17 research outputs found

    Amalan Dan Cabaran Mengamalkan Nilai Dan Etika Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

    Get PDF
    Elemen nilai dan etika dilihat sebagai faktor penting dalam pengekalan kompetensi praktis profesional kerja sosial. Ahli akademik dan pengamal kerja sosial telah berusaha membangunkan kaedah bagi mengekalkan nilai dan etika dalam profesion ini sejak mula kemunculan bidang ini lagi. Kajian ini merupakan satu kajian awal dalam konteks nilai dan etika dalam kerja sosial di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan dan cabaran dalam mempraktikkan nilai dan etika kerja sosial dalam kalangan pekerja kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Antara objektif kajian ialah untuk menentukan sama ada pekerja kebajikan mengamalkan nilai dan etika kerja sosial serta mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dalam mempraktikkannya. Kaedah kajian adalah berbentuk „triangulation‟ di mana kedua-dua kaedah utama iaitu kuantitatif dan kualitatif telah digunakan. Bagi kaedah kuantitatif ‟Skala Pendapat Profesional‟ (Professional Opinion Scale, POS) yang dibangunkan oleh Abbott (2003) telah digunakan. Kenyataan dalam skala ini mengandungi nilai-nilai asas profesional kerja sosial yang dilabelkan sebagai 1) Menghargai hak asasi, 2) Rasa tanggungjawab sosial, 3) komitmen terhadap kebebasan individu atau keadilan sosial dan 4) Sokongan terhadap keputusan kendiri. Satu kaedah lagi ialah penggunaan vignette yang merupakan 4 simulasi kes bagi mendapatkan gambaran bagaimana pekerja kebajikan mengamalkan nilai dan etika dalam praktis harian. Penganalisisan terhadap tindakan yang dinyatakan oleh pekerja kebajikan terhadap setiap simulasi kes dilakukan secara kualitatif. Kajian telah dijalankan ke atas 298 pekerja sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang bertugas di empat buah negeri di semenanjung Malaysia yang mewakili setiap zon iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. Pekerja kebajikan yang terlibat dalam kajian ini ialah mereka yang bekerja secara langsung dengan klien iaitu terdiri daripada pegawai kebajikan masyarakat (S41), penolong pegawai kebajikan masyarakat (S27 – S32) dan pembantu kebajikan (S17). Hasil kajian menunjukkan latar belakang responden hanya berkaitan secara signifikan dalam salah satu domain nilai yang dikaji iaitu menghargai hak asasi individu

    Mengkaji tahap pengetahuan dan penerimaan sistem perlindungan sosial dalam kalangan pesawah di kawasan pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

    Get PDF
    Pada masa ini, sistem perlindungan sosial merupakan suatu keperluan kepada mereka yang terlibat dalam semua sektor pekerjaan seperti pencen kepada pekerja Kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja sektor swasta. Asas utama sistem ini adalah untuk memberikan perlindungan bagi mengatasi masalah kemiskinan, bantuan kewangan dan jaminan masa hadapan. Namun, tiada sistem perlindungan sosial berstruktur diperkenalkan kepada pekerja bagi sektor tidak formal di Malaysia seperti pesawah dan lain-lain. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan dan penerimaan sistem perlindungan sosial dalam kalangan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kajian ini melibatkan seramai 573 responden meliputi 4 wilayah dalam kawasan MADA. Sebagai rumusan, kajian ini mengkaji tahap pengetahuan dan penerimaan pesawah terhadap sistem perlindungan sosial dalam komuniti mereka

    The level of self-concept, school culture and school climate among student in Selangor

    Get PDF
    The aim of the present study is to determine the level of self-concept, school culture and school climate among students in Selangor. This study involved 400 adolescents aged 14 and 16 years old from eight secondary schools in the state of Selangor. Respondents were selected through multi-stage cluster sampling. Data were collected using questionnaires through a self-administered procedure which are consists of social demographic background, school climate and school culture (Inventory of Parents and Peer Attachment (IPPA), Questions of Teacher’s Interaction (QTI),School Self-Review Tools (SSRT), Multidimensional Scale of Perceived Social SupportZimet) and self-concept (Self Concept—Individual Protective Factors Index). Overall, the level of self-concept, school culture and school climate are moderate among students in Selangor. The awareness of the influence and impact of self-concept, school culture and school climate involved in the adolescent development system is imperative. As a conclusion, adolescents' involvement in various self-development programs preventing them from engaging in delinquency activities thus safeguarding students’ psychosocial well-being. Suggested recommendations were discussed for future research of the present study

