom. However, teachers are still skeptical of the ability to embody pedagogical strategies through the use of ICT. The purpose of this study was to explore the relationship between principals’ technology leadership and teachers’ self-efficacy. The study also determined the dimensions of technology leadership that are predictors to the empowerment of teachers' self-efficacy in using ICT. There are two instruments used, namely NETS-A and TSES. The respondents of the study consisted of 376 teachers in Malaysia. The study was conducted based on a quantitative approach, and respondents were selected through multi-level sampling. The results of the t-test found no significant difference for the gender of teachers on the improvement of self-efficacy. Through correlation testing, there was a moderate relationship between technology leadership and teachers’ self-efficacy. Even so, there is 24% of the influence of technology leadership that affects teachers' self-efficacy. Two contributing dimensions are excellence in professional practice and digital citizenship. In summary, principals can generate a revival of teachers' self -efficacy if they wisely encourage them to use ICT. Principals should be role models to teachers and students in ensuring that the concept of pedagogy in the classroom is always carried out through an ICT approach

    Pengaruh kepimpinan distributif terhadap pengurusan konflik dalam kalangan pemimpin sekolah

    Get PDF
    Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan pengurusan konflik dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kuantitatif dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul data berkenaan kepimpinan distributif dan pengurusan konflik. Populasi kajian melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara, Semenanjung Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Leadership Practices Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 1995 dan soal selidik Rahim Organizational Conflict Inventory – II (ROCI-II), yang dibina oleh Rahim pada tahun 1983. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kepimpinan distributif dan pengurusan konflik yang mana kepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada pengurusan konflik di sekolah. Justeru, elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan kepada pemimpin-pemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan kepimpinan sekolah dapat dicapai seperti mana yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    The Effects of Total Quality Management as Teaching Innovation and Job Satisfaction on Academic Performance of Students in Pakistan

    Get PDF
    This conceptual paper focuses on the effects of total quality management on students’ academic achievement of secondary school students in Pakistan with teaching innovation and job satisfactions. Generally, teaching innovation as part of total quality management is considered as the most important factor in education system. Even though teaching method is an issue in students’ academic performance, teachers’ capacity building has remained a contested issue in Pakistan. There is a remarkable gap in the provision of quality teachers and students performance in Pakistan; this is as a result of unqualified teachers in the schools. Therefore, this paper discusses the effect of learner-centred method of teaching as innovation on students’ performance and the influence of teacher capacity development as a factor in academic attainment of the school researches have shown that improvement in teaching methods and little spending on teachers’ development training are associated to increase in school achievements
    • …
    corecore