9 research outputs found

    Bentuk Bantuan Modal Agihan Zakat Asnaf dan Pencapaian Usahawan Asnaf di Malaysia: Kajian Empirikal

    Get PDF
    Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik

    Kajian komunikasi ritual dalam makan tahun masyarakat Kadayan di Sarawak

    Get PDF
    Makan Tahun merupakan satu amalan ritual yang dilaksanakan oleh masyarakat Kadayan di Sarawak dalam menyambut tahun baharu. Ritual ini dilakukan pada bulan Disember setiap tahun oleh masyarakat Kadayan yang mempunyai pengangan agama beragam iaitu Islam, Pangan dan Kristian. Persoalannya bagaimana masyarakat yang mempunyai keberagaman beragama mencari penyelesaian dalam ritual yang telah menjadi amalan turun termurun dan diwarisi sejak sebelum kedatangan mana-mana agama. Pelaksanaan upacara ini dipenuhi dengan penggunaan pelbagai barangan sebagai simbol untuk pemakluman yang tidak diketahui maknanya di luar kelompok masyarakat pengamal. Sehubungan itu kajian ini mengkaji tentang makna ritual daripada perspektif komunikasi ritual dan simbol yang digunakan dalam pelaksanaan tersebut. Kaedah etnografi digunakan dalam pengumpulan data di lokasi kajian di Daerah Sebuti, Sarawak. Informan yang terlibat dalam kajian lapangan ini terdiri daripada ahli agama dan pengamal ritual. Temu bual mendalam bersama pengamal ritual Makan Tahun dilakukan pada tahun 2016. Analisis data dilakukan dengan membangunkan transkrip temu bual dan membuat penyusunan mengikut tema bagi memastikan setiap temu bual dianalisis dan diterjemahkan dari sudut pandang masyarakat pengamal ritual. Kaedah etnografi yang dijalankan menemukan bahawa Makan tahun dimaknai sebagai ritual untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas rezeki yang diberikan pada tahun semasa. Ritual ini juga sebagai pengharapan agar rezeki pada tahun berikutnya dilipatgandakan oleh pemberi rezeki. Sifat tolak ansur diperlihatkan di mana wujudnya unsur sinktetisme dalam pelakanaan ritual Makan Tahun dengan keseluruhan pelaksaan ritual tersebut dipandu oleh mereka yang mempunyai ilmu agama tinggi dan menduduki status sosial sebagai pemimpin agama dalam masyarakat

    Knowledge, Acceptance and Application of Islamic Financial Management among Small and Medium Enterprises (SMEs) Halal Entrepreneurs in Peninsular of Malaysia

    Get PDF
    The Halal industry in Malaysia has created employment opportunities especially among Small and Medium Enterprises (SMEs). High demand for Halal products especially from Islamic countries has transformed the development of this sector into a national priority. In the Eleventh Malaysia Plan (11MP), the competitiveness of the Halal industry was given special emphasis by the Prime Minister. In Asia, Malaysia has long been considered as a leader in the development of the Halal sector.  However, the Halal industry is not only about Halal food production, but also covers Islamic finance services which prohibit interest (riba), uncertainties (gharar) and gambling (maysir). Islamic financial management is one of the important parts of Islamic finance because it plays a big role in providing Shariah-compliant funds and investment opportunities especially for the SME Halal entrepreneur. The holistic approach to the Halal industry should also cover not only food production but also Islamic financial management which includes activities such as how to create, increase, purify and to protect wealth from an Islamic perspective. Therefore, this study examines the relationship between the knowledge and acceptance of Islamic finance, and the application of Islamic financial management among halal entrepreneurs in Peninsular Malaysia. The findings of this study reveal that the knowledge and acceptance of Islamic finance is significantly correlated with the application of Islamic financial management among halal operators of SMEs. This indicates that to integrate the Halal industry with Islamic financial management activities, Halal entrepreneurs should be able to know and accept the Islamic finance principles. This will, in turn, facilitate the promotion of Malaysia’s Halal industries on the global stage. Keywords: Halal Industry, SMEs Halal entrepreneur, Islamic Financial Managemen

