7 research outputs found

    Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu

    Get PDF
    Akademi Pengajian Melayu merupakan antara fakulti yang banyak menerima kemasukan pelajar asing dari negara China yang ingin mempelajari bahasa Melayu dan mendapatkan ijazah dalam bidang Pengajian Melayu. Pendaftaran pelajar-pelajar China bagi kursus bahasa Melayu dan kursus-kursus lain di Akademi Pengajian Melayu (APM) telah menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi di Universiti Malaya dan di Malaysia. Melalui perjanjian MOA dan MOU yang ditandatangani oleh Universiti Malaya dan universiti-universiti yang terlibat dari negara China, jumlah pelajar yang dihantar ke Akademi Pengajian Melayu semakin meningkat setiap tahun. Pelajar-pelajar ini hanya mempunyai kelayakan asas dalam bahasa Melayu dan hal ini menjadi satu cabaran kepada tenaga pengajar dan struktur kursus yang ditawarkan. Penguasaan bahasa Melayu yang asas sering menjadi masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini akan meneliti aspek kesilapan bahasa dalam kalangan pelajarpelajar Yunnan University of Nationalities (YUN), China, khususnya dari aspek morfologi, sintaksis dan mekanikal. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan skrip jawapan peperiksaan akhir para pelajar YUN sebagai bahan kajian. Makalah ini turut mengemukakan saranan dan cadangan untuk membantu pelajar asing mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka

    Unsur alam dan masyarakat dalam teks terjemahan Bahasa Melayu Surah ar-Rahman

    Get PDF
    Unsur alam amat berkait rapat dengan dunia dan pemikiran masyarakat Melayu. Perlambangan alam seringkali digunakan untuk mengungkapkan pelbagai idea dan maksud tentang amalan, pegangan dan budaya kehidupan masyarakat Melayu. Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku di sekeliling kehidupan manusia tidak mungkin dapat dipisahkan dengan alam. Kehidupan masyarakat pula adalah berlandaskan agama. Masyarakat Melayu yang secara umumnya digolongkan sebagai orang yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Bagi memahami Islam masyarakat Melayu belajar membaca al-Quran dan bagi memahami makna setiap bait dalam al-Quran pula dibuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja memudahkan penganut agama Islam memahami maksud setiap ayat, tetapi juga membantu dalam menghayati ajaran agama Islam itu sendiri. Surah ar-Rahman terdiri daripada 78 ayat yang mengandungi banyak unsur alam. Hampir semua ayat dalam surah ini dikaitkan dengan alam. Setiap aspek yang dihuraikan dalam surah ini banyak berkisar tentang peri pentingnya hubungan Pencipta dengan manusia dan alam. Kertas ini akan meneliti teks terjemahan surah ar-Rahman dalam bahasa Melayu dan mengaitkan bagaimana unsur alam dan masyarakat yang diterjemahkan dapat difahami. Objektif kajian adalah untuk melihat sejauh mana terjemahan yang dilakukan dalam bahasa Melayu dapat memenuhi sistem budaya masyarakat Melayu terhadap lingkungan alam sekeliling

    Perubahan fungsi dan makna peribahasa dalam laman Facebook

    Get PDF
    Peribahasa telah wujud dalam kehidupan masyarakat sejak dahulu lagi. Peribahasa disampaikan secara berkias dan halus bagi melambangkan serta menyampaikan sesuatu maksud tertentu secara tersirat. Peribahasa lahir dengan kewujudan bangsa dan hadir dengan kesusasteraan Melayu lama yang tidak direkodkan secara bertulis. Peribahasa disampaikan melalui bibir atau lisan dari mulut ke mulut hingga ke anak cucu. Peribahasa yang telah dihasilkan melambangkan bahawa akal pemikiran masyarakat Melayu ketika dahulu sentiasa berusaha untuk membentuk dan mendidik anak-anak melalui kata-kata yang mudah diingati dan sebagai peraturan, panduan dan nasihat dalam kehidupan seharian. Penyampaian peribahasa kini lebih meluas jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Kewujudan teknologi kini yang kian berkembang seiring dengan kemajuan dunia tanpa wayar telah berjaya menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Media sosial merupakan salah satu teknologi internet yang berjaya menjalin dan menghubungkan masyarakat seluruh dunia dengan lebih pantas. Penggunaan media sosial kian meningkat dari hari ke hari tanpa mengira usia dan juga golongan pengguna. Media sosial sering mendapat perhatian dalam penyampaian maklumat dengan cepat dan pantas tanpa ditapis atau disekat oleh mana-mana pihak. Penyampaian yang cepat dan berkesan ini menjadikan ia sebagai satu keperluan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Lanjutan dari itu, artikel ini akan membincangkan tentang perubahan fungsi dan makna peribahasa dengan fokus kajian terhadap data yang diambil dari laman sosial Facebook

