21 research outputs found

    Nilai spiritual dalam Puisi Imam Shāfiᶜī

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep nilai menurut Islam dan mengenal pasti nilai-nilai akhlak khususnya aspek spiritual yang terdapat dalam puisi Imam Shāfiᶜī, salah seorang ulama dan pendakwah yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data dilakukan terhadap puisi-puisi dalam antologi puisi Imam Shāfiᶜī yang berkaitan akhlak seterusnya menganalisis data-data tersebut. Bait-bait puisi diterjemah menggunakan kaedah parafrasa. Hasil kajian ini mendapati antara nilai-nilai spiritual yang terdapat dalam antologi puisi beliau ialah keredaan terhadap ketentuan Allah SWT, tawakal, khawf, sangkaan baik terhadap Allah SWT, kecintaan terhadap akhirat, dan mempersiapkan diri untuk hari akhirat

    Gaya Kesejajaran dalam Puisi Melayu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepelbagaian bentuk dan makna kesejajaran dalam puisi Melayu. Untuk tujuan tersebut, kajian ini telah memilih salah seorang penyair yang terkenal di Malaysia, iaitu A. Latiff Mohidin, yang didapati sangat konsisten mengaplikasi pelbagai pola kesejajaran dalam karyanya. Latiff lebih dikenali dengan gaya individualisme dan visualisme. Kajian ini akan meneliti karyanya yang terkenal, iaitu Sungai Mekong (The Mekong river) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1974. Pola kesejajaran akan dianalisis dari aspek gramatikal, iaitu kesejajaran fonologi, kesejajaran morfologi dan kesejajaran sintaksis. Hasil kajian ini mendapati penyair menggunakan teknik kesejajaran yang sangat ketat, dengan mengawal bunyi, kata dan struktur ayat. Penyair juga menggabungkan aspek kesejajaran dan perulangan dalam karyanya. Unsur kesejajaran ditemui pada semua posisi, iaitu awal, tengah dan akhir baris. Dari segi makna, Latiff lebih cenderung menggunakan kesejajaran antitetik dan sintetik. Hasil kajian ini menyumbang kepada gaya Latiff Mohidin secara khususnya, dan gaya puisi Melayu umumnya

    Pelaksanaan Bimbingan Kerohanian Semasa Operasi Terhadap Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM)

    Get PDF
    Semangat juang bagi angkatan tentera merupakan elemen terpenting dalam menentukan sebuah ketumbukan itu dapat bertahanan menyerang atau diserang. Semangat juang diperolehi dan disuburkan melalui amalan kerohanian terdiri dari kepercayaan terhadap Ilahi, ibadah yang dituntut dan nilai-nilai murni dari akhlak dan ketenteraan. Bimbingan kerohanian dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertanggungjawabkan kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Namun bukanlah mudah untuk menyuburkan semangat yang penting ini jika pendidikan agama dan kerohanian tidak dilaksanakan secara berterusan dan bersistematik. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan bimbingan kerohanian semasa operasi yang dilaksanakan terhadap anggota TDM melalui manual Doktrin KAGAT Semasa Perang yang diterbitkan pada tahun 2009 di bawah Seksyen 5. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 23 berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan dalam aktiviti bimbingan aspek kerohanian semasa operasi terhadap anggota TDM secara keseluruhannya masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tetap dan terus dilaksana pada setiap kali operasi TDM diadakan. Manual Doktrin KAGAT Semasa Perang membuktikan anggota KAGAT telah mula menumpukan perhatian terhadap latihan khususnya aspek penugasan operasi dalam mencapai tahap sempurna untuk membimbing kerohanian anggota tentera sekaligus membantu TDM menggalas tanggungjawab.Semangat juang bagi angkatan tentera merupakan elemen terpenting dalam menentukan sebuah ketumbukan itu dapat bertahanan menyerang atau diserang. Semangat juang diperolehi dan disuburkan melalui amalan kerohanian terdiri dari kepercayaan terhadap Ilahi, ibadah yang dituntut dan nilai-nilai murni dari akhlak dan ketenteraan. Bimbingan kerohanian dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertanggungjawabkan kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Namun bukanlah mudah untuk menyuburkan semangat yang penting ini jika pendidikan agama dan kerohanian tidak dilaksanakan secara berterusan dan bersistematik. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan bimbingan kerohanian semasa operasi yang dilaksanakan terhadap anggota TDM melalui manual Doktrin KAGAT Semasa Perang yang diterbitkan pada tahun 2009 di bawah Seksyen 5. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 23 berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan dalam aktiviti bimbingan aspek kerohanian semasa operasi terhadap anggota TDM secara keseluruhannya masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tetap dan terus dilaksana pada setiap kali operasi TDM diadakan. Manual Doktrin KAGAT Semasa Perang membuktikan anggota KAGAT telah mula menumpukan perhatian terhadap latihan khususnya aspek penugasan operasi dalam mencapai tahap sempurna untuk membimbing kerohanian anggota tentera sekaligus membantu TDM menggalas tanggungjawab