    Pencapaian usahawan asnaf penerima bantuan modal daripada lima institusi zakat terpilih di Malaysia dari perspektif Maqasid Syariah

    Get PDF
    Keusahawanan merupakan bidang yang mendapat perhatian serta memberikan sumbangan terhadap peningkatan globalisasi dunia. Sejajar dengan itu, aspek pembangunan dan pembasmian kemiskinan turut menjadi isu serta diberi perhatian oleh Institusi zakat, di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami pencapaian usahawan asnaf penerima bantuan modal perniagaan mengikut maqasid syariah di institusi zakat Malaysia menerusi beberapa isu dan persoalan. Isu-isu yang ditimbulkan adalah menyalahgunakan bantuan modal yang telah diberikan termasuk mesin dan peralatan-peralatan, ketidakcukupan modal bantuan perniagaan kepada usahawan asnaf, kekurangan latihan, bimbingan serta pemantauan daripada Institusi zakat masih lagi lemah dalam mengagihkan dana zakat kerana kurangnya penghayatan dalam maqasid syariah. Seterusnya daripada beberapa isu ini, timbul beberapa persoalan dalam kajian penyelidik. Persoalan yang pertama apakah bentuk bantuan modal perniagaan yang dijalankan di Institusi zakat Malaysia. Persoalan yang kedua pula sejauhmanakah proses perlaksanaan agihan bantuan modal perniagaan terhadap usahawan asnaf di Institusi zakat. Persoalan yang ketiga pula, apakah strategi penambahbaikkan bantuan modal perniagaan terhadap ushawan asnaf di Institusi zakat, Malaysia dan persoalan yang keempat pula sejauhmanakah pencapaian bantuan modal perniagaan terhadap usahawan asnaf mengikut maqasid syariah di Institusi zakat, Malaysia. Kajian ini menggunakan dua teori asas iaitu teori peradaban (Malik Bennabi) dan teori keperluan (Maslow). Kedua- dua teori ini dijadikan sebagai landasan untuk penyelidik menjalankan kajian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif iaitu melibatkan lima orang informan pegawai zakat dan dua belas usahawan asnaf sebagai informan kajian. Seramai lima orang usahawan asnaf telah mencapai maqasid syariah dan tujuh orang tidak mencapai. Dalam kajian ini penyelidik telah memfokuskan lima orang yang telah mencapai kelima-lima aspek maqasid syariah iaitu dari aspek agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Teknik persampelan bertujuan digunakan berserta beberapa kriteria tertentu dalam pemilihan sampel kajian ini. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini merangkumi temu bual semi berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta. Penyelidik telah menggunakan kaedah tematik secara manual dalam menguruskan data dan menganalisis data kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan juga diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian ini menunjukkan bahawa bantuan modal perniagaan membantu golongan usahawan asnaf dalam perniagaan serta membantu mereka mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tema yang terhasil daripada apakah bentuk agihan bantuan modal perniagaan yang dijalankan adalah bentuk kewangan dan bentuk peralatan. Manakala tema yang terhasil dari segi perlaksanaan agihan bantuan modal pula adalah usahawan asnaf, borang permohonan serta program usahawan asnaf. Seterusnya tema yang terhasil daripada strategi penambahbaikkan bantuan modal pula adalah kursus/latihan, kecukupan modal dan pemantauan. Manakala dari aspek pencapaian bantuan modal mengikut aspek maqasid syariah pula tema yang terhasil adalah pencapaian agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Secara keseluruhannya, dapatan kajian pencapaian bantuan modal perniagaan mengikut maqasid syariah tercapai tetapi masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki contohnya dari aspek pemantauan, kakitangan dan juga pengurusan perlu dipertingkatkan lagi agar ianya mencapai matlamat maqasid syariah yang sebenar. Justeru itu, bagi memastikan sistem pengurusan zakat diurus dengan baik, adil dan amanah, pihak Institusi zakat perlu menjadikan maqasid syariah sebagai dasar kutipan dan agihan zakat dengan mengambil kira lima aspek keutamaan dalam alDaruriyyat al- Khams iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta

    Strategy of business capital assistance to ASNAF entrepreneurs: a study in Maim, Melaka

    No full text
    In this study, researchers discuss about the reform strategy in the distribution of business capital assistance to asnaf entrepreneurs in MAIM, Melaka. Onee types of assistance that has been channeled by the management and administration of MAIM zakat is the assistance in the form of business capital. Providing capital can generate long term income and help transform them into entrepreneurs and subsequently change from zakat recipients to zakat payers. However, it is often claimed that the assistance provided is not economically effective. Most of the assistance recipients experienced failures and the main reason given was facing capital related problems. This study aims to identify the form of capital assistance distribution conducted in MAIM, Melaka as well as to identify strategies to improve the distribution of business capital assistance to asnaf entrepreneurs. This study uses a qualitative study design that uses interviews and documentation methods. Interviews were conducted on zakat officers and several asnaf entrepreneurs who received business capital assistance. The results of this study have produced two themes based on two questions. The themes that emerged from the first question were capital, financial and equipment capital assistsnce. While the second question is training strategy and gradual monitoring. It is hoped that the findings of this study can provide useful information to zakat institutions to further improve the efficiency of zakat distribution to asnaf entrepreneurs in Melaka

    Kesedaran pelanggan tentangproduk dan perkhidmatan perbankan Islam di Bintulu, Sarawak

    No full text
    Perbankan Islam, kekal sebagai sebahagian daripada landskap perkhidmatan kewangan arus perdana seperti yang digambarkan oleh prospek makro yang kukuh dan menjadi teras kepada pasaran dan aset kewangan Islam. Ianya semakin diterima sebagai alternatif untuk membina sistem kewangan yang komprehensif. Pertumbuhan demografidanekonomi di kebanyakan negara-negara Islam telah merangsang permintaan untuk produk perbankan patuh Syariah. Walaupun terdapat peningkatan dalam institusi perkhidmatan kewangan yang menawarkan produk perbankan Islam yang membawa kepada peningkatan tahap kesedaran pelanggan, ia juga telah meningkatkan tekanan persaingan di pasaran. Kajian ini dilaksanakan sebagai langkah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelanggan di Bintulu, Sarawak berkenaan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Seramai 436 respondenterlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Hasil analisis mendapati, majoriti responden mengetahui produk perbankan Islam seperti akaun simpanan dan akaun semasa Al-Wadiah. Produk yang paling kurang popular dalam kalangan responden adalah Sukukiaitu bon Islam. Majoriti responden juga berminat untuk mengekalkan/menggunakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dalam tempoh 2 tahun pada masa akan datang. Justeru, pihak kerajaan dan bank hendaklah bekerjasama mempromosikan produk perbankan Islam untuk menarik perhatian pelanggan menggunakan seterusnya mengekalkan penggunaan produk perbankan Islam

    Persepsi pengguna laman web LZS terhadap pusat Lembaga Zakat Selangor dan pembayaran zakat melalui atas talian

    No full text
    Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan dunia semakin mengecil dan tiada batasan sempadan. Teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas mendahului masa dapat menyebarkan dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada manusia dengan lebih cepat dan berkesan (Rashidah Mokhtar, 2006). Artikel ini akan mengupas tentang persepsi pengguna laman web LZS terhadap pembayaran zakat secara atas talian. Menggunakan kaedah persampelan bertujuan, seramai 385 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik kajian ini. Pengutipan data yang dilakukan secara atas talian ini telah diagihkan kepada “ahli” yang terdapat dalam laman facebook rasmi Lembaga Zakat Selangor serta penjawat-penjawat awam dan swasta di Selangor. Tahap persepsi responden telah diukur menggunakan instrumen Technology Acceptance Theory (TAM) yang telah dibangunkan oleh Fred D. Davis (1989) serta diolah mengikut kesesuaian kajian oleh penyelidik. Persepsi responden dipecahkan kepada bahagian kemanfaatan, kemudahan penggunaan dan kepercayaan. Hasil kajian menunjukkan persepsi pengguna laman web zakat LZS terhadap pembayaran zakat secara atas talian adalah tinggi (49.6%) diikuti tahap sederhana (48.6%) dan hanya 1.8% yang memberikan persepsi yang rendah

