4 research outputs found

    [Knowledge of Arabic Teacher Technology and its Relationship with Teaching Creativity in Malaysia] Pengetahuan Teknologi Guru Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Kreativiti Pengajaran di Malaysia

    Get PDF
    This study is to investigate Technological Knowledge and its relationship to creativity in teaching. Technological Knowledge is one of the elements contained in the model of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) that have been introduced by Mishra and Koehler (2006). This model is used as the main reference for this research. Respondents in this study consisted of 530 Arabic teachers involving Peninsular Malaysia including Sabah and Sarawak. Quantitative research methods used and random sampling carried out for the collection of data. The data are analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20. The findings show that Technological Knowledge (mean = 3.72, SD = 0.42) is at medium-high level. The findings on creativity of teaching (mean = 4.08, SD = 0.38) is at high level. The findings also describe the positive relationship between Technological Knowledge and the creativity of teaching (r = .427, p < 0.01)Arabic in Malaysia is at low level. In conclusion, based on the finding clearly indicate that the Arabic language teachers in Malaysia have a good knowledge in Technological Knowledge and excellent knowledge in creativity of teaching. Keywords: Technological Knowledge, Technological Pedagogical Content Knowledge, Arabic language teacher, creativity of teaching.   Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab di Malaysia dan hubungannya dengan kreativiti pengajaran guru. Pengetahuan Teknologi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan atau dikenali dengan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra dan Koehler (2006). Model ini dijadikan kerangka asas kepada kajian ini. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 530 orang guru bahasa Arab di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak dijalankan bagi pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.72, SP = 0.423). Manakala kreativiti pengajaran guru pula berada pada tahap tinggi (Min = 4.08, SP = 0.384). Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara Pengetahuan Teknologi dengan kreativiti pengajaran guru (r = .427, p < 0.01) guru bahasa Arab di Malaysia. Kekuatan hubungan antara pemboleh ubah dikategorikan sebagai rendah. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia mempunyai pengetahuan yang baik dalam Pengetahuan Teknologi dan sangat baik dalam kreativiti pengajaran. Kata kunci: Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Guru Bahasa Arab, Kreativiti Pengajaran Guru

    CONTRIBUIÇÃO DO MODELO TPACK PARA O ENSINO DA CRIATIVIDADE ENTRE INSTRUTORES DE LÍNGUA ÁRABE NA MALÁSIA

    Get PDF
    The aim of this study was to contribution of the Tpack model toward teaching creativity among Arabic language instructors in Malaysia. The sample of this study involved 530 Arabic language teachers based on a population of 7,309. A quantitative approach and random sampling were preferred for data collection purposes. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) Vol. 21. While a regression test was conducted to identify the contribution of the Tpack model to Arabic instructors’ creativity. The outcomes of this study indicated that four main factors contribute to the creativity of teaching Arabic teachers in Malaysia. To further enhance creativity in teaching Arabic, it can be concluded from this study that Arabic language teachers in Malaysia need to concentrate on the four elements listed above. Because it is the primary driver of the creativity of Arabic language instructors in Malaysia, the emphasis on these four knowledge areas, particularly Pedagogical Knowledge, needs special attention.O objetivo deste estudo foi a contribuição do modelo de trilha para o ensino da criatividade entre os instrutores de língua árabe na Malásia. A amostra deste estudo envolveu 530 professores de língua árabe com base em uma população de 7.309. Uma abordagem quantitativa e amostragem aleatória foram preferidas para fins de coleta de dados. Os dados foram analisados usando o Statistical Package for Social Science (SPSS) Vol. 21. Enquanto um teste de regressão foi realizado para identificar a contribuição do modelo TPACK para a criatividade dos instrutores de árabe. Os resultados deste estudo indicaram que quatro fatores principais contribuem para a criatividade dos professores de ensino de árabe na Malásia. Para aumentar ainda mais a criatividade no ensino de árabe, pode-se concluir deste estudo que os professores de língua árabe na Malásia precisam se concentrar nos quatro elementos listados acima. Por ser o principal impulsionador da criatividade dos instrutores de língua árabe na Malásia, a ênfase nessas quatro áreas de conhecimento, particularmente o Conhecimento Pedagógico, precisa de atenção especial

    BI’AH LUGHAWIYYAH DAN PENCAPAIAN PELAJAR DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA: PERANAN SIKAP PELAJAR SEBAGAI MEDIATOR