    Pemeliharaan harta: analisis menurut Diwan Imam Shafi‘i

    Get PDF
    Menjaga dan memelihara harta ialah salah satu daripada maqasid dalam Islam. Maqasid bertujuan untuk memelihara kemaslahatan manusia dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan. Seseorang mujtahid perlu memahami ilmu maqasid sebelum mengeluarkan pandangannya. Antara mujtahid yang sering diterima pandangannya ialah Imam Shafi’i, seorang sarjana yang mahir dalam segenap cabang ilmu termasuklah fiqah dan bahasa Arab. Akan tetapi populariti beliau dalam bidang fiqah lebih diketengahkan berbanding bidang bahasa Arab. Disebabkan maqasid syariah amat penting dalam muamalat berkaitan harta dan kewangan, maka kajian ini diperlukan. Selain itu, kajian juga penting untuk memfokuskan pandangan Imam Shafi’i berkaitan pemeliharaan harta yang diungkapkan melalui bait-bait puisi. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi diterjemahkan melalui kaedah komunikatif dan semantik seterusnya dianalisis menggunakan teori stilistik. Hasil kajian ini mendapati Imam Shafi’i menggalakkan kesungguhan dalam mengumpul harta akan tetapi harta tersebut hendaklah diagihkan dengan cara yang wajar demi pemeliharaannya. Selain itu, hutang juga wajar direkodkan sesuai dengan saranan al-Quran. Sebagai seorang yang faqih, pandangan beliau sesuai dengan teori al-Quran, Hadis dan pendapat ulama. Beliau turut menggunakan laras bahasa yang selari dengan pandangan sarjana lampau dan kini dalam mengungkapkan puisinya

    Penerapan fiqh awlawiyyat dalam dakwah kepada saudara baru

    Get PDF
    Islam ialah agama milik semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan budaya. Umat Islam perlu memainkan peranan utama dalam menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam dengan cara terbaik. Mereka yang berjinak-jinak dengan Islam dan memeluk agama Islam perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam memantapkan kefahaman mereka terhadap Islam. Manakala bagi mereka yang belum menerima Islam juga tidak dipinggirkan bahkan perlu diberi perhatian dengan memberi penerangan yang jelas tentang Islam. Kajian ini akan memberi penumpuan khusus kepada aplikasi dakwah kepada saudara baru dari perspektif fiqh awlawiyyat. Berdakwah merupakan kewajipan umat Islam dan wajar dilaksanakan dengan mengutamakan kaedah yang berkesan mengikut kepada sasaran. Antara salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam melaksanakan tugasan dakwah kepada saudara baru ialah melalui fiqh awlawiyyat

    [Textual Analysis as a Method in Understanding Poetic Expressions Imam Al-Shafie R.H.M] Analisis Tekstual Sebagai Method Dalam Memahami Ungkapan Puisi Imam Al-Shafie R.H.M

    Get PDF
    This study aims to examine al- tawkid poetic style in Shafii's poems by using the textual analysis approach. This analytical approach can help readers understand the poetry texts deeply. This study will focus on textual analysis applied in poetry text studies. The selected poems of Imam al-Shafi'i r.h.m which is containing al-tawkid are only chooses to be analyzed. The findings show that textual analysis is a good method to analyze a poetic text from the linguistic point of view and the function of the poetic meaning. Kajian ini bermatlamat menganalisis gaya bahasa al-tawkid yang terdapat dalam Diwan al-Shafi’i r.h.m dengan menggunakan kaedah analisis tekstual. Pendekatan analisis  ini dapat membantu pembaca memahami teks puisi dengan lebih mendalam. Hanya puisi-puisi Imam al- Shafi'i yang mengandungi gaya bahasa al-tawkid sahaja  dipilih untuk dianalisis. Hasil kajian mendapati bahawa analisis tekstual adalah kaedah yang baik dalam membantu menganalisis sesebuah teks puisi dari sudut linguistik dan fungsi makna puisi  tersebut

    Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara

    Get PDF
    Seni khat dikenali sebagai kaligrafi yang merupakan salah satu kesenian Islam yang mendapat perhatian besar kepada umat Islam. Seni khat diilhamkan daripada al-Quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Kajian ini mengupas tentang kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian di NUSANTARA. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisis dan ulasan terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati terdapat bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bermulanya seni khat daripada pengenalan tulisan khat, bentuk-bentuk dan ciri-cirinya tersendiri, yang mana telah dicatatkan oleh sejarah terdapat fahaman-fahaman atau agama-agama lain yang mendahului Islam dalam kesenian seni khat ini khususnya di NUSANTARA.Seni khat dikenali sebagai kaligrafi yang merupakan salah satu kesenian Islam yang mendapat perhatian besar kepada umat Islam. Seni khat diilhamkan daripada al-Quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Kajian ini mengupas tentang kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian di NUSANTARA. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisis dan ulasan terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati terdapat bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bermulanya seni khat daripada pengenalan tulisan khat, bentuk-bentuk dan ciri-cirinya tersendiri, yang mana telah dicatatkan oleh sejarah terdapat fahaman-fahaman atau agama-agama lain yang mendahului Islam dalam kesenian seni khat ini khususnya di NUSANTARA

    Understanding the concept of integrity among staff of Malaysian Immigration Department

    Get PDF
    Integrity is absolutely necessary to produce a noble society that is professionally advanced. This study is based on issues and problems of integrity that are often associated with civil servants in Malaysia. Therefore, the aim of the study is to examine the understanding of Immigration Department staff on the integrity concept. This quantitative study applies survey method. The researcher used simple random sampling to select 170 respondents from a total of 190 people in the workforce. However, the total sample obtained in this study was only 157 because some questionnaires were not returned, so they had to be canceled so as not to negatively affect the accuracy of the results. The study finds that the understanding level of Kelantan Immigration Department staff on the integrity concept records a mean score of (m = 4.20, sd = .413). The finding reveals that immigration officers have high level of understanding regarding the integrity concept. Based on the result of the study, various efforts should be undertaken by all parties including the society, educational institutions, religious institutions, and the government to ensure that personal values and values in employment continue to be instilled among civil servants in Malaysia to achieve a high level of integrity

    PEMBANGUNAN MODAL INSAN MENURUT ANALISIS DIWAN AL-SHAFI’I

    Get PDF
    Aspek-aspek pembangunan modal insan adalah antara aspek yang banyak dikeutarakan oleh Imam al-Shafi’i dalam diwan beliau. Kertas kerja ini akan membincangkan secara ringkas aspek-aspek pembangunan modal insan yang telah diberi perhatian oleh Imam al-Shafi’i dalam diwan beliau. Dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan, kajian ini akan meneroka teks-teks ungkapan beliau yang secara langsung membantu pembangunan modal insan. Dapatan kajian menunjukkan, Imam al-Shafi’i melantunkan hampir 15 teks penting berkaitan aspek-aspek pembangunan modal insan. Kajian ini diharap dapat membantu dari sudut menerapkan nilai-nilai penting dalam usaha untuk membangunkan modal insan sejagat. Kata kunci: modal insan, Imam al-Shafi’i, diwan

    Keindahan gaya bahasa simile dalam hadis ashrat al-sa’ah

    Get PDF
    Simile salah satu gaya bahasa figuratif berkaitan perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu. Melalui simile sesuatu perkara dapat difahami dan dihayati terutama perbincangan berkaitan dengan ashrat al-sa’ah. Namun begitu, terdapat segelintir pembaca dan ahli masyarakat yang berlebihan atau tersasar ketika menghuraikan perumpamaan sehingga menyebabkan tidak menepati maksud sebenar perumpamaan tersebut. Oleh yang demikian perbincangan tentang gaya bahasa simile terhadap hadis ashrat al-sa’ah sangat penting kerana hubungannya dengan perkara yang ghaibiyyat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur simile dalam hadis ashrat al-sa’ah dan menganalisis keindahan gaya bahasa simile dalam hadis-hadis tersebut. Penyelidikan ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Kandungan yang dipilih ialah hadis ashrat al-sa’ah yang bertaraf sahih. Sebanyak enam hadis ashrat al-sa’ah telah dipilih sebagai data kajian ini. Hadis-hadis yang dipilih akan diterjemahkan kepada bahasa Melayu menggunakan teori Semantik-Komunikatif. Hasil kajian ini menunjukkan kehadiran simile dalam ungkapan bertujuan untuk meringkaskan ayat, mengelakkan kekeliruan dan menegaskan maksud. Hasil kajian juga menunjukkan kata bandingan yang paling banyak digunakan dalam hadis ashrat al-sa’ah ialah kaf diikuti oleh kama. Manakala gaya bahasa simile digunakan untuk membandingkan dua jari, penyakit yang menimpa kambing, kepingan malam yang gelap-gelita, ombak di lautan, tersasarnya anak panah daripada haiwan buruan, tembolok burung merpati. Kesemua gaya bahasa simile ini menceminkan jawami’ al-kalim Rasulullah SAW melalui perbandingan yang sesuai dengan masyarakat sekali gus memastikan hadis tersebut dapat difahami dan dihayati dalam kehidupan manusia
    corecore