    Pelaksanaan agihan zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terhadap kesejahteraan hidup golongan mualaf Kuching, Sarawak

    No full text
    Dalam kajian ini penyelidik akan membincangkan kesejahteraan hidup golongan mualaf terhadap perlaksanaan agihan zakat di Kuching Sarawak. Aspek-aspek yang akan di bincangkan iaitu dari sudut ekonomi, pendidikan dan juga hubungan sosial. Dari sudut ekonomi penyelidik akan memfokuskan lebih terperinci tentang pendapatan serta pekerjaan informan. Manakala Dari segi sosial penyelidik akan memfokuskan aspek-aspek penglibatan informan dalam persatuan ataupun aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga, penyelidik akan melihat dari segi latar belakang informan yang menerima zakat. Isu utama dalam permasalahan ini adalah sejauhmanakah perlaksanaan agihan zakat oleh pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) membantu golongan mualaf dari sudut kesejahteraan hidup contohnya pendapatan,sosial dan pendidikan. Kajian ini telah menemu bual sepuluh orang informan serta dua orang pegawai Tabung Baitulmal Sarawak sebagai pemberi maklumat. Penyelidik telah menjalankan kaedah menemu bual secara mendalam (indepth interview) oleh yang demikian istrumen utama dalam kajian ini adalah penyelidik sendiri. Menurut Merriam (1998) penyelidik merupakan istrumen paling asas dalam pengumpulan dan penganalisan data. Kajian ini dijalankan mengikut pendekatan kajian kaji selidik yang memerlukan proses temubual dan juga pemerhatian terhadap tingkahlaku responden dan keadaan persekitaran responden. Manakala rekabentuk kajian yang dipilih adalah kajian deskriptif yang terdiri daripada kajian kes. Daripada hasil kajian, penyelidik mendapati, majoriti informan memberikan maklumat yang sama iaitu sepanjang bergelar saudara baru mereka pernah mendapat bantuan zakat tetapi dalam bentuk pelbagai contohnya dari pemberian aspek kewangan ataupun aspek ilmu pengetahuan. Hasil temubual dengan pegawai pula, mengatakan bahawa mereka sentiasa perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Sarawak. Hasil kajian mendapatkan kesejahteraan hidup golongan mualaf dari aspek ekonomi pada tahap sederhana, manakala dari aspek pendidikan masih berada pada tahap yang rendah, dari aspek sosial pula, memuaskan kerana penglibatan mereka dalam persatuan mendapat sambutan yang positif dari golongan mualaf. Segala bantuan dihulurkan dan program-program sentiasa aktif dijalankan. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa peranan Tabung Baitulmal Sarawak sangat penting kerana masyarakat akan memberi persepsi yang positif mahupun negatif.Di samping itu juga usaha TBS perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa agar ianya memberi impak yang positif kepada masyarakat terutama golongan mualaf. Di sini penyelidik menyarankan agar Golongan mualaf sentiasa peka dengan bantuan yang disalurkan, begitu juga dengan pihak pengurusan Baitulmal agar memperbanyakkan promosi berkenaan dengan zakat dan bantuan yang diberikan

    Bentuk Bantuan Modal Agihan Zakat Asnaf dan Pencapaian Usahawan Asnaf di Malaysia: Kajian Empirikal

    Full text link
    Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik
    corecore