Analisis hukum pembayaran ex-gratia di syarikat takaful

Abstract

Ex-gratia ialah satu bentuk pembayaran secara sukarela oleh pihak syarikat takaful atau insurans berdasarkan pertimbangan dan justifikasi tertentu walaupun tidak termaktub dalam terma dan syarat. Walaubagaimanapun, amalan pembayaran dalam takaful berbeza daripada insurans kerana dana takaful terbahagi kepada dana risiko (tabarruโ€™) dan dana pemegang saham. Terdapat persoalan adakah pembayaran ex-gratia boleh diambil daripada dana risiko. Ini kerana pihak syarikat takaful merupakan wakil kepada peserta-peserta dalam menguruskan dana risiko. Wakil secara umumnya hendaklah bertindak untuk kepentingan muwakkil. Justeru, kajian ini mengupas amalan pembayaran ex-gratia di beberapa syarikat takaful terpilih. Data diperolehi melalui analisis dokumen dan temubual. Seterusnya ia dianalisis secara tematik dan deskriptif. Dapatan kajian ini mendapati terdapat perbezaan amalan di beberapa syarikat takaful dari perspektif sumber dana yang diambil bagi pembayaran ex-gratia. Akad wakalah antara syarikat dan peserta berkaitan pengurusan dana risiko menjadi asas kepada perbahasan takyif fiqhi pembayaran berkenaan. Hasil juga menunjukkan perlu dibangunkan satu parameter syariah berkaitan pembayaran ex-gratia dalam konteks takaful

    Similar works