57 research outputs found

    Konsep jihad ulama Melayu-Islam dalam Kitab Jawi terpilih: satu analisis

    Get PDF
    Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan kurang didedahkan. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis konsep jihad ulama Melayu-Islam yang terkandung dalam kitab Jawi terpilih. Hal ini perlu bagi membuktikan peranan ulama Melayu Islam dalam menyemarakkan semangat nasionalisme seperti yang terkandung dalam fakta sejarah karya-karya kitab Jawi tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, peranan ulama Melayu-Islam dalam kebangkitan menentang penjajah terbukti, khususnya Ashab Jawi. Fakta sejarah dalam kitab Jawi yang dipilih membuktikan hal ini walaupun peranan mereka sering ditenggelamkan oleh paparan sejarah tajaan British. Mereka menonjolkan tokoh feudal Melayu sebagai pejuang kemerdekaan terawal. Pandangan palsu ini wajib diperbetulkan demi menimbulkan kebenaran dan menunjukkan dimensi jihad ulama Melayu bercirikan semangat keagamaan dan nasionalisme

    MUZIUM MASJID SULTAN ABDULLAH PEKAN PAHANG DAN USAHA MEMPERKASAKAN PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA

    Get PDF
    Tulisan ini membahas tentang masjid yang berfungsi juga sebagai museum. Hal ini disandarkan pada pemiikiran bahwa pendidikan Islam moden akan menjadi lebih berkesan apabila digunakan melalui mekanisme muzium. Pengkaji moden telah mengakui hal ini sehingga mereka menekankan peri pentingnya diterapkan  pedagogi pendidikan berasaskan muzium. Keberkesanan ini berpunca daripada kelebihan pendidikan berasaskan muzium yang memungkinkan pengunjung memahami sesuatu fakta melalui pembuktian objek/artifak dan bukannya secara teori absrak sepertimana dipelajari di sekolah. Jadi, berasaskan pada latarbelakang ini, kajian ini akan melihat sumbangan MMSAPP (Muzium Masjid Sultan Abdullah Pekan Pahang) yang dianggap sebagai semi institusi pendidikan dalam memperkasakan pemikiran Islam. Sifatnya agak unik memandangkan MMSAPP adalah satu-satunya institusi muzium Islam yang membawa konsep muzium–masjid

    Negeri Melayu Pahang Tidak Dijajah: Satu Analisis Dokumen Perundangan Sehingga Triti 1948 [The Malay State of Pahang Was Not Colonized: An Analysis of Legal Documents Until The Treaty of 1948]

    Get PDF
    Pahang secara berasingan menandatangani triti untuk membentuk kerajaan sementara di Tanah Melayu pada tahun 1948. Sejarah Tanah Melayu seperti dipersembahkan dalam sistem pendidikan negara tidak mencerminkan fakta mengenai kedudukan Negeri Melayu termasuk Pahang yang diperintah oleh Sultan yang berdaulat. Pandangan popular itu mendakwa bahawa terdapat dua tempoh masa Negeri Melayu dijajah oleh British; pertama, selepas Perjanjian Pangkor 1874, dan kedua, apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946. Untuk tempoh yang panjang, negeri yang dijajah dikumpulkan secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang dan dokumen khusus negeri tersebut. Artikel ini menyiasat kedudukan Negeri Melayu Pahang dari tarikh triti pertamanya dengan British sehingga Triti 1948. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan metodologi sejarah undang-undang dan analisis kandungan berdasarkan sumber primer dengan menggunakan Kerangka Negeri Dijajah. Bukti berdasarkan aspek undang-undang adalah yang paling berwibawa untuk menjawab isu sama ada Negeri Melayu Pahang telah dijajah oleh British. Dapatan kajian mengesahkan bahawa kedaulatan Negeri Melayu Pahang terletak pada pemerintahannya mengikut adat Melayu. Triti Pahang 1948 memelihara kedaulatan rajanya dan memperkenalkan satu bentuk perlembagaan moden sekaligus menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, yang kemudiannya Malaysia. Pahang severally and jointly signed a treaty to form an interim government in Malaya in 1948. The history of Malaya, as presented in the country's education system, does not reflect the facts about the position of the Malay State vis. a vis. Pahang, which is ruled by the sovereign Sultan. The popular view claims that there were two periods of time when the Malay States were colonized by the British; first, after the Pangkor Treaty of 1874, and second, when the Malayan Union was introduced on 1 April 1946. For a long period, colonized states were aggregated arbitrarily without relying on legal provisions and documents of the particular states in question. This article investigates the position of the Malay State of Pahang from the date of its first treaty with the British until the Treaty of 1948. This study is qualitative using legal history methodology and content analysis based on premier sources by applying the Colonized State Framework Test. The evidence based on the legal aspect is the most authoritative to answer the issue of whether the Malay State of Pahang was colonized by the British. The findings affirm that the sovereignty of the Malay State of Pahang resides in its ruler according to Malay custom. Pahang Treaty of 1948 preserved the sovereignty of its ruler and introduced a modern form of constitution, hence becoming the foundation for the formation of the Federation of Malaya in 1957, which later Malaysia

