13 research outputs found

    To Serve Sarawak : Abang Johari in His Own Words

    Get PDF

    Hasbie Sulaiman : Permata yang terpendam

    Get PDF
    Buku ini memaparkan perjalanan hidup Mohd Hasbie Sulaiman, salah seorang anak Sarawak yang berjasa dalam pembinaan negeri ini. Anak seorang pengatur huruf di syarikat percetakan ini dilahirkan pada tahun 1927. Beliau bertatih dan maju langkah demi langkah dalam kehidupannya. Sebagai seorang pejuang nasionalisme, beliau turut meletakkan jawatan bersama-sama pegawai lain dalam kumpulan 338 pada tahun 1946. Hasbie bergiat aktif dalam Barisan Pemuda Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Kehidupan Hasbie begitu berwarna-warni. Banyak pengalaman dan iktibar dapat dipelajari daripada kehidupannya, baik sebagai aktivis sosial dan budaya, pelukis mahupun sebagai penjawat awam. Dengan bakat seni dan penulisan yang ada padanya, Hasbie diberi peluang untuk bekerja di Jabatan Penerangan sebagai pereka grafik. Seorang yang  menguasai bahasa Melayu dan Inggeris yang baik, Hasbie terbabit dalam pelbagai aktiviti kebahasaan, termasuk penulisan. Akhirnya, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan pada 1972 sebelum bersara pada tahun 1982

    Faktor-faktor penyumbang kewujudan penjaja tanpa lesen di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara, Kuching Sarawak

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menilai faktor-faktor penyumbang wujudnya aktiviti penjaja tanpa lesen di 5 kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kuching, Sarawak; iaitu Bandar Baru Samariang, Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini, Kampung Pinang Jawa, Jalan Astana dan Kampung Santubong memandangkan terdapatnya peningkatan bilangan penjaja sebanyak 60 orang iaitu dari 49 orang dalam tahun 2014 kepada 109 orang dalam tahun 2016. Aktiviti penjajaan tanpa lesen juga menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas, risiko kebersihan dan keselamatan makanan serta boleh menjejaskan imej DBKU jika tidak dibendung. Seramai 84 penjaja tanpa lesen dipilih secara rawak bertujuan untuk kajian ini. Pensampelan rawak bertujuan dipilih memandangkan responden sukar didekati kerana mereka berjaja secara randah, sambilan dan tidak suka dijadikan bahan penyelidikan. Exploratary Factor Analysis (EFA) dan ANOVA sehala digunakan untuk mendapat hasil kajian. Hasil kajian mendapati 5 faktor utama yang mendorong wujudnya aktiviti penjajaan tanpa lesen ialah faktor perundangan, faktor pendorong, faktor kemudahan, ekonomi dan campur tangan politik. Faktor lain adalah seperti keupayaan penguatkuasaan oleh anggota penguat kuasa DBKU. Dapatan kajian mengesahkan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah wajar kerana berjaja di tepi jalan adalah salah. Aktiviti penjajaan juga menyediakan kemudahan kepada pelanggan, lokasi strategik, waktu operasi tanpa had, modal minimum serta menambah pendapatan keluarga. Campur tangan ahli politik membantu penjaja tanpa lesen berkomunikasi dengan pihak DBKU bagi menyatakan kemahuan dan kekurangan yang dikehendaki seperti membantu mereka untuk mendapat kawasan tapak berjaja yang sah serta dilengkapi kemudahan asas

    Akhbar politik politik akhbar

    No full text

    Mentransformasi Sarawak: Pemikiran Terbaik Abang Johari

    No full text

    Kalau pegawai kerajaan tak perjuangkan Bahasa Malaysia

    No full text

    Politik Sarawak : Perspektif Penganalisis

    Get PDF

    Dari budaya ke media : mengangkat suara pinggiran di Sarawak

    Get PDF

    Bahasa Melayu : suara dari bawah

    Get PDF
    Isu tentang bahasa Melayu sentiasa panas dan relevan meskipun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Kadangkala isu bahasa menjadi kontroversi dan menjadi perbincangan hangat ekoran daripada dasar yang dianggap merugikan atau kenyataan dan tindakan pihak tertentu yang dianggap tidak wajar. Mengapakah isu bahasa sentiasa relevan? Bagaimanakah supaya bahasa Melayu mendapat tempat di hati masyarakat? Apakah teknik berkesan yang dapat digunakan untuk memastikan bahasa sebagai alat komunikasi digunakan dengan berkesan? Apakah alat-alat retorik dalam bahasa yang dapat dimanfaatkan dalam komunikasi? Inilah antara persoalan yang dikupas dengan menggunakan contoh konkrit dalam buku ini

    Bukuku kubuku:sebuah wacana perbukuan dan penerbitan

    No full text
    Dalam Bukuku Kubuku, Roosfa dan Jeniri membincangkan pelbagai isu yang melanda industri perbukuan. Soal jumlah terbitan buku dalam negara yang lambat meningkat, kadar pembacaan masyarakat yang rendah, kempen membaca yang tidak merata dan kurang berkesan antara isu yang dibahaskan dalam buku ini. Dari isu dalam negara mereka melangkah lebih jauh bagi mengangkat pelbagai isu perbukuan dan penulisan yang mendepani penulis dan penerbit di pelbagai isu perbukuan dan penulisan yang mendepani penulis dan penerbit di pelbagai negara. Mereka menampilkan dalam buku ini tentang penulis prolifik, penerbit paling lama bertapak, buku laris, buku haram, serta bermacam-macam isu yang pernah dicatatkan dalam sejarah peradaban manusia menerusi buku. Pada sisi lain, Jeniri dan Roosfa melihat pula aspek etika, moral dan undang-undang dalam penulisan dan penerbitan buku. Hak cipta intelektual yang mesti dipelihara, plagiarisme yang perlu dibenteras, nilai royalti dan honorarium yang diikat dalam kontrak juga disinggung dalam buku ini. Pada penghujung buku ini kedua-dua penulis merakamkan sumbangan sejumlah nama besar dalam kalangan penerbit di negara ini yang telah memperlihatkan sumbangan yang besar dalam perkembangan dan kemajuan korpus ilmu pengetahuan menerusi kegiatan penerbitan dan perbukuan
    corecore