35 research outputs found

    Sorotan literatur perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat vs sistem Piramid

    Get PDF
    Kaedah pemasaran jualan langsung secara berbilang tingkat atau dikenali sebagai Multilevel Marketing (MLM) semakin mendapat sambutan masyarakat Malaysia. Sungguhpun begitu, bentuk perniagaan ini dirudung dengan pelbagai isu yang berkait rapat dengan soal sikap dan etika pihak yang menjalankannya. MLM juga berdepan dengan skeptisme dan kekeliruan, iaitu pengguna keliru seterusnya gagal membezakan sistem perniagaan MLM yang sah dengan sistem Piramid atau money game sehinggakan sebahagian mereka menyamakan keduanya. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan dengan struktur serta konsep MLM dan sistem Piramid. Analisis literatur dibuat untuk mencari persamaan dan perbezaan antara sistem perniagaan MLM dengan sistem Piramid. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai pandangan daripada ahli ekonomi yang sebahagian pengkaji menyamakan konsep perniagaan MLM Konvensional ini dengan sistem Piramid kerana keduanya hanya mementingkan aktiviti merekrut downline untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Manakala, sebahagian pengkaji membezakan dengan jelas antara kedua sistem pemasaran ini dari sudut struktur serta konsep perniagaan, iaitu MLM merupakan perniagaan yang berteraskan penjualan produk atau perkhidmatan syarikat, manakala sistem Piramid lebih memfokuskan pencarian downline semata. Implikasinya, satu kajian lain perlu dilakukan secara terperinci berkenaan struktur dan bentuk MLM Patuh Syariah memandangkan sistem perniagaan ini semakin diterima oleh orang Islam

    ANTIOXIDANT ACTIVITY OF THE ASCIDIAN MARINE INVERTEBRATES, DIDEMNUM SP.

    Get PDF
    Objective: This study aimed to determine the antioxidant activity of samples of the ascidian Didemnum sp. collected from Seribu Islands, Jakarta.Methods: Antioxidant activity was tested using the 1,1-diphenyl-2-picrylhydrazyl (DPPH) method. Didemnum sp. was extracted into methanol andthen fractionated using n-hexane, ethyl acetate, and water. Fractions with the highest antioxidant activity were further fractionated using acceleratedcolumn chromatography.Results: The concentration of sample that reduced the DPPH radical by 50% (IC50) in a methanol extract of Didemnum sp. was 105.10 μg/mL. The ethylacetate fraction had the highest antioxidant activity (IC50 of 90.804 μg/mL). The most active fraction obtained from accelerated column chromatographyfraction had an IC50 of 86.35 μg/mL. The compounds contained in the most active fractions were alkaloids, saponins, steroids/triterpenoids, andglycosides.Conclusion: The methanol extract of the ascidian Didemnum sp. exhibited antioxidant activity. Fractionation of the Didemnum sp. extract showed thatthe ethyl acetate fraction had the highest antioxidant activity. Further, fractionation of the ethyl acetate fraction by accelerated column chromatographyshowed that fraction VI had the highest antioxidant activity. The most active fraction contained alkaloids, steroids/triterpenoids, saponins, andglycosides

    The Relationship between Investor Behaviours with Fatwa Coordination of Amanah Saham Nasional (ASN) and Amanah Saham Bumiputera (ASB)

    Get PDF
    The fatwas coordination of Amanah Saham Nasional (ASN) and Amanah Saham Bumiputera (ASB) in 2017 revealed a subsequent growth in the number of ASB shareholders. To the extent that there is a connection between investor behaviors and the coordination of fatwas in making investment decisions. The systematic literature study also proves the inconsistency of fatwa studies, especially concerning human behaviour based on the sharia. Numerous studies have been done on how religion affects conduct, but they do not specifically refer to a fatwa when they address religion. In order to break the current gap, this paper investigates how the coordination of fatwas in Malaysia affects the behavior of Amanah Saham Nasional (ASN) and Amanah Saham Bumiputera (ASB) investors. A total of 452 samples were descriptively and inferentially analyzed using SPSS utilizing a series of questionnaires given through Google Forms to ASN and ASB investors. The findings indicate that the correlation coefficient for behavior variables is 1,000, whereas the correlation value for fatwa variables is 0.460. The Spearmen Table reveals a relatively significant relationship between investor behaviors variables and fatwa variables that correlate linearly. These findings show that ASN and ASB investors consider fatwa variables in their investment decisions, which influences financial service providers, fatwa institutions, and the community, particularly in terms of addressing fatwa inconsistency for the sake of the ummah. The implications of this research focus on showing the beneficial role of religious organizations in the country's economic growth. It also highlights the concern of financial service providers in fulfilling the community's demands in accordance with Islamic law

