31 research outputs found

    Kajian rintis pandangan kanak-kanak mengenai strategi pemasaran kempen anti-merokok di Pantai Dalam Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian rintis telah dilakukan di Kuala Lumpur dalam kalangan 30 orang kanak-kanak berumur 10-18 tahun bagi mengumpulkan pandangan mereka mengenai strategi pemasaran kempen anti-merokok. Hasil kajian menunjukkan kempen tersebut kurang berkesan mencegah kanak-kanak daripada merokok.Faktor-faktor yang menyebabkan kempen ini kurang berjaya mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak adalah kanak-kanak tidak merasa takut dengan poster dan gambar penyakit kritikal yang dipaparkan (60%), mereka dengan mudah boleh mendapatkan rokok (66%), serta kekurangan kerjasama semua sektor masyarakat dalam menyokong kempen ini (77%). Strategi pemasaran kempen anti-merokok dari aspek produk, harga, aksesibiliti, promosi, dasar sosial dan perkongsian komuniti perlu diperbaiki dan diberi penekanan seimbang untuk menjamin keberkesanan kempen secara komprehensi

    Konsep Jaringan dan Aplikasi Teori Jaringan Sosial ke dalam Jaringan Perkhidmatan Kebajikan Kanak-kanak

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan mengenai konsep jaringan sosial dan aplikasi Teori Jaringan Sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak. Konsep jaringan sosial yang dibincangkan dipecahkan kepada dua bahagian; iaitu konsep jaringan sosial dari aspek hubungan dan konsep jaringan sosial dari aspek struktur. Manakala, Teori Jaringan Sosial pula menerangkan empat perkara asas; iaitu jenis jaringan sosial, corak jaringan sosial, sistem jaringan sosial dan agihan jaringan sosial. Analisis dokumen yang dilakukan melalui sorotan literatur terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa jaringan sosial dibahagikan kepada tiga jenis; iaitu jaringan sosial formal, jaringan sosial tidak formal dan jaringan sosial bersepadu. Corak jaringan sosial pula dipecahkan kepada lima corak perhubungan; iaitu hubungan tidak berarah, hubungan berarah, hubungan secara simetri, hubungan melalui orang tengah dan juga sosiogram. Manakala, bagi agihan jaringan sosial, didapati terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi agihan jaringan sosial; iaitu objek atau pihak-pihak yang terlibat dalam jaringan yang terbina, penghubung ikatan jaringan, hubungan peranan, fungsi dan tanggungjawab antara objek/pihak yang terlibat dalam ikatan jaringan; serta arus (flow) dan pertukaran (exchange) dalam sistem jaringan

    Panoramic Mapping of Urban Social Sustainability: A 35-Year Bibliometric and Visualization Analysis

    Get PDF
    In recent years, ensuring social sustainability has been a global concern for sustainable urban development in both the academic arena and sustainability science. Many studies have been conducted in this area, but a bibliometric analysis has not yet been done previously. This study identified research streams and research hotspots in the urban social sustainability field based on a bibliometric analysis from 1985 to 2020, involving 1,623 documents from the Web of Science database. We used two software packages, Bibliometrix (Biblioshiny) and VOSviewer, for performance and science mapping analysis. The result showed that this research field is growing fast in multiple disciplines. In the publication trend analysis, we found significant changes since 2015. Analysis of leading countries and institutions revealed that developed countries are performing better than developing countries in producing publications on urban social sustainability. In the content analysis, we selected 214 documents and found that the survey method was the most used. Additionally, we found that 13.08 percent of papers (28 out of 214) used as many as 21 different theories, where ‘stakeholder theory,’ ‘planning theory,’ ‘theory of urbanism as a way of life,’ and ‘theory of good city form’ were significantly used. The findings of this study can assist researchers and practitioners by providing valuable insights into the research area of urban social sustainability

    Panoramic Mapping of Urban Social Sustainability: A 35-Year Bibliometric and Visualization Analysis

    Get PDF
    In recent years, ensuring social sustainability has been a global concern for sustainable urban development in both the academic arena and sustainability science. Many studies have been conducted in this area, but a bibliometric analysis has not yet been done previously. This study identified research streams and research hotspots in the urban social sustainability field based on a bibliometric analysis from 1985 to 2020, involving 1,623 documents from the Web of Science database. We used two software packages, Bibliometrix (Biblioshiny) and VOSviewer, for performance and science mapping analysis. The result showed that this research field is growing fast in multiple disciplines. In the publication trend analysis, we found significant changes since 2015. Analysis of leading countries and institutions revealed that developed countries are performing better than developing countries in producing publications on urban social sustainability. In the content analysis, we selected 214 documents and found that the survey method was the most used. Additionally, we found that 13.08 percent of papers (28 out of 214) used as many as 21 different theories, where ‘stakeholder theory,’ ‘planning theory,’ ‘theory of urbanism as a way of life,’ and ‘theory of good city form’ were significantly used. The findings of this study can assist researchers and practitioners by providing valuable insights into the research area of urban social sustainability

    Competency of Social Work Educators in Malaysian: A Way Forward

    Get PDF
    Social work educators’ competency is pivotal in promoting professional social work practices. Effective strategies may improve the competency among social work educators. This study gathered empirical data from a qualitative study conducted among 20 social work educators in Malaysian public universities. The paper derived the strategies from the findings of an in-depth interview. The findings prompt that continuous training, collaborative networking and legislative power are strategies highlighted by the respondents which will increase the competency among Malaysian social work educators. The strategies discussed in this paper will benefit the social work education and social work profession in Malaysia. The implementation of these strategies will give more recognition to social work as a profession and produce more competent and qualified social workers in resolving social issues which threatening the safety and well-being of society. Keywords: Social work educators, competency, training, networking, Social Work Ac