    Strategi kritikan dalam kalangan Generasi Z

    Get PDF
    Salah satu fungsi dalam lakuan tutur dalam komunikasi ialah kritikan. Lakuan tutur kritikan ialah lakuan yang digunakan oleh penutur untuk menilai secara negatif apa yang diperkata atau apa yang dilakukan oleh pendengar dengan niat untuk menambah baik atau memperbaiki perkataan atau perbuatan yang telah dilakukan. Justeru penulisan ini akan meneliti strategi lakuan kritikan yang digunakan oleh Generasi Z iaitu generasi teknologi. Dua situasi kritikan yang melibatkan kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana diedarkan kepada responden Generasi Z. Seramai 150 sampel data dikumpulkan daripada 19 pelajar tingkatan 4, 47 pelajar tingkatan 6 dan 84 pelajar prasiswazah tahun 1 dan 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan strategi mengkritik berdasar model kritikan yang dicadangkan oleh Nguyen (2005). Kajian ini mendapati Generasi Z menggunakan kedua-dua strategi kritikan iaitu strategi kritikan langsung dan strategi tidak langsung. Dalam strategi langsung, Generasi Z lebih kerap menggunakan strategi penilaian negatif, manakala dalam strategi tidak langsung, strategi ke arah perubahan lebih kerap digunakan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kedua�dua strategi langsung dan tidak langsung ini, didapati strategi kritikan tidak langsung lebih kerap digunakan dalam kalangan Generasi Z dalam menyampaikan kritikan mereka. Dapatan ini menunjukkan Generasi Z masih lagi memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar sebagaimana generasi yang sebelum mereka

    Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada penutur asing: pendekatan teknologi (apps) dan program pengukuhan berdasarkan model kolb

    No full text
    Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kemahiran berbahasa sangat diperlukan oleh tenaga pengajar termasuk elemen leksikal, penulisan, pertuturan, menghubungkait bahasa dan budaya, aplikasi teknologi yang amat mempengaruhi minat para pelajar asing (Zeckqualine Melai et al. 2020). Kajian ini merupakan rentetan daripada kajian Juwairiah Osman et al. (2018) yang telah menunjukkan penggunaan Model Kolb dalam membantu penguasaan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa. Namun, kelemahan yang dikenal pasti ialah kurangnya aplikasi yang menyeluruh dari segi aktiviti berbantukan teknologi dan aktiviti yang lebih relevan dalam aspek aktiviti dan program pengukuhan. Sehubungan itu, strategi pembelajaran bahasa Melayu memerlukan pendekatan pembelajaran yang sistematik, menarik, interaktif dan berkesan kepada pelajar antarabangsa. Kajian ini bertujuan mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan stail pembelajaran Model Kolb (1984), iaitu pemerhatian reflektif, konseptual abstrak, eksperimen efektif dan pengalaman konkrit yang diaplikasikan oleh para pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang. Keempat-empat stail ini merangkumi pelbagai kaedah secara tradisional, inovasi pembelajaran dan pendekatan berbantukan teknologi. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar antarabangsa, iaitu termasuk penutur asing yang berada di kampus Gambang, Pahang. Namun, kajian ini akan berfokus pada aplikasi keempat-empat stail pembelajaran Model Kolb termasuklah pembinaan aplikasi (apps) yang baru dihasilkan pada tahun 2020, aktiviti dalam kelas, luar kelas, medium pembelajaran dalam talian, program pengucapan awam dan beberapa program yang lain. Dapatan menunjukkan pendekatan pemerhatian reflektif secara umumnya ialah 11.11%, konseptual abstrak ialah 11.11%, 33.33% dan 66.67%, eksperimen efektif ialah 11.11% manakala peringkat akhir iaitu pengalaman konkrit ialah 11.11%, 22.22% dan 77.78%. Hasil kajian menunjukkan strategi tersebut dapat membantu penguasaan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa mahupun penutur asing sekali gus menarik minat untuk terus mempelajari bahasa Melayu

    Publications on Islamic Studies from 1980 to 2015: An Overview

    No full text
    In this study we evaluated global publication of Islamic studies from 1980 to 2015 of all subject category of the Science Citation Index based (SCI) on the Web of Science (WoS)
    corecore