38 research outputs found

    Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan

    Get PDF
    Kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pengaruh alam semula jadi tempatan dalam reka motif tekstil Melayu di Kelantan. Dengan itu, kajian ini dijalankan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan untuk menyokong analisis. Kaedah kajian ini melibatkan dua sumber bahan, iaitu sekunder (bahan teks) dan primer (artifak dan temu bual). Sumber temu bual telah melibatkan 30 informan yang dipilih berdasarkan sampel bermaklumat secara teknik 'snowballing'. Bahan artifak pula terdiri daripada 315 jenis yang didapati daripada blok batik dan kain songket. Hasil kajian daripada bahan artifak mendapati tumbuh-tumbuhan merupakan sumber inspirasi yang terpenting, merangkumi 221 jenis (70.16 % ) . Kajian dari segi pemilihan dan kegunaan motif, mendapati penghasilan motif tumbuh-tumbuhan dibuat berdasarkan keunikan bentuk, sumber yang senang didapati, sumber makanan dan ubatan. Sumber pemilihan motif daripada hidupan pula adalah berdasarkan kepentingan dari segi makanan, pengaruh Hindu dan senang didapati. Motif daripada sumber kosmos dan alam bumi pula dipilih berdasarkan keunikan dan simbol . Dari segi teknik pula, batik lebih banyak menghasilkan motif tumbuh-tumbuhan berbanding dengan songket. Songket merupakan penyumbang terbanyak dalam penggunaan motif sumber hidupan, kosmos dan alam . Analisis kajian mendapati bahawa pemilihan motif tumbuh-tum buhan merupakan sumber utama dalam inspirasi motif tekstil di Kelantan berdasarkan kesedaran orang Melayu, khususnya seniman dan tukang serta pengguna terhadap larangan Islam . Analisis kajian ini juga mendapati ketiadaan kefahaman tentang prinsip reka bentuk menjadikan pengusaha tekstil lebih gemar meniru motif batik dari dalam dan luar negara. Dalam penghasilan motif songket pula, didapati penenun tidak lagi menghasilkan motif yang halus dari segi pembuatan. Penenun biasanya meniru motif yang dibuat pada masa lalu tanpa memahami falsafah pemilihan asal. Keadaan ini menghalang pengusaha batik dan songket daripada menjadi lebih kreatif dan inovatif

    Sheikh Sa’id Hawwa: latar belakang & ketokohan di dalam bidang pendidikan Islam

    Get PDF
    Dalam era globalisasi kini, peranan pendidik menjadi semakin kompleks dan mencabar. Selain mendidik, pendidik juga bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, wujud pelbagai isu berkaitan sahsiah, tanggujawab dan etika perguruan yang mencalar imej pendidik. Hal ini menggambarkan bahawa terdapat kepincangan dalam kalangan pendidik menghayati amalan profesionalisme. Natijahnya, usaha membentuk sahsiah pelajar terhalang sehingga memberi impak kepada jiwa mereka. Justeru, pendidik memerlukan suatu kaedah pembentukan sahsiah muslim yang unggul mencontohi tokoh Islam sebagai teladan dan panduan dalam bidang pendidikan Islam, antaranya ialah Sheikh Sa’id Hawwa. Sheikh Sa’id Hawwa merupakan seorang ulama yang berpengalaman sebagai pendidik dan mengintegrasikan ilmu dan amal, ibadah dan jihad serta politik dan bakti kemanusiaan. Artikel ini bertujuan membincangkan ketokohan Sheikh Sa’id Hawwa di dalam bidang Pendidikan Islam yang diasaskan kepada pengalaman dan latar belakang kehidupan beliau. Data-data dikumpul dan dianalisis secara kualitatif dengan tema-tema yang dibentuk berasaskan penemuan kajian daripada kandungan bukunya Hazihi Tajribati wa Hazihi Syahadati dan Jundullah Thaqafah wa Akhlaqan. Hasil kajian membuktikan ketokohan Sheikh Sa’id Hawwa dalam bidang Pendidikan Islam seperti ketegasan dalam mempertahankan agama, aktif dalam bidang penulisan, sumbangan dalam pembangunan pendidikan dan persediaan kerohanian dapat dipraktikkan oleh pendidik dalam membantu mutu perkhidmatan pendidikan

