'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Salah satu fungsi dalam lakuan tutur dalam komunikasi ialah kritikan. Lakuan tutur kritikan
ialah lakuan yang digunakan oleh penutur untuk menilai secara negatif apa yang diperkata atau
apa yang dilakukan oleh pendengar dengan niat untuk menambah baik atau memperbaiki
perkataan atau perbuatan yang telah dilakukan. Justeru penulisan ini akan meneliti strategi
lakuan kritikan yang digunakan oleh Generasi Z iaitu generasi teknologi. Dua situasi kritikan
yang melibatkan kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana diedarkan kepada responden Generasi
Z. Seramai 150 sampel data dikumpulkan daripada 19 pelajar tingkatan 4, 47 pelajar tingkatan
6 dan 84 pelajar prasiswazah tahun 1 dan 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian
ini menggunakan strategi mengkritik berdasar model kritikan yang dicadangkan oleh Nguyen
(2005). Kajian ini mendapati Generasi Z menggunakan kedua-dua strategi kritikan iaitu
strategi kritikan langsung dan strategi tidak langsung. Dalam strategi langsung, Generasi Z
lebih kerap menggunakan strategi penilaian negatif, manakala dalam strategi tidak langsung,
strategi ke arah perubahan lebih kerap digunakan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kedua�dua strategi langsung dan tidak langsung ini, didapati strategi kritikan tidak langsung lebih
kerap digunakan dalam kalangan Generasi Z dalam menyampaikan kritikan mereka. Dapatan
ini menunjukkan Generasi Z masih lagi memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau
maruah pendengar sebagaimana generasi yang sebelum mereka