    ISLAM DAN CABARAN SEKULARISME DI TANAH MELAYU: ANALISA KITAB JAWI TERPILIH

    Get PDF
    This paper investigates how the response of Malay Islamic intellectualism to the challenges of globalizing secularism. With the library approach, it can be emphasized that researchers have proven the eternal nature of classical Malay books in the face of the challenges of modernization that arise in society. This can be seen from the discussion about the issue of epistemology, world-view and changes in society in these books. In the estimation of the academic world, all of this evidence shows the ability of classical Malay books to solve the problems of the Islamic ummah, even though they were allegedly perceived as an old inheritance

    The Formation of Nationalism-Religious Country in Malaysia

    Get PDF
    After independence, efforts to reconstruct the history of ancient Malaysia recorded by colonial scholars have been made. However, there are still poor explanations. Therefore, the following studies are the study of the history of the Malay community in a new interpretation. The methods used in this study are phenomenological. With this method it was found that the process of independence of Malaya in 1957 did not take place in the short run by the British and its elite, but it took a long time and made little sacrifice. It started in the form of awareness by scholars of Malay nationalism itself which unfortunately has been forgotten or closed their role by chroniclers

    Malay Local Wisdom: An Analysis of Social History of the Malay Literary Saga Books

    Get PDF
    Kajian ini mengungkapkan bagaimana suatu episteme keilmuan Melayu muncul dalam konteks sosialnya. Dengan kajian literature kajian ini menemukan bahwa kesedaran masyarakat dunia tentang kearifan tempatan milik masyarakat peribumi bukan eropah boleh diisi dengan mengemukakan konsep kearifan tempatan berasaskan ilmu melayu Islam. Kemudian, konstruk dan formula kearifan tempatan Melayu memang agak unik kerana merupakan hasil adunan dan sentesis antara Islam dengan pemikiran Melayu. Ia agak dinamik dan masih terpakai hingga pada masa sekarang. Selanjutnya, kitab jawi memang merupakan produk kearifan tempatan Melayu Islam yang terpenting. Ia dapat dilihat daripada segi penciptaan tulisan jawi dan konstruk ilmu yang dibangunkan oleh ulama melayu silam. Ia merupakan warisan berharga yang perlu dijaga dan dikaji oleh generasi akan datang

    Muzium dan agenda counter islamophobia : satu analisis / Ahmad Farid Abd Jalal ... [et al.]

    Get PDF
    Masalah terbesar umat Islam semasa adalah membabitkan isu ekstremisme dalam beragama. Sejarahnya bermula apabila berlaku pertembungan nilai antara peradaban Islam dan barat. Barat melihat dunia Islam sebagai pencetus kepada agenda keganasan yang perlu ditentang secara habis-habisan. Tindak balas yang timbul terhadap isu ini menyebabkan lahirnya fenomena Islamofobia. Diakui bahawa masyarakat Islam, khususnya kalangan akadem ataupun memperbetulkan citra negatif ini. Hal ini dilakukan melalui medium pendidikan dan penyelidikan ilmiah. Artikel ini akan cuba melihat peranan muzium dalam usaha memperbetulkan citra negatif yang dibawa oleh Islamofobia tajaan barat. Fokus utama kajian akan diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh Muzium Masjid Sultan Abdullah di Pekan Pahang. Dengan memberikan penekanan terhadap isu-isu berkaitan identiti, agama dan global, uzium ini dilihat mampu menjadi pemangkin dalam menangani persoalan berkaitan salah faham terhadap Islam. Jelaslah bahawa, muzium mampu dalam membersihkan citra negatif Islamofobia melalui pameran yang dijalanka