    Keberkesanan kaedah al-Matien dalam pembelajaran tilawah al-Quran

    Get PDF
    Kaedah Iqra’ merupakan teknik yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolahsekolah Malaysia bagi membolehkan murid dapat membaca al-Quran dengan cepat. Namun begitu isu kelemahan penguasaan murid dalam tilawah al-Quran secara bertajwid masih tidak dapat diselesaikan. Hal ini mendorong inovasi dan penciptaan kaedah dan teknik pengajaran al-Quran yang baharu. Kaedah alMatien merupakan satu modul pengajaran al-Quran yang menekankan penguasaan bacaan dan tajwid secara serentak. Artikel ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah al-Matien secara empirikal dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen dalam ujian pra dan pasca ke atas 30 orang responden di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Data kajian dianalisis menggunakan ujian t berpasangan ke atas kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan bacaan al-Quran bagi kumpulan yang menggunakan Kaedah al-Matien berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu, keupayaan murid menguasai ilmu tajwid secara teori juga lebih tinggi iaitu 66.7% mendapat gred A, berbanding 6.7% sahaja dari kumpulan kawalan. Kaedah al-Matien mempunyai kelebihan yang tersendiri justeru ia wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan sebagai modul pengajaran al-Quran dalam arus perdana

    PERSPEKTIF AL-QURAN DALAM MENANGANI PUNCA KEGANASAN RUMAHTANGGA SEWAKTU WABAK COVID-19

    Get PDF
    Covid-19 pandemic that hit the world globally since the end of 2019 has indeed give a huge impact on human life. The Movement Control Order (MCO) has been implemented in Malaysia to curb the pandemic from spreading further. Studies shown that domestic violence cases increased globally after the outbreak of Covid-19. It is also reported that domestic violence cases in Malaysia increased even higher after the implementation of  MCO and this indicates the faltering sign of family institution. Generally, the World Health Organization (WHO) reported at least 30% of women around the world experienced being victims of domestic violence. This has become a big concern because a fragile family institutions will adversely affect the Muslim community and country. There are four common factors that cause domestic violence during Covid-19 outbreak which are: economic factor, mental stress factor, social factor and individual factor. In this study we only focus on one factor which is mental stress factor. Muslims are encouraged to have a healthy and balanced aspect of  both mental and physical. Thus, Islam already provides the best solution in all matters including the aspect of mental stress. Therefore, this study aims to find out the perspective of the Qur'an in addressing the main causes of domestic violence during the Covid-19 epidemic, namely mental stress factors. This qualitative study uses descriptive analysis methods from the text of the Quran and hadith from the sources of books, articles, journals, research papers and related documents. In this study, researchers examine the phenomenon of domestic violence before and after the Covid-19 outbreak, the causes of domestic violence during the Covid-19 outbreak as well as the Quranic perspective on mental and emotional stress that becomes the cause of domestic violence. The results of the study found that emotional management according to the Quranic perspective is divided into spiritual aspects, physical aspects and social aspects

