5 research outputs found

    Hala Tuju Tulisan Jawi Di Selatan Thailand: Kajian Di Sekolah Menengah Agama Rakyat

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji kedudukan dan hala tuju masa depan tulisan Jawi di wilayah Selatan Thailand. Khususnya, kajian akan djalankan di lapan buah sekolah menengah agama rakyat yang terletak di Yala, Pattani dan Narathiwat. Kajian ini juga bertujuan mendapatkan gambaran sebenar kedudukan, perkembangan dan tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama rakyat yang dipilih. Bagi mencapai matlamat dan tujuan tersebut, penyelidikan ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Data dan maklumat mengenai pengurusan, pengendalian, dan perkembangan tulisan jawi di sekolah-sekolah yang terlibat diperoleh secara langsung melalui kaedah soal selidik dan juga temu bual. Di samping itu, kajian perpustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi menyokong analisis dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan dan perkembangan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah agama rakyat di Selatan Thailand sedang menghadapi kemerosotan yang membimbangkan semua pihak. Majoriti pelajar tidak dapat menguasai tulisan jawi pada tahap yang baik dan memuaskan kerana beberapa isu dan cabaran yang boleh dijelaskan dari aspek faktor dalaman dan faktor luaran di sekolah yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, hala tuju masa depan tulisan jawi di wilayah Selatan Thailand boleh dirumuskan sudah hampir berada pada satu tahap yang diancam kepupusan pada masa hadapan. Justeru, sewajarnya kajian ini dapat menyumbang pengetahuan baharu yang berguna kepada semua pihak agar dapat bertindak segera untuk mengatasi isu ini
    corecore