    Relationship between self-concept, family relationship and externalizing behavior among adolescents in Selangor

    Get PDF
    The main purpose of this study is to determine the relationship between self-concept, family relationship quality and externalizing behavior problem (aggressive behavior and delinquency behavior) among adolescents in Selangor. Besides that, this study also to determine the level of self- concept, family relationship quality and externalizing behavior among secondary school students as well as to compare the differences between these three variables according to sex. A total of 400 students (nmale =53%, nfemale=47%) from secondary schools were selected in this study. The multi-stage cluster sampling technique was used during sample selection. Data were obtained from self- administered questionnaire that are consist of Individual Protective Factors Index Questionnaire (1992), Family Relationship Characteristics (1997), Aggression Scale (2001) and Problem Behavior Frequency Scale (1977). The findings revealed that majority of students have moderate level of self- concept, family relationship quality as well as externalizing behavior. In terms of sex differences, the results showed that family belief, family structure and externalizing behavior have significant differences according to sex (t= -4.393 to 7.588, p<0.01). Moreover, result indicated that there were negative significant relationship between self-concept, family cohesion and family structure with aggressive behavior (r= -0.210 to -0.153, p<0.01). Moreover, the result showed the negative significant relationship between family structure and delinquency behavior (r= -0.104, p<0.05). These results suggest that self concept and family relationship quality are an importance factors for the development of adolescents behaviors

    Gender understanding and awareness among employees in selected government agencies: a qualitative analysis

    Get PDF
    This study focuses on understanding the level and awareness of gender equality concepts among civil servants in selected agencies under The Ministry of Women, Family and Community Development, Malaysia (MWFCD). The paper is based on the findings made on a part of the study on knowledge of gender issues which was obtained through Focus Group Discussion (FGD) analysis. A total of 38 informants consisting of 15 officers from professional groups and 23 support groups of six government agencies were involved in the data collection process. The group division aimed to look at the differences in their views based on gender dissimilarity. The study found that most informants demonstrated moderate understanding on the meaning of gender but were able to distinguish between the concepts of 'gender' and 'sex' in terms of biological definition and social roles. Understanding level among the informants differs due to certain characteristics such as social background, service grade and the assigned department. In general, informants gave a high credential to the role and equal rights in between the sexes and showed great awareness on gender issues that arose. However, dissatisfaction related to men welfare issue was indicated by the male informants as they perceived that they were not enjoying the same privileges as women. Overall, the women's group informants among both professional and support staff showed a fair awareness of gender equality as compared to the men. In conclusion, informants in the study have demonstrated a good level of understanding and awareness on gender equality issues. However, some improvements in terms of training and practices are needed to ensure substantial execution of gender mainstreaming among all civil servants in Malaysia as recommended by "Corong Model" introduced by the research at the end of the study

    Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 responden (37.2 % lelaki dan 62.8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II). Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian. Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.391 hingga -0.510; p&lt;0.01). Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.177 hingga -0.301). Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji. Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting

    Knowledge, attitude and practice on elder maltreatment among staff in the aged care institution

    Get PDF
    Elder maltreatment or abuse is an important issue to be addressed, especially in institutional care settings where most of the elders are vulnerable and dependent on others for their daily activities. With a rapidly growing older population and increasing rate of chronic and degenerative diseases, long term care system will be on high demand. Research suggests that staff's knowledge and attitude condoning elder abuse are the possible risk factor for executing abusive behaviors against residents in the institutions but have been studied infrequently. Hence, this paper focuses on the prevalence of elder maltreatment in aged care institutions in Selangor. Staff's knowledge, attitude and practice towards elder maltreatment in the aged care institution are discussed. This descriptive study utilized simple random sampling method to identify 110 care workers from 31 public and private aged care institutions in Selangor. Findings showed that majority of the respondents had a low level of knowledge concerning the management of elder maltreatment in a residential setting (M=16.3; SD=8.1), while more than two third (71.8%) were reported to have low level of positive attitude against elder maltreatment. Results also highlighted that majority of the respondents (90.9%) reflected an 'abusive' behavior towards elderly resident at least once during the past 6 months where the physical and psychological maltreatment related to caring activities were most common among them. Taking into account that demographic ageing is taking shape in Malaysia, more attention should be given on education and support towards institutional aged care setting as the primary preventive strategy

