114 research outputs found

    Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 36 orang kanak-kanak tabika Kemas yang dipilih secara 'persampelan rawak berlapis' daripada 3 buah tabika Kemas, iaitu Tabika Kenari, Tabika Ibnu Sina, dan Tabika Harapan Murni dan Tadika AI-Hafiz, Kajang. Dalam kajian ini, teori Relevans (1986, 1995), telah digandingkan dengan kerangka analisis perbualan Schlobinski (1996), untuk membincangkan gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu dan menginterpretasi penggunaan ironi dan metafora dalam ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil kajian mendapati kanak-kanak mencetuskan gangguan dengan tujuan menyampaikan maklumat, menambahkan maklumat, mendapatkan giliran bertutur dan melahirkan perasaan simpati. Namun, terdapat juga gangguan yang dicetuskan oleh kanak-kanak untuk menyatakan bantahan dan mencetuskan konflik. Selaln itu, kajian juga mendapati penggunaan bahasa yang ironi dan metafora digunakan untuk menyampaikan idea, sindiran, dan konsep-konsep yang relevan mengikut konteksnya. Penggunaan ironi dan metafora turut menyerlahkan darjah kefahaman interpretif antara penutur dan pendengar bagi membolehkan komunikasi berjalan lancar. Dapatan kajian juga menunjukkan konteks dan kognisi berperanan dalam komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak menyampaikan maklumat yang terkandung dalam kognisi mereka mengikut konteks yang relevan. Konteks juga turut berfungsi menetapkan makna ujaran itu. Seterusnya penggunaan Rangka Rujuk Silang pula didapati dapat mengesan elipsis kata ganti nama diri (KGND), dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Oleh yang demikian, pendekatan pragmatik didapati berwibawa dalam menginterpretasi makna ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil gabungan teori Relevans dan kerangka analisls perbualan Schlobinski didapati telah menghasilkan dapatan kajian yang jitu tentang makna ujaran dan tingkah laku kanak-kanak Melayu ketika mereka berkomumkasi. Teori Relevans berwibawa kerana teori ini menekankan kepentingan konteks dan kognisi dalam menginterpretasi makna ujaran

    Penggunaan Bahasa dalam Pertuturan Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa dalam pertuturan kanak-kanak MeJayu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 25 orang kanak-kanak tabika yang dipilih secara rawak daripada 4 buah tabika Kemas. Tabika Kemas yang dipilih ialah Tabika Kenari, Tabika Ibnu Sina, Tabika Wawasan, dan Tabika Harapan Murni. Dalam tesis ini, teori Relevans dengan gagasan konteks, kesan konteks, dan kos proses digunakan untuk menganalisis makna ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya kekaburan dalam penggunaan kata ganti nama diri (KGND) 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. KGND 'dia' digunakan sebanyak 70.4% (95 daripada 135 ujaran) untuk merujuk orang ketiga [+manusia]. Manakala dalam konteks 'relevan', KGND 'dia' digunakan untuk merujuk benda bukan manusia [-manusia]. Hal ini terbukti dalam 40 daripada 135 ujaran (29.6%). Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya kekaburan dalam penggunaan KGND 'kita'. 'Kita' didapati lebih banyak digunakan sebagai KGND pertama mufrad, iaitu sebanyak 76.4% (110 daripada 144 ujaran). Dalam konteks yang sama, 'kita' juga digunakan sebagai KGND pertama jamak, iaitu sebanyak 34 daripada 144 ujaran (23.6%). Namun, kekaburan yang wujud dalam penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' ini dapat diselesaikan dengan menggunakan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang terkandung dalam teori Relevans. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan kanak-kanak Melayu dapat membina konsep yang mereka amati daripada konteks, kemudian dilahirkan melalui kata bandingan semacam. Penggunaan kata bandingan semacam yang terdapat dalam pertuturan kanak-kanak Melayu rnenyerlahkan tahap kematangan, kognisi, input pengalaman, alam persekitaran, dan sosiobudaya penuturya. Hasil kajian juga menunjukkan konteks berfungsi menetapkan makna bagi perkataan yang kanak-kanak gunakan dalam pertuturan mereka. Pendekatan pragmatik dianggap wajar digunakan untuk menginterpretasi kekaburan makna ujaran kanak-kanak Melayu. Sekali gus hal ini membuktikan bahawa teori Relevans ialah satu teori yang berwibawa dalam memberikan satu interpretasi makna yang relevan kerana teori ini menekankan kepentingan konteks dan kognisi

    Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa

    Get PDF
    Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti dalam kehidupan, menghuraikan bentuk bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan realiti dalam kehidupan dan realiti kehidupan yang diungkapkan dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis teks. Sebanyak empat Laporan dan rencana Bajet 2018 yang dimuat turun daripada laman sesawang dijadikan bahan kajian. Laporan dan rencana berkaitan Bajet 2018 ini seterusnya dianalisis beralaskan teori Semantik Umum. Hasil kajian mendapati bahasa yang digunakan dalam rencana Bajet 2018 dapat menggambarkan realiti kehidupan dan begitu juga sebaliknya. Penggunaan frasa, ‘berita gembira’ (Data 1), ‘ekonomi tengah tak sedap’, (Data 2), ‘menyentuh terus nukleus’ (Data 3), ‘mencari modal baharu’ (Data 4) dan ‘bajet inklusif’ (Data 6) telah menggambarkan realiti kehidupan dalam bahasa Melayu melalui elemen entiti, rujukan, ruang dan masa. Sementara itu, penggunaan ungkapan sinis ‘manis di mulut’ (Data 3), ‘mengorek kelompongan’ ‘modal mereka ke hulu ke hilir’ dan ‘mencari modal baharu’ (Data 4) memperlihatkan realiti dalam kehidupan dari segi rujukan dan persepsi. Seterusnya, penggunaan frasa ‘ekonomi tengah tak sedap’, ‘terasa terhimpit’ serta ‘mencari dan membuka peluang’ memperlihatkan satu rujukan yang berkaitan dengan realiti kehidupan masa kini. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa aplikasi Semantik Umum dalam kajian ini telah dapat membuktikan bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa

    Nilai pendidikan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam pantun dan peribahasa Melayu

    Get PDF
    Pantun dan Peribahasa Melayu mengungkapkan nilai kemasyarakatan, nilai ekonomi, nilai ilmu keagamaan dan nilai pendidikan. Kedua-dua warisan bangsa ini b e g i t u s i n o n i m d e n g a n p e m i k i r a n d a n k e b u d a y a a n masyarakat Melayu, namun kajian terperinci tentang kedua-dua genre ini belum menyeluruh. Justeru tujuan makalah ini adalah untuk mengenal pasti elemen yang mempamerkan nilai pendidikan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu yang terdapat dalam pantun dan peribahasa Melayu dan menjelaskan sejauh manakah elemen yang terdapat dalam pantun dan peribahasa Melayu dapat menyingkap nilai falsafah bangsa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual. Sebanyak 10 orang responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data pantun dipilih daripada buku Kurik-kurik Kundi Merah Saga manakala data peribahasa dipilih daripada buku Peribahasa Melayu – Penelitian Nilai dan Makna. Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif menggunakan teori beralas (Grounded Theory) dengan berlandaskan pendekatan etnometodologi, teori Kognitif-Konstruktiviti dan pendekatan pragmatik. Hasil kajian mendapati aspek leksikal yang digunakan dalam pantun dan peribahasa jelas mencerminkan aspek pengetahuan, pemikiran, dan falsafah bangsa Melayu. Malahan bentuk bahasa yang diungkapkan dalam pantun dan peribahasa turut mempamerkan nilai pendidikan dan kebijaksanaan bangsa Melayu

    Struktur Bahasa dalam Situasi Banjir di Kelantan dari Sudut Lakuan Pertuturan

    Get PDF
    Artikel ini berfokus pada kajian struktur bahasa dalam situasi banjir oleh masyarkat luar Bandar di Manik Urai, Kelantan. Secara khususnya, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti struktur bahasa yang lazim digunakan oleh masyarakat luar Bandar dalam situasi banjir untuk memberikan maklumat kepada pendengar. Selain itu, kajian ini juga melihat aplikasi metodologi linguistic dalam situasi banjir dengan menggunakan teori lakuan bahasa oleh Searle (1969). Pengstrukturan lakuan bahasa ini dipilih berdasarkan kepersisiannya memperinci dan menghuraikan berpandukan ketegori lakuan bahasa seperti pernyataan (representatives), arahan (directives), perjanjian (commissives), ekspresif (expresives) dan pengisytiharan (declaratives). Bagi kajian ini, satu video mengenai situasi banjir dipilih dan telah ditranskripkan untuk melihat adanya struktur bahasa pertuturan masyarakat luar Bandar dalam situasi banjir. Daripada hasil kajian didapati kesemua lakuan bahasa ada struktur bahasanya yang tersendiri. Kajian ini difikirkan amat bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat pembaca dan pengkaji bahasa, terutama mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN: antara realiti dengan hambatan

    Get PDF
    Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang statik tetapi ialah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan zaman. Kini bahasa Melayu sedang mengorak langkah untuk menjadi bahasa rasmi ASEAN. Justeru, makalah ini akan membincangkan realiti bahasa Melayu sebagai bahasa utama di ASEAN. Kedua, menghuraikan isu yang menjadi hambatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini dijalankan menggunakan kaedah temu bual dan tinjauan. Sebanyak 160 orang pelajar institusi pengajian tinggi telah dipilih sebagai responden menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN memperlihatkan satu realiti berdasarkan sejarah bahasa Melayu, yang berkembang dengan pesat dan berperanan sebagai bahasa untuk mengungkapkan ilmu dalam pelbagai bidang, bahasa lingua franca di rantau ASEAN, dan bahasa Melayu sudah terbukti mempunyai kekuatan dalam sejarah peradaban bangsa Melayu di rantau ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai hambatan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN. Antara hambatan itu adalah kurangnya jati diri bangsa Malaysia terhadap bahasa Melayu, keraguan bangsa Malaysia terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menyaingi bahasa Inggeris dalam beberapa domain ilmu pengetahuan moden, dan kemampuan bahasa Inggeris dalam bidang perniagaan dan perdagangan pada peringkat ASEAN dan antarabangsa. Hal ini terjadi kerana 80% responden berpendapat bahawa bahasa Melayu telah tidak dilaksanakan peranannya untuk tujuan intelektual di negara ini, dan 63% responden berpendapat bahawa hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu diragui keupayaannya sebagai bahasa rasmi ASEAN. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam siaran media juga memperlihatkan penggunaan struktur ayat yang tidak tepat dan ayat yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kesimpulannya, bahasa Melayu ialah bahasa akar kepada bahasa Melayu di Nusantara dan juga di rantau ASEAN. Justeru untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, usaha merealisasikannya perlu dilakukan dengan bijak dan berani. Pendek kata perlu ada usaha kerjasama antara pihak kerajaan dengan rakyat agar bahasa Melayu dapat memenuhi strategik untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN

    Penguasaan kosa kata dan kemampuan membina ayat bahasa Thai

    Get PDF
    This study was conducted to identify the vocabulary mastery and ability to construct sentences Thai language by students of Universiti Putra Malaysia (UPM). A total of 41 students who attended the Thai Language Proficiency Course Level One has been selected as the sample using purposive sampling technique. A research tool BBT Final Exam questions (Part III and Part IV). Data were analyzed using error analysis approach. The study found that students can master the vocabulary and can construct Thai sentences using correct grammar structure. In addition, the structure of the first language students also affects language-learning Thai as a foreign language at the Universiti Putra Malaysia

    Implisit Judul Berita Pilihan Raya Umum Ke-14

    Get PDF
    Kemenangan parti pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 telah memecahkan tampuk pimpinan kerajaan lama yang telah memerintah selama 60 tahun. Pelbagai isu mengenai pilihan raya umum disiarkan menerusi media massa terutamanya media cetak. Media cetak seperti surat khabar juga tidak terlepas daripada menyiarkan pelbagai judul berita yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa judul berita yang ditulis menggunakan perkataan yang mempunyai makna implisit. Penggunaan perkataan yang mempunyai makna implisit ini akan menyukarkan pembaca untuk memahami judul yang dipaparkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkataan implisit yang terdapat dalam judul berita PRU ke-14. Kaedah yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini ialah kaedah kualitatif. Selain itu, bahan kajian yang digunakan ialah surat khabar Berita Harian keluaran bulan April dan Mei bagi tahun 2018. Namun, berita yang dipilih hanya berfokus kepada berita PRU ke-14 yang mempunyai perkataan implisit sahaja. Setiap data yang dikumpul akan dikateorikan mengikut bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Data yang telah dikategorikan akan dianalisis dengan menggunakan teori semiotik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat 28 judul berita PRU ke-14 yang menggunakan perkataan implisit. Kebanyakan perkataan implisit ini terdiri daripada kata majmuk iaitu sebanyak 18 judul, diikuti kata tunggal sebanyak 8 judul dan kata terbitan sebanyak 2 judul. Penggunaan perkataan implisit ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pembaca supaya membaca berita yang disiarkan. Justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa berita bergenre politik juga turut menggunakan perkataan implisit dalam penulisan judul berita

    Bentuk, Fungsi, dan Distribusi Reduplikasi Kata Benda Bahasa Melayu dan Bahasa Jepang

    Get PDF
    Reduplication is a process of multiplying words in which many new words can be generated, and the process has a lexical function that can maintain the class-maintaining or class-changing (word-changing) of a word, as asserted by Asmah (2001: 17-35) that “Reduplication has a lexical function; that is to say it derives new words from the root-forms’’. This study aims to make reduplication of contrasting qualitative descriptive nouns existing in languages other than English and Japanese. The comparisons were carried out between the two languages aiming to examine similarities and differences in function or reduplication of nouns in both Malay and Japanese. The data were taken from the libraries, such as Takayama (2012), Osato (2013), Kobayakawa (2004), Tamura (1991) and Matsumoto (2009) for the Japanese, and Asmah (1975) and Abdullah (1974) for the Malay, and analyzed by comparing elements of similarities and differences existing in both languages. Among the interesting findings is the name word “hito” (person) in Japanese to “hito-bito” (people), showing the change of consonant / h / to / b / in its first syllable, which can be categorized as reduplication with the change of sound. Likewise with Malay, there is a change in the consonant sounds in “lauk pauk”, in which / l / becomes /p/ and in “sayur-mayur” / s / becomes / m / when pluralized

    Pentafsiran makna dalam ujaran saling memahami

    Get PDF
    Ujaran merupakan satu bentuk bahasa baik kata, perkataan, frasa, ayat atau jujukan ayat oleh seseorang penutur semasa sesuatu peristiwa. Hal ini juga terpancar dalam ujaran-ujaran saling memahami yang terdapatdalam filem Melayu sesuai dengan konteks budaya. Disebabkan kajian ujaran saling memahami menggunakan filem belum banyak dijalankan, justeru kajian ini adalah untuk mengenal pasti maklumat linguistik dalam ujaran saling memahami dalam filem Melayu terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kepustakaan dan dokumen.Data kajian terdiri daripada ujaran-ujaran dalam filem Melayu terpilih. Sebanyak tiga buah filem dipilih, iaitu filem ‘Lancang Kuning’, ‘Semerah Padi’ dan ‘Munafik’ dijadikan bahan kajian.Pemilihan data filem ini adalah menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk kualitatif. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ujaran ekplikatur dan implikatur dapat difahami oleh pendengar. Hal ini disebabkan oleh faktor konteks dan kesan kognitif yang melatari sesuatu komunikasi yang membantu pendengar memahami makna ujaran. Hubungan resiprokal saling memahami dipengaruhi oleh maklumat linguistik dan usaha memproses maklumat tersebut
    corecore