    KITAB JAWI SEBAGAI KARYA KEARIFAN TEMPATAN MELAYU : ANALISIS SEJARAH INTELEKTUAL

    Get PDF
    This article examines the treasures of the Arabic Malay books (Kitab Jawi) which have a wealth of Malay local wisdom. There are three important aspects of the contents of the Malay books discussed in this article, namely: (1) uruf and Malay local wisdom; (2) the principle of Malay local wisdom formula and (3) proof of Kitab Jawi as Malay local wisdom that can be promoted at this time. The results of this study confirm several things. First, the awareness of the world community about local wisdom belonging to the community of the non-European may be filled by expressing the concept of local wisdom based on Islamic knowledge. Secondly, the constructs and formulas of Malay local wisdom are indeed rather unique because they are the result of the sentiment between Islam and Malay thought. Third, Kitab Jawi is indeed the most important product of local Malay Islamic wisdom. This can be seen in terms of the formation of Jawi writings and the constructs of science that were awakened by previous Malay scholars. Artikel ini mengkaji khazanah kitab-kitab Arab Melayu (Kitab Jawi) yang memiliki kekayaan akan kearifan lokal Melayu. Ada tiga aspek penting kandungan kitab-kitan Melayu yang dibahas dalam artikel ini, yaitu :  (1) uruf dan kearifan lokal Melayu; (2) asas formula kearifan lokal Melayu dan (3) pembuktian kitab jawi sebagai kearifan lokal Melayu yang bisa dipromisikan di masa ini. Hasil kajian ini menegaskan beberapa hal. Pertama, kesadaran masyarakat dunia tentang kearifan lokal milik masyarakat peribumi bukan Eropa boleh diisi dengan mengemukakan konsep kearifan lokal berasaskan ilmu melayu Islam. Kedua, konstruk dan formula kearifan lokal Melayu memang agak unik kerana merupakan hasil sentesis antara Islam dengan pemikiran Melayu. Ketiga, kitab jawi memang merupakan produk kearifan lokal Melayu Islam yang terpenting. Ini dapat dilihat dari segi pembentukan tulisan jawi dan konstruk ilmu yang dibangunkan oleh ulama melayu masa silam

    Artifak muzium sebagai cermin kepada world-view Melayu: kajian di Muzium Abu Bakar Pekan Pahang

    Get PDF
    Terdapat aksiom yang mengatakan artifak muzium adalah gambaran falsafah kehidupan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perpustakaan dan temu bual yang mengkaji tiga galeri di Muzium Abu Bakar Pekan Pahang iaitu Galeri Islam di Pahang, Galeri Kesultanan Melayu Pahang - Daulat Tuanku dan Galeri Kehambaan. Hasil penelitian ini mendapati tiga perkara utama. Pertama, kesemua galeri menggunakan falsafah pasca kolonial dalam pembinaan asasnya. Kedua, pemilihan artifak galeri menggunakan falsafah Islam iaitu Tauhid, Wasatiyyah, budaya ilmu dan Rationalistik. Ketiga, Galeri kesultanan Melayu Pahang dan galeri kehambaan mencerminkan sifat dominasi intelektual Islam dalam masyarakat Melayu. Kesemuanya menonjolkan elemen tempatan (Islamicate) yang cukup tinggi

    Kearifan ketatanegaraan dan gender Melayu Islam Pahang di Aceh: Satu analisa

    Get PDF
    Kajian ini akan melihat kearifan ketatanegaraan dan gender Melayu Islam Pahang yang dikesan penggunaannya di Aceh. Apa yang dibanggakan, pengaruh pemikiran Melayu Pahang dapat dikesan penggunaannya dalam kearifan ketatanegaraan dan gender di Aceh. Lebih bermakna lagi, kerana Aceh adalah kuasa besar di Alam Melayu suatu masa dahulu. Dalam sejarah mencatatkan bagaimana bahawa kitab ilmu Islam milik sarjana Aceh telah disebarkan ke seluruh jajahan empayar Aceh. Jadi, sedikit sebanyak idealism Melayu milik Pahang turut tersebar sama
    • …
    corecore