    Stigma sosial dan marginalisasi bekas banduan: konsep, implikasi dan tindakan intervensi

    Get PDF
    Semenjak tahun 2015, lebih daripada 100,000 orang banduan yang selesai menjalani hukuman penjara seluruh negara. Seperti terpapar dalam Jadual 9.1, tahun 2019 mencatatkan pembebasan yang tertinggi iaitu seramai 143,636 orang banduan (Jabatan Penjara Malaysia, 2020). Pembebasan bekas banduan sering membawa kepada persoalan terbesar sejauh manakah jumlah yang berjaya berintegrasi semula, berjaya mendapat kerja, diterima keluarga dan masyarakat. Saban tahun, jumlah pengulangan jenayah mencatatkan jumlah yang meningkat. Pada tahun 2019, mencatatkan seramai 15,410 orang pengulang laku jenayah. Hal ini menimbulkan kebimbangan apabila kegagalan bekas banduan berintegrasi semula. Proses integrasi semula yang sangat sukar disebabkan oleh pelbagai stigma sosial dan marginalisasi bekas banduan yang wujud sepanjang berada dalam kehidupan berkomuniti

    Three Major Interrelated Factors Contributing to Homelessness Issue among Former Prisoners in Malaysia

    Get PDF
    Homelessness issue among former prisoners in Malaysia upon their release is of great concern. Hence, this study aimed to identify the predominant factors influencing homelessness issue among former prisoners in Malaysia. Imprisonment is usually assumed to be a negative life event and can act as a hindrance for the former prisoner to successfully integrate after being freed from prison. Imprisonment and past criminal records are the biggest contributors to becoming homeless. This is a fact because imprisonment causes the former prisoners to lose his source of income, personal belongings, ability to seek shelter and personal relationships due to family rejection, addiction and unemployment. This study was based on the Ecological Model of Homeless by Nooe and Patterson. The selection of this model was considered appropriate and aligned with the objectives of the study which aimed to identify the factors that lead to the life of the homeless among former prisoners. In this study, nineteen former prisoners, regardless of the type of offence committed, were selected using the snowball sampling method and were interviewed. The findings revealed that family denial, unemployment, and drug addiction were the three major interrelated factors that contribute to the homelessness issue among the former prisoners during their reintegration process. Housing security is a risk factor of homelessness

    Pelaksanaan terapi tingkah laku kognitif dalam program pemulihan terapeutik berasas institusi untuk remaja hamil luar nikah

    Get PDF
    Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioral Therapy atau CBT) adalah satu komponen penting dalam pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks. CBT menstruktur semula kapasiti pemikiran mereka bagi mengawal tingkah laku antisosial mereka. Satu kajian kualitatif mendalam telah dilakukan di sebuah institusi awam kanak-kanak perempuan untuk meneliti praktis CBT. Seramai sepuluh orang remaja hamil luar nikah telah ditemu bual secara mendalam mengenai praktis CBT di dalam program pemulihan yang mereka ikuti. Kajian ini mendapati praktis CBT hanya terfokus kepada aktiviti berbentuk keagamaan, cenderung kepada program vokasional, ketiadaan program penambahan pengetahuan am, ketiadaan khidmat pakar terapi untuk melaksanakan prosedur CBT dan ketiadaan set protokol terapi rawatan.Dapatan-dapatan berkenaan kemudiannya mendorong kajian ini mencadangkan beberapa intervensi yang boleh membantu meningkatkan praktis CBT untuk pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks

    MEDIATION EFFECT OF KNOWLEDGE SHARING: A CASE STUDY OF MALAYSIAN NGO CULTURE AND EFFECTIVENESS

    Get PDF
    Referring to the resource-based view (RBV), this study aims to examine the mediating effect of knowledge sharing (KS) towards the relationship between organizational culture (OC) and NGO effectiveness (EE). In this study, a total of 190 participants from 19 NGOs in Klang Valley area, Malaysia, were approached with a questionnaire survey. This study only niches its focus on registered welfare and employment NGOs. A total of 144 valid responses were received (75.8 percent of response rate). Regression analysis was used to test the proposed model. The results revealed that KS serves as a partial mediator between OC and EE. The study makes methodological contribution by showing the effect of OC on EE and the role of KS as mediator from the context of Malaysian voluntary sector. Keywords: organizational culture, knowledge sharing, NGO, effectiveness, mediating effec

    Konsep residivisme: kekaburan definisi, pengukuran dan praktis

    Get PDF
    Kekaburan yang wujud pada pendefinisian konsep residivisme mewujudkan ketidakseragaman dalam pengukuran kadar pengulangan jenayah yang berlaku sehingga hari ini. Makalah ini merungkaikan implikasi kekaburan pelbagai variasi mengenai definisi konsep residivisme dalam mengukur kadar pengulangan jenayah, serta praktis intervensi yang diambil bagi menangani masalah ulang-laku jenayah di Malaysia. Makalah ini bertitik-tolak daripada sebuah kajian pengajian peringkat doktor falsafah oleh pengkaji pertama mengenai program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan untuk bekas banduan di Malaysia. Hasil penulisan makalah telah membawa kepada sebuah cadangan definisi residivisme yang lebih realistik dan sesuai dengan pengalaman para residivis dan praktis sistem pengadilan jenayah di Malaysia. Penelitian terhadap definisi dan pengukuran konsep residivisme ini mampu menyumbang kepada amalan intervensi yang efisien di dalam menangani isu-isu sosial berkaitan dengan masalah ulang-laku jenayah dalam kalangan para residivis di dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia
    corecore