    Sistem sekolah dan cabaran dalam pembangunan belia negara: satu penelitian terhadap konsep kerja sosial di sekolah

    Get PDF
    Kertas ini membincangkan mengenai peranan sekolah dalam pembangunan belia bagi melahirkan rakan kongsi dan kepimpinan masa depan negara yang berpotensi tinggi. Perbincangan adalah mengenai peranan sekolah dan bagaimana satu ‘seting’ perkhidmatan kerja social sekolah (school social work) boleh diperkasa bagi merealisasikan falsafah pendidikan negara dan mencapai objektif pendidikan. Huraian dibuat berdasarkan peranan sekolah, konsep kebajikan dalam praktis kerja sosial sekolah serta cabaran semasa masalah di sekolah. Kesimpulan dari perbincangan menjelaskan bahawa adalah penting untuk segeramemperkasakan sekolah bagi menjamin kelahiran belia berpotensi tinggi sebagai rakan pembangunan negara. Penambah baikkan pada sistem sekolah dan proses pendidikan yang bakal dilalui oleh semua belia negara perlu sentiasa dilakukan seiring dengan perubahan dalam masyarakat dan mengambil kira proses globalisasi yang berlaku secara semula jadi

    Pendekatan multisektoral dalam perkhidmatan kerja sosial di Malaysia : satu penelitian awal dan implikasi terhadap pendidikan kerja sosial

    No full text
    Artikel ini merupakan satu penelitian awal mengenai pendekatan multisektoral dalam perkhidmatan kerja sosial di Malaysia. Dasar Sosial Negara (DSN) telah dilancarkan pada Ogos 2002. Merujuk kepada dua daripada objektif DSN iaitu, “Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial” dan “Menjana Sinergi Multisektoral”. Antara lain kedua–dua objektif ini membawa hasrat untuk memperkukuhkan sistem sokongan sosial yang sedia ada untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Semua sektor dalam sistem penyampaian sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukan mendapat pilihan perkhidmatan bermutu. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangkan dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan (Dasar Sosial Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, 2002). Di Malaysia terdapat dua sektor yang mendominasi praktis kerja sosial iaitu sektor kerajaan dan sektor badan bukan kerajaan (NGO‟s - Non government Organisation). Sektor kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dilihat sebagai peneraju dalam praktis kerja sosial ini, walau bagaimana pun terdapat agensi dan jabatan lain juga mempunyai praktis kerja sosial iaitu seperti Jabatan kesihatan, hospital, LPPKN, Infra, sekolah (Kementerian Pendidikan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, belia, FELDA/ FELCRA/ RISDA, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan penjara, KEMAS, Jabatan kehakiman, Polis, Pusat Serenti, Jabatan Agama Islam dan sabah Foundation (Advancing Social Work Education, 2000, UNIMAS). Dalam sektor kerajaan statistik tahun 2006 menunjukkan terdapat lebih kurang 19,616 pekerja dalam skim perkhidmatan sosial (kategori "S") di dalam perkhidmatan awam di seluruh Malaysia. Sektor badan bukan kerajaan pula merupakan badan yang sekian lama memainkan peranan dalam kebajikan dan kesukarelaan yang tidak berdasarkan keuntungan. Di Malaysia sektor ini memainkan peranan yang begitu signifikan dalam kebajikan masyarakat. Kajian oleh Dr. Denison Jayasuria pada tahun 1994 mendapati di Lembah Kelang saja terdapat 41 badan bukan kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada kumpulan kurang upaya. Beliau membincangkan mengenai organisasi, kumpulan sasaran dan pendekatan yang diambil oleh NGO‟s ini dalam aktiviti mereka. Perbincangan panel dalam satu bengkel kerja sosial menyatakan bahawa antara masalah yang dihadapi oleh badan bukan kerajaan antaranya ialah 1) Financial limitation increasing post and in offering realistic salaries, 2) The special skills of social workers are not recognized as relevant to managers within certain NGO’s whereas in reality they would be beneficial, 3) Perception of managers, sponsors and the public that special skills are not necessary in the field of caring for others. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menganalisa dan memantau perkhidmatan yang diberikan oleh badan-badan bukan kerajaan ini bagi memastikan kesejahteraan masyarakat yang menjadi matlamat penubuhannya dapat dicapai. Di samping itu pengetahuan dari analisis yang dilakukan dapat melengkapi kurikulum pendidikan kerja sosial
    corecore