    البعاد التربويّة القرآنية ف مواجهة الابئة االمراض

    Get PDF
    The pandemic of epidemics and diseases such as Coronavirus 19 that the world has gone through has greatly impacted people's lives psychologically, economically, socially, educationally, and faithfully. They desperately needed effective treatments to help them cope with the afflictions they were going through in their lives. In the Quran, many verses can inculcate patience and perseverance in the individual during difficulties, especially those related to paradise. This research aims to study the verses of paradise in the Holy Quran analytically and to extract the educational dimensions of these verses that have an important impact in the face of adversity and hardship. This study uses the thematic interpretation approach by filtering out verses about paradise in the Quran, which address the same topics and goals related to hardship, and then interpreting them with other verses of the Quran that address the same subject, also using the hadiths of the Prophet PBUH, and the views of Salaf al-Salih. The analytical approach was used to come up with the effects of faith from the educational dimensions that impact the Muslim’s life. The research found four educational guidelines that have an important impact in confronting epidemics and diseases: patience for affliction, integrity, and tranquillity, compassion and good deeds, and spending for the sake of God. It can strengthen the believer the faith in God Almighty and positive dealing in the face of afflictions, especially in this pandemic that has afflicted the whole world

    Pendidikan spiritual untuk anak jalanan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur

    Get PDF
    Fenomena anak jalanan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur amat membimbangkan. Anak jalanan ini menghabiskan banyak masa di jalanan disebabkan tahap sosio-ekonomi keluarga yang rendah dan hidup dalam persekitaran negatif. Mereka juga menghadapi konflik keluarga dan keciciran dalam pendidikan justeru mereka mengalami penurunan motivasi dan masalah kestabilan emosi. Oleh itu, pendidikan spiritual wajar diberi perhatian kepada anak jalanan kerana ia memberi kekuatan dalaman untuk mereka mengubah diri dan keluar dari kitaran kehidupan di jalanan. Artikel ini bertujuan mengkaji peranan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dalam melaksanakan pendidikan spiritual kepada anak jalanan. Ia turut menganalisis cabaran yang dihadapi dalam memenuhi keperluan pendidikan spiritual untuk golongan ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data dikumpulkan daripada temu bual semi berstruktur dengan pentadbir sekolah dan lima orang guru Pendidikan Islam yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Selain itu, kaedah analisis kandungan ke atas data enrolmen pelajar, kurikulum dan Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia dilakukan untuk mendapatkan data berkenaan murid dan aktiviti kerohanian di SBJK. Data ini seterusnya, dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa SBJK memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan spiritual kepada anak jalanan melalui modifikasi kurikulum dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta profesionalisme keguruan yang yang tinggi. Cabaran utama dalam melaksanakan pendidikan spiritual bagi anak jalanan adalah kekurangan tenaga pengajar, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, limitasi penempatan murid di sekolah dan kekurangan sokongan keluarga. Kajian ini menunjukkan pendidikan spiritual amat signifikan dalam meningkatkan keyakinan diri dan kestabilan emosi anak jalanan serta mendorong mereka kembali kepada ajaran agama

    Wanita dan pengurusan emosi melalui pengkisahan Maryam dalam al-Quran

    Get PDF
    Emotion has impact on individuals’ ways of thinking and actions. It can be manifested physically and verbally. Studies indicate that male and female behaviours are dissimilars in emotional coping and reactions. Studies also underline the presence of internal and external factors, which related to stress and anxiety that can influence women’s emotions. The failure of dealing with emotional burdens and battles can be devastating as it gives negative impacts to the individuals and community’s quality of life and well-being. The aim of this article is to highlight the importance of emotional coping skill by examining the stories of women in the Quran.Verses of the Quran related to the stories of Maryam in the Quran and exegeses are compiled and analysed thematically. This article explores the personality of Maryam, the mother of Prophet Isa through the lens of life challenges and important elements and references in emotional coping. It classifies Maryam’s life into four phases starting from her infancy to motherhood. Through those phases, Maryam underwent hardships and contested with the Israilites’ tradition and challenges. This article concludes there are six important points in emotional coping skills that can empower women while dealing with life challenges and predicaments. They are: (i) stronghold of faith; (ii) consistency in religious ritual and submission; (iii) continuous efforts in purifying of soul; (iv) living in isolation or physically separating from toxic environment; (v) seeking for external moral and physical supports; and (vi) sharpening essential life skills and strategies

