28 research outputs found

    Analisis pemilikan bermanfaat dalam kewangan Islam berdasarkan kaedah tarjih bayn al-asl wa al-zahir

    Get PDF
    Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap tidak mengikut piawaian pemilikan dalam syariah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat dari perspektif undang-undang dan Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikian bermanfaat. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deduktif dan deskriptif untuk melakukan tarjih. Dapatan kajian ini menunjukkan pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada institusi kewangan Islam dalam menstruktur produk yang patuh Syariah

    Deemed Consent in Islamic Banking from Contract Law Perspective: A Sharia Analysis

    Get PDF
    This paper is specifically focusing on the issue of deemed consent as applied in modern Islamic financial contracts. It has been recognized by some scholars and rejected by others. The purpose of this study is to examine the meaning of deemed consent in contract law and its recognition from the Sharia point of view. It begins with examining the meaning of sighah and deemed consent from civil law as well as Islamic law perspective and followed by the analysis of the effect of silence in the validity of acceptance in Islamic law of contract. The approach that is applied in this study is qualitative research in nature, with regards to documentation and secondary sources by reviewing and analyzing the fiqhi perspective of consent and silence in Islamic law; by taking into consideration current practice of financial industry. The findings of the study are that deemed consent in the law can be considered as an acceptance. It is understood by the buyer indicating his consent to the sale by his conduct or silence. Generally, absolute silence in banking transactions is not an acceptance, but that there must be evidences or clues indicating the consent of customers. As such the non-absolute silence can be considered as acceptance in the Islamic law by taking into consideration some Sharia parameters proposed in this study. Interestingly, this idea is also shared by the Common law. Accordingly, based on the analysis conducted in this study, tacit acceptance, or implied acceptance is one of the means of expressing contemporary consent that can be applied. This study develops Sharia parameters consisting of five items as important guidelines in applying deemed consent in the Islamic banking

    Kepentingan faktor fasād al-zamān dalam penetapan hukum ijtihādī

    Get PDF
    Penetapan sesuatu hukum syarak boleh dipengaruhi oleh faktor fasād al-zamān sehinggakan banyak hukum yang berubah disebabkannya. Namun begitu, kesamaran tentang rangkuman makna di sebalik istilah dan kepentingannya menimbulkan persoalan tentang akhlak bagaimakah yang disifatkan sebagai fasād al-zamān dan kedudukannya dalam usul fiqh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep fasād al-zamān dan kepentingan mengambil kiranya dari perspektif usul fiqh. Kajian ini berasaskan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa fasād al-ẓamān merujuk kepada kesemua keadaan kerosakan akhlak, kehakisan sifat warak serta kerapuhan pegangan agama masyarakat secara menyeluruh dan umum tanpa mengkhususkan akhlak-akhlak tertentu. Selain itu, kajian juga mendapati kepentingan fasād al-zamān sebagai satu faktor kepada dalil istiṣlāh (maṣlahah mursalah) khususnya dalam mengubah dan mentarjih hukum syarak tertentu iaitu hukum-hukum furuk yang berasaskan kepada qiyās dan maṣlahah

    Analisis hukum pembayaran ex-gratia di syarikat takaful

    Get PDF
    Ex-gratia ialah satu bentuk pembayaran secara sukarela oleh pihak syarikat takaful atau insurans berdasarkan pertimbangan dan justifikasi tertentu walaupun tidak termaktub dalam terma dan syarat. Walaubagaimanapun, amalan pembayaran dalam takaful berbeza daripada insurans kerana dana takaful terbahagi kepada dana risiko (tabarru’) dan dana pemegang saham. Terdapat persoalan adakah pembayaran ex-gratia boleh diambil daripada dana risiko. Ini kerana pihak syarikat takaful merupakan wakil kepada peserta-peserta dalam menguruskan dana risiko. Wakil secara umumnya hendaklah bertindak untuk kepentingan muwakkil. Justeru, kajian ini mengupas amalan pembayaran ex-gratia di beberapa syarikat takaful terpilih. Data diperolehi melalui analisis dokumen dan temubual. Seterusnya ia dianalisis secara tematik dan deskriptif. Dapatan kajian ini mendapati terdapat perbezaan amalan di beberapa syarikat takaful dari perspektif sumber dana yang diambil bagi pembayaran ex-gratia. Akad wakalah antara syarikat dan peserta berkaitan pengurusan dana risiko menjadi asas kepada perbahasan takyif fiqhi pembayaran berkenaan. Hasil juga menunjukkan perlu dibangunkan satu parameter syariah berkaitan pembayaran ex-gratia dalam konteks takaful