    Get PDF
    Bi’ah lughawiyyah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia masih berada pada tahap rendah dan kurang memuaskan. Justeru, keperluan untuk mengkaji faktor – faktor penentu penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah sangat penting kerana penguasaan bahasa Arab merupakan petunjuk penting kepada kejayaan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengaruh bi’ah lughawiyyah terhadap pencapaian pelajar serta peranan sikap pelajar sebagai mediator dalam hubungan di antara bi’ah lughawiyyah dan pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan. Data kajian dikumpulkan dengan mengedarkan set soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada beberapa kajian terdahulu. Seramai 494 orang pelajar di lapan buah universiti awam Malaysia yang menawarkan kursus sarjana muda bahasa Arab terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bentuk iaitu analisis deskriptif statistik dan statistik inferensi. Kajian ini juga turut menjalankan analisis faktor iaitu analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA). Data kajian dianalisis dengan bantuan perisian SPSS dan perisian Structural Equation Modelling - Partial Least Square (Smart – PLS 3). Berdasarkan hasil analisis data, kajian ini menemukan bahawa bi’ah lughawiyyah (komponen psikososial dan fizikal) secara positif dan signifikan mempengaruhi pencapaian pelajar dan sikap pelajar berperanan sebagai mediator dalam hubungan di antara bi’ah lughawiyyah (komponen psikososial) dan pencapaian pelajar.   Kata Kunci: Bi’ah Lughawiyyah, mediator, pencapaian pelajar, sikap pelajar, universiti awam Malaysia   ABSTRACT Bi'ah lughawiyyah plays an important role in the process of teaching and learning to enhance Arabic language proficiency among students. Mastery of Arabic among Malaysian students is still low and unsatisfactory. Hence, the need to examine the determinants of Arabic language proficiency among students is very important because the mastery of Arabic is an important indicator of the success of the students. The purpose of this study was to investigate the influence of lughawiyyah on the student achievement and the role of the student as a mediator in the relationship between lyaawiyyah and student achievement. This study uses quantitative research methods in the form of cross sectional. The data were collected by distributing set of questionnaire adapted and modified from some previous studies. A total of 494 students in eight Malaysian public universities who offer Arabic undergraduate courses are involved in this study. The data analysis method used in this study consisted of two forms, namely statistical descriptive analysis and inferential statistics. This study also carried out factor analysis, namely factor exploration analysis (EFA) and factor validation analysis (CFA). The data were analyzed using SPSS-22 and Structural Equation Modeling - Partial Least Square (Smart - PLS 3). Based on the results of the data analysis, this study finds that bi'ah lughawiyyah (psychosocial and physical components) positively and significantly influences students 'achievement and students' attitude as mediators in the relationship between the lughawiyyah (psychosocial component) and student achievement.   Keywords: Bi’ah Lughawiyyah, Malaysian public university, mediator, student achievement, student attitude   Cite as: Zaid, C. M., Ismail, Z., Al Jarrah, M. I., Ab Majid, M. R., Othman, M. A., & Salleh, A. W. (2019). Bi’ah Lughawiyyah dan pencapaian pelajar di universiti awam Malaysia: Peranan sikap pelajar sebagai mediator [Bi’ah Lughawiyah and achievement of students at Malaysian public university: The role of students as a mediator]. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 70-100. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp70-10

    Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan kreativiti pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Arab di Malaysia / Mohammad Rusdi Ab Majid

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan hubungannya dengan kreativiti pengajaran guru. Model Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dijadikan landasan utama untuk penyelidikan ini. PTPK terbahagi kepada tujuh komponen utama iaitu Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Pedagogi (PP), Pengetahuan Kandungan (PK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Lima soalan kajian telah dibina bagi keseluruhan penyelidikan ini. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Responden kajian ini terdiri daripada 530 orang guru bahasa Arab daripada populasi berjumlah 7,309 yang telah dilantik dan sedang mengajar mata pelajaran bahasa Arab di sekolah yang terpilih. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan soal selidik Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler (2006), Denise A. Schmidt (2009) dan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Zahra Hosseini (2012) yang telah diubahsuai dan mendapat kesahan sekumpulan 10 pakar serta kebolehpercayaan dengan nilai Alpha Cronbach .93 dalam kajian rintis. Kesahan soal selidik juga diperoleh melalui ujian pengesahan faktor analisis (CF). Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan hanya Pengetahuan Pedagogi (PP) berada pada tahap tinggi. Manakala selebihnya iaitu Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Kandungan (PK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian bagi kreativiti pengajaran pula menunjukkan elemen motivasi dan persekitaran berada pada tahap tinggi dan elemen gaya pemikiran berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhan kreativiti pengajaran guru berada pada tahap tinggi. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara semua komponen yang terdapat dalam Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Dapatan juga menjelaskan wujud hubungan yang positif dan signifikan antara komponen Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dengan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Dapatan kajian menjelaskan Pengetahuan Pedagogi (PP) merupakan penyumbang utama kepada kreativiti pengajaran guru disamping Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP) sebagai faktor penyumbang seterusnya. Sementara itu kajian juga menunjukkan Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK) dan Pengetahuan Kandungan (PK) bukanlah penyumbang kepada kreativiti pengajaran bahasa Arab
    corecore