    Takaful Wakaf di Syarikat Takaful Malaysia Berhad: sorotan literatur

    Get PDF
    Syarikat Takaful Malaysia Berhad pernah memperkenalkan Pelan Takaful Wakaf pada tahun 2002 dan telah diguna pakai sehingga tahun 2009. Sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini, terutama dari tahun 2002 sehingga 2004 menunjukkan terdapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Namun, pada tahun 2009 pelan ini telah ditarik balik daripada pasaran dan aplikasi takaful wakaf dalam sistem kewangan Malaysia semakin hilang selepas itu. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan dengan konsep dan aplikasi takaful wakaf dalam Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Analisis literatur dibuat untuk mencari faktor penyebab penarikan pelan takaful wakaf daripada pasaran. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor penamatan pelan takaful wakaf seperti masalah dalam sistem mudarabah dan masalah penanggungan (underwriting). Walau bagaimanapun, Pelan Takaful Wakaf ini perlu untuk dibawa semula ke pasaran semasa dengan menyepadukan wakaf dalam polisi takaful dengan menggunakan model yang berbeza daripada apa yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad

    Experience with FreeStyle Libre Flash glucose monitoring system in management of refractory dumping syndrome in pregnancy shortly after bariatric surgery

    Get PDF
    Bariatric surgery is an effective therapy for obesity but is associated with long-term complications such as dumping syndromes and nutritional deficiencies. We report a case of a 26-year-old caucasian female, with history of morbid obesity and gestational diabetes (GDM), who became pregnant 4 months after Roux-en-Y bypass surgery. She developed GDM during subsequent pregnancy, which was initially managed with metformin and insulin. Nocturnal hypoglycaemia causing sleep disturbance and daytime somnolence occured at 19 weeks of pregnancy (19/40). Treatment with rapid-acting carbohydrates precipitated further hypoglycaemia. Laboratory investigations confirmed hypoglycaemia at 2.2 mmol/L with appropriately low insulin and C-peptide, intact HPA axis and negative IgG insulin antibodies. The patient was seen regularly by the bariatric dietetic team but concerns about compliance persisted. A FreeStyle Libre system was used from 21/40 enabling the patient a real-time feedback of changes in interstitial glucose following high or low GI index food intake. The patient declined a trial of acarbose but consented to an intraveneous dextrose infusion overnight resulting in improvement but not complete abolishment of nocturnal hypoglycaemia. Hypoglycaemias subsided at 34/40 and metformin and insulin had to be re-introduced due to high post-prandial blood glucose readings. An emergency C-section was indicated at 35 + 1/40 and a small-for-gestational-age female was delivered. There have been no further episodes of hypoglycaemia following delivery. This case illustrates challenges in the management of pregnancy following bariatric surgery. To our knowledge, this is the first use of FreeStyle Libre in dumping syndrome in pregnancy following bariatric surgery with troublesome nocturnal hypoglycaemia. Learning points: Bariatric surgery represents the most effective treatment modality in cases of severe obesity. With increasing prevalence of obesity, more people are likely to undergo bariatric procedures, many of which are women of childbearing age. Fertility generally improves after bariatric surgery due to weight reduction, but pregnancy is not recommended for at least 12-24 months after surgery. If pregnancy occurs, there are currently little evidence-based guidelines available on how to manage complications such as dumping syndromes or gestational diabetes (GDM) in women with history of bariatric surgery. Diagnosis of GDM relies on the use of a 75 g oral glucose tolerance test (OGTT). The use of this test in pregnant women is not recommended due to its potential to precipitate dumping syndrome. Capillary glucose monitoring profiles or continuous glucose monitoring (CGM) is being currently discussed as alternative testing modalities. As the CGM technology becomes more available, including the recently introduced FreeStyle Libre Flash glucose monitoring system, more pregnant women, including those after bariatric surgery, will have access to this technology. We suggest urgent development of guidelines regarding the use of CGM and flash glucose monitoring tools in these circumstances and in the interim recommend careful consideration of their use on a case-to-case basis