    Teknik Pencarian Hadith dalam Kajian

    Get PDF
    Statement of the hadith would not be complete if the source is not specified in the original reference books and expressed his status either accepted or rejected. Therefore, this article will introduce hadith search techniques (Takhrij Hadith) used in the study of hadith analysis. Seven guidelines been introduced in this article; First, present the material traditions (matan) from motivation books either by words or meaning or both. Second, doing takhrij hadith to trace the placed located hadith. Third, analyzing rijal hadith and bring forward Shajarah al-Asanid. Fourth, analyzing material traditions of hadith (matan). Fifth, provide the status of the hadith either accepted or rejected. Sixth, present the conclusions of the hadith. And lastly, identify shawahid and mutaba'ah as alternative for hadith that has been rejected if necessary

    Towards creating a nation of engineerpreneur.

    Get PDF
    New conceptualizations were introduced to address the emerging need to develop innovativeness and creativity attitudes in future engineering professional . Thus, entrepreneurial engineering education needs an environment where future engineers can be formed through practical learning and the interaction with forces, ideas and inspirations, in the final perspective of effectively identifying, acquiring, developing, and transferring technology into new business products and services. This paper aims to investigate the characteristics of a successful entrepreneur for engineering students. A questionnaire was used to measure the level of entrepreneurial competencies. The questionnaire was based on the Personal Entrepreneurial Competence Model, developed by McClelland Individual. Participants were recruited from the final year students of eight programs under the Faculty of Engineering. Of the 432 questionnaires distributed, 210 were collected back, giving a response rate of approximately 49%. Findings suggest that final year engineering students have respectable entrepreneurial attitudes and behaviors, and are competent to be engineerpreneur. The study also recommended that we need an environment that does not insist that engineers become entrepreneurs, but one where the two can meet, and business leaders can organize our nation effectively

    Unsur Kebiasaan Bahasa Yang Terdapat Dalam Al-Quran

    Get PDF
    Bahasa Al-Quran memiliki unsur kepelbagaian makna sehingga terbentuknya ilmu al-Wujūh wa al-Naẓā’ir. Unsur kepelbagaian ini membuka peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan fitnah atas nama Al-Quran. Dalam hal ini, unsur kebiasaan bahasa Al-Quran perlu ada bagi mengimbangi keluasan bahasa yang dimiliki Al-Quran. Dengan menggunakan metode analisis kandungan, kajian ini cuba memperjelaskan unsur kebiasaan bahasa Al-Quran yang masih belum popular dalam kajian tafsir dan ᶜUlūm al-Qur’ān. Hasil kajian mendapati kebiasaan bahasa Al-Quran melibatkan aspek lafaz dan uslub yang berulang-ulang menggunakan gaya dan makna yang sama. Pengetahuan mengenai klausa-klausa isyarat ulama dapat membantu proses mengeluarkan penyataan tentang kebiasaan bahasa yang tersembunyi dalam karya para ulama.Bahasa Al-Quran memiliki unsur kepelbagaian makna sehingga terbentuknya ilmu al-Wujūh wa al-Naẓā’ir. Unsur kepelbagaian ini membuka peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan fitnah atas nama Al-Quran. Dalam hal ini, unsur kebiasaan bahasa Al-Quran perlu ada bagi mengimbangi keluasan bahasa yang dimiliki Al-Quran. Dengan menggunakan metode analisis kandungan, kajian ini cuba memperjelaskan unsur kebiasaan bahasa Al-Quran yang masih belum popular dalam kajian tafsir dan ᶜUlūm al-Qur’ān. Hasil kajian mendapati kebiasaan bahasa Al-Quran melibatkan aspek lafaz dan uslub yang berulang-ulang menggunakan gaya dan makna yang sama. Pengetahuan mengenai klausa-klausa isyarat ulama dapat membantu proses mengeluarkan penyataan tentang kebiasaan bahasa yang tersembunyi dalam karya para ulama
    corecore