    Konsep pemilikan dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah di Perbankan Islam serta kesannya kepada akad hibah

    Get PDF
    Pemilikan merupakan aspek penting untuk menentukan keupayaan melakukan kepelbagaian urusniaga terhadap aset yang dimiliki oleh sesuatu entiti. Perkembangan insitusi kewangan Islam yang semakin rancak telah menyaksikan berlakunya kepelbagaian akad pendasar dalam sesuatu kontrak pembiayaan yang memberi kesan kepada aspek pemilikan terhadap pelanggan dan juga insitusi kewangan Islam. Majoriti fuqaha’ berpandangan seseorang individu tersebut perlu memiliki pemilikan secara sempurna terhadap aset bagi memastikan kesahan sebarang urusan muamalat seperti jual beli dan hibah mengikut persepektif syarak. Pada masa kini, sebahagian besar umat Islam di Malaysia memiliki aset perumahan dan kenderaan melalui pembiayaan yang diperolehi daripada insitusi kewangan Islam yang memakan masa berpuluh tahun untuk melunaskan baki pembayaran. Melalui kontrak pembiayaan tersebut, timbulnya isu sekiranya pemilik berhajat untuk menghibahkan aset yang masih dalam tempoh pembiayaan. Justeru, kertas kerja ini bertujuan merungkai sejauhmana akad hibah tersebut sah untuk dilakukan berdasarkan konsep pemilikan yang terdapat dalam produk pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah yang ditawarkan oleh insitusi kewangan Islam. Kajian ini dilakukan melalui metode kualitatif yang menggunakan analisis kandungan untuk menjelaskan impak konsep pemilikan dalam produk pembiayaan perumahan dan kenderaan terhadap akad hibah. Hasil kajian mendapati bahawa insitusi kewangan Islam merupakan pemilik sebenar terhadap aset yang dibiayai melalui akad sewaan dan implikasinya menyebabkan penghibahan aset yang dilakukan dalam tempoh pembiayaan tersebut adalah tidak harus di sisi syarak

    Mapping the common law concept of misrepresentation in contract under the Islamic Law

    Get PDF
    Misrepresentation is the act of making a fraudulent misrepresentation by a party or parties to a contract to influence the other party to enter into a contract. This concept, which originated from common law, is applied in almost all Commonwealth countries, including Malaysia. The legal provisions in place to prevent misrepresentation in a contract are based on contract law theory. However, this misrepresentation concept has not been explicitly discussed from the Islamic Law perspective. Therefore, this study aims to identify the common law concept of misrepresentation in the contract law theory from the Islamic law perspective. The methodology used in this study is library research of the qualitative method. The study found that although the concept of misrepresentation is not visibly discussed in Islamic Law, however, the subjects of taghrīr would be considered to be the closest to misrepresentation

    Perbandingan Pengurusan Zakat di Kabupaten Bengkalis dan Lembaga Zakat Selangor

    Get PDF
    Zakat merupakan rukun Islam yang terpenting untuk meningkatkan ekonomi di sebuah Negara. Sejak Indonesia menjadi negara merdeka, pengurusan zakat telah dibuat, namun dari segi keberkesanannya masih belum optimal, maka Pemerintah Pusat melakukan perubahan dengan cara menubuhkan Lembaga-Lembaga zakat di tingkat Propinsi dan Kabupaten. Penubuhan Lembaga Zakat di tingkat Kabupaten dibuat sejak ditubuhkan peraturan tentang pengurusan zakat di Kabupaten pada tahun 1999 no 38. Permasalahannya, pengurusan zakat yang ada di Kabupaten Bengkalis belum berjalan dengan baik, sehingga menjejaskan tahap ketidakpedulian masyarakat dalam membayar zakat. Ini berbeza daripada Lembaga Zakat Selangor di mana setiap tahunnya sering berlaku peningkatan kualiti dalam pengurusan zakat, sehingga masyarakat mampu membayar zakat secara langsung ke Lembaga tersebut. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk menjelaskan tentang perbandingan pengurusan zakat di Kabupaten Bengkalis dan pengurusan zakat di Lembaga Zakat Selangor. Kajian ini dibuat dengan menggunakan metode analisis data dan interview. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap pengurusan di Kabupaten Bengkalis masih belum efisen sementara tahap pengurusan Zakat di Lembaga Selangor lebih efisen

    Analisis konsep ganjaran di dalam sistem transaksi matawang digital menurut perspektif Islam

    Get PDF
    Konsep ganjaran yang digunakan dalam sistem transaksi blockchain merupakan salah satu komponen penting yang wujud dalam sistem transaksi ini. Fungsi ganjaran ini diwujudkan bagi memastikan kelangsungan sistem ini terjamin dengan cara memberikan sejumlah ganjaran kepada pihak yang terlibat dengan proses operasi sistem ini sebagai imbalan kepada usaha mereka. Pelbagai pandangan serta pendapat yang diberikan oleh ramai ilmuwan dalam menentukan status penggunaan sistem ini menurut pandangan Islam. Namun jawapan-jawapan yang diberikan tidak dapat memberikan secara terperinci mengenai beberapa isu yang masih berlegar sekitar masalah ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji isu berkenaan pandangan syariah terhadap konsep ganjaran yang digunakan khususnya dalam kerangka operasi yang menggunakan protokol proof of work dan proof of stake. Selain itu, kajian ini turut menganalisis berkenaan status gharar yang dibangkitkan oleh sebahagian ilmuwan terhadap sistem ini. Dengan menyelesaikan isu yang dibangkitkan ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu untuk memberikan pencerahan kepada kedudukan hukum sistem ini menurut perspektif Islam

    A new breed of Islamic accountants and their role in Islamic institutions

    Get PDF
    Accountants and accounting have played a very crucial role in Muslim societies. Accountants who were known as al-Katib or al-Muhasib, held very prestigious positions in Islamic institutions. The purpose of this paper is to discuss accountability of accountants from Islamic perspective. Then, this paper attempts to explain the role of Islamic accountants as a new demanded profession in Islamic institutions in order to meet the objective of Shariah

    Commodity murabahah deposits in Islamic banking: an easy way out

    Get PDF
    Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) membezakan secara jelas antara akaun deposit dan akaun pelaburan Islam berdasarkan kontrak Syariah yang digunakan. Produk yang berasaskan prinsip Syariah dengan ciri-ciri yang tidak dijamin prinsipal diklasifikasikan sebagai akaun pelaburan, manakala produk yang dijamin prinsipal adalah akaun deposit. Memandangkan penandaan ini, makalah ini bertujuan untuk menonjolkan reaksi institusi kewangan Islam (IFI) dari segi penawaran produk untuk membuat penyelarasan dengan peraturan baru ini. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah pendekatan kualitatif di mana penulis memperoleh data dan maklumat dari artikel, jurnal, penerbitan penyelidikan dan dokumen bertulis lain. Kajian empirikal menunjukkan bahawa IFI telah berpindah dari produk kontrak Shariah berasaskan pelaburan kepada produk deposit berasaskan komoditi murabahah atau tawarruq. Komoditi murabahah telah menjadi satu bentuk teknik perbankan Islam yang sangat biasa di Malaysia, yang kebanyakannya digunakan dalam penyediaan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan peribadi, pengguna dan perdagangan serta produk deposit, sebagai tambahan kepada penstrukturan sukuk dan untuk tujuan pengurusan kecairan. Walau bagaimanapun, rasional perdagangan komoditi pendasar yang berlaku dan kewujudan unsur wakalah yang membawa kepada tatacara yang jelas dalam urus niaga tersebut telah menyebabkan kebimbangan mengenai tindak balas industri terhadap keperluan IFSA
    corecore