    Pengurusan Risiko Menurut Perspektif Syarak: Satu Kajian Tinjauan Di Institusi Wakaf Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Terpilih

    Get PDF
    Pengurusan risiko merupakan antara komponen tadbir urus yang baik dan berperanan memastikan objektif dan matlamat institusi tercapai. Risiko dan pengurusan risiko telah menjadi perhatian dalam institusi bermatlamatkan keuntungan seperti syarikat kewangan kerana faktor untung dan rugi. Namun, situasi ini berbeza dengan institusi tidak bermatlamatkan keuntungan yang masih kurang menekankan perihal pengurusan risiko serta dibahaskan dalam konteks semasa. Tambahan pula, syarak telah menekankan perihal risiko dan pengurusan risiko lebih-lebih lagi melibatkan institusi yang berlatar belakangkan Islam seperti wakaf. Justeru itu, kajian ini akan menganalisis kedudukan risiko dan pengurusan risiko dari sudut pandang syarak, seterusnya meneliti keterdedahan risiko serta keperluan pengurusan risiko dalam institusi wakaf. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian mengenal pasti bahawa risiko dan pengurusan risiko telah ditekankan oleh syarak melalui perspektif al-Quran, al-Sunnah, fiqh dan praktikal semasa. Kajian turut mendapati pengurusan wakaf di Malaysia belum terdapat bahagian pengurusan risiko yang khusus dalam organisasi mereka walaupun perbincangan pengurusan risiko dalam institusi tidak bermatlamatkan keuntungan semakin mendapat perhatian. Kajian ini turut mencadangkan pendekatan pengurusan risiko yang lebih menyeluruh dan kontemporari untuk diamalkan dalam kerangka pengurusan risiko institusi wakaf semasa

    Kesan sikap, faktor halangan dan manfaat tanggapan Pekebun Kecil Sawit Persendirian kepada niat menggunakan mikro kredit Islam

    Get PDF
    Kekurangan modal kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Pekebun Kecil Sawit Persendirian (PKSP) dalam meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Walaupun terdapat 6 buah institusi perbankan Islam menyediakan mikro kredit kepada golongan petani, tetapi produk ini tidak mendapat sambutan dari golongan petani terutamanya PKSP. Bagi merungkai faktor yang menyebabkan PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit dari perbankan Islam, kertas ini menggunakan konsep niat Al-Ghazali untuk mencapai dua objektif yang dikaji. Objektif pertama, menganalisis kesan sikap terhadap mikro kredit Islam, faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada niat menggunakan mikro kredit Islam. Objektif kedua, menganalisis kesan faktor halangan dan manfaat tanggapan kepada sikap terhadap mikro kredit Islam. Bagi memahami fenomena ini, kajian telah dilaksanakan di daerah Hilir Perak, Malaysia yang melibatkan seramai 362 orang PKSP. Data kajian yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan Structural Equation Modelling (SEM). Kertas ini mendapati faktor halangan dan sikap terhadap mikro kredit Islam signifikan mempengaruh niat menggunakan mikro kredit Islam, manakala manfaat tanggapan didapati tidak signifikan mempengaruhi niat. Kertas ini turut mendapati, pembentukkan sikap terhadap mikro kredit Islam hanya dipengaruhi oleh manfaat tanggapan. Kertas ini merumuskan bahawa, PKSP kurang berminat mengambil mikro kredit Islam untuk tujuan pertanian kerana ciri-ciri produk mikro kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam kurang menarik dan tidak kompetatif. Sehubungan dengan itu, kertas ini mencadangkan institusi perbankan Islam perlu menambah baik ciri-ciri produk mikro kredit serta menjalinkan hubungan rakan strategi dengan pemain industri yang lain bagi mengurangkan risiko dan seterusnya menawarkan produk mikro kredit yang kompetatif